........... MH370 - Apakebendanya 'Sealed Evidence' Ni Pulak ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Apakebendanya 'Sealed Evidence' Ni Pulak ? ?

Friday, March 28, 201413comments

Ni apa citer pulak tentang bukti rahsia ( sealed evidence ) yang tidak boleh diumumkan ? Komen ini didakwa diucap oleh pasukan khas MAS yang bertemu dengan keluarga mangsa pesawat MH370 di Lido Hotel,Beijing baru ni.

Dari laporan The Straits Times China Bureau bertarikh 26 Mac - 


BEIJING - A Malaysian team have told relatives of Chinese passengers on board the missing Malaysia Airlines (MAS) flight MH370 that there was sealed evidence that cannot be made public, as they came under fire from the angry relatives at a briefing on Wednesday.  

The sealed evidence included air traffic control radio transcript, radar data and airport security recordings.


Menghairankan ...... kalau dah rahsia dan tak boleh didedahkan, apakehal yang pergi sebut ? Takke mengundang kemarahan dan seterusnya pertuduhan yang kerajaan Malaysia menyorok maklumat ?

Mohon pihak MAS atau kerajaan dapat berikan penjelasan tentang perkara ini. Ada kemungkinan laporan di atas antara penyumbang utama tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap kerajaan Malaysia. 

Kalau tidak benar, sila perbetulkan. Jika benar ...... hmmmm pandai2lah jawab !  ( yang pergi sebut tu kenapa ? ? )

Yang penting - KENA JAWAB. 

PS - Bayangkan ada orang berkata begini pada anda -

Saya ada maklumat penting tentang masalah yang kita hadapi sekarang ni ...... tapi minta maaflah, saya tak boleh nak sebut sebab bendanya rahsia ! - apa anda rasa ?

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2014 at 4:07 PM

bercakap sebelum berfikir.tu lah natijahnya.akan lebih mengeruhkan keadaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2014 at 5:18 PM

Ini mesti orang MAