........... MH370 - MUSTAHIL US Tidak Kesan Pesawat Pada 8 Mac Lalu ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - MUSTAHIL US Tidak Kesan Pesawat Pada 8 Mac Lalu !

Monday, March 31, 201432comments

Perhatikan laluan MH370 di bawah .... tidakkah nampak satu patern jelas di mana ia seberapa boleh cuba mengelak dari dikesan radar ?


Laluannya dipilih seminima mungkin dikesan pelbagai radar yang diketahui beroperasi. Di situ menunjukkan wujud satu tujuan / motif untuk sampai ke satu destinasi tertentu tanpa dikesan oleh radar biasa. 

Ia bukan satu tindakan sembrono tanpa tujuan atau haluan. Ia adalah SATU MISI.


Tapi mengikut laluan yang diberikan oleh Inmarsat dan tumpuan lokasi SAR ketika ini, ia tidak masuk akal langsung sebab arahnya tidak ke mana. Ia lebih berupa satu suicide mission dan ini berlawanan dengan senario pada peringkat awal di atas.


Kemana pesawat tu nak pergi kalau terus ke selatan ? Ke Antartika ? Bukan ada apapun di sana dan tidak ada lapangan terbang besar yang mampu menerima Boeing 777. ( Tak percaya tanya MatSaid, dia baru balik dari sana ! )

Perhatikan imej satelit di bawah yang memberi gambaran lebih jelas akan jarak dan kedudukan kawasan laluannya....




Saya tandakan x untuk Diego Garcia. Bukankah lebih logik dan masuk akal jika pesawat itu menuju ke sana ? Tak jauh dah dari laluan yang digarap hasil info ping Inmarsat.

Satu lagi ..... kalau pun anda tidak dapat menerima teori DG, seperti kata Matthias Chang di artikel sebelum ini ( KLiK ), adalah MUSTAHIL tidak ada satelit atau radar yang menjaga seluruh keluasan Lautan Hindi itu !

Apatah lagi dengan adanya satelit risik tercanggih yang baru saja dilancarkan bulan Disember 2013 yang dapat mengesan apa saja dan di mana saja benda di dunia. 

Pastinya keselamatan pengkalan tentera US di DG di jaga rapi dengan pengawasan ketat terutamanya oleh radar dan satelit 24/7  bagi mengawasi sebarang pencerobohan ...... MUSTAHIL MH370 tidak dikesan oleh pihak US.

Apakah kawasan selatan Lautan Hindi merupakan kawasan bebas satelit intip pada 8 Mac 2014 ?

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 11:34 AM

Din..aku renung gambar yg first tu dlm posting nko ni..nampak tak yg pesawat tu terbang atas thailand punya airspace????? Jadi mcmana tudm nak gi pintas???? Renung balik fakta yg thailand tak pernah dijajah.....

....................
Reply To This Comment ...................
March 31, 2014 at 11:48 AM

The Truth Is Out There

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 11:56 AM

Iphone hilang pun boleh dicari. Apabila saya membandingkan kecanggihan Iphone yang hilang, masih boleh dicari dan dikesan dengan kehilangan MH370 sudah tentu ianya dipandang sinis. Tetapi apakah AS tiada teknologi yang lebih canggih daripada Iphone? Berapakah harga Boieng 777-200 jika dibandingkan dengan Iphone? Dunia sudah ditipu dan sedang ditipu sejak dulu kini dan selamanya oleh AS... Umat Islam perlu kuasai ilmu dan teknologi bagi melawan 'Syaitan' ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 12:59 PM

Nampaknya siasatan perlu mengambilkira semua spekulasi yang ada. Sedangkan Amerika sendiri menggunakan kaedah metafizik (termasuk telepati) untuk menjalankan siasatan, tak salah kalau kita ambil kira semua mimpi-mimpi ustaz (yang boleh dipercayai), termasuk dengan firasat orang-orang alim. Kumpulkan semua yang 'dilihat' melalui kaedah lain dan tengok jika terdapat satu corak yang lebih kurang sama.

