........... MH370 - Kenapa Maklumat Ini Baru Di Sebarkan Selepas 4 Hari ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Kenapa Maklumat Ini Baru Di Sebarkan Selepas 4 Hari ? ?

Tuesday, March 11, 201451comments


KEMASKINI 10:25am 12 Mac 2014 - Panglima TUDM menafikan ada berkata sebagaimana yang didakwa dibawah -  

MH370 Patah Balik Ke Selat Melaka - Ini Maklumat Salah Lapor ! ( Panglima TUDM )


                                *****************************************


Sebelum ini memang saya elak dari membicarakan mengenai tragedi MH370 kerana akur dengan nasihat Jangan Sebar Spekulasi. Tapi bila dah masuk hari ke 5, saya jadi tertanya2 ...... sampai bila ? 

Kemudian bila terbaca artikel BH ini, saya tidak dapat menahan diri dari komen juga ( bukan spekulasi OK )

Operasi SAR ke Selat Melaka

Kuala Lumpur: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370, digerakkan ke kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat yang diterima oleh Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, ia berpatah balik ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Turut menerima isyarat pesawat berkenaan berpatah balik sebelum dilaporkan tiba-tiba terbang dengan ketinggian paras 1,000 meter dari kedudukan asalnya 10,000 meter, adalah Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara di Singapura.
.
Pada malam kejadian, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Rodzali, mengesahkan pangkalan udara di Butterworth, mengesan isyarat kedudukan pesawat berkenaan yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan, sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air.

“Kali terakhir pesawat itu dikesan berada berhampiran Pulau Perak, di perairan Selat Melaka, pada jam 2.40 pagi oleh menara kawalan udara berhampiran sebelum isyarat hilang tanpa sebarang petunjuk,” katanya.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman (tengah) pada sidang media berhubung lokasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama KLIA, semalam. Turut sama Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais Markas Operasi Udara, Mejar Jeneral Datuk Affendi Buang (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Kenapa pada hari ke 5 baru maklumat ini di sebarkan ? Kalau maklumat ini dirahsiakan(?) tapi waktu sama usaha SAR dijalankan sebagaimana maklumat, OKlah jugak tapi seingat saya mengikuti tragedi ini, selama 3 hari penuh tumpuan SAR hanya di Laut China Selatan.

Sejak kelmarin, ATM dan Tentera Nasional Indonesia dengan dibantu pasukan keselamatan yang terbabit dalam SAR, menjalankan gerakan mengesan pesawat berkenaan di perairan Selat Melaka dengan skop kawasan dibahagikan kepada lima zon pencarian membabitkan pelbagai pasukan.

SEJAK KELMARIN .... ? ?

Serius ni saya nak luahkan satu pertanyaan - Kenapa baru sejak kelmarin ? Kenapa tidak dari HARI PERTAMA ? ?

Saya tidak mahu buat spekulasi apa yang berlaku kepada MH370 tapi saya percaya BESAR MAKNAnya jika maklumat di atas disebarkan dari hari pertama lagi !

Share this article :

+ comments + 51 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2014 at 7:56 PM

Masa tu deme deme tu banyak cakap pasai 4 cm jer ,ingatkan mh370 tu tak mungkin patah balik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2014 at 8:05 PM

Bro, atas sebab keselamatan sebab tu pihak Mas tidak hebahkan perkara ini kita kena faham bukan semua boleh didedahkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2014 at 8:16 PM

Mungkin pihak TUDM sendiri perlukan masa utk buat kenyataan rasmi..Tapi kan din, kalau benar MH370 berpatah balik kenapa tiada isyarat langsung dr juruterbang utk memaklumkan kpd menara kawalan status terakhir mereka?
Perlu diingat sistem komunikasi pesawat 777-200 mampu berfungsi dalam sebarang keadaan kerana backup sistem sentiasa berada dalam mod bersedia...

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2014 at 8:17 PM

@Anonymous"Kalau maklumat ini dirahsiakan(?) tapi waktu sama usaha SAR dijalankan sebagaimana maklumat, OKlah jugak ..."

itu yang saya pertikaikan. selama 3 hari usaha mencari dan meyelamat hanya ditumpukan pada Laut cina Selatan sedangkan terdapat maklumat dari Radar TENTERA dan dari Singapura yang mengesan MH370 kemungkinan berada ditempat lain

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2014 at 8:29 PM

@Anonymoussoalan itu dah berunsur spekulasi :)

kita bercakap tentang fakta.

