........... MH370 - PC Hari Ke 7 - Tahniah En Singh (MC) ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - PC Hari Ke 7 - Tahniah En Singh (MC) !

Friday, March 14, 201411comments

Petang tadi berlangsung PC ( Sidang media )  hari ke 7 kehilangan pesawat MH370. Tidak banyak yang dilaporkan media mengenai PC, mungkin sebab tidak ada isu baru yang ditimbulkan. Bagaimanapun, saya suka dengan PC tadi.... semuanya berjalan dengan lancar dan teratur sekali !

Amat berbeza sekali dengan sebelum2 ini bila keadaan begitu kelam kabut, bingit dan tidak teratur bila para wartawan berebut2 nak tanya soalan. Tadi ......semuanya dah insaf !


Dan kredit saya berikan kepada Emcee PC tadi iaitu saudara Singh ( maaf saya tak tahu nama ). Dan saya edit video PC dibawah khas untuk tunjukkan bagaimana tegas beliau mengawal perjalanan PC tadi. - TAHNIAH En Singh ! ( entah apa agaknya yang beliau basuh para wartawan sebelum bermula PC tadi ..... sampai wartawan asing pun boleh jadi sopan )

Kita yang menonton diTV juga selesa dan dapat mengikuti soal jawab dengan tenang. Mungkin ini PC taraf antarabangsa berkaitan satu konflik besar yang dihadiri lebih 100 wartawan dalam dan luarnegara yang berlangsung dengan begitu sopan sekali !

Anda boleh dengar suara En Singh memberi arahan di background ..




KLiK ke Youtube.

Berkaitan isu yang saya timbulkan dalam artikel sebelum ini mengenai dakwaan CNN yang pihak US mendapat data dari pihak Malaysia yang mengesahkan mengenai kemungkinan pesawat terbang tambah 4 jam, Hishamuddin menjawab -

Unless they come out with more specific who, i don't think i should entertain that sort of questions or speculations from anybody.

Hishammuddin tidak akan layan soalan bersifat spekulasi begitu kecuali disertakan dengan maklumat spesifik seperti nama ....


Selain dari itu Hisham dan wakil DCA serta MAS telah berjaya menjawab soalan2 dari para wartawan dengan baik. Mungkin ada soalan2 yang tidak terjawab bukan kerana tidak ada jawapan tapi kerana ia lebih bersifat spekulasi tanpa fakta.

Saya tidak bersetuju dengan tajuk yang digunakan oleh TMI ini berkaitan PC tadi -



Point utama yang disebut oleh Hishammuddin adalah, kerajaan tidak menolak apa jua kemungkinan, anything is possible. Bukan saja di rampas, malah dibom atau kena kilat atau apa sajalah, ia secara UMUM .. tapi TMI seperti mahu menjuruskan persepsi pembaca kearah rampasan/hijack.

Dibawah adalah beberapa laporan media mengenai PC tadi -


Kerajaan tidak tolak kemungkinan pesawat MH370 dirampas, kata Hishammuddin - TMI

Video penuh sidang media tadi -  Astro Awani

Mkini - Kenyataan penuh Hishamuddin dari Bernama

Sinar - Ada beberapa cara transponder dimatikan

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2014 at 12:51 AM

Tuan, nama beliau En. Jarjit dari Jabatan Penerangan Malaysia. Salah satu dari bidang tugas jabatan penerangan malaysia adalah menyelaras sidang media seperti yang tuan lihat tadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2014 at 12:56 AM

Jawapan yang paling saya suka dengar ialah pasal pilot ada simulator kat rumah.

Kata CEO Mas, sesiapa pun boleh memunyai simulator kat rumah, ada beberapa orang pilot juga mempunyai simulator kat rumah. Ia bukan perkara pelik.


Hahahaa.... kena sekali wartawan asing tu... asyik dok cuba nak mengajar kita macamana nak jalankan siasatan. IGP dah explain dengan jelas hari tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 15, 2014 at 3:44 AM

@Anonymous Untuk mematikan dakwaan dan kesangsian terhadap flight simulator tu (kalau bro Din izinkan), baca forum ni :
http://www.pprune.org/rumours-news/535538-malaysian-airlines-mh370-contact-lost-162.html

Kebayakan thread kat forum ni berbentuk teknikal dari pilot dan jurutera. Tapi perkara yang menyejukkan hati adalah mereka bersikap rasional. Sekiranya ada yang cuba menyalahkan kerajaan dan negara kita, ramai yang akan membidas. Setiap berita media antarabangsa akan mereka lihat secara terperinci dan sekiranya berbentuk spekulasi, pasti mereka bidas.

Setelah panas hati dengan cara media dan masyarakat dunia cuba memperbodohkan Malaysia, bila berada dalam forum ni, sejuk sikit hati. Banyak point-point mereka boleh kita gunapakai untuk membalas balik tohmahan.

P/S: Kalau masih ada reporter yang kurang ajar, aku setuju kalau En Singh bagi smackdown sekali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2014 at 8:25 AM

Gua punya member tu bro....hahaha......

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2014 at 10:09 AM

Tahniah Jabatan Penerangan.. Jarjit too

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2014 at 1:19 PM

Syabas En Jarjit!

You have done a great job in restoring order during the PC and saved our country's good name.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2014 at 7:38 PM

Nama dia jagjit singh..mmg dia dah atur soalan ikut 1st priority local media n seterusnya international. More than 300 media yg hadir

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2014 at 7:43 PM

@AnonymousYep, Jagjit is the man of the hour. Bukan senang nak kawal 300 wartawan yang mengamalkan kekebebasan bersuara !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2014 at 8:31 PM

Dia dah byk pengalaman dgn wartawan org bhg media dan komunikasi JaPen

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 12:55 AM

Mungkin ada sesiapa yang perasan ....PC hari pertama oleh PM. Ada seorang wartawan mengajukan soalan dengan menggunakan perkataan 'you guys' !! Sungguh kurang sopan. Juga, cara soalan diajukan macam di meja hadapan 'diinterrogate'./ digrilled'. Ada juga yang tidak dengar bak-baik sampai minta ulang 'coordinates'

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2014 at 8:54 AM

yes... itu jarjit singh from jabatan penerangan malaysia... bahagian Media komunikasi koporat...

Post a Comment