Lagi satu, kita sepatutnya menghantar penyiasat untuk menyiasat dakwaan penduduk dan laporan polis di Maldives yang mendakwa mereka Nampak pesawat seumpama MH370 terbang rendah. Semak di mana lokasi dilihat (di pulau mana), apa ciri pesawat yang dilihat. dan berapa anggaran ketinggian pesawat. Dari situ dapat dianggar ke mana pesawat tu nak pergi dan adakah ia akan mendarat.

Secara spekulasi daripada cerita-cerita yang ada, ia menjurus kepada satu pulau lain yang berhampiran dengan Malvides atau kena lalu Maldives kalau nak ke situ.

Kerajaan kita pulak asal menjurus kepada Diego Garcia, terus full stop! Tetapi menimbulkan lebih persoalan seperti yang ditanyakan oleh Matthias Chang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 3:20 PM

@Anonymous

Bro, kita kata TUDM lalai dan tk pintas bukan di situ..bukan di ruang udara Thailand.. tetapi di ruang UDARA Pulau Perak (penang-kedah)..

Kenapa kita nk iakan sgt tipu helah Tentera yg kaki tidur dan H20 kaki makan bodek tu?? tengok panglima tentera yg boroi tu pun sudah tahu mereka kaki tidur.. org yg cergas dan rajin takkan seboroi tu hehehe..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 3:22 PM

Percayalah ini konspirasi Amerika.. bukti lain semua tk boleh connect the puzzles.. cuma skrg ni kita ragui sama ada Najib berada di blok US-CIA atau di blok China atau sebaliknya..yg aku nmpak Najib sudah jd hamba Amerika.. Malaysia jd bahan pajakkannya utk suatu yg kita tidka tahu..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 31, 2014 at 3:45 PM

Tengok Astro Awani hari tu... nampak macam ada konspirasi...tapi teori konspirasi yang mana satu betul pun tak tau la...kena tunggu kotak hitam tu pun kalau jumpa!

http://www.astroawani.com/news/show/mh370-petunjuk-baru-bercanggah-dengan-maklumat-terdahulu-kapten-nik-32820

....................
Reply To This Comment ...................
March 31, 2014 at 4:03 PM

memang mustahil, din. mainan mata satu. lambang nya banyak di sini...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 4:52 PM

Lps ni makin banyak la peta2 yg berkait dgn keselamatan negara bakal menjadi tatapan umum..
Kedudukan satelit, kedudukan kem2 strategik tentera dan pelbagai lg logistik penting akan didedahkan kepada umum atas alasan menjejak MH370..
Pertahanan dn keselamatan benteng negara dalam bahaya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 5:15 PM

Bagaikan dirancang sebegitu rapi, laluan untuk MH370 dikosongkan siap-siap sehinggakan ia tidak akan berselisih atau berlanggar dengan mana-mana pesawat pun. Harus diingat, apabila MH370 mematikan radar dan alat komunikasinya, MH370 adalah seumpama orang buta yang memerlukan tongkat untuk berjalan. Pesawat yang buta tu sudah tentu memerlukan "bantuan pihak ketiga" sebagai panduan atau petunjuk jalan untuk meneruskan misi. Senang cerita, kemungkinan ada pesawat pengiring yang menunjuk jalan agar MH370 sampai ke destinasi yang ditujui tepat pada masanya.

Kita semua mengetahui bahawa Boeing 777-200 adalah buatan Amerika. Apakah jurutera kita benar-benar telah membuang litar elektronik misteri yang tiada kaitan langsung dengan pengemudian pesawat ? Kita tak mau pesawat negara kita berkemungkinan boleh diremote control oleh pihak asing hanya kerana kelalaian kita membedahsiasat isi perut MH370.

