........... MH370 - Rakyat Kemaman Pun Ada Dengar Bunyi Letupan Kuat ! ( dan beberapa laporan media ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Rakyat Kemaman Pun Ada Dengar Bunyi Letupan Kuat ! ( dan beberapa laporan media )

Wednesday, March 12, 20149comments

Sekadar mengulas beberapa laporan media berkaitan MH370....


Contoh - dentuman kuat kedengaran dari sekitar Pulau Kapas - laporan dari Bernama nih. Mkini.

- nelayan nampak pesawat terbang rendah - astroawani.

- deringan talipon berbunyi dan akaun online aktif - TMI .

- kenyataan bercanggah antara DCA dan KPN mengenai penumpang yang tidak jadi naik dan beg yang dikeluarkan - astroawani  ( penjelasan MAS - mkini

- Radar TUDM mengesan MH370 patah balik ke arah Selat Melaka ( KLiK )

- Petani terlihat pesawat yang ekor berapi .... sampai habis rokok sebatang - KLiK

)

- Haaaa.... yang ini tak ramai baca lagi - Ketua Polis dan rakyat Kemaman pun ada dengar bunyi letupan kuat ! - KLiK


Dalam group watsup tak payah ceritalah dia punya spekulasi macamana hebat ! Tu belum ada yang cerita mengenai kemungkinan semuanya berkisar mengenai 20 staff Freescalers yang menjadi penumpang dan dikatakan merupakan top eksekutif mereka ....hint - sabotaj. ( kalau layan memang terjebak lah sebab konspirasinya begitu WOW )


Yang pasti, persepsi ramai tentang kes MH370 ini - ia bukan lagi insiden BIASA / NORMAL. Saya ulang - PERSEPSI.


Sama-samalah kita doakan MH370 ditemui segera dengan semua penumpangnya dalam keadaan selamat. Dalam keadaan biasa memang susah nak diterima akal tapi seperti saya katakan, ia dah dilihat LUARBIASA .... jadi kemungkinan itu tetap ada. 


PS - Kalau diikut maklumat dari Hollywood, bukankah US ada satelit perisik yang mampu melihat apasaja dan dimana saja walau sebatang pin ..... hmmmm ...

PS2 - Dan ini pula laporan terkini dari CNN kalau nak bacalah - KLiK

Memang uptodate dan RAMAI pembaca diseluruh dunia. So ... kepada wakil2 agensi2 yang berucap di Sidang Akhbar, jangan main redah jer atau beremosi ketika beraksi.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 8:15 AM

INI BUKAN SPEKULASI, TAPI SUDAH JADI KENYATAAN!

Zaman TUN dulu, Malaysia terkenal seluruh dunia kerana pembangunan yang boleh dikatakan 'misteri', kerana dengan resource yang terhad, banyak mercu tanda baru dunia dapat dibina.

Zaman AHJIB, Malaysia terkenal seluruh dunia kerana kehilangan sebuah kapal terbang canggih yang menjadi 'misteri', kerana dengan peristiwa ini, dunia mencatat rekod kehadiran pakar-pakar baru yang paling tinggi dalam bidang aero-angkasa!

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2014 at 8:19 AM

@AnonymousKomen sebegini aaya tidak galakkan sebab hanya mengundang perdebatan yang tidak perlu.

Tidak ada kaitan dengan politik atau mana2 pemimpin.

Anggap sajalah sebagai takdir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 9:59 AM

Allah dah kata tiada apa yg engkau (manusia) ketahui melainkan sedikit, kita kembali kepadanya memohon petunjuk.

Memang ada percanggahan dari segi butiran PC yang diadakan. Diharapkan pihak berkuasa mengambil iktibar dan bermesyuarah sebelum menzahirkan kenyataan supaya tiada percanggahan dan maklumat yang diterima daripada semua agensi diselaraskan. Ini bukan masa menunjukkan bidang kuasa dan pengetahuan.

Waima negara canggih seperti US pun sering memberikan lapuran bercanggah di white house berkaitan dengan isu-isu dunia. Manusia pasti membuat kesilapan. Namun begitu terbit rasa hormat dan menyokong segala usaha yang dilakukan oleh seluruh anggota yang terlibat didalam operasi ini.

Terkini ada lapuran dari sumber yang tidak dapat disahkan bahawa pesawat telah di kenalpasti berada dibahagian selatan pulau terpencil di perairan vietnam yang mempunyai kedalaman sekiran 200-300M. Pesawat dalam keadaan asal dan insyallah akan keluar dalam masa sehari dua ini. Wallahualam dia yang maha berkuasa kerana perkara yang kita tidak dapat sahihkan adalah spekulasi.

Semoga Allah mempercepatkan permohonan doa kita semua dan semua pertanyaan dapat dirungkai sebaik-baiknya tanpa selindungan.

