........... MH370 - Hari Tu Ada, Dah Tenggelam Kot ... ( TPM Australia ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Hari Tu Ada, Dah Tenggelam Kot ... ( TPM Australia )

Saturday, March 22, 201412comments

Masuk hari kedua tapi masih tidak kelihatan bayang2 objek yang disebut oleh PM Australia semalam. Tunggu besok pula ....

CNN
Kalau PM Australia tampak begitu teruja waktu mengumumkan imej satelit itu, Timbalannya pula ikut sama teruja ..... tak sabar nak sebut yang kemungkinan objek itu telah tenggelam, sebab tu tak jumpa2. - Mkini.

"Ia mungkin telah tenggelam".

Tidak dinyatakan apakah kenyataan itu diberikan dalam parlimen atau secara spontan ......

Relaks la bro..... baru dua hari cari, kan luas kawasan tu. Lagipun imej itu diambil pada hari Ahad, 5 hari sebelum ia diumumkan oleh PM Australia dalam Parlimen, maknanya hampir 6 hari terapung entah kemana .... nanti jumpalah tu. 

Jangan cepat sangat putus asa. Malaysia dan lain2 negara dah 14 hari mencari tanpa putus, alhamdulillah semua masih bersemangat lagi.

Artikel Sydney Morning ini menjelaskan kenapa imej itu memakan masa 4 hari ( atau 5 ? ) sebelum diumumkan.

Ia diambil oleh satelit Worldview-2 milik syarikat dari Amerika, DigitalGlobe. Beroperasi 770km di angkasa, ia mampu merakam imej 1 juta km persegi setiap hari dan diedarkan kepada mereka yang membayar untuk akses.

DigitalGlobe pula mengendalikan Tomrod, laman web yang menggalakkan orangramai ikut sama meneliti dan mencari imej pesawat MH370.  Setiap imej yang dikenalpasti oleh pembaca akan ditapis dan dikaji pula oleh para analis mereka untuk pengesahan.

Mengambilkira semua itu, kita sekurang2nya harus juga berterimakasih diatas usaha mereka semua.... kan.

Jadi teruskanlah .... sama-sama kita terus berdoa untuk MH370.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2014 at 1:48 AM

Dua agensi yang memantau sebarang letupan di udara, satu di Amerika Syt, satu lagi di Austria, kedua-duanya menyatakan mereka TIDAK MENGESAN sebarang letupan di udara atau di darat berlaku pada 8 Mac 2014.

Kalau pesawat hard crash = sudah pasti banyak serpihan bertaburan di lautan.
Kalau soft landing (gliding) = ramai pakar kata mustahil dari ketinggian 20K - 35K di udara.

Menurut pakar oceanografi Dr Kadir (klu tak silap) dari UMT, jika serpihan yg dicerap itu mmg dari MH370, ia pastinya berasal dari lokasi berdekatan Afrika (sbb arus di Lautan Hindi Selatan bergerak dari Barat ke Timur).

Tapi ramai pakar cakap dgn jumlah minyak yang ada, mustahil pesawat dapat terbang melepasi Maldives.

Yg paling lucu, media barat hampir semua duk kata , Pilot Suicide. Awat jauh nya si pilot tu nak bunuh diri? Bersusah -payah dia matikan transponder, ACARS dan sebagainya untuk mengelak dr di kesan radar, susah payah bawak pesawat melepasi Banjaran Titiwangsa tanpa bantuan ATC (semua pakar aviasi cakap mustahil ini dilakukan oleh seorang manusia tanpa pertolongan orang lain.... aiik...ada orang tolong dia bunuh diri pulak?). Awat tak terjunam aje kat Laut China Selatan? Nak bunuh diri pun main pilih Laut jugak?

Bayangkan kalau kita ahli keluarga atau kawan2 si pilot tu..... kita kenal dan tau dia tu sapa, tp orang asing senang2 aje tuduh yg bukan2.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2014 at 5:10 AM

