........... MH370 - Inmarsat - Kita Kaji PING Jer, Najib Yang Buat Rumusan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Inmarsat - Kita Kaji PING Jer, Najib Yang Buat Rumusan !

Saturday, March 29, 201442comments

Agaknya begitulah maksud wakil Inmarsat sebagaimana yang dilaporkan di bawah -

"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," - Mkini.


Kenyataan asal dari China Daily yang dirujuk berbunyi -

"We provide our information to the Malaysians, and they combine that with all the other information which they have, which we wouldn't know about, and then they draw their conclusions from that and make their own announcements on that basis.



Pada hari Isnin malam Najib berkata -

"Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370's flight path," he said.

"Based on their new analysis, Inmarsat and the U.K. Air Accidents Investigation Branch have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth."


Ketika itu Senior Vice President Inmarsat dilaporkan berkata -

Asked how Inmarsat experts had made the breakthrough, Chris McLaughlin, senior vice president for external affairs, said: "They tested (the earlier findings) against a number of known flights of other aircraft and came to the conclusion that only the southern route was possible."

The new method "gives the approximate direction of travel, plus or minus about 100 miles, to a track line," he told Britain's Sky News.

"Unfortunately this is a 1990s satellite over the Indian Ocean that is not GPS-equipped. All we believe we can do is to say that we believe it is in this general location, but we cannot give you the final few feet and inches where it landed. It's not that sort of system."


Soooo.... what u think ?

I think Inmarsat want to PLAYSAFE ! Kenapa lepas 5 hari baru nak perjelaskan rumusan tempohari ?

Share this article :

+ comments + 42 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2014 at 9:38 PM

Setuju. Dema pun tentu terkejut beruk tiba2 Najib isytihar pada dunia, tak mau tunggu dah bukti2 fizikal. Tapi rumusan ni bukan Najib atau Malaysia yang buat secara sendirian. Selain Inmarsat dan AAIB, tentu NTSB dan FAA pun rujuk juga...

Tapi entahlah... Banyak sangat benda yang tersorok walaupun katanya tak ada apa yang nak disorok. Hari2 ada saja yang diselak dan terselak. Nasib baiklah ada alasan 'unprecedented event' yang boleh dijual hingga ke hujung tahun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 9:59 PM

Aku tak pandai nak skiping omputeh. Tapi konklusinya ialah PM membuat pengumuman hanya bersandarkan pada ping pancaran gelombang yang dipercayai milik MH370. Saya tak mau mengulas sama ada formula matematik yang digunakan benar-benar tepat atau tidak.

Mufti pun tak mau mengiktiraf berakhir di Selatan Lautan Hindi adalah satu kematian kerana kematian memerlukan bukti mayat. Serpihan atau cebisan pesawat tidak diterima sebagai bukti bahawa kematian telah berlaku. Ahli keluarga mangsa kebanyakannya mengharap adanya mayat, barulah mereka benar-benar berpuashati.

Saya sebenarnya masih tak faham kenapa Najib membuat pengumuman awal meskipun hanya bersandarkan kepada penemuan yang masih belum kukuh. Apakah pengumuman itu dianggap sah walaupun tanpa bukti cebisan pesawat atau mayat penumpang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 10:07 PM

Nampak nya kerajaan Ahjibgor dah kena 'outplay' oleh media/agensi Barat. Selalu sangat kita tengok menteri2 kita mengguna data atau 'research' yang di buat dan kemudian diumum oleh media Barat yang memuji kita, punya cepat menteri kita mengguna info/report2 ini untuk menunjuk kepada rakyat dan untuk kepada PM yang mereka ini lah yang 'deliver' result2 ini . Info2 dan news sebegini banyak di keluarkan oleh media Barat melalui research NGOs mereka.
Bila nak sampai PRU news media2 ini akan berpalingtadah dan sokong pembangkang,terhegeh hegeh menteri kena buat 'damage control kerana pada mulanya mereka dengan bangga mengguna 'survey2' ini!!!

Nampak nya Ahjibgor tak employ lagi consultant untuk nasihat dia tentang "media/info manipulation" yang di umpan oleh Barat dengan niat tersirat untuk menaikkan Anwar Ibrahim.

THIS MH 370 INCIDENT will be the fall of the Barisan National era. Saya fikir banyak lagi 'news' yang akan di keluar oleh media barat yang akan BERCANGKAH dengan 'statement' kerajaan Ajibgor earlier!!!!

Cakap aje impresif 'Tranformasi',Blue Ocean Strategy dll tapi kena 'main' oleh media/kuasa Barat.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2014 at 10:13 PM

@AnonymousKalau tak silap, Najib hanya umumkan penerbangan berakhir di selatan Lautan Hindi .... kemudian sebut tentang kemungkinan nak dibuat sembahyang mayat ghaib !

Najib tak sebut pun pesawat terhempas apa ker ...

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2014 at 10:15 PM

@Anonymoussaya tak boleh nak bayangkan apakah yang bakal berlaku sekiranya ada bukti pesawat itu di tempat lain !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 10:21 PM

bila masa najib cakap pasal sembahyang mayat? dia kata based on data from inmarsat flight tu ended in indian ocean...kalau inmarsat kencing dia nak kata apa?nak harapkan instant aviation expert lagi tak bole pakai..