Hari pertama dah nampak pada radar ia patah balik tapi kenapa selama 3 hari usaha SAR hanya tertumpu pada Laut China Selatan SAJA?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2014 at 8:45 PM

Cakap senang..lihat saja perkara ttg jumlah pasport palsu mula 2 kemudian 4. Penumpang tak naik 5. Kemudian 1.kemudian 4. Pening lahhhh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2014 at 8:54 PM

Sebenarnya mmg sgt mmbingungkan...
Hari pertama ceo mas inform Radar subang last berhubung jam 0240 sblm hilng di laut cina selatan dkt sempadan vietnam.
Hari ke4, Radar tudm butterwort juga kesan dekat pulau perak jam 0240...?????
Apakah sebijik kapal boleh berada di dua lokasi yg sama?

-wau

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2014 at 9:19 PM

Komen berbentuk SPEKULASI tidak akan saya siarkan. Mungkin hari ke 7 baru saya benarkan :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2014 at 9:53 PM

Siapa menteri yg bertanggungjawab tu
Kes lahad datu dulu kalau tak dato zahid
hamidi ambil alih entah apakan jadi pada
sabah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2014 at 9:58 PM

Lokasi terakhir radar subang dgn radar atm (dan radar s'pore) bercanggah..tak konsisten..atas sebab radar subang adalah yg sepatutnya dirujuk secara rasmi, maka pencarian di laut china selatan masih perlu dibuat..kerana carian di LCS tak ada apa2 hasil..maka carian diperluas ke selat melaka dgn merujuk radar atm..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2014 at 10:01 PM

Mcm mana tak speculate..berita dr pihak rasmi sendiri pn tak consisten/tally.
Sblm ni KP DCA cakap 5 org tu dh check in tapi tak naik dn beg2 depa terpaksa dikeluarkan. Tup2 hr ni KPN pulak bitau no such thing that happened dn menegaskan tiada penumpang yg tertinggal.
Cube cer??..cube cer??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2014 at 10:01 PM

Kalo pandai kenapa kao tak jadi pengarah operasi mencari? Ada berani? Atau kao pandai kah?

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2014 at 10:05 PM

@Anonymousmempertikaikan kenyataan resmi yang bercanggah bukanlah satu spekulasi.

errrr...kalau tak silap pendengaran, pihak berkuasa sendiri ada yang buat spekulasi !

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2014 at 10:06 PM

@AnonymousHahahaha ....contoh rakyat yang menjadi idaman ahli politik atau sesiapa yang berkuasa !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2014 at 10:26 PM

aku rasa ada orang tak buat kerja yang diamanahkan dengan baik.. sekarang ni. dia orang nak cover buntut masing masing... ada orang tidur masa kejadian ke.. ye alh pagi ahad kan...

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2014 at 10:29 PM

wow...xtau ape sy nak komen ni..sbb semua yg dibincangkan kat sini da bermain dlm kepala sebelum ni...��

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2014 at 11:00 PM

@dinturtle Tunggu har ke 7 Din? Mcm dah tau je MH370 dah jumpa dan sedang proses diapungkan yg mengambil masa 2-3 hari? Spekulasi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2014 at 11:58 PM

aku pun nak berskepulasi lah sapa dah dengar lagu pitbull feat shakira lets get is started?? cuba baca lirik dia...walaupun mungkin kebetulan...tapi...dajjal boleh buat apa2 saja betul x? just opinion

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 12, 2014 at 12:19 AM

Terlampau banyak senario yang harus dipertimbangkan berbanding dengan keupayaan menghantar aset dalam usaha mencari. Laporan dari luar mengenai penemuan objek di kawasan berhampiran perairan Vietnam juga banyak mempengaruhi.

Kes pesawat berpatah balik dilaporkan pada hari kedua. Telah ada usaha mencari dibuat disekitar perairan Pulau Pinang. Hari ketiga usaha itu dipertingkat. Berapa lama radar ada buat pengesanan dan dikawasan mana ianya dikesan? Mustahil radar tentera dapat kesan dari permulaan ianya berpatah balik. Sekiranya dari awal, sudah tentu usaha mencari dari awal lagi dibuat di kawasan selat melaka dan lautan andaman.

