........... MH370 - Jika DiPintas Dan Pesawat Tak Berhenti, Takkan Kita Nak Tembak ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Jika DiPintas Dan Pesawat Tak Berhenti, Takkan Kita Nak Tembak ?

Sunday, March 30, 201432comments


Saksikan Video di Asroawani  - Pesawat berpatah balik bukan ancaman


Kita kalau scramble kita punya aircraft pun, keputusan untuk menembak sebuah pesawat komersil yang ada didalamnya penumpang2 daripada 14 negara.... Siapa nak buat keputusan itu, kalau kapalterbang itu tak berhenti ?

Keduanya, Panglima Tentera Udara telah menyatakan bahawa turn back itu berlaku di ruang udara kita, yang melibatkan pesawat komersil. Jadi tidak dilihat sebagai satu pesawat hostile.Dan kalau tidak hostile, kita nak scramble kapalterbang kita .... tidak ada makna.



Dan kalau kita scramble pun kita punya aircraft, kalau kita tembak...  jatuh.. satu pesawat komersil dengan 14 penumpang ( 14 negara ), saya rasa kontroversi yang lebih berat terpaksa kita pikul.


Apakah maksud H2O kalau dikerah pesawat pejuang untuk pintas blip yang tidak dikenali pada waktu itu ( tapi dianggap bukan musuh ), dan kalau pesawat itu tidak menjawab pertanyaan atau mengikut arahan maka tidak ada jalan lain lagi melainkan terpaksa ditembak jatuh ?

Hmmmm .....

Berapa banyak insiden pesawat yang buat turn back dalam sehari ? atau sebulan ? ingat ya, TUDM tidak sekali2 mengANDAIkan yang pesawat itu turn back kerana mengikut arahan menara kawalan.

Apakah tindakan pintas saja yang ada ? Kenapa tidak dihubungi ? Kalau di ketahui yang pesawat itu tidak dapat dihubungi waktu itu, pasti ia akan menimbulkan satu pertanyaan dan seterusnya mengundang satu tindakan lain .... ( yang tidak semestinya ditembak jatuh )


Saya percaya ada yang marah bila kita terlalu membicarakan hal yang dah lepas, supaya kita tumpukan pada misi SAR sekarang. Well .... misi mencari tetap diteruskan, siapa suruh perlahankan. Tapi waktu sama tak salah kalau kita kaji juga apa yang telah berlaku. .... kan ? Bagi memperbaiki mana2 kelemahan yang ada. 

Soal negara lain juga turut sama tidak bertindak, itu kita boleh tanyakan juga tapi tak salah kalau kita tetap juga tanyakan hal negara kita, kan ?

Saya nak tanya - Adakah kelemahan radar kita atau kelemahan dari segi SOP ?


Radar kita ternyata berkesan dan dapat detect pesawat itu. Betul kan ? Apakah sistem radar kita lemah ? 

Jadi apa hal yang tiba2 H2O menyarankan kita pergi shopping sistem radar baru ?


KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan khususnya selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Beliau berkata selain sistem radar, teknologi lain juga perlu dikaji semula bagi melengkapkan angkatan tentera dengan aset yang lebih baik. -
SINAR.


Kemungkinan besar sistem radar baru itu juga mampu kesan blip pesawat yang tidak dikenali dan yang tidak dianggap musuh. Persoalannya masih sama, apakah tindakan susulan TUDM dalam situasi itu ?

Apakah jawapan H2O akan berlainan daripada atas jika sistem radar baru di gunakan ? 

Point artikel ini adalah berdasarkan kenyataan H2O.

PS - Sila baca malaysiamilitarypower

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2014 at 9:15 AM

Kalau nak komen, mohon ikut tajuk artikel, jangan melalut dan jangan maki hamun. Sia2 jer tulis kalau saya tak siarkan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 9:18 AM

Din,sekurang2 kita tahu ke mana perginya MH370? tak perlu belanja ber billon rm dan tak mencemarkan nama malaysia. .............mmm ada siasatan atas.. the 2 radar guys.?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 9:23 AM

ini la yg dikatakan manusia.pepatah ada mengatakan bila rumah siap tukul pun berbunyi..kalau anda dlm situasi gitu pun blum tau lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2014 at 9:42 AM

@AnonymousJadi tidak perlu dibincangkan ? Kalaupun untuk tujuan penambahbaikan ...... jika ternyata ada kelemahan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 10:08 AM

Soalan saya mudah jer. Macamana diaorang bole tau itu adalah pwsawat komersial ? Sedangkan MH370 tidak menghantar sebarang isyarat pengenalan pun kerana transponder telah dimatikan. Jelas sekali ianya andaian semata-mata tanpa penyiasatan terlebih dahulu.

Isyarat ganjil itu jelas menyatakan bahawa ia adalah unindentified atau unknown aircraft. Hantarlah jet kita untuk buat pengesahan dulu. Seluruh dunia dah ambik langkah berjaga-jaga sejak insiden 9/11. Pesawat komersial berpotensi menjadi ancaman tapi Malaysia jer yang tak ambik iktibar. Saya tak dapat bayangkan sekiranya sebuah pesawat komersial boleh memasuki ruang udara kita dengan mudah dan melanggar menara berkembar Petronas. Apa nak heran, bukankah itu adalah pesawat komersial. Oleh itu, kita tak perlu bimbang apa-apa pun.

Seolah-olah macam ada komplot terancang. Semua negara yang dilalui oleh MH370 seolah-olah dengan sengaja menidurkan radar masing-masing ketika masa kejadian. Tak logik langsung, satu negara pun tak boleh kesan pesawat yang besar tu. Itu belum lagi aku cakap pasal satelit US yang konon paling canggih di dunia. Kononnya orang yang sedang berjalan di permukaan bumi pun boleh dirakam pergerakannya. Takkanlah pesawat besar yang sedang terbang tu pun tak boleh trace dan detect kerana wujudnya pergerakan.

Kes MH370 adalah tragedi yang amat pelik dan penuh misteri. Kalaulah awal-awal lagi kita sahkan dulu unidentified dan unknown object tu, semua ni takkan terjadi. Kini seluruh dunia dah tau bahawa kita tiada keupayaan untuk mengesan objek asing yang berpotensi untuk membawa ancaman kepada negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
March 30, 2014 at 10:28 AM

drpd persoalan2 yg Bro DT utarakan MUNGKIN.....

Kapal terbang komersial SELALU sgt/ SUKA SGT berpatah balik dlm ruang udara Malaysia sehingga akhirnya ia menjadi kebiasaan bg pihak yg bertanggungjawab utk tidak berbuat apa2.

Sistem radar kita mmg dah cukup bagus sbb dpt kesan kapal terbang yg berpatah balik tu cuma mungkin SOP yg digunakan utk scramble pesawat pintas sgt KETAT n kalau dah dpt kebenaranpun, dah terlambat.....yg ni pihak berwajib fikirkan semula SOP yg digunakan.

apa pula perlunya sistem radar BARU kalau yg sedia ada dah OK?....sbb kalau ikut SOP sekarangpun, walau guna RADAR TERCANGGIH sekalipun, aircraft kita takble scramblepun utk buat pintasan.....cuma tgk je boleh....atau mungkin sistem radar baru dpt kesan UNSUR2 SABOTAJ, RAMPASAN, MASALAH ENJIN etc sehingga membenarkan TEMBAKAN dilakukan?

apa yg pasti, sekiranya kita dah buat pintasan pd kapal terbang yg berpatah balik tu, sekurang2nya kita tahu MILIK SIAPA kapal terbang yg SUKA SGT main patah balik dlm ruang udara Malaysia.....ke Malaysia langsung tak kisah kalau byk sgt kapal terbang main patah balik kat ruang udara kita?....patutla Singapore punya la seronok main2 kapal terbang dia dlm ruang udara Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 11:02 AM

@dinturtleKalau kata macam ni buleh din, setiap insiden di Malaysia, sejak hari pertama terjadi, maka adalah pihak yang akan buat duit.. seperti pihak Kebajikan masyarakat (pegawainya), TUDM, TLDM, TD, kementerian-2 luar, dalam,..
pendek kata pakat ambil kesempatan... dan yang terakhir ialah pak2 menteri pulak ambil kesempatan tambah aset, tambah projek dan tambah sistem logistik... PM??? mengiyakan saja..

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2014 at 11:14 AM

@AnonymousTak boleh .... sebab H2O sebut pun selepas 3 minggu bukan sejak hari pertama !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 11:19 AM

Kenapa sebaik sahaja terputus komunikasi dengan MH370, menara kawalan KLIA tak terus menghantar isyarat kecemasan kepada TUDM ? Di sini lah puncanya SOP tidak dipatuhi dengan betul.