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2014 at 10:24 PM

@AnonymousKUALA LUMPUR, 25 Mac – Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang ini untuk menentukan tarikh dan waktu pelaksanaan solat jenazah ghaib bagi penumpang dan anak-anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat berkenaan.

http://www.umno-online.my/?p=103506

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 10:30 PM

@AnonymousSaya juga duk cuba juga ingat bila masa Najib cakap pasal nak sembahyang ghaib ketika sidang media tu.

Baru jap tadi tv duk ulang lagi press statement yang Najib buat, memang takde sebut pasal nak sembahyang ghaib.

Yang saya ingat, pengacara TV je yang begitu cepat buat kesimpulan pesawat terhempas laa... no survival laa...

Esoknya... semua pakai hitam (dah ikut adat agama lain pulak)... tetiba jadi berkabung pulak..

Even Hishamuddin pun ketika didesak oleh wartawan asing apakah Search and Rescue telah ditukar kepada Search and Recovery, Hisham cakap masih Search and Rescue.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 10:33 PM

@dinturtleJika terjadi segala 'creditability kerajaan Ahjibgor ada akan HILANG!!! Kemudian apa yang dikata oleh Anwar Ibrahim punya lagi akan percaya dia dan yang percaya dia sebelum ini akan jadi lebih extreme lagi perjuang untuk dia.
Kalau dia kata 'street demo' dan tumbangkan kerajaan,penyokong2 nya tidak fikir banyak untuk bertindak. Kita sudah TENGOK Barat sudah boleh terima kerajaan yang berkuasa yang diplih oleh rusuhan dan demostrasi!!

Once more of these news starts coming out,kerajaan Ahjibgor akan LOOK STUPID dan tidak boleh lagi di PERCAYAI!!!!

Only then Anwar akan berkata issue liwat pun tak betul seperti yang dutuduh oleh kerajaan Ahjibgor!!!

Ahjibgor is going to be caught with his pants down!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
March 29, 2014 at 10:38 PM

Maaf aku dr awal sudah ckp Najib ialah BAPAK SPEKULASI dlm kes MH370 ini. DIa yg buat end of story hanya berdasarakn model matematik yang DICADANGKAN oleh pihak sekutu CIA-Amerika ini. Kedua2 pihak ini amat meragukan.. sapa ada Najib atau Amerika..dua2 ini mcm ada game plan.

Maaf jgn marah pada aku tp marah pd kelakuan Najib. Awal2 dlu dia batal semua kerja melawat konon kerana MH370.. tp dia tak tahan kot bosan hari2 tak jumpa..then bila ada sikit je data yg boleh ending ke sini.. tk semena2 dia ambil buat konklusi. Maka ramai rakyat yg tak faham menyambutnya dengan pilu.

Ya kita semua dan aku sndiri sgt PILU dan SEDIH dgn MH370 ini. Tp itu tidka bermakna Najib boleh buat suka hari pengunguman berat dan tuduhan terhempas di Lautan Hindi TANPA bukto SAH!

JK fatwa Kebangsaan pun masih belum benarkan Solat Jenazah Ghaib krn dlm Islam belum iktiraf lagi kematian mereka selagi tidka ada bukti soheh dan juga jangka masa yang sesuai. Tapi Najib dan mengatasai Fatwa, Kerjaan2 lain. Macam mana rakyat China tak marah.. mereka mmg bangsa yg dh tak de takdir2 dh.. bangsa kiasu, kena pulak Najib buat kerja tak cerdik ini (BODOH), dia mendahului takdir dgn mengesahkan 'berakhir'? apa maksudnya? maksudnya terhempas sbb media kerajaan semua dh ucap TAKZIAH.

Najib sebenarnya SANGAT TIDAK bertanggungjawab bila membuat keputusan gopoh ini. Jika 200 hari sekalipun..tidak temui apa2 kita kena terima lah. Najib boleh umumkan hasil siasatan BERDASARKAN PING Satelit..mengatakan mungkin pesawat itu hilang di lautan hindi MUNGKIN.. dan dia kena ckp ikut disiplin kajian.. bukan ikut hati perut dia.

Apa terjadi? Saham MAS merudum teruk, Amerika pun tepuk tangan, hari2 satelit kerja cerap SAMPAH yg bermacam2 dilautan utk menyokong Najib..

Najib the most spoiler person in this case after America and CIA!

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
March 29, 2014 at 10:45 PM

Lagi satu Hishamudin.. PC khas petang ni bersama media tempatan.. AMBOI2 si lembik ni.. bila depan Wartawan asing bukan main lemah lembut sopan dia jawab.. tp depan wartawan tempatan dia jawab sindir2.. bahasa bebal.

Wartawan tanya tentang MENGAPA TENTERA UDARA KITA yang sedang LENA tu TIDAK MEMINTAS OBJEK YANG ASING TERBANG DI UDARA pada malam kejadian. HIHSAM ngok jawab dgn BEBAL.. kalau kita TEMBAK lagi rumit masalah.. INGAT SENANG KE..CAKAP SENANG LAH..CUBA DUDUK DITEMPAT INI.. amboi2 kurang ajar ko Hisham.. bkn anak bini ko yg ada dlm pesawat tu.. cuba anak ko ada dlm pesawat tu..ko nk jwb cm tu ker?

