........... MH370 - Pesawat Mungkin Terbang Tambah 4 Jam Lagi ! ( Mengikut Bukti Isyarat Penyelengaraan Enjin ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Pesawat Mungkin Terbang Tambah 4 Jam Lagi ! ( Mengikut Bukti Isyarat Penyelengaraan Enjin )

Thursday, March 13, 201412comments

KEMASKINI 7:45PM - Ini jawapan Hishammudin berkenaan isu ini - Astroawani.




KEMASKINI 3:20pm -  Saya diberitahu terdapat satu penafian yang disiarkan oleh Bloomberg dari seseorang yang rapat dengan perkara ini ( maknanya bukan jawapan resmi )


 Dari Bloomberg -
                                           *******************************************


Ada satu artikel terbaru WallStreetJournal (WSJ) menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama berkaitan tragedi MH370 ini.

Katanya pesawat MH370 berkemungkinan telah terbang selama sejumlah 5 jam dari mula ia berlepas dari KLIA ! Ini bermakna tambahan hampir 4 jam dan ratusan km dari lokasi yang menjadi tumpuan SAR.

Bukanlah satu berita yang menggembirakan ..... namun sumber yang dipetik punya kredibiliti, iaitu data berkala yang dihantar secara otomatik oleh pesawat itu kepada Rolls-Royce sebagai sebahagian dari program penyelenggaraan.

Setiap 30 minit, pesawat akan menghantar maklumat2 keadaan enjin, kelajuan dan ketinggian kepada sistem utama di Rolls-Royce. 

Tambahan 4 jam penerbangan bermakna penambahan jarak 2,200 batu nautika, menjangkau sempadan Pakistan !

Errr ..... maklumat ni tambahkan masalah ! Tapi kesahihan dakwaan ini perlu disiasat.

PS - TMI juga ada artikel mengenai ini -

Pesawat MH370 terbang empat jam selepas hilang dari radar, lapor WSJ

Juga di Mkini.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 4:21 PM

Dah kalau macam tu, kenapa tak terbang meniju destinasinya (beijing)?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 4:30 PM

Tuan din...mcm nak kaitkan dgn keganasan dari org2 muslim je memandangkan ada org iran dlm mh370...

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2014 at 6:56 PM

@AnonymousTu la pasal .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 6:57 PM

New insight for further investigation in most misterious event in Malaysia..

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 13, 2014 at 10:01 PM

Warga internet sekarang ramai dah bengang dengan agensi berita yang keluar kenyataan tidak berfakta. Semenjak PC semalam, ramai yang dah tibai agensi-agensi berita ni kerana terlampau banyak menyiarkan berita berbentuk spekulatif. Kes data enjin menunjukkan MH370 masih terbang 4 jam selepas ianya dilaporkan hilang telah dinafikan oleh Boeing dan RR sendiri.

Kredibiliti negara kita sedang diserang bertubi-tubi. Aku ada nampak rakyat negara sedang cuba mengubah persepsi negatif terhadap Malaysia di ruang-ruang komen media antara bangsa. Tapi tak ramai jumlahnya. Pada rakan-rakan pembaca blog ini, marilah kita sama-sama bantu memperbetulkan persepsi negatif ini. Hari ini aku kena off kerja hanya untuk membalas balik tuduhan melampau ni.

The Telegraph baru saja siarkan kritikan terhadap bangsa Melayu sambil menerima sokongan dari Ambiga. Tak kan kita nak duduk diam je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 10:40 PM

Dalam PC petang tadi, H2O kan dah cakap, Rolls Royce dan Boeing dah nafi tentang laporan WSJ.

WSJ pun hanya cakap sumber dari orang yang tak mahu dikenali.... dah sah hanya rekaan ajelah tu.

Takkan lah si pembuat enjin dan si pembuat kapalterbang nak sembunyikan maklumat.
Sekarang bukan masanya nak main sembunyi2... ni soal nyawa 239 orang.

Tengok aje lah pagi tadi, tak pasal2 APMM terpaksa hantar pesawat untuk pergi periksa KONONnya satelit China dapat kesan 3 objek besar di laut dekat Vietnam. Bila pergi (membazir masa, wang dan tenaga), takde satu pun objek besar tu.

Tup2 Duta Besar China keluar statement, imej tu silap laporan, seseorang pi upload ke website.

Haaahhhh!!!! Satu dunia dah petik berita pasal imej satelit tu hinggakan ada yang tuduh Kerajaan China macam-macam kerana keluarkan imej tu selepas 4 hari.... padahal, imej tu bukan dikeluarkan secara rasmi oleh Kerajaan China. Sekarang kerajaan China akan siasat individu yang upload imej tu ke website (agaknya tentera mereka yang sama bodoh dengan setengah netizen Malaysia laa tu)

Nampak tak betapa ada manusia2 yang tak reti bahasa ni, yg sanggup sebarkan sesuatu yang mengelirukan, menyusahkan pegawai2 kita sbb terpaksa siasat benda yang bohong semata-mata, dan boleh jejaskan hubungan kerajaan Malaysia dengan kerajaan China pula.