Kita nampaknya lupa bahawa Amerika adalah negara yang mula-mula mencetuskan konspirasi dengan bantuan peralatan berteknologi tinggi. Ramai yang tidak boleh melupai bagaimana Amerika menipu dunia kononnya Apollo telah mendarat di bulan. Sedangkan teknologi yang ada ketika itu telah membuktikan bahawa amat mustahil manusia mampu sampai ke bulan ketika itu. Adalah dipercayai bahawa Amerika telah melakukan "penggambaran drama" memijak bulan di sebuah lokasi sulit yang digelar Area 51. Area 51 adalah pangkalan tentera rahsia milik Amerika.

Oleh itu, janganlah kita sesekali mempercayai Amerika yang kononnya ingin menjadi hero No.1 di dunia sama seperti watak popular adiwira Superman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 5:22 PM

Bro..point pulau perak ialah waypoint VAMPI atau GIVAL...dari graph yg di plot..sangat pendek jarak travelingnya dlm airspace malaysia...dan cara ia menghala terbang adalah melalui dan keluar dari airspace malaysia menghala ke waypoint IGREX...

aku bukan la nak backing sgt tudm tu..mana yg salah kita kritik la..tapi kalo kita kritik sesuatu yg tak sepatutnya kita kritik atau tak benar, maka zalim la kita ni...

Cuba bandingkan plak lama mana ia travel dlm airspace thailand..kenapa takde org tanya why airforce thailand tak pintas ufo tu? And its more puzzling bilamana aku ada terbaca dlm laporan akhbar (aku tak ingat akhbar mana pasal dah agak lama) yg thailand ada buat kenyataan bhw radar diaorg mmg ada detect pesawat tu tapi diaorg nafikan yg pesawat tu terbang melalui airspace diaorg...pelik..abis tu, ufo yg terbang kat selatan thailand tu bukan dlm airspace diaorg ke? Renung balik fakta yg thailand ni tak pernah dijajah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 5:48 PM

terpaksa dah pilih syurga atau neraka dajal, inilah masanya utk kita renungkan bahawa masa yg disebut dlm hadis2 telah nyata, kalu dok ditengah akan dijolok dr belakang oleh puak2 nwar, puzzle dajal dah meliputi semuanya, nak tak nak najib terpaksa jadi spt yg kita dok kata kat dia, apaleh buat. Puak dajal dlm negeri dah bergerak mencari pengikut yg lebih besar utk tumbangkan dia, ingat kata2 tian chua tu main2, ingat timur2 boleh terpisah dr indonesia, sbb siapa, bukan kecik anak wooi tian chua tu.

jadi slow la sket dok menyalah kpd najib, situasi sekarang mcm tak da upaya lagi bg negara kecil mcm msia, kalu nak hebat jadi la budak US, bagila selat melaka tu pada US utk kawal, agenda new con tetap berjalan, agenda kajang move juga tengah bergerak, so apa lg yg mampu najib buat..... senyum dn sengih laa.

telan atau kahak sama jerk, dh mcm checkmate dah, yg kita dok mencari punca dn asbab2 ni tak gunanya, ibarat kita semua dok atas rakit yg sama, rakit pula dh nak tenggelam, tapi kita dok nyalah org itu dan ini punca rakit dinaiki air, walhal perkara dh nak jadi dn rakit tu tak boleh elak dah, tenggelam, so marilah kita baca setiap hari surah al khafi, mungkin tenang sket menghadapi gelombang dajal ni.

wallahualm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 7:01 PM

Tuan din off topic sikit. Tv d msia juga luar ada tunjuk interview waris2 mangsa tetapi ibu kpd lelaki iran itu tidak d cari dan d interview. Sblm ni ada yg mengata ibu beliau tggu d airpot mgapa tidak d cari maknya hingga sekarang. Klau benar la cerita ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 10:15 PM

Kalau Menteri Pertahanan kita iaitu sepupu Ahjibgor PUN tak tahu apa yang terjadi dalam negeri dia sendiri dengan kapalterbang negara nya macam mana lah mat salleh nak tahu!!!

H2O nasib baik kerana dapat berselindong dengan jawatan 'acting Transport Minister' kerana jika semua PC dia berasas kedudukannya sebagai Menteri Pertahanan memang semua orang akan boleh lihat dia punya 'incompetency' nya dalam tugas dia sebagai Menteri.