Pesawat juga terputus hubungan. Macam mana pihak TUDM hendak buat pengesahan dari awal lagi bahawa objek dikesan radar adalah pesawat MH370. Terlalu banyak kemungkinan yang boleh terjadi hanya dengan kesan pada radar yang kita tidak tahu berapa lama muncul pada radar. Tiada juga berita dari pihak Indonesia atau Thailand. Yang ada cuma cebisan-cebisan maklumat.

Apa yang berlaku sekarang adalah perluasan kawasan pencarian dengan mengambil kira kebarangkalian bahawa apa yang dikesan oleh radar TUDM adalah merupakan pesawat MH370. Semua kemungkinan diambil kira. Tiada penolakan dibuat. Usaha di sebelah pantai barat dibuat dengan tidak mengurangkan kapasiti pencarian disebelah pantai timur. Mungkin selepas ini ada bantuan dari India, Bangladesh, Myanmar. Apa yang pasti, MH370 mesti kita temukan.

P/S: Kalau ada yang bangang suruh kapal selam kita pergi cari, suruh mereka ni bawa set welding untuk tebok tingkap pada kapal selam. Lepas tu suruh bawak lampu banyak-banyak sebab kat dasar laut bukan terang benderang macam kat pasar malam. Jangan lupa bawak set sonar yang dia orang gunakan masa trip memancing. Kamera pon kena bawak dan lekatkan kat dinding luar kapal selam sebab sonar pengesan tak keluar imej yang berwarna warni. Last sekali tali jangan lupa. Macam mana nak ikat badan pada kapal selam sambil meninjau kat dasar laut. Alat penafasan TIDAK DIPERLUKAN. Kalau ada yang bawak jugak, kita hantar mereka ke Sungai Buloh.


....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 12, 2014 at 12:27 AM

Ni satu lagi update. Penduduk kampung dengar bunyi dentuman kuat pada pagi hari kejadian. Lokasi - Pulau Kapas. Agak-agaknya, pasukan mencari nak perlekehkan tak laporan ni atau hantar pesawat meninjau kawasan tersebut? Untung diri aku yang tak terlibat usaha mencari. Kalau tidak, dah gila jadinya dengan pelbagai klu-klu yang timbul ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 12:49 AM

Din kita kena jadi pandai..........
Dunia kita hidup adalah sistem demokrasi yg ditunjangi Yahudi.
Kaji apa itu illuminanti.
Pejuang maya kena fahami dunia kita hidup kalau tak jadi anjing yahudi yang kerjanya asyik nak jatuhkan pemimpin ssebuah negara atas dasar aku lah yang hebat.

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2014 at 12:53 AM

@AnonymousMaksud saya, sampai bila rakyat dinafikan hak bergossip ? Kalau tak jumpa2 juga lepas seminggu, dua minggu, sebulan ?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 12, 2014 at 1:38 AM

Masalahnya kita semua nak maklumat cepat. Bila dah bagi kata maklumat tak tepat pula. Bila tak bagi kata tak buat kerja pula. Jadi serba salah dibuatnya pihak berwajib kita dalam kes MH370 ni. Ada yang perlu disahkan dulu. Jadi ambil masa. Bila ambil masa kita semua dah tak boleh tunggu. Semuanya serba tak kena.

Semua keluarga mangsa tak kecoh pun. Kita yang lebih-lebih. Sebab kemungkinan mereka hanya dapat maklumat yang betul-betul sahih. Cuba kita ada di tempat mereka, apa kita rasa ?

Satu lagi, bukankah sudah diberitahu bahawa gerakan mencari sudah bermula sejak isyarat komunikasi terputus ? Mungkin pihak berwajib kita dah mula AWAL cuma kita saja tidak diberitahu.

Jadi, cubalah belajar sabar sikit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 1:43 AM

Klu hilang 4 hari pun dah kutuk kerajaan macam2, saya tak boleh bayangkan kalau Allah uji macam plane Air France tu yg selepas 6 hari br jumpa secebis kecil dr badan pesawat dan selepas 2 tahun baru jumpa lokasi sebenar pesawat.
Tu kira pesawat negara yg ada aset jauh lebih canggih dr kita tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 2:12 AM