Sepatutnya, apabila disyaki bahawa transponder ditutup, isyarat kecemasan dari KLIA di hantar secara automatik kepada menara kawalan TUDM. TUDM serta-merta tanpa perlu menunggu arahan Menteri Pertahanan terus sahaja menghantar jet pejuang untuk kerja-kerja detecting, tracing dan tracking. Kita ada ESSCOM kat Sabah untuk kawalan pencerobohan melalui jalan laut. Tapi kita tiada kawalan yang efektif bagi pencerobohan melalui ruang udara. Bagi saya, kegagalan memintas MH370 lebih awal amat-amat mengecewakan sekali. Kita terlalu bersangka baik kepada pesawat komersial sehinggakan tragedi ini berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 12:08 PM

Si anak bangsawan ini is answering for the sake of replying aje. Lackadaisical attitude mereka selalu nya timbul setiap lalu masalah/crisis timbul dalam negara. Macam Lahat Datu punya kes lambat nak react hantar tank,kapal terbang sehingga jadi zone peperangan di sini.

Isu nya di sini ada lah attitude mereka bila kita soal siasat berlebihan,mereka akan melenting dan menjawab dengan sarcastic jawapan mereka,contoh bila reporter bertanya semasa PC tentang ada kah cargo2 yang berharga dalam MH370,jawapan nya ada lah manggis sambil senyum dengan sinis kemudian timbul isu battery lithium ion!

Kita sudah boleh lihat quality2 menteri kita dari UMNO yang di beri jawatan kerana seniority mereka dari kebolehan mereka. Ini lah 'side effect' nya bila jawatan penting tidak di pertandingkan, keldai pun di iktiraf sebagai kuda.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
March 30, 2014 at 12:24 PM

Itulah saya cakap perancang konspirasi tahu betapa LEMAH dan KAKI TIDURNYA sebahagian besar pertahanan NEGARA.. Dlu rakyhat marah konon Pak Lah suka tidur..tp sbrnya Pak Lah itu sbg 'cermin' pd rakyat sendiri yg memang kaki tidur wpun diberikan amanah utk jaga kesealamatn negara.

Bila tak kantoi.. mulalah beri alasan mengarut2 utk bodohkan rakyat dan mangsa. Kejap tahu itu pesawat komersial kejap tak tahu.. lepas tu bebal pulak nak tembak pesawat? Menteri pun tk cerdik.. macam mana rakyat nk cerdik.. H20 oiii siapa suruh kau tembak?

eloklah kau tu memangku jawatan jer.. BEBAL. Depan media asing ko berlakon sopan.. depan media tempatan ko bebel mcm mak nyah! sikit2 nk bangga dgn 'kejayaan',, tak malu je masuk bakul puji diri.. tp masalah tak selesai?

Kita skrg sudah tahu macam mana sistem pertahan negara SOP seperti tak wujud atau jd bola sepak. Bila un-identified flying object masuk ruang udara Malaysia.. pegawai yg bertugas tu mungkin tgk layan bnde lain jika dia tak tidur. biasalah tentera.. atas padang kawad je nampak displin.. jika dispin dan rasa tgjwb itu wujud.. pegawai malam itu sudah pasti akan risau.. benda apa 'masuk rumah aku ini'.. mesti pergi check. tp biasalah pegawai jenis cukup bulan cucuk ATM.. jnji gaji masuk.. bila jd kes macam Lahad Datu barulah nk serius..

Jika aspek pencegahan ditekankan dlm pegurusan negara..kita dpt atasi banyak masalah dan jimat kos tadbir negara. Termasuklah kes MH370. Krn LALAInya TUDM.. kita merana sampai skrg.. MAS kerugian teruk, imej negara rosak, rakyat gelisah dan MUSUH sudah tahu setiap penjuru kelemahan negara.
Sbb itulah dlm perang UHUD Nabi beri arahan setiap penjuru mesti dijaga.. jangan leka.. walaupun kelihatan 'selamat'..

Menteri H20 jwb semalam melambangkan Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang LEMAH.. yg bila sakit baru nk berubat.. menteri yg putar belit. Bila pesawat tidak dikenali terbang masuk.. apakah TUDM sudah hantar jet utk periksa? bukan suruh tembak.. H2o bebal oii.. kalau pesawat tu mencurigakan..dan enggan turut arahan.. apakah SOP seterusnya bg pesawat komersial? Sekurang2nya kita sudah dpt jejak pesawat tu dan minta bantuan radar negara lain keep tracking atau follow ke mana MH370 tu akan pergi..

bodohnha menteri maka rakyat 10x akan jd bodoh. Inkuiri Awam wajib dijalankan kenapa pegawai TUDM malam itu tak menjalankan tugas menjaga ruang udara negara??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 12:30 PM

@Anonymous
Itulah salah satu persoalan... tp H20 bebal tu tak reti fikir. Kegagalan pencegahan awal sistem pertahanan negara..akhirnya bencana yg tidak dijangka spt MH370 atau 9/11 boleh berlaku di negara kita..

bukan main Tentera beli aset.. umum sana canggih sini hebat.. tp kalau pegawai culas-tidur dan tk buat kerja.. apa guna?

Kita risau tapi menteri2 elit bangsawan spt H20 akan jawab ikut selera dia.

nanti ada pula yg akan sokong.. membela menteri2 ini dgn jwpn2 yg memualkan- ko pegi lah jd menteri.. ko ingt senang ke... bla2..

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
March 30, 2014 at 12:38 PM

@Anonymous

Inilah yg ramai rakyat Malaysia tk faham dan xboleh fikir serta termakan dengan pembohongan Panglima Tentera.. ckp berbelit2 semasa PC tu just nk 'lari' dr isu ini.

Transponder ialah alat yg akan hantar secara berkala maklumat keadaan pesawat secara lengkap ke Menara DCA Subang.. manakala Radar Awam DCA mengesan pergerakan pesawat awam itu dari titik mana ke titik mana.

Sama juga dengan Radar tentera TUDM- Cuma ia lebih robust dan strong immunity dr jammer- pun sama hanya dpt tahu titik/blip kehadiran suatu objek terbang dlm skrin.. tp tidak tahu maklumatdetail.

Oleh itu kenapa tentera tidak jalankan kerja? bila pesawat komersial buat turn back luar biasa.. pegawai yg jaga Radar mesti sudah tahu pattern biasan penerbangan dlm Malaysia..tiba2 malam itu ada keganjilan-turn back tajam dan mengarah ke lautan lepas.. apakah pegawai tu tidak hubungi DCA? Atau DCA pun buat tak kisah..setelah hlang dr radar sepatutnya dlm masa kehilangan lebih dr 10 minit DCA wajib contact TUDM utk hidupkan pelan kecemasan semak radar tentera ada kesan tak..

heran sgt kenapa Malaysia ditadbir sebegini rupa? Tanpa kejadian Mh370.. kita tidka tahu betapa teruknya pegawai2 TUDM buat kerja.. tiada koordinasi cekap dan berkesan antara agensi penerbangan Awam dan Pertahan Negara.. billa ditanya soalan... We WILL LOOKING AT ANY POSSIBILITY.. jwb membodohkan org..sbb itulah media asing pun suka cuit dan cari pasal sbb tahu pegawai Malaysia termasuk menteir pun TAK CERDIK dan PEMBOHONG...

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
March 30, 2014 at 1:01 PM

@Anonymous

yes.. org kita bila tak kiralah menteri UMNO atau bakal Pi Emm Jam Omega hilang..bila di asak dengan soalan.. yg tak boleh dijawa,. akal kerja nk membelit lepas tu bebal dan mengamuk jer.. jawab ikut emosi. Bukan jawab ikhlas dr hati demi negara atrau menyelesaikan masalah.

Menteri tetap dapat gaji.. makan minum tidur peluk anak bini macam biasa lepas press conference.. tp keluarga 239 mangsa akan menderita dan menangis sehingga mati.. kalau kemalangan jalan raya kita lihat jelas.. akal dpt terima takdir.. tp kes MH370 akal tk dpt terima Menteri Malaysia kendalikan kes mcm Idol Artist.. lebih nk cari populariti..

Kenapa MAS itdak dibenarkan mendedahkan MANIFEST CARGO secara detail?? jwb main2 buah manggis 2 tan? mari mana buah manggis 2 tan di luar musimnya??

Skrg bukan musim manggis!! Jika tidak ada rahsia besar.. atau konspirasi kenapa Menteir tidak dedahkan secara jelas demi mengelak fitnah - pecahan kargo MAS MH370.. Manggis 2 tan-bateri Lithium bape tan? benda2 lain? dan total carriage mlm tu?/

xde kan..so kenapa sorok jika tidak ada suatu yg pelik? Inilah punca ramai marah.. SEMBUNYI fakta!!!


Menteri Biadap H20 jugak kena kenal dlu siapa Amerika- Apa peranan Diego Garcia dan pesawat apakah yg ada di situ.

Minta Menteri Zahid tangan suka tunjuk org tu nasihat pd PM (itupun kalau dia reti).. supaya jgn bodoh skrg dgn mainan Amerika.. beritahu Najib laki Rosmah US ada AWACS E-3 jet Air Borne yg atas bodynya ada cakera radar tu.. apa benda pesawat tu boleh buat..

Dn utk pengetahuan semua.. US Navy pakai AWACS E-3 tu utk jam kan radar seluas kawasan 3 juta batu persegi.. betapa luasnya dan powernya sistem komunikasi perosak yg ada pada AWACS. dan Jet ini adalah buatan siapa? BOEING tau tak.. platform BOEING 707- dgn peralatan electronics warfare nya dibekalkan oleh Grumman-Northrop- dan apakah Jurutera MAS dilibatkan dlm siasatan MAS 370 utk tahu di manakah weak point peralatan elektronik dlm pesawat MH370 tu setelah 10 tahun usianya?

Banyak perkara yg ditipu Menteri.. hari2 kita hanya dihidangkan dgn ayat2 retorik untuk divert dan alihkan tumpuan.. hari ckp bab'data satelit-radar-Inmarsat-PC-orion bla2..' mencari dan menyelamat..tp kita tak diceritakan teras utama siasatan punca menjurus kpd 'rampasan' MH370 ini.. akhirnya semua terlena dgn permainan ini..terima bulat2...

Sbg hamba Allah kita rehdo apa jua ketentuan Allah.tp selagi mana kes ini belum berakhir jgn pandai2 di akhiri oleh drama yg disampaikan oleh Najib laki Rosmah..seolah2 nk tnjukkan kehebatannya sbg PM tp mempamerkan kebodohan..GOPOH dan tidak BERTANGUNGJAWAB!



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 1:47 PM

Bro Din,baru tengok Skynews banyak saudara mara baru sampai ke KL untuk buat kacau disini. Apa pun kita kena 'salute' Anwar Ibrahim bukan saja dia berjaya buat 57% rakyat benci BN,sekarang dia berjaya membawa orang2 dari China untuk maki hamun kerajaan Malaysia/Ahjibgor secara global sekarang dan live lagi!!!

Macam pi consultant2 Ahjibgor untuk manage crisis ini!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 2:29 PM

@AntiBohongJangan lupa Bro,time Pak Lah jadi PM syarikat anak dia Kamal iaitu Scomi pun duk buat alat2 nuclear untuk musuh Amerika secara rahsia!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 4:20 PM

bab ufo jadi pertikaian, jgn lupa dgn ifo kat selatan semenanjung, kalu masa sy dok johor tahun 90an dulu setiap hari bunyi jet2 spore melintas bandar johor bharu, sikit punya kuat bunyinya dpt didgr penduduk johor aku ingat boleh jadi pekak dah penduduk johor sb dh mangli, so apa buat tudm??

rentetan dgn ini jelaslah kalu ufo lagila deme peduli apa tidur la... sama gak dgn DCA yg kat menara.. tidorla tu... takkan tudm nak buka cerita.. betapa spec2 alat ketenteraan spt fighter jet yg perlu dilengkapi spt juga dng kapalselam. ikut pembelian awal segalanya lengkap...takkan DCA nak buka cerita ...DCA pun takkan nak buka cerita betapa getiknya mereka dgn karenah2 bik ros dlm hal perjalanan guna flight atau pembelian spec2 jet peribadi. So perkara2 yg berlaku menjadi timbunan menghasilkan cemuih/benci dlm wat kerja.
kesimpulannya; segala mak nenek masalah yg timbul dlm kjaan termasuk perkhidmatan kpd rakyat telah bertimbun timbun. Kenapa? kerana yg no 1 jenera(zzz) maka KSU2 kementerian pun bulan madu la, apa lg ketua pengarah, pengarah2 pun makan angin jer , maka anak buah tidor bawah meja la nampaknya.

kalu tuan ingat masa mahathir, betapaawasnya ksu2 dn ketua2 pengarah terutama bila setiap isu berbangkit di paper, pg2 lg menteri kem berkaitan dah arahkan anak buahnya meeting cari sebab dn alasan kenapa terjadi sbb dlm meeting kabinet menteri tunggu nak jawab pd PM masa tu. Satu kes dimana ketua pengarah penjara diberi kpd Dato Yasin jaafar dr polis sbb banyak issu dn skandal di jabatan penjara, kes2 semcm ini menunjukkan betapa seriusnya PM utk bekerja demi utk rakyat.

Sekaraang dtg meeting pun menteri tiada tekanan sbb PM skrg bukannya particular dn spesisifik spt mahathir, bila menteri rilek maka ksu dn ketua pengarah lg la rilek2,kakitangan pun rilek rilek rilek. Ditambah lg dgn racun persepsi dn bukti dari pembangkang membiak kebencian dikalangan ktangn kjaan, akhirnya kemuncaknya MH370. Mungkin ada konspirasi tapi kalu kerja tak tidor hasilnya mungkin lain.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 4:36 PM

Soalan:

Apa SOP ketika pesawat berpatah balik?

Apakah sememangnya ada Koordinasi antara DCA, MAS dan TUDM dan lagi?

Keupayaan Ketenteraaan kita amat TERBATAS.. very LIMITED..

Semuanya kita terpaksa beli drp luar... apa yang KITA ada?

Bila kita beli drp luar, dgn keupayaan kewangan yang sedikit kita nak keupayaan macam mana? Sedikit jugak lah...

Keupayaan Aset Tentera kita lemah, tapi stabil bagi rantau asean.

Wei... Singapore yang terkenal dgn kecanggihan Aset2 Ketenteraan pon DIAM MEMBISU... Singapore ingat Sistem depa dah canggih... Amerika kat blakang (NASIB BUKAN NUAR BERAHI)..

Negara kita sudah di sabotaj? Dari dalam dan Dari Luar...

KEUPAYAAN Asset ketenteraan di Negara Asean.. Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore, Cambodia dan Vietnam amat lemah sekali...

Terimakasih MH370.. sekarang semuanya sedar.. nasib baik sebelum terlambat.........

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 30, 2014 at 4:44 PM

- 'Apakah maksud H2O kalau dikerah pesawat pejuang untuk pintas blip yang tidak dikenali pada waktu itu ( tapi dianggap bukan musuh ), dan kalau pesawat itu tidak menjawab pertanyaan atau mengikut arahan maka tidak ada jalan lain lagi melainkan terpaksa ditembak jatuh ?' -

Satu clue yang menunjukkan keyakinan pihak penyiasat bahawa MH370 dirampas. Pemikiran H2O sekarang dipenuhi dengan insiden MH370. Jawapan H2O adalah tertumpu khusus untuk MH370. SOP sebenar TUDM memang aku tak tahu tapi kelemahan yang nampak sekarang datang dari situ. Radar kita memang mampu untuk kesan pesawat yang ada dalam ruang udara kita.

- "Jadi apa hal yang tiba2 H2O menyarankan kita pergi shopping sistem radar baru ? -

Sistem radar yang sepatutnya jadi rahsia kini dah diketahui ramai pihak. Semua negara jiran dah dapat maklumat ini. Jadi keperluan kepada penukaran ini memang ada. Astro Awani ada juga laporkan bahawa kelengkapan sonar bagi kapal juga H2O nak minta di pertambahkan. Aku pulak nak mintak supaya kapalterbang rondaan maritim juga harus di beri perhatian. Bukan untuk tujuan cari kapalterbang terhempas saja tapi untuk kapal-kapal yang lalu diperairan kita. Nampak sangat kita jauh ketinggalan dari negara lain dari segi kelengkapan.

Persoalan kenapa TUDM tidak lakukan pemintasan aku tak berani nak komen sebab banyak lagi persoalan yang tak di jawab. Aku boleh terima bahawa pesawat yang TUDM kesan adalah pesawat komersil. Waktu sebenar TUDM menerima berita dari ATC aku tak tahu. Vietnam melaporkan kepada ATC Subang pada pukul berapa juga aku tak tahu. Aku reserve kebodohan aku membuat andaian selagi maklumat-maklumat yang lebih banyak dapat diterima.

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
March 30, 2014 at 6:08 PM

@Anonymous

ya tuan, saya lihat selepas Tun Mahathir besara Malaysia ni seperti tiada 'penjaga' yang tegas. Zaman Tun dia sentiasa berfikir, dia sistematik dan tegas dlm mentadbir krn dia tahu sifat2 kakitangan Krjn terutama org Melayu ni macam mana..