Kalau aku ada depan tu aku nk jawab.. WEI MENTERI BODOH.. SIAPA SURUH KAU TEMBAK PESAWAT..KITA MINTAK TENTERA PINTAS.. KO PAHAM TAK..TERBANG dan PINTAS.. PINTAS TU MAKSUDNYA PERGI KESAN DAN MINTAK PENGESAHAN PENERBANGAN MELALUI RADIO-KEMUDIAN BERI ARAHAN MENDARAT DI MANA2 LAPANGAN TERBANG TERDEKAT UNTUK PEMERIKSAAN!!

Apakah bodohnya Malaysia selama ini tiada SOP khas? main tembak je? Malangnya Malaysia ditatadbir menteri2 yang membodohkan rakyat serta membahayakan keselamatan negara!

Betapa teruknya cara Malaysia di kawal selia.. sebb itu Lahad Datu jd kes berdarah. Skrg MH370. Jika tentera kita berkerja malam itu..Insya Allah kita tk menderita spt sekarang dn MH370 dapat diselamatkan!!

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2014 at 10:53 PM

@AntiBohongsaya tak tengok sidang media tadi, nanti saya cek. Kalau betul H2O cakap mcm tu, rasa nak komen juga sepatah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 11:00 PM

salam,

wuihhh data tu dari negara maju tu. semua rakyat mesia suka tu. kalu dapat bini, suami dari negara tu, hebat tuuuu. kalu nak pi melancong pun kat situ. kalu tanya mana hebat, situ. tengok bola pun kat situ walaupun jadi johan piala dunia sekali jer tu. cuma yg terperasan la, us tak ada satelit kat situ, walaupun ada pengkalan tentera di situ. satelit us yang banyak tu ada kat mana aaahhhh? mesia hantar duta pakai baju hang tuah pun us tak respek. agaknya kalu perjanjian pppta apa ke bende tu jadi ganjaran agaknya. tak leh la ah jib gor nak playsafe. kak mah tak telefon bini obama ker supaya guna satelit us untuk lihat kawasan kat situ. mungkin satelit tu lebih canggih tahun 2000 punya. kesian pulak kat ah jib gor kalu rumusannya salah. banyak dah objek nampak, tapi satu pun tak boleh ambil lagi. musim monsun barat daya dah nak mula. lautan hindi, makin goyang la macam tarian bollywood

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
March 29, 2014 at 11:10 PM

@dinturtle

Ya Tuan blog, saya terkejut dgn cara dia jawab PC dgn wartawan tempatan berbeza dengan dia jawab pd media asing. Petang tadi sidang khas bersama media tempatan. Ayat yg saya quote tu bukan 100% perkataan DS Hisham, tp sebahagian ayat yang dia ucapkan.. muka merenung pd kamera TV tajam.. sekeh kepala baru tau.. kalau dh tahan letak jawatan lah dr jd menteri!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 11:21 PM

Walaupun Rusia bukanlah lokasi pencarian dalam koridor udara mahupun koridor selatan. Kenapa Malaysia tak nak minta bantuan rusia dgn meminta plot radar mh370 dr Rusia. awal Januari 2014 adalah tarikh dimana rusia mengisytiharkan mempunyai satelit dan radar tercanggih melalui agensi pertahanan aeroangkasa rusia(VKO) yg mampu mengesan seluruh pesawat2 komersial.misil.jet2 Amerika spt b-2 spirit, f-117 yg tidak boleh dikesan radar...rusia adalah negara paling tahu dimana lokasi terakhir mh370 .. kalau kita perasan.rusia adalah satu2nya negara yg maju dr segi teknologi ketenteraan selepas amerika masih membisu untuk menghulurkan pertolongan kpd Malaysia .rusia hanya menunggu surat diplomasi dari najib untuk meminta bantuan dari mereka... barulah masa tu Amerika(jika benar mereka yg merampas mh370) tahu langit tinggi rendah..
renung2kan..fikir2kan..
-ANGGOTA PASKAL ATM-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 11:22 PM

Aku pun perasan.agak kurang ajar juga cara dia jawab

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 11:23 PM

Kelemahan Najib dari dulu percaya sangat kepada penasihat daripada percayakan diri sendiri. Tah apa-apa jenis pemimpin selepas Tun Dr. M.

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
March 29, 2014 at 11:28 PM

Mintak maaflah bahasa saya kasar. Saya hentam bukan penyokong parti Aljubry tp sy lihat Najib semakin tiada kredibiliti menghadapi kes MH370 ini. Peringkat awal saya sangat hormati usaha Najib dan jenteranya mencari MH370. Setiap hari pagi dan petang saya akan ikut PC Hisham sehinggalah ulasan pakar2 dr Universiti serta badan2 lain termasuk bekas Ketua Kapten MAS tu.

Semua pakat sepakat dan menerima penuh maklumat dari kerajaan berbanding maklumat luar. Tapi pada 24 Mac lalu lepas mendapat maklumat dr sahabat berkerja di MAS, bahawa Najib laki Rosmah akan umumkan sesuatu.. berkaitan terhempas di Lautan Hindi. Najib laki Rosmah telah buat PC khas seperti DRAMA TV.. mengesahkan ia berakhir di situ.

Selepas buat kajian dan carian study serba sedikit..saya membuat keputusan bahawan Najib laki Rosmah melakukan tindakan salah dan tidak bertangungjawab serta melanggar etika siasatan. Dan saya tidak mahu lagi ambil sumber maklumat kerajaan sebagai maklumat yang boleh dipercayai bagi kes MH370.

Najib tergesa2 membuat konklusi itu amat menghairankan kemudian ia dibiar tergantung.. tiada penemuan bukti apa2.. MENGAPA Najib laki Rosmah ini tiba2 hilang akal? akibat pengumumannya telah menyebabkan semua hilang semangat dan moral serta putus harapan.

Yg rancak berdoa telah hentikan dan terus kepada takziah.. daripada ia buat keputusan begitu alangkah lebih baik dia keluarkan arahan semua masjid2 diseluruh negara terutama Masjid Putra dan Masjid Negara buat solat Hajat selama setiap malam sehingga jumpanya bukti.. itu lah sebaik2 jalan dr pada dia buat keadaan jadi tidak menentu dan fitnah bercambah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 11:34 PM

@AntiBohongBiasa lah Bro,anak anak bangsawan/elitist ini mana suka kalau rakyat jelata soal mereka banyak2!
Standard mereka hanya sama dengan orang putih aje. Mereka tidak lagi berjiwa rakyat/melayu. Datangnya dari keluarga yang tidak pernah ada masalah kewangan dalam kehidupan seharian mereka.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
March 29, 2014 at 11:37 PM

Kenapa Najib tidak mehu menyisat kes ini secara menyeluruh termasuk lah siasatan terhadap saksi mata di Maldives-Diego Garcia dan seorng makcik Jemaah Umrah yg melihat seperti sebuah pesawat berhampiran kawasan Andaman.. di mana kawasan2 ini semua sejajar dengan arah menuju ke Diego Garcia.

Apakah kita semata2 bergantung kepada data satelit proksi2 CIA-Amerika-Britain ini semata2? Tidak kah Najib laki Rosmah ingat Amerika mengakui CIA telah mengintip perbualan telefon termasuk pemimpin Malaysia.. bangsa dan negara mcm ni kah yg kita berikan kepercayaan 110%.. seperti Hisham H2O tadi yg masih syok dengan Amerika.. nk bersidang di Amerika sempena Asean Defence Ministers Summit.. buat di mana? Di Amerika.. habis tu kalau dh dia sndiri menjilat Amerika.. tak guna lah kita ckp pasal Diego Garcia.. kita kena terima bulat2lah apa shj jalan cerita akhir MH370 ini termasuklah serpihan2 MH370.. tanpa soal. Boeing tu company USA-apakah terlalu baik CIA sehingga Malaysia tidak akan menyentuh siasatan konspirasi? mahu jd sejarah Mh370 dlm kenangan tp penuh misteri?

Rakyat harus cerdik..banyak membaca ruang ilmu..bukan gossip artis barulah faham kenapa MH370 ini 1001 keganjilan dan cara Najib buat keptusan adalah salah serta melampaui bukti sah!

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2014 at 11:46 PM

@AntiBohong"Selepas buat kajian dan carian study serba sedikit..saya membuat keputusan ..." apa kata saudara kongsi sedikit kajian itu :)

saya dah lihat video di astro awani berkaitan pintas dan tembak H2O itu .... nanti saya artikelkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 11:50 PM

@AnonymousAhjibgor bukan seorang 'decision-maker tapi hanya 'decision-announcer' apa apa yang di recommend oleh consultant nya

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2014 at 11:59 PM

Sebenarnya, slps najib ckp mh370 berakhir di lautan hindi..keluarga penumoang cina diberitahu yang beyond reasonable doubt that there is no survivor.Just

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2014 at 12:00 AM

Cont
Just like that.Confident...tertanya, apa yg wakil di china inform kpd keluarga passenger ek...

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
March 30, 2014 at 12:14 AM

@Anonymous

Kelemahan Najib ialah beliau cepat terpesona dengan pujian musuh.. sbb tu kaum Ah Beng boleh tipu dia sampai PRK Kajang..

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
March 30, 2014 at 12:30 AM

@dinturtle

Tuan blog, ya saya ada buat beberapa study teknikal berkaitan apa yang telah berlaku, tapi tidaklah seperti menghasilkan tesis. panjang kalau saya nk bentang di sini.

Saya turuti setiap Kronologi dan banyak perkara yang menimbulkan keraguan.

Cuma part akhir Najib buat konklusi tu kemuncak kepada kekarutan Najib dan melambangkan tak profesional.

Apa itu DOPPLER EFFECT? Doppler EFFECT digunakan sbg MODEL matematik utk buat ANDAIAN/JANGKAAN Trajektori pesawat MH370.. BERDASARKAN VARIABLE (pembolehubah) dari data PING-(konon dr Inmarsat yang dh berusia lebih 20 tahun-satu lagi pertikaian-Najib kagum dgn data dari SATELIT TUA- mana ada satelit setua itu sesuai utk tujuan kritikal macam ini??)