Apa yang diusulkan oleh Kapten Norudin adalah yang paling tepat. Sebagai bekas pilot berpengalaman dan beliau juga pernah membawa pulang boeing 777 ke Malaysia. Beliau berkata bahawa teknologi ada limitation atau ada hadnya. Sejauh mana canggihnya aset yang digunakan tetap ada kelemahannya kerana keupayaan kita terbatas. Inilah bukti kekuasaan Allah bahawa sains tidak mampu merungkai misteri yang menjurus kepada perkara ghaib. Segala kekusutan, segala kebimbangan, eloklah kita kembali kepada Pencipta kita kerana itulah yang sebaik-baiknya kita lakukan ketika ini. Harus diingat bahawa US mempunyai sistem satelit tercanggih di dunia sehingga mampu merakam apa jua pergerakan di bumi. Tapi itu pun masih belum mampu mengesan kedudukan tepat MH370. Serah kepada Allah adalah jalan terbaik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 2:22 AM

jika benar buat u turn...kenapa ya?

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2014 at 2:25 AM

@AnonymousSoalan mengundang spekulasi yang saya harap tidak ada sesiapa komen !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 2:37 AM

Adakah anda mengatakan dan anda sangat pasti tiada usaha yang dilakukan memcari dan menyelamat di tempat yang dimadsudkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 2:37 AM

bukan apa bro din..berita terbaru mengatakan co pilot pernah menjemput org awam masuk kokpit selain merokok dlm kokpit...siap bukti bergambar pula tu..jika benar berita itu..tak hairan semakin byk spekulasi sebab seolah2 ada perkara yg dirahsiakan...tapi slowly terburai sedikit demi sedikit..

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2014 at 2:39 AM

@AnonymousAdakah anda sangat pasti ada usaha dilakukan ditempat yang dimaksudkan dari hari pertama lagi ?

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2014 at 2:39 AM

@Anonymousitu cerita lama ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 7:19 AM

DAJAL betullah si DALANG-DUA-MUKA plg. MERBAHAYA, iaitu CIA (yg. sebenarnya diKUASAI Barat-ZIONIS/ISRAEL) – begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita kononnya mungkin bunuh diri! Kem. Luar patut BANTAH tuduhan si KAPIR DAJAL ni – lihat di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578020/Why-cellphones-missing-Malaysian-Airlines-passengers-ringing-Family-members-claim-loved-ones-smartphones-active.html:

Did pilot commit SUICIDE? CIA boss says it is one theory agency is looking at as Malaysian police say they are carrying out psychological profiles of everyone on plane

By James Nye and Amanda Williams and Richard Shears

11 March 2014

Authorities are investigating the possibility that the pilot of the missing Malaysian Airlines flight MH 370 committed suicide, the director of the CIA has revealed.
John Brennan, head of the US Central Intelligence Agency (CIA), said: 'I think you cannot discount any theory', when asked if it was possible the pilot deliberately crashed the Boeing 777………

Tapi tak pula si DAJAL CIA ni nak tuduh bekas tentera dr. New Zealand ni, yg. berikan cincin kahwin dan jam tangan pd. isterinya sebelum penerbangan – saya syak dia direkrut jadi ejen CIA-Mossad setelah rumahnya musnah dlm. kejadian gempabumi di Christchurch; dan mungkin dia sempat parachute keluar selepas menjlnkan misinya. Sebab gaya dia seolah nak "bunuh diri "atau mulakan hidup dgn. ID baru setelah menjalankan misi (disyaki bagi pihak CIA-Mossad) – kan ejen CIA-Mossad (barat-Zionis) boleh buat apa saja! Lihat di
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578358/Husband-gave-wedding-ring-watch-wife-boarding-missing-flight-MH370-case-happen-him.html:

Agony of the wife whose husband gave her his wedding ring and watch before boarding missing flight MH370 'in case something should happen to him'

• Paul Weeks was on the missing flight as he made his way to new job
• Before leaving he had taken 'lots of photos' of his family, his wife has said
• She said he left her his wedding ring and watch in case something happened
• She has said she 'can't give up hope... I would love him to walk through that door'

By James Rush

11 March 2014

Mechanical engineer Paul Weeks, 39, of Perth, Australia, was on the flight as he made his way to his first shift in a fly-in fly-out job.

His wife Danica has revealed how he left the objects with her to give to their two boys if something was to happen to him……

She told 9News National in Perth: '(He said) "If something should happen to me then the wedding ring should go to the first son that gets married and then the watch to the second".'

The former soldier, who was born in New Zealand, moved his young family to Perth after their home in Christchurch was devastated by earthquakes…..

