........... MH370 Kenyataan Akhbar Najib - Patah Balik Dan Putus Hubungan Adalah Tindakan Di Sengajakan. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 Kenyataan Akhbar Najib - Patah Balik Dan Putus Hubungan Adalah Tindakan Di Sengajakan.

Saturday, March 15, 20148comments


Sebentar tadi baru berakhir kenyataan akhbar PM Najib mengenai kehilangan MH370. 

Secara ringkasnya, Najib mengesahkan isyarat ping satelit dari pesawat itu BENAR WUJUD, dan BENAR pesawat itu telah berpatah balik dan dikesan berada di Selat Melaka / Lautan Hindi. Operasi SAR di Laut China Selatan ditamatkan.

Walaupun Najib tidak dapat mengesahkan wujud perbuatan HIJACK/Rampasan namun Najib berkata tindakan mengubah haluan pesawat dan tindakan mematikan isyarat komunikasi pesawat adalah disengajakan oleh seseorang dalam pesawat. ( deliberate actions by someone on the plane )

Mengambilkira perkembangan ini, Najib berkata siasatan akan difokuskan kepada penumpang dan anak kapal - Astroawani.( VIDEO PENUH )

Najib berkata, komunikasi terakhir MH370 dengan satelit adalah pada 8.11 pagi waktu tempatan Sabtu lalu (hari kehilangan pesawat) di Selat Melaka. 

( untuk pesawat itu berada di Selat Melaka  cuma mengambil masa lebihkurang sejam je, bermakna sekitar jam 3-4 am. Jadi.... lamanya pesawat itu berada di Selat Melaka kalau jam 8 pagi ia masih dikesan berada di sana ! )




KLiK ke Youtube


Bagi saya, kenyataan Najib tadi hanya mengesahkan apa yang dilaporkan selama ini oleh agensi berita barat seperti CNN, Reuters terdapat kebenarannya.


Cuba baca artikel terbaru dari CNN - CNN Exclusive: Analysis shows two possible Indian Ocean paths for airliner, walaupun masih bersifat spekulasi, namun secara peribadi, ia lebih REAListik !



PS - Untuk seseorang itu sengaja bertindak memutuskan komunikasi dan memandu pesawat ke arah baru, dia kenalah MAHIR dalam teknologi Boeing 777 dan mahir tentang pengetahuan dalam dunia penerbangan /aviation ( radar dan lain2 ) ... hmmmm...

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2014 at 5:51 PM

Ahjib tak kata kol 8.11am kapalterbang tu dikesan di selat melaka bro.8.11am itu waktu terakhir ping kapalterbang ke satelit tapi koordinatnya tidak diketahui(atau belum diproses sebab katanya data dalam bentuk raw).Atau dengan kata lain waktu terakhir kapalterbang berada di udara.Selepas daripada itu sama ada ia sudah sampai ke destinasi yg dirancang atau sudah terhempas sebab kehabisan minyak(sesiapa juga yg 'merampas' MH370 sudah tentu tahu kemampuan dan jarak penerbangan selamat kapalterbang itu).

Ada dua kemungkinan sama ada ke koridor utara(daratan/asia tengah) atau selatan lautan hindi.Kalau selatan lautan hindi ia perlu menuju ke pulau untuk mendarat(mana ada daratan di selatan lautan hindi).Satu2nya pulau yg ada kemudahan pendaratan di lautan hindi adalah di diego garcia.Kalau tidak pun ia akan terbang mengelilingi pulau sumatera dan mendarat di mana2 tempat di indon.

Kemungkinan kedua adalah ke daratan merentasi andaman terus ke india atau utaranya di asia tengah.Juruterbang atau perampas perlulah seorang yg berpengalaman atau sekurang2nya sudah menjalani latihan yg cukup untuk membawa kapalterbang ke situ melalui route yg sukar yg mungkin tidak pernah dilaluinya terutamanya sekiranya dia menuju ke sempadan asia tengah yg bergunung-ganang(mungkin latihan melalui simulator sangat diperlukan untuk tujuan ini).