DATA Ping pesawat itu ialah balikkan data TANPA maklumat-cuma sekadar andaian ping/pangtulan isyarat itu mungkin dr MH370 yang hilang berdasarkan rekod laluan pesawat lain. Sebab data ping itu tiada balikan ID-seperti data transponder.(macam ping telefon bimbit kita ke menara CELCOM/MAXIS dari masa ke semasa).

Ping data hanya ada 7x.. iaitu interval masa sepanjang kehilangan/ masa akhir pesawat itu terputus isyarat dengan Radar Awam (DCA).

Dari analisis kebarangkalian melalui model Math Doppler Effect ini (apa itu Doppler Efefct?- satu jenis model kiraan utk manipulasi rambatan frekuensi bunyi terhadap velocity kenderaan DARAT yang bergerak-BUKAN UNTUK KENDERAAN UDARA yang terdedah pd banyak AIR-DRAG).

Sampai pada chapter inipun dah nampak betapa lemahnya hasil kiraan Inmarsat-IAAB-NTSB yg Najib laki Rosmah ni teruja dan seronok sangat sehingga dia boleh buat konklusi.. maklumlah org sastera mcm Najib.. jumpa tipu helah sains sikit dah terlopong mulut..

berbeza dgn Tun Mahathir..beliau Doktor perubatan..dia org yg berfikir.. bukan org yg suka disuap mcm Najib laki Rosmah..

bersambung...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 12:40 AM

@Anonymous

Betul2..kali ni punasehat/ konsultan Ahjieb Gor ialah NTSB USA (proksi CIA)- IAAB (British-bekas penajajah kita yang meninggalkan bangsa Cina-beng kongsi gelap Ghee Hin Hai San-jd bala buat kita Melayu-nene moyang Kit Sial). Manakala Inmarsat ialah satelit TUA 1990 yg org cerdik tak pakai lagi dah utk tujuan cari pesawat sbb sateli itu untuk perkapalan, ia tak relevan lg sbb perlukan proses kalibrasi.. siapa nk kalibrasi satelit TUA milik company British tu? company buat duit..??

Kesimpulannya.. Najib mentadbir negara semuanya bergantung pada konsultan.. berbeza zaman Tun.. dia lah arkitek dan konsultan Negara sbb itu tu faham dan xboleh dimainkan org lain..

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
March 30, 2014 at 12:54 AM

@AntiBohong

Setiap hari dan saat rakyat dan mangsa disajikan dengan 'keimanan' pd data satelit dan Inmarsat?? APa ini? nk bohong makcik pakcik penoreh getah boleh lah.. jangan bohong org yang ada maklumat dan pengetahuan.

Cuba kita singkap kembali.. stage awal: MH370 telah HILANG dari RADAR.. tapi dikatakan masih TERBANG. kerana peranti transponder telah dimatikan! Apa maksud itu?? Maksudnya..RELIABILITY radar sebagai kebergantungan tidak boleh diletak tertinggi lg kerana RADAR xboleh berfungsi waras lagi bila pesawat dimatikan transponder primer (RADAR AWAM) yg carry maklumat penuh penerbangan. Manakala RADAR TENTERA hanya mengesan DOT ( kehadiran pesawat dlm tilikan skrin-sebagai benda asing yg tidak diketahui apa jenis pesawat bla2.. ) di sini timbul lagi pembohongan H20 semapa PC. Bila ditanya kenapa TENTERA tak MEMINTAS PESAWAT MH370 pada malam kejadian.. TENTERA yg tengah TIDO jawab.. KAMTI TAK TAHU itu apa benda..

Kemudia soal cepu emas dr media asing.. dah tu KENAPA TAK TERBANGKAN JET HORNET-18 di PENGKALAN BUTTERWORTH atau apa2 JET yg ada di BASE TUDM KUAnTAN untuk MEMINTAS 'UFO' tersebut..

tapi disbbkan org Melayu ni pantai jugak putar alam.. TENTERA (PANGLIMA GEMOK MULUT MUNCUNG) jawab.. owhh because we know that is a commercial jet.. haram jadah punya putar alam... kelmarin ckp tak tahu apa jenis.. hari ni jawab jet komersial.. (ini SAYA IKUTI SENDIRI PC HARI KE-5).. dah tahu pesawat komersial lalu laluan pelik..kenapa TAK PINTAS/IRING/KEJAR untuk pengesahan..sekali lagi TENTERA BOHONG dan TIPU serta TAK JAGA RUANG UDARA NEGARA DENGAN BERKESAN!!! (wajib buat enkuiri undang2 pegawai mana yang bertugas malam itu kena charge tidak menjalankan tugas/melanggar arahan yang dipertuan Agong)

cuba bukak balik SEMUA rakaman PC.. macam mana rakyat CHINA tak mengamuk sbb mereka cerdik..mereka fikir..ye lah merek kafir kiasu..tp otak mereka fikir jugak..tak telan seketul2 mcm org kita..

bersambung...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 1:06 AM

Harap2 SKMM tak trace kot aku siapa.. yelah nant ada talibarut yang geram lihat posting pedas.. aku ckp berdasarkan kajian.. aku tidak mahu jd talibarut kuasa asing yg mahu rosakkan dunia ini melalui proksi2 mereka.. percayalah MH370 ini bukan kemalangan tapi ia konspirasi yg telah diatur berdasarkan kajian aku.. pesawat Malindo Air yg terbakar enjin 2 hari lepas pun sempat patah balik dan mendarat.. selamat. Alhamdulillah.. ini MH370 taiada langsung tanda2 kerosakan..bencana... kalau terbakar sudah lama penumpang dr 239 yg ada tu dh telefon..sms..pending pun akan sampai jugak.. tp mana dia??

fikirlah kawan2 dgn logik akal.. kita dh terperangkap dgn permainan dunia.. Kasihan MAS Airlines dan kakitangannya jd mangsa...selain dr 239 yg berada dalam penerbangan itu..

Hanya pada Allah SWT kita Mengharapa.. semoga segala perancangan JAHAT yang disembunyikan akan terbongkar jua secepat mungkin..dan selamatkanlah semua 239 orang tersebut.. walaupun logik akal sudah tak boleh diterima lagi..

lastly.. PM MUST STEP DOWN before more damage coming... he not has any credibility to lead this country..!! fake action derived by punasehat!

Wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 30, 2014 at 1:09 AM

Nampaknya ramai betul yang marah dengan Najib dan H2O. Satu je aku pelik kat sini. Tak de ke sesiapa nak marah Inmarsat? Dia bukan orang Malaysia maka dia betul ke segala-galanya?

Dah lama aku pendam persoalan ini. Selepas H2O edarkan data pengiraan Inmarsat kepada media dan umum, ada tak orang yang berani persoalkan ketepatan formula yang digunakan? Tengok bro Din punya blog list tak nampak sorang pon yang nak menidakkan data tersebut. Balik-balik cerita spekulasi. Rasanya ramai kat Malaysia sama seperti aku yang sebelum ni tak pernah dengar istilah "Doppler Effect". Apa yang aku tahu istilah dan formula ni datang dari abad ke 19. Kenapa tidak ada rakyat Malaysia yang boleh mempertikaikan formula serta data tersebut. Dah seminggu baru nak hentam Najib. Kita harus ingat, data pada Inmarsat hanyalah "handshake" pesawat dan satelit. Mereka gunakan aplikasi matematik yang menghasilkan rumusan kedudukan akhir pesawat di kawasan selatan lautan Hindi.

Tidak ke kita rasa malu bila Boeing selepas dapat data terbaru Inmarsat, boleh buat pengiraan kelajuan pesawat dan boleh mengalihkan kawasan carian? Mereka mendapat maklumat dan mengembangkan minda untuk membuat perkiraan. Kita pula bila dengar Inmarsat keluar kenyataan, terus mula mempertikaikan Najib tanpa boleh mengeluarkan bukti bahawa Najib silap kerana memperakui data yang salah. Kalau data itu salah, tunjukkanlah buktinya dan tunjukkan juga pengiraan sebenarnya.

Kita hentam Najib pasal nama dia Najib atau kerana data tersebut salah? Jangan jadi Anwar Ibrahim. Semua benda salah tapi bukti tak ada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 1:25 AM

On Friday, the search area for the missing Malaysia Airlines plane, which vanished three weeks ago with 239 passengers and crew on board en route from Kuala Lumpur to Beijing, shifted dramatically after fresh analysis suggested that the plane did not travel as far as first thought.

The area - 1100 kilometres north-east of the previous search zone and 1850 kilometres due west of Perth - was based on Australian analysis of radar and satellite data, cross-checked against information about the aircraft's performance capability.

As the massive international search shifted to the new priority area, Australian Transport Safety Bureau Chief Commissioner Martin Dolan stressed on Friday that any wreckage recovered needed initially to be brought to Australia.


Read more: http://www.smh.com.au/national/missing-mh370-australia-to-serve-as-base-in-hunt-for-wreckage-20140328-35olw.html#ixzz2xN8QzKhU

***********************************
Agaknya ini pun salah Najib juga kut?

Atau salah Rosmah? Agaknya semua Profesor yang dijemput untuk beri penilaian mereka di TV tu pun bodoh juga ya?

Mungkin Najib salah pilih ayat...."with great sadness I must inform that MH370 has ended in the south Indian Ocean..." tapi utk mengatakan bahawa pengiraan yang mendapati trajektori mh370 menghala ke koridor selatan dan bukannya ke koridor utara itu salah.... haiii..... takkan lah professor-professor university yg dijemput di TV tu bodoh...... mereka pun tak pandai mengira juga?



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 1:39 AM

@AnonymousDari:
http://www.abc.net.au/news/2014-03-17/missing-flight-mh370-good-night-issued-from-plane-after-shutdown/5325816

Alfie dan kawan-kawan tentu boleh geng dengan pakcik ni:

Editor of website airlineratings.com, Geoffrey Thomas, says the search for the missing Malaysian Airlines plane is "one of the most botched aircraft investigations in modern history".