Kita sudah tahu track record dia sebagai 'Home Minister' dia adalah seorang 'failure' dalam isu Lahat Datu dan juga kes rusuhan BERSIH. Cara dia jawab bila dia disoal apa pasal radar kita tak pick up signal MH370 yang patah belakang dengan response nya siapa kah yang nak bagi kebenaran yang tembak kapalterbang MAS itu dengan 14 bangsa asing dalam nya adalah BODOH. Isu nya di sini bukan pasal nya nak tembak kapalterbang itu tapi isu inisiatif untuk ingin tahu!!!!

Allah help us bila seorang lagi anak bekas Perdana Menteri ambil alih jawatan dari sepupu nya. Nasihat saya kepada ahli2 UMNO yang bapa mereka bukan Perdana Menteri jangan mimpi nak jadi parti President in the next 80 years sebab SUDAH terukir dalam agenda parti anak2 dan menantu Perdana Menteri ini semua tengah duk tunggu giliran mereka,walaupun setengah dari mereka ini bukan nya cerdik!!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 10:30 PM

Din,

Semua ini kerana kuasa ekonomi. kuasa ekonomi US sedang merundum dan mereka amat risau dengan kuasa ekonomi China yang secara tak langsung akan mengawal keseluruhan dunia. malaysia juga mempunyai peranan yang besar bagi meletakkan China kepada kedudukkan tersebut yang mana berkait rapat dengan beberapa perkara.

Untuk lebih memahami :-

http://beforeitsnews.com/banksters/2012/09/chinese-discovered-fake-gold-bars-of-tungsten-in-2009-2431960.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 10:31 PM

http://www.viewzone.com/fakegold.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 10:32 PM

http://endgametime.wordpress.com/fort-knox-counterfiet-gold/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 10:33 PM

http://militaryofmalaysia.net/2013/05/kedudukan-ophir-dari-kompas-iluminati/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 10:34 PM

Pengakhiran kepada beberapa perkara diatas tidak jauh daripada apa yang Mathias Chang tulis. Hanya US yang mampu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 10:37 PM

Dan kita bercakap tentang 4 tan buah manggis yang dikeluarkan pada musim panas yang bukan musimnya daripada dusun?....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 10:39 PM

Kenapa kes sulu sunyi sepi selepas PRU 13?. Kenapa sulu bermatian menyerang sabah? Bukankah ada penemuan besar di sabah yang menarik perhatian US bagi menjaga kesinambungan kuasa ekonominya? Masalah besar bagi Malaysia bila MH 370 ghaib....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 12:14 AM

Maaf... off topic sikit ni bro... puas aku duk jengok kat pasar... cari buah manggis... kat mana depa dapat bertan-tan bawak naik MH370... aku duk pikiaq jugak... ntah-ntah barang yang dibawak tu boleh bantu merungkai misteri...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 1:54 AM

@AnonymousMana anda tahu yang PDRM belum antar penyiasat ke Maldives?

Mana anda tahu yang PDRM telah menolak pembabitan Amerika dalam hal ini?

6 kapal TLDM dah lama berada di Lautan Hindi cuma hari ini barulah KD Lekiu sampai ke Pearce. Bermakna 5 lagi KD berada di....?

Banyak yang tidak diberitahu kepada umum tentang kerja2 penyiasatan yang dijalankan.


Bukan ke IGP dan Hisham sentiasa cakap siasatan MASIH kepada 4 perkara tersebut? Nothing has been ruled out yet.

KIta teruslah berdoa.

Selicik-licik CIA atau Mossad atau sapa-sapa laa... tidak akan dapat mengatasi doa orang-orang Mukmin.

Allah sentiasa bersama orang-orang mukmin.

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2014 at 2:41 AM

@Anonymoussemoga apa yang tersirat itu benar ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 7:41 AM

@dinturtle
Tuan Din,

Seperti yg pernah saya nyatakan sebelum ini, SEMUA MAKLUMAT KENTENTERAAN ADALAH SULIT! Saya sangatheran dengan sikap segelintir pengomen yang suka menyatakan TUDM sebagai kaki tidur!