Makcik Sambal Belacan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 7:35 AM

Sapa cakap keluarga mangsa tak kecoh? Merekalah orang yang paling risau Dan really nak tau perkembangan. Gila apa kalau tak kecoh. My fren punya abang sepupu tu chief steward. Family dia risau sampai tak boleh nak lelap. Tak dapat nak sabar ...INI soal nyawa n keselamatan. Bukan nya tak percaya kan pihak berwajib, tapi kami semua nakkan jawapan. Mana pergi nya mh370????. I don't even care 2 people using fake passport or co pilot tak lakukan tugas dengan betul. I don't give a damn. I just want to know where is our mh370???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 8:05 AM

@dinturtle

Setahu saya, kapal terbang memnpunyai sistem perudaraan secara perkongsian (sharing). Tak tahu pulak kalu Boeing777 punya specs yang berbeza. Jadi, kalu pilot merokok, penumpang juga boleh terbau asap rokok!

Ini bukan spekulasi tapi nak membuktikan kebenaran kenyataan media Australia tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 12, 2014 at 12:07 PM

@Anonymous

Inilah BUKTI yang aku kata kecoh lebih daripada keluarga mangsa tu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 12:38 PM

Well the authorities themselves are doing their best n they themselves are keeeeennnn to know where this plane is just like everybody else.
Jorang sendiri tak tau nak bgtau public mcm mana.

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2014 at 1:34 PM

walau ape agama kita,,walau ape fahaman kita...bila kita buntu mencari jalan keluar,bila hati kite terlalu sakit memikirnya...bila kita dah habis tenaga mencarinya....pejamkan mata,,tarik nafas dlm2... istifar...pasrah dan redha dgn segala nya...serahkan semua ketentuan kepadaNya...sy yakin bila semua ahli keluarga sudah redha,,pasti Tuhan bukakan jlnnya... bila kita redha maknanya kita mmg dah bg 100% hati kita pada Tuhan,terpulanglah kepada Dia ape yg Dia nak buat...sy yakin,,pasti Dia akan bantu kita....sabar itu separuh daripada iman..kalau kita x mampu sabar,,kemana iman kita??? sy tahu sy bukan sesiapa dgn mereka,,sy tak rase ape yg mereka rasa... jika berlaku kepada sy,,sy pon sedeh dan sy pon nakkan jawapan...tp sy x akan salahkan sesiapa..sy lebeh percayakan kuasa Tuhan... hilangnya mh370 hanyalah penyebab,sy yakin Tuhan lebih tahu segalanya... dan doa ummat nya pasti Dia makbulkan...

....................
Reply To This Comment ...................
ema cik embong
March 12, 2014 at 1:56 PM

Ak tgk bile nk umum berite dlm sidng akbr spking melayu dlm b.i teruk gile walau jwtan yg dipegang meke jwtan2 yg hot2..pegawai tu la..ketue pngarahla seme b.i hancus..2, 3org je speking power..len2 memalukan..tulah jgn dok kutuk dtk ct spking cm kg je..tgk cermin dulula..pembace berite awani seme spking bagus2..mcm org putih..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 2:22 PM

Nak komen skrg ni tentang isu MH370 ka isu engglish deme? Prihatin ka idak???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 3:18 PM

@dinturtleInsyallah ada berita hari jumaat atau sabtu ini. Allah maha kuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2014 at 3:24 PM

@Anonymoussaya diberitahu - PETANG ini ada berita GEMPAR. Tunggu depan TV untuk PC

....................
Reply To This Comment ...................
March 12, 2014 at 9:56 PM

adoi naaa......kan ader cakap possibility....kemungkinan.....kemungkinan sahaja.....belum tentu betul.....sekarang ni diorang kena analysis data dulu...keja analysis ni bukan senang....kalu aku dulu macam subjek add math laa....bg diorang masa......lg satu diorang ni base ngan probability analysis........mcm2 nak kena pertimbangkan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 1:07 AM

Ini semua spekulasi... buka andaian yg direka boleh manusia yg inginkn NAMA.. supaya boleh glamour dan popular.. siap panggil BOMOH PAKAR VIP NUJUM DUNIA lagi... bukankah tak masuk akal. Dalam dunia sains dan teknologi yg serba canggih masih tlg percaya benda2 syirik dan kurafat.. tlg satu yg x masuk akak jet jumbo boleh hilang dlm radar.. sedangkn peluru brpandu yg tiada pilot dan komunikasi pun boleh dikesan.. ini diperakui boleh bekas ketua pilot mas dato kapten nik sendiri sewaktu diwawancara dlm soaljawab di tv3 mlm td.. Lg satu dlm 239 org penumpang xkan xde sekrg pun on hpnya.. mustahil kan.. jadi fikir2knla

