........... MH370 Patah Balik Ke Selat Melaka - Ini Maklumat Salah Lapor ! ( Panglima TUDM ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 Patah Balik Ke Selat Melaka - Ini Maklumat Salah Lapor ! ( Panglima TUDM )

Wednesday, March 12, 20145comments




Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud MENAFIKAN laporan yang memetik beliau sebagai berkata pesawat MH370 dikesan radar TUDM berpatah balik dan terbang ke Selat Melaka.

"Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak membuat sebarang kenyataan seperti di atas, apa yang berlaku adalah wartawan Berita Harian bertanya kepada saya jika berlaku kejadian seperti  itu seperti yang  diperincikan dalam cerita mereka, namun saya tidak memberikan apa-apa jawapan kepada soalan itu.

"Sebaliknya apa yang saya katakan kepada wartawan itu, “sila rujuk kepada kenyataan yang saya buat pada 9 Mac 2014, semasa sidang akhbar dengan Ketua Angkatan Tentera di Hotel Sama-Sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," 

"Saya meminta salah laporan ini dipinda dan diperbetulkan untuk mengelakkan salah tafsiran apatah lagi ia jelas tidak tepat dan laporan yang tidak betul,"  -TMI.

Semalam saya ada komen artikel BH itu dan ternyata mendapat reaksi hangat dari pembaca, jadi diharap kenyataan dari Rodzali ini dapat memperbetulkan kenyataan.

Pihak CNN turut mengutip kenyataan salah lapor itu dengan menulis MH370 telah berpatah balik dan dikesan di Selat Melaka.


Begitu juga dengan pihak Reuters -


Begitu juga dengan New York Times -



Diharap pembetulan segera dibuat oleh pihak BH dengan memaklumkan kepada agensi2 berita luar. Saya boleh bayangkan sessi2 analisis oleh pakar2 dibidang2 tertentu yang biasa mereka buat setiap kali terdapat maklumat gempak sebegini.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 12, 2014 at 10:56 AM

Selain dari pemberita BH kena buat pembetulan, PDRM dan Imigresen juga kena buat pembetulan kepada gambar dua rakyat Iran yang guna pasport curi. Satu dunia dah ketawakan kita sebab gambar Pouria Nour Mohammad Mehrdad nampak sangat kesan photoshop. Kaki kedua-dua rakyat Iran tu sama!! Maklumat rasmi dalam sidang media pon bercanggah antara setiap jurucakap. Datuk Azharudin kata 5 tidak naik kapal terbang, Tan Sri Khalid kata tak ada. MAS keluar statement kata ada empat.

Zahid Hamidi pon dah jadi bahan lawak. Menteri KDN tak nampak ke rakaman CCTV sampai keluar kenyataan menegur pegawai Imigresen kerana tidak dapat bezakan wajah "orang asia" dengan "orang eropah". Kes Balotelli kita tolak tepi je la.

P/S: Red Bean Army dah mula jalan peranan dalam media antarabangsa. Contoh : http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2014/03/missing-malaysia-airliner-changed-course-2014311134246400958.html, dia guna nama Consumer10. Kalau tak dibendung, bertambah aib negara kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 12, 2014 at 12:31 PM

Bagaimana dengan kritikan yang ini bro Din
http://www.nzherald.co.nz/business/news/article.cfm?c_id=3&objectid=11217896

Bukan nak bashing sesiapa, tapi ini dah mengaibkan namanya. Jangan sampai China demand untuk mengetuai operasi SAR. Semakin lama tak jumpa pesawat MH370, semakin menderita buat kita semua. Kaum keluarga penumpang tak boleh nak di bayangkan lah derita yang mereka lalui. Kalau mereka (keluarga Malaysia) mula mendesak supaya kerajaan lepaskan misi ni pada China macam mana?

....................
Reply To This Comment ...................
booyah
March 12, 2014 at 1:30 PM

caca marba dan layak dijadikan bahan makian seantero alam.

ketua dca kata lain, kpn kata lain, zahid kata lain, last2 smua org ketawakan kita. biol

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 9:09 PM

Salam Pok Din,

Saya mencadangkan Pihak Berwajib Mencari atau Menghubungi Pihak Berkuasa di COCOS (KEELING) ISLANDS - WEST ISLAND -

LATITUDE : 12 Degree 11' 9 .62" S

LONGITUDE : 96 Degree 49' 44.87" E

Ini kerana semasa saya Browsing Google Earth (mencari posibility Pesawat Besar Boeng && mampu mendarat di Kepulauan Kecil dan Terpencil- saya nampak airport di Cocos (Keeling) Islands ini agak besar membolehkan sebuah kapal terbang EMPAT enjin mendarat di situ...

Ini bukan spekulasi tapi suatu cadangan... berpandukan kebolehupayaan mendarat.. kerana sehingga kini signal kotak hitam masih belum kelihatan, jadi kebarangkalian pesawat mendarat selamat agak tinggi.

AWDA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2014 at 6:24 PM

Good day perkataan terakhir dgn menara kawalan mmg sesuai landing di cocos islands yg terpencil dan tempat peranginan.

Post a Comment