"Unfortunately we have not been told by the Malaysians in a timely fashion about the shutting off of the ACARS, the shutting off of the transponder, the plane going to the west," he said.

"Millions of dollars has been wasted, days have been wasted searching in the wrong area. I think this is without doubt one of the most botched aircraft investigations in modern history."

Thomas says Malaysian authorities have known the vital information since the plane went missing on March 8 and it is "inexcusable" that information was not revealed on the day.

He says if the information had been released earlier it would have focused the search on a narrower area.

"Look, absolutely. I mean, for instance, the whole 10 or 15 nations wouldn't have wasted time looking in the South China Sea," he said.

"They would have been looking over in the Indian Ocean, west of Malaysia, not east of Malaysia.

...........................
Tapi orang gomen berfikiran lain pula:

Defence Minister David Johnston says he is satisfied with the communications from Malaysian authorities.

"I am satisfied with them. I think they're as perplexed as we are and, you know, I've seen an absolute parade of experts on television stations pontificating and hypothesising about what has happened to this aircraft," he said.

"It is most mysterious."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 1:45 AM

@Melayu Kampung

Bro.. tidak ada siapa hentam Najib kerana dia Najib Razak.. semua org harap kecerdikannya sperti Ayahndanya..

Ko tanya kenapa org tk persoal Inmarsat?? Inilah pertikaian terhadap Inmarsat!! Ini masalahnya jd rakyat yg tak mahu menimba ilmu.. faham ilmu sains.. sikit2 nak berhibur sana sini..artis jd idola..

Soal skrg bukan masalah Inmarsat atau Doppler Effect study tp siapa yang mengangkat teori dan anggaran jrajektori pesawat MH370 sebagai SAH 'BERAKHIR'.. di Lautan Hindi?

Tentera Australia masih bertungkus lumus cari serpihan..Najib kt KL dh umum SAH terhempas (sama je makna berakhir..nk pusing2 jugak)..

Jadi..siapa yg iktiraf Inmarsat?
Najib yg terang2 pergi ambil kiraan anggaran yg diberikan Rejim Penyiasat kemudian memandai2 buat konklusi sendiri.. so siapa yg salah? Inmarsat atau Najib?


Najib yg lantik.. semua kiblat Amerika-British. Kenapa dia tak libatkan agensi negara sebelah timur yang turut jadi mangsa..seperti China ?

Hisham H20 plak hari2 dgn kembangnya mengulangi mana ada dlm dunia 26 negara mu tolong senang2.. puihh lah H20.. kalau 100 negara sekalipun jika kita gagal koordinasi dengan berkesan, atau jadi proksi konspirasi. penuh dgn muslihat apa guna..

Jgn jd rakyat yg digertak jgn buat spekulasi...tp bapak spekulasi ialah Najib. Klau dia cerdik dan bertangunggjawab dia takkan umumkan seperti Isnin lalu. Dia sepatutnya umumkan hasil KIRAAN dan ANGGARAN..seterusnya Krjn buat rumusan ia masih dlm pencarian belum muktamad ia terhempas di lautan hindu. suruh rakyat terus berdoa dan arahkan semua masjid teruskan Solat Hajat SETIAP MALAM.. skrg ni spoiled.. apa pun tarak..fitnah dan muslihat yg berangkai2.. MAS rugi teruk..silap2 boleh bankrap. Media salahkan rakyat China kiasu konon belum jumpa pesawat tp dh tuntut insurans.. jd samalah dgn Najib..belum jumpa bukti dah sahkan terhempas? tempat pun dh tahu??

buta kayu semua terima bulat2.. bila rakyat asing marah kita ckp mereka tak kenang budi..cuba kalau kena pada keluarga kita.. cara macam ni.. kita terima ke??

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
March 30, 2014 at 6:35 AM

inilah akibatnya jika penasihat, pemandu dan mcm2 pe lagilah..ramai tapi semua xboleh pakai..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 8:17 AM

Kepada mereka2 yg mempertikaikan kenapa tudm tak hantar pesawat utk pintas UFO tu..sila baca posting terbaru dlm blog malaysiamilitarypower.blogspot.... Cuba pahamkan infografik yg ada kat atas posting tersebut... Ingat IVGI... IGARI , VAMPI, GIVAL DAN IGREX... waypoint ni penting utk kita pahamkan...adakah ianya dlm airspace malaysia atau airspace siapa? Kenapa turn back dilakukan ketika pesawat hampir2 masuk ke airspace vietnam? Pahamkan betul2 soalan ni... In shaa allah kita akan perasan sebab musababnya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 9:12 AM

Najib bijak...

Ada permainan antara US dan China dalam kehilangan mh 370 ini...

Kalau dedah Mampos Malaysia!

Gajah ngan Gajah berjuang PELIK mati di tengah tengah! Najib tahu kita PELANDOK

Pelanduk BIJAK...Najib Heret Inmarsat, AAIB, dll. Najib Marah dengan permainan kotor CIA/US dan China...

AAIB adalah tanggungjawab kepada United United. US dan China dlm Security Council...so apa2 pon depa kena jawab! Bukan Malaysia atau Najib!