Masa Tun jd PM juga, sy perhati mana ada penunggang motosikal berani langgar lampu merah wpun dlm hujan lebat, Polis berkuasa mengadakan rondaan di highway, lori dan pemandu2 gila tak berani memandu seperti sekarang seperti tiada undang2.

Sekarang negara kian rosak, kawalan dr peringkat awam sehingga ke keselamatan negara sudah lemah.

Tahun 90-an dlu, bila Stesen TNB Paka terengganu rosak/ terpelantik, blackout seluruh negara- Apa Mahathir buat? Selepas semuanya pulih- Tan Sri Ani Arope 'tidak disambung' kontrak lagi.. maknanya GET OUT.. u tak mampu handle then bye2... Mahathir xbising2 banyak.. keluar arahan shj..

itu shj nk ajar dn didik sistem kerja org kita..

MH370 ini terlalu banyak pengajaran.. apakah Najib laki Rosmah ini akan berubah atau masih bermimpi dgn retorik2nya?

Dia yg umumkan spekulasi MH370 hilang di Lautan Hindi kemudian dia skrg tiada penyelesaian.. damage control Najib menyebabkan berganda damage!

....................
Reply To This Comment ...................
Ahmad Zack
March 30, 2014 at 7:53 PM

TUDM patut scramble jet sebaik sahaja tansponder dimatikan dan Ho Chi Min tak dapat sambut, lebih2 lagi bila MH370 berpatah balik tanpa beritahu apa2 masalah kerosakan. Sekurang2nya TUDM boleh confirmkan pesawat itu bukan dirampas dan bukan ancaman pada negara.. TUDM juga boleh pastikan dipandu oleh orang yang sepatutnya.. selain itu, langkah pencegahan ini patut dibuat dan follow track laluan MH370.. nak tembak atau tak yang sibuk H20 cakap tu perkara ke-2... yang penting kita dapat track dan pastikan ia betul2 bukan threat.. SOP TUDM patut diubah.. jangan terlalu leka dengan "comfort zone".. kalau perkara begini berlaku.. tak mustahil pesawat2 lain boleh patah balik & langgar KLCC.. mencegah lebih baik dari mengubat (macam sekarang ni)...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 30, 2014 at 9:02 PM

...yang ni memang misteri....tiba-tiba semua radar kat rantau ASEAN tak berfungsi! lebih misteri lagi apabila satelit US yang dikatakan paling canggih tak dapat kesan apa2...tapi kalau TUDM dapat kesan tapi tak berbuat apa2 pun lagi satu misteri juga....



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 9:37 PM

Din, kalau MH370 di rambas dan mahu langgar TWIN TOWER tak perlu tembak ke?,biar je...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 10:15 PM

Din..based on blog malaysiamilitarypower... Turn back dibuat di point IGARI...dekat2 dgn vietnam airspace..mungkin masih dlm airspace m'sia but very close to vietnam airspace..after turning back, dlm masa yg singkat it travel in VAMPI waypoint melalui thailand airspace...so, kalo tudm nak pegi pintas pun, depa takkan la nak gi ceroboh airspace negara thailand..mcmana tu???
Itu kalo depa gi pintas..tapi tudm sendiri tak dimaklumkan oleh traffic controller subang, lagi la depa tak buat apa2 kan?? Tapi persoalan kedua ni tak berapa bole pakai..pasal awal2 lagi ufo tu tgh dok travel dlm airspace thailand..n yet so many people make a lot of noise questioning why tudm tak pi pintas ufo tu..pelik la bila org still buat kecoh marah2 kat tudm..bukan la nak backing sgt, tapi nak kritik sekali pun biar la dgn fakta yg betul..bukan dgn fakta yg hentam keromo..
Ada juga yg komen kat sini..ttg singpore yg biasa menceroboh airspace johor/m'sia..kemudian buat perbandingan zaman tun memerintah dgn najib..kan kat situ jer dah nmpk kontra..pesawat s'pore yg ceroboh airspace kita kan ke berlaku jugak masa tun m was our PM...so perbandingan yg dibuat tak tepat la pd aku..



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 10:22 PM

Paling penting kedaulatan ruang udara dan darat (persempadanan negara) serta perairan negara perlu di utamakan.Laluan kapalterbang komersial sememang sudah sedia maklum kod udara mereka kecuali tindakan air turn back yang jarang2 berlaku perlu di pantau sebagai serius yang boleh di jadikan ancaman atau lari dari laluan ruang udara komersial.Baru2 ini,kapalterbang malindo mengalami kerosakan engine pemutar kipas,malah tiada tindakan pehak TUDM memintas atau mengiringi pesawat berkenaan dalam mengecam pesawat tersebut atas sebab ancaman atau kerosakan teknikal.