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2014 at 10:49 PM

@AnonymousSpekulasi2 liar seperti ini adalah NORMAL apatahlagi bila melibatkan WORLD.

Ingat masa 9/11 dulu, lagi hebat spekulasi malah hingga sekarang orang WORLD masih berspekulasi.

Kita kena take it in stride dan jangan cepat melatah. Cool dan jawab dengan tenang. Takde masalah

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 13, 2014 at 11:09 PM

@dinturtle Saja nak tengok wujud tak UMNO punya cyber army. Red Bean Army memang semua orang tahu dah wujud. Mungkin cyber army UMNO tengah sebok ambil gambar makanan untuk upload kat instagram. Cocodilly makan apa malam tadi?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 14, 2014 at 12:43 AM

@Melayu Kampung

Ya, saya pun terpaksa berusaha keras menangkis serangan media luar semata-mata tak mahu imej Malaysia jadi buruk. Tapi yang sepatutnya buat kerja ni (cybertrooper & blogger pro kerajaan) tak buat pun!

Ada bloggers yang tibai secukup-cukupnya kerajaan Malaysia dan ikut sekali dengan media asing membelasah Malaysia. Apa cerita?

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2014 at 1:57 AM

Perasan tak setiap kali fakta2 'sensitif' terbocor akan segera dinafikan keesokan harinya atau secepat mungkin.Yang terbaru adalah bab enjin rolls royce ni.Begitu juga pasal imej satelit china yg pada mulanya diwar2kan tiba2 dengan tak semena2 dinafikan begitu saja dengan alasan yg tah hape2 walaupun apmm dan tentera udara vietnam sudah sampai membuat pemeriksaan ke tempat kejadian atas maklumat berkenaan.

Kemudian tentang statement dari tudm tentang radar tentera yg mengesan air turn back sampai ke selat melaka juga tak pasal2 dinafikan kemudiannya.Walaupun dinafikan tapi kita tetap juga buat pemeriksaan secara giat di selat melaka.Kalau tak betul tak payahlah cari di sana tumpukan saja di perairan vietnam dan laut china selatan.

Nampak macam ada 'permainan' tangan2 ghaib di situ.Seolah2 ada dua versi,satu untuk orang awam dan satu lagi versi adalah kejadian sebenar yg disorokkan atas faktor2 keselamatan.

Maaflah kalau berbau spekulasi,tapi itu cuma secara kasarnya.Saya sebenarnya tertarik dengan teori mh370 yg dikatakan sudah mendarat di pulau diego garcia(pengkalan tentera amarika di lautan hindi).Cuba google dari blog2 yg berkenaan untuk mendapat perinciannya kalau berminat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2014 at 11:23 AM

Kejadian 9/11 dulu ramai yg percaya ia mmg rancangan US. Banyak gile bende2 yg pelik dn meragukan sebab banyak bukti yg wujud tak menyokong apa yg pentadbiran US cakap.

Ramai yg sgt percaya peristiwa 9/11sebenarnya dicipta utk menjadi LESEN BESAR bg US utk masuk ke negara2 yg mereka nk jajah tanpa perlu memberi apa2 perincian dn sebab2 yg rasional. Cukup dgn hanya alasan ANCAMAN PENGGANAS DARI PUAK EXTRIMIST ISLAM, US bebas berbuat sesuka hati dgn mengebom,membunuh dn merompak hasil negara tersebut.

Teori yg mengatakan kejadian MH370 ini adalah sebahagian drpd skrip yg sama seperti 9/11 mmg tidak boleh ditolak mentah2.
Kuasa asing sebelum ini telah lama mencuba dn menggunakan pelbagai cara utk masuk dn menjajah semula negara kita tp semuanya gagal dn dapat dipatahkan.
Kini dgn alasan untuk mengekang ancaman pengganas dn utk memastikan perairan rantau asia tenggara selamat, US akan menekan negara untuk menerima cadangan mereka meletakkan aset ketenteraan bg mengawal laluan diseluruh rantau asia tenggara. Dr sini mereka akan perlahan2 masuk kedalam pentadbiran negara dgn bantuan talibarut yg mereka didik baik dr dlm kerajaan sendiri dn semestinya dr pihak pembangkang..

Ya Allah, selamatkanlah negara kami Malaysia dr bencana dn malapetaka seperti yg engkau timpakan kepada Iraq, Afganistan,Libya, Syiria dn Mesir.
SATUKANLAH HATI2 KAMI agar kami sentiasa mendapat rahmat dn perlindungan mu ya Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2014 at 12:37 AM

Saya sangat setuju dgn pandangan saudara..sbb perkara ini telah lama saya fikirkan...

Post a Comment