Aku rasa kita semua orang kena tipu.aku rasa benda ni akan drag makin panjang makin panjang.even kalau dah jumpa pun akan ada benda yg takkan settle..CONSPIRACY THEORY..Dalam sedar x sedar mindset kita dh switch to conspiracy freak,scientific reasoning,logic..berapa ramai kita yg refer blk kat al-Quran & hadis compare dgn yg buat research pasal CIA,ZIonism,KGB,NWO,chemical weapon,political issue,Communisn,etc etc..
Benda yg sama jadi kat US masa Kristian tgh kuat berpuluh tahun dulu.macam2 konspirasi keluar,UFO,ALIEN ABDUCTION,AREA 51 BERMUDA TRIANGLE,PARALLEL WORLE,etc etc.Tgk apa dah jadi dgn diorang skrg..majority takde pegangan,takde agama.bertuhankan science,logic...
Nk jatuhkan islam kat dunia arab senang.jatuhkan dictator(Saddam,Gaddafi etc)..org akan gaduh sama sendiri..settle..
Kat area kita ni takleh camtu.org islam x bape nk gaduh sgt sampai berbunuh2..
Back to square one..mh370 ni buat ramai yg benci zionis,CIA..tapi berapa ramai org dlm ramai2 kita ni yg refer,research,speculate via Conspiracy Theory,Scientific explaination,Logic yg diorang provide dgn yg refer to alQuran nd hadis in detail,sampai tak tido pasal kapal terbang ni.
Macam game chess.dalam tu ada Amerika,Israel,Russia,Org Islam etc etc.masing2 ada peranan masing.ada yg kuat,ada yg lemah..
Tapi sapa yg Main Game Chess ni
etc.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2014 at 9:09 AM

Yang sebenarnya yang dilautan Hindi tu adalah Kontena yang terjatuh dari kapal masa laut bergelora.....kontena tu 40kaki panjang.....hari tu kata ada alat pengesan pergerakan arus laut telah dijatuhkan dari kapal pencari....entah-entah pengesan tu pun hilang daaaa.Baik cari kat semua airport yang mapun MH370 landing serta cari juga kat hangar-hangar landasan mungkin disembunyikan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2014 at 9:59 AM

kalau pm atau tpm atau hisham yg buat ucapan sedemikian, tidak ragu2 lagi, pembangkang malaysia akan kutuk habis2an dan sebar kat dunia kononya pmimpin msia tidak telus, tidak pandai handle bla bla...
namun ianya berlaku australia, ternyata pihak pembangkang australia tidak seteruk pakatan rakyat. pmbgnkng australia dan ngara2 lain tidak sesekali memburuk2kn negara mereka sendiri meskipun berbza politik dgn pemerintah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2014 at 1:37 PM

saya rasa pesawat tu mendarat selamat cuma disorokkan oleh pihak2 tertentu untuk tujuan yang jahat ataupun untuk digunakan sebagai alat menyeludup dadah.mgkn mh370 sudah ditukar warnanya..

....................
Reply To This Comment ...................
March 22, 2014 at 1:59 PM

Sekurang-kurangnya ada usaha dari Australia. Insya-Allah akan jumpa nanti. Ini betul2 kawan.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
March 22, 2014 at 2:44 PM

memang la hilang sebab itu mungkin hanya decoy..nak menjauhkan pencarian daripada tempat yang sepatutnya..

decoy terpaksa dilakukan sejauh mungkin sebab tumpuan telah diberikan kepada maldives baru2 ni..itu dekat2 dah dgn diego garcia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2014 at 2:45 PM

blogger pembangkang siap sokong lagi australia sebab dok hebahkan dalam parlimen..tapi skrg apa jadi? memalukan je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2014 at 3:22 PM

Pembangkang DAP mesti lah sokong Australia..... nanti susah nak migrate....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2014 at 6:38 PM

Satu perkara yang pasti yg telah terserlah dari insiden kehilangan mh370, Dap dan Pkr mmg takde sifat patriotik.
Mereka cakap mereka berjuang utk selamatkan Malaysia dari kerakusan BN.
Mereka cakap BN sedang merosakkan Malaysia.
Mereka perjuangkan Malaysian Malaysia.

Tapi at the time of needs...
Bila Sabah dicerobohi..
Bila pesawat negara hilang dan negara dicemuh dari segenap sudut dunia dgn pelbagai tuduhan...

mereka sedikit pun tidak mempertahankan nama negara malah mereka turut serta mencemuh...

MEREKA MEMANG PENGKHIANAT NEGARA

....................
Reply To This Comment ...................
March 22, 2014 at 7:11 PM

Macam pertandingan mencari harta-karun dah jadinya.Negara2 yg sama2 mencari pun berlumba2 siapa dapat jumpa dulu.PM australia teruja lebih padahal kebanyakan kita dah tak teruja pun dan dah boleh agak last2 mesti hampa.

Macamana nak jumpa,cari di laut padahal bendanya di darat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2014 at 2:00 PM

Yang teman nampak,industri penerbangan akan menghadapi risiko keyakinan pelanggan yang akan berkurangan dan tidak seperti biasa untuk dekad2 mendatang akibat dari krisis sistem electronic yang boleh di manipulasi, setelah belakunya, pendedahan pelbagai fakta dari pemain dan pakar dari industri penerbangan.

Post a Comment