Tengok bijaknya Najib yang dilindungi Allah dalam melindungi Malaysia dari Permainan Kotor CIA/USA dan Cina...

Tak nampak lagi...SHAHIH Hangpa ni tiada Otak..


....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2014 at 9:17 AM

Mohon pengomen jangan gunaka bahasa kasar sangat. Kalau nak hentam pengomen lain pun pastikan berhujah. Setakat nak maki hamun saya padamkan.

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
March 30, 2014 at 12:09 PM

@dinturtle

Bangsa Melayu ni memang semakin tak cerdik skrg.. bila hujah xreti nk jawab dgn fakta.. perkataan maki carut 7 ktrunan akan keluar berjela2.. so mcm mana otak boleh fikir jauh2 sbb dlm otak keje nak maki carut..

bila kita hujah dengan jelas ada yg buat2 tak faham.. lepas tu tanya lagi.. kalau ckp bodoh marah..

Bg anon kt atas..kita TAK PERTIKAI langsung soal kajian professor atau kajian pakar mana2..yg kita pertikai Najib laki Rosmah sebagai penguasa negara yg buat keptusan tu.. kalau lanun bg pendapat pun dia nak angkut sebagai 'credible' facts.. so kita nak salahkan lanun dlu kah atau Najib laki Rosmah?

Bila rakyat jrg guna akal utk fikir.. inilah susah.. kalau puak pembangkang kerjanya turun di jalan raya melalak.. merusuh.. jd alat perosak.. akal letak bawah lutut.. manakala kerja penyokong BN kerjanya menjilat ampu..telan semua yg kerajaan suap.. jd mana nk jd bangsa yg cerdik..??

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2014 at 2:54 PM

Dengar kata orang Hollywood pun dah minat sangat nak buat filem MH370. Dalam pesawat tak tau lagi macam mana ceritanya, tapi di atas darat ni memang hebat sangat dramanya. Lokasi pun hebat, dari Malaysia ke China ke Australia. Guna power tentera yang tercanggih. Dan aku dapat rasa Malaysia semakin lama semakin kecut telurnya. Nasib baik Australia bantu.

Hisham sepatutnya dah kena pakai tongkat sekarang ni, pohon simpati dari semua pihak.

Jika aku jadi Hisham, ataupun Najib, aku akan lantik bala tentera MCA handle segala masalah berkaitan mangsa mata sepet, aku akan lantik Guan Eng sebagai Ketua Technical Committee, lantik Anuwar sebagai wakil Komiti Hisham di Perth. Biar satu dunia tengok kebolehan dan keupayaan kita semua.

PAS? Aku tak tau nak suruh dema buat apa. Nak suruh dema solat hajat pun tak berani.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 30, 2014 at 6:25 PM

@Anonymous Maaf bro Din panjangkan isu ni.

Kalau kiraan itu salah, dimana salahnya? Doppler effect adalah teori mudah untuk difahami. Perkiraan disebaliknya itu yang lebih penting. Bukankah laporan disertakan carta. Berlaku kesilapan atau tidak disitu?

Teori konpirasi kuasa barat hanyalah merupakan teori saja kalau tidak kita sertakan bukti. Ketiadaan bukti fizikal tidak menunjukkan keputusan Najib adalah tidak benar. Bukti melalui sains juga merupakan bukti yang sahih. Tidak semestinya kita tidak faham sains maka bukti sains itu tidak betul. Bukti sains boleh kita nafikan dengan sains juga. Jadi tunjukkan dulu dimana salahnya kiraan tersebut barulah kita boleh katakan bahawa ianya tidak benar.

Bro Din tahu pendirian aku terhadap Najib dan UMNO melalui komen-komen aku sebelum ini. Apa yang aku pertahankan disini adalah keputusan dibuat berlandaskan bukti yang kukuh bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Kukuhnya bukti ini bilamana tiada radar dikawasan utara dapat mengesan pesawat.

Inmarsat tidak mahu dipertanggung jawabkan adalah perkara yang normal. Di tangan Najib ada lebih banyak data yang tidak ada pada Inmarsat. Inmarsat hanyalah salah satu entiti yang membantu untuk menyiasat. Bukan mereka yang mengetuai siasatan. Setidak-tidaknya, Najib mempunyai keberanian untuk membuat satu keputusan yang teramat berat untuk diambil. Ketelusan dituntut dunia pada waktu ini dan ketelusan juga diberikan Najib dalam hal ini. Cara Malaysia aku yakin dilandasan benar. Cara yang salah cuma pengurusan sidang media.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 30, 2014 at 8:52 PM

..dan tiba-tiba Inmarsat kata mereka cuma sediakan maklumat macam boeing dan rolls-royce yang tiba-tiba hilang data mereka sekerat jalan...licik sungguh licik...

...dan ada antara kita tiba-tiba menyinga dengan Najib dan pemimpin melayu islam....entah aku pun hairan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 11:07 AM

@AntiBohongSalam.
Kita detected dlm radar tp mh370 x kembali masuk airspace kita, masuk Thai dan Indonesia airspace. Tu sebab Jet x pi scramble. Benda ni dh seperti dirancang teliti je. Melalui waypoint normal commercial routes.

Post a Comment