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2014 at 10:11 AM

Pasal laporan BH yg kata MH370 buat u turn sampai ke pulau perak di selat melaka itu sudah dinafikan oleh panglima tudm(atau untuk sembunyi sesuatu?)

Vietnam pula dilaporkan sudah mula mencari di kawasan hutan negaranya setelah usaha2 pencarian di laut gagal..

Kalau ikut laluan udara MH370 dan masa kejadian memang selari dengan kejadian bunyi letupan kuat yg didengari oleh penduduk terengganu(tapi mungkin juga letupan lain?)

Kapten narudin yg dijemput tv3 semalam pulak kata pesawat mungkin 'hilang'.Hilang disini bermaksud hilang dalam ertikata sebenar bukan meletup,terhempas atau dirampas.Yang ini ada unsur mistik sikit.Mungkin hilang ke dimensi lain(macam kes2 bermuda triangle?)

Professor(apakenama entah) pula malam tadi di buletin utama kata ada kemungkinan juga pesawat terhempas di darat(mungkin hutan) dan mencadangkan usaha pencarian dibuat juga di darat.Beliau juga menyebut tentang kes helikopter yg hilang di sarawak yg tidak mampu dikesan oleh peralatan canggih negara2 maju tapi akhirnya dijumpai dengan bantuan pakar paranormal(kes kena sorok mambang hutan).

Kesimpulannya kes ini memang misteri dan penuh tanda tanya.Spekulasi tak salah tapi letaklah disclaimer kat bawah tu hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 12, 2014 at 10:59 AM

Bro Din tak dengar sama ke bunyi letupan tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 11:34 AM

I believe the MH370 had plunged into the seabed near the Kelantan’s coast. After reading so many news over the internet and make the following guess ;
The airplane suffered unexplained technical & mechanical error and the pilot decided to land at the nearest airport and changed the route. The pilot felt that they could not make it to the nearest airport and decided to land near the coast at the shallow water. The pilot unable to judge the better landing area due to very dark at night and the airplane plunged into the sea area and propel further under the sea and stuck on the seabed.
The search team is currently doing the search on surface of water to find any wreckage or debris from the airplane. I believe the airplane remained rigidly the whole piece due to the pilot controlling the speed when descent to the sea area. My question is how good is the ultrasonic technology to detect something lay on the seabed ? A diving search under the sea at the area near the Kelantan’s coast is necessary.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 11:53 AM

Salam Semua,

8 Orang terdenbgar letupan kuat di sebelah Timur Laut Pulau Kapas pada kira2 jam hampir 02.00 pagi..

Ketua Polis Kemaman pon dengar Letupan Kuat di Laut pada hari dan waktu lebih kurang sama - Dalam FB yang di kongsi berita itu, ramai lagi rakyat kemaman terdengar letupan kuat..

Jarak di antara Marang ke Kemaman adalah lebih kurang Dua jam perjalanan dengan coastal/trunk road - lebih kurang 150-180 km.

Jauh tuuuh...

Kalau kat Marang boleh dengar.. Kenapa Kat Kuala Terengganu tak Boleh dengar?

Kalau letupan berlaku di Pulau TENGOL di Dungun... Orang Marang dengar dan orang Kemaman pon dengar masok akal sikit lah....sebab dungun berada di tengah2 di antara Marang dan Kemaman.

Adoooi... rakyat Malaysia nie patuuut patuuutlah... kalau nak spekulasi pon

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 12, 2014 at 12:30 PM

Pada saya spekulasi macam ni OK saja. Saya harap bukan spekulasi macam dalam blog outsyedthebbox yang terus-terusan serang kerajaan Malaysia. Sudahlah media yahudi memang nak cari kesalahan dan menunjukkan kebodohan kita. Rakyat kita pun naik bot sekali kutuk orang kita apa cerita ?

Masa ni harap blog saudara dapat membuat "pencerahan" bagi memulihkan kembali imej negara tercinta ni. Patriotiklah sikit.

Apa susah sangat nak faham sidang akhbar tu ? Azharuddin cuma cakap "ada kemungkinan" pada awalnya dan "sedang disiasat" pada penghujung ayatnya. Apabila siasatan dah dijalankan maka Khalid beritahu "hasil siasatan". Jadi apa yang tak samanya ????

Tak faham Bahasa Inggeris atau tak faham Bahasa Melayu? Mana satu ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 10:46 PM

Saya pun selalu ikuti outsyedthebox...banyak komennya yg saya boleh setuju..walaupun caranya sinikal...tapi dlm kes ni...terserlah sikapnya yg suka menyalahkan org lain, bagi saya sangat tidak adil, memang mudah berkata kata..berilah sokongan.. lebih lebih lagi dlm keadaan tertekan dan menjadi perhatian dunia..

Post a Comment