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 1:22 AM

Xah mnunding jari . Angkt kaki tlg cari . Semua org buat xkn penah seng kn hati msing2 ade je prasagka buruk . Kita islam ..y terjadi ade hikmah tersiratnya .xgune kecoh2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 1:30 AM

Salam, Allah nak tunjuk byk kepincangan yg berlaku di sebalik tragedi MH370.
Pertama pihak imigresen dgn isu pasport palsu, dan skrg pasal kawalan udara.
Apa pegawai TUDM yg bertanggungjwb monitor skrin radar buat mana tu?tidur ke?
Aktiviti kapalterbang ni turn back adalah tidak normal, seharusnya pegawai TUDM tu dah boleh detect ada yg tak kena masa tu, dan buat laporan URGENT kpd pegwai atasan. TAPi??? Cuma korang bayangkan jika MH370 tu kapal perang musuh? apa agaknya akan terjadi?..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 1:32 AM

@ema cik embong setuju sgt, dahla bagi statement bercanggah2, sekejap ckp tidak bermuka asia,, lepas tu ckp warga iran la.. Mula cakap 4 penumpang xnaik pesawat, lepas tu u-turn ckp hy seorang je.. pening.. maklumat sidang media pun xboleh pakai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 2:07 AM

Nk komen pun payah nnti ckp spekulasi...tpi ramai yg percaya MH370 masih ada...sampai negara china menggunakan 10 satellite dn india 1 satellite....something wrong somewhere happened to flight MH370. Kita doakn agar MH370 ditemukan semula dlm keadaan selamat bersama ank kpl dn penumpang. Kita berdoa agar diperlihatkan kebenaran tentang apakah sebenarnya yg berlaku disebalik kejadian ini. Kita beriman dgn qada dn qadar Allah SWT. Segala ketentuan daripdNya. Tiap2 yg berlaku baik ataupun buruk ada hikmah disebaliknya. Kita berdoa berusaha tawakkal dn mnnjga silaturrahim sesama kita. Insyaallah....

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2014 at 8:29 PM

ramai yg mrh2 ngan kerajaan malaysia.. tp rasanya apa sj yg mereka lakukan mestilah for the best interest of our nation... kepentingan nation adalah keutamaan dlm dunia yg sibuk sgt nak menjatuhkan umt islam dan negara2 dunia ke 3.. negara kita ini negara yg kecil.. byk lah limitasi kita.. apa kata sekali ni kita bg sikit kepercayaan pd malaysia.. sbb xmungkin malaysia nak menganiaya kita coz kali ini isu yg terlibat bukan isu dalam negara tp antarabangsa.. silap sikit jer leh jd konflik antarabangsa.. cubalah bygkan jika kita yg kecil ini bertelingkah ngan kuasa besar.. what would happen.. sy tdk mengiyakan yg salah.. cuma sekadar memahami maybe ada isu yg lbh besar untuk dijaga dan ditangani dgn baek

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2014 at 7:10 AM

KENAPA TUDM BILA DITECTED SESUATU X TERUS ANTAU MIG-29 KER ANTAU HORNET KER G INTERCEPT..TIDO? OR BNYAK PROCEDURE NK BUKAK? EMERGENCY TU FAST TRUCK JE LARR..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2014 at 11:59 AM

jangan becakap sebarangan boleh jadi fitnah...fitnah tu sama la kita membunuh sepuluh syahid,,,bila allah berkata ku fa ya kun,,,benda yang selama ini kita teliti kita hati2,,kekadang terlepas pandang..kita manusia biasa bukan sempurna..jd bila awak ckp menara kawalan tudm tdo...tu awk dh fitnah,,sdangkan awk xtau ape cte sbnarnya..sbb tu kita jgn pndai2 wt spkulasi sendiri..karang mh370 xde pe2..dosa kita pula yang berganda,,pk2kn lah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 4:34 PM

Ya, aku setuju dgn ko, nmpak mcm cuai. Mcmana pesawat tanpa nama blh terlpas dari radar dan kawalan tudm. Klu dia jatuhkan bom lepas tu blah je..??

Post a Comment