Apalah pengomen-pengomen ini berfikir yang mereka lebih bijak dalam menguruskan polisi dan prosedur kerajaan? Apakah mereka ini benar-benar memahami prinsip dan peraturan diplomasi antara negara- negara jiran?

Dalam dunia ini, kita bukan hidup BERSENDIRIAN. Akal dan fikiran berserta kesabaran adalah yang paling utama. Biar mereka yang BERKENAAN menjalankan tanggungjawab mereka dan anda semua sebagai pengomen-pengomen, biarlah berfikiran rasional dan tidak emosional.

Bekas Tentera.

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2014 at 7:47 AM

@AnonymousCuba lihat para pengomen sebagai mewakili sebahagian rakyat.Bukankah bagus jika kita tahu apa yang rakyat fikirkan samada receptive atau tidak dengan penjelasan ATM ?

Mungkin penjelasan masih tidak jelas atau point masih belum dicapai.

Maka jangan dimusuhi pengomen, jadikan mereka sebagai indikasi penerimaan rakyat akan sesuatu isu yang kita hadapi. Tak semua orang sama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 7:53 AM

Maks seorang bawa brg melalui kargo = 20kg

Jadi, 239 x 20kg = 4780kg!

Tiada brg lain kah? Baju dsb! Anak kapal pun bawa manggis jugak kah?

Saru lagi, mana dapat 4 tan manggis?

4 tan menyamai anggaran kasar keluaran sesebuah negeri pada waktu puncak MUSIM manggis....

Isu ni mungkon nampak kecil tapi boleh memberi impak yang sangat besar!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 12:43 PM

Agreed with your reasoning, nevertheless not to negate Bekas Tentera, he/she probably more annoyed than anything else only standing up for the pride of the country is PDRM, ATM etc

Coming back to your assertions sometimes a silly question is asked to provoke as much as to pry.

H2O has indeed showed his cool and calmness. Deep down inside only he and Allah knows best.

Let's not bicker and keep our faith. The Jews or anyone for that matter never learn in trying to comprehend the greatness of Allah.

May Allah protect Tanah Melayu from any wrath that is due.

Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 1:57 PM

Sikit2 macai suka pikir konon perisik negara ada GRAND DESIGN lain konon nk pujuk diir lah??cehh rakyat dh bodoh mcm dlu lah.. kalau dh hebat grand design.. pegawai kaki tidor malam radar kesan UFO tu dh lama berjaya pintas dan kes ni xmelarat dn menjatuhkan negara.. susah ckp dgn penjilat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 1:59 PM

Zaman Tun dlu aku percaya SB dan Perisikan POLIS/ARMY hebat.. zaman Najib sorry lah.. kalau nk tdbir negara pun pakai konsultan..punasehat.. lepas tu londeh habis undang2 pencegahan negara.. sehingga langgar lampu merah trafic light pun xde Polis ambil penduli lg.. apakah itu bagus?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 11:52 AM

Antara pihak yg boleh mengawal B777 secara auto-pilot ialah CIA. Kedudukan terakhir yg dpt dikesan pemantau USA ialah di 4.7073N, 102.5278E, pd kelajuan 468 knots, tinggi 35,000kaki. ini dgn bantuan ADS-B di KLIA - WMKK, Subang - WMSA, Sg.Besi-WMKF & Bayan Lepas-WMKP. X pasti kenapa Gong Badak tiada ADS-B, begitu juga Pengkalan Chepa. Thailand mungkin berkecuali dlm isu ini.

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2014 at 7:16 AM

ni semua penipu je...setiap kali kalau diajukan solan...mesti yang menjawab akan berkata BUAT MASA INI KITA MASIH LAGI MENJALANKAN SIASATAN JADI KITA TIDAK BOLEH MEMBERITAHU SECARA DETAIL TAKUT MENGANGU SIASATAN...SEKIAN TERIMA KASIH TERUS CABUT...

Post a Comment