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2014 at 10:25 PM

@AnonymousAdakah laporan itu resmi ? Kenapa H2O tidak sebut yang pesawat itu dalam ruang angkasa Thai ?

Kenapa pegawai2 Malaysia tidak gunakan alasan yang Satu dan Sama jika itu adalah resmi ?

Sebab itu saya tulis, artikel ini merujuk kepada kenyataan H2O, dan beliau tidak ada sebut mengenai ruang udara Thai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 11:04 PM

Din..ini pandangan aku saja la ye..aku rasa antara penyampai2 rasmi maklumat ni (menteri / panglima tentera) samada terpaksa sembunyikan sedikit sebanyak fakta atau kurang faham / kurang tepat dlm penyampaian mereka...mungkin adakalanya diselit dgn andaian bersandarkan pemahaman diaorg pd masa tu mengikut situasi ketika itu..
Waypoint2 IVGI ni mmg pernah disampaikan / dilapor secara rasmi...

On the other note...thailand merupakan salah satu negara (dari sedikit bilangannya didunia ni) yg tak pernah dijajah...juga mereka memberikan laluan dlm negara diaorg kpd tentera jepun masa WW 2 utk menyerang tanah melayu....asal saja negara diaorg tak dijajah oleh jepun masa tu....negara diaorg mungkin tak pernah dijajah secara fizikal...tapi penjajahan dlm bentuk lain????????? Itu je la dari aku...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 11:38 PM

Aduhai..sape suruh tembak? Tudm cuma perlu kenalpasti..hubungi..iring je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 4:11 AM

Jet Pejuang terbang pada kadar yang amat pantas..., air turn back dikesan di kedudukan kat Penang / Butterworth.. Ianya merupakan Laluan sibok Kapal terbang pd waktu itu..

Radar2 Kita TENGAH KENA JAMMED masa tuu.. cuma boleh nampak banyak kapal terbang bergerak sana sini, tak tahu mana satu MH370.. (You can only see the Blinking Dot)

Hubungan dgn Ground and On air terbatas, kadar kesilapan pengecaman 70-90%?

Jadi Nak Iring Kapal terbang Commercial Mana Satu? Nak Tembak Kapal Terbang Mana Satu? Yang ADA cuma Blinking Dot???

Suatu Masa nanti Kerajaan pasti akan umumkan pasai radar jamming...

Lemah.. Memang Negara Kita Lemah drp segi Penggunaan Radar, satelit dan kemudahan lain.. Pembangkang mesti tak akan setuju kalau usaha untuk mempertingkatkan keupayaan kerana Negara Aman...

Beli Scorpene pon sampai sekarang dok ungkit2.. harga mahal lah.. tapi Boleh ke kita terangkan satu persatu apa yg di bubuh dlm kapal selam tersebut? Kalau Boleh Makna nya Paglima Tentera, menteri & PM memang kurang bijak lah... sebab mush dan negara lain tahu keupayaan sebenar kapal selam kita..

Walaubagaimanpun, Terimakaseh pd PAS, PKR dan DAP kerana LIM GUANG ENG dah masok dlm scorpene, dah tahu apa jenis kelengkapan yang dipakai scorpene - maklumat boleh dijual kpd Singapore - Tahniah Zahid Hamidi.. Kerajaaan Kita Telus pada Permintaan Keterlaluan DAP - DAP Tiada Langsung 0.00001% Ketaatan pd Tanahair Kita ini..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 12:29 PM

tudm kuantan & tudm butterworth beroperasi 24jam setiap hari...dca/klia pun beroperasi 24jam setiap hari...cumanya...pada 8-mac-2014 selepas mh370 tiba kat igari...semua tidor...all right good night...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 4:12 PM

Setiap inci ruang udara,darat dan laut persempadanan malaysia adalah kedaulatan negara.Dengan apa jua spekulasi terhadap perkara tersebut tanpa di jangka ,perlu di ambil kira demi keselamatan negara.Begitu juga dlm bidang ekonomi.

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2014 at 11:51 AM

Macam citer iron man 1st. Masa dia terbang kat ruang udara US kan sistem radar diorang detect. Diorang check kerja siapa etc etc pastu panggil bende tu boogieman. Pastu baru tmbak. Tu pun diberi arahan dulu

Post a Comment