Maaf sekali lagi kalau sedikit berspekulasi tapi ini dipanggil spekulasi berfakta kot hehe..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2014 at 6:02 PM

Hari ni pihak polis dikatakan telah berada di Shah Alam untuk membuat siasatan di rumah milik salah seorang pilot MH370. Point kat sini ialah hanya orang yang betul-betul MAHIR dalam teknologi Boeing 777 dan mahir tentang pengetahuan dalam dunia penerbangan /aviation ( radar dan lain2 ).

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 15, 2014 at 6:15 PM

( untuk pesawat itu berada di Selat Melaka cuma mengambil masa lebihkurang sejam je, bermakna sekitar jam 3-4 am. Jadi.... lamanya pesawat itu berada di Selat Melaka kalau jam 8 pagi ia masih dikesan berada di sana ! )

Kurang tepat kenyataan tu bro Din. Kawasan dimana pesawat itu dikesan kali terakhir (ping yang dikesan satelit US) tidak dapat dikenal pasti. Kalau ikut perkiraan, lokasi akhir pada radar dan ping terakhir dikesan satelit, mungkin pada jam 8.11 pagi pesawat berada dilautan Hindi atau disempadan Kazakhstan dan Turkmenistan.

Jumlah bahanapi pada pesawat tersebut mungkin melebihi dari apa yang dinyatakan oleh MAS sebelum ini. Kalau ikut pengiraan awal, ianya tidak mungkin dapat lepas dari sempadan India / Pakistan dan sepatutnya, pesawat telah terhempas pada jam 8.11 pagi. Spekulasi apa lagi yang akan timbul selepas ini disebabkan maklumat salah / disorokkan oleh MAS?

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 15, 2014 at 6:25 PM

Lakaran (garis warna merah) dimana pesawat mungkin berada sewaktu ping terakhir (8.11 pagi). https://twitter.com/sunshinesulin/status/444763082254868482/photo/1

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2014 at 8:35 PM

Salam,
Moga data n maklumat ah jib gor benar. Tidak flip flop. Atau lebih kpd utk dptkan semula mh370. Apa pun, moga misi ini berjaya dan negara kita gah. Boleh la bg kredit kpd tentera kita yg memang bertaraf dunia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2014 at 10:46 PM

@tobengBetul tu, saya juga dengar seperti yang encik katakan iaitu pukul 8.11 am tu ialah ping terakhir yang dikesan oleh satelit komersil INMARSAT.

Yang pasal Selat Melaka tu ialah plot terakhir registered di primary radar (radar tentera kita) yang membuatkan tentera kita mengatakan ada kemungkinan berlaku air turn-back.

Waktu tu baru disebut 'ada kemungkinan' sebab primary radar tidak boleh mengesan jenis atau indentiti pesawat sekadar tahu bahawa ada pesawat sedang terbang.

Hari ini baru disahkan.

.............................

p/s: Encik, kita janganla tuduh sesiapa sebab ada banyak kemungkinan lain.

Perangai Co-pilot yang suka 'berkawan' dengan perempuan cantik juga mungkin dimanfaatkan oleh si perampas untuk buat co-pilot keluar dari kokpit dan mana tau, sebaik aje pintu kokpit dibuka, masa tulah si perampas masuk dan ambil alih 'stereng'.

Experts dah cakap, perkara ni tak mungkin dilakukan oleh seorang individu.

Biarlah polis kita siasat sepenuhnya. Kesian ahli keluarga yang mendengar berita ni. Dah lah sedih kehilangan ahli keluarga, lagi sedih bila dapat tahu orang kesayangan ada perangai tak elok pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2014 at 11:00 PM

@AnonymousEncik, maklumat yg PM bagi tu dating dari aviation experts, bukannya PM memandai-mandai reka.

Kalau ya pun benci UMNO, agak-agak laa nak tuduh pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 4:47 AM

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=8305412219598798243&postID=7730868309108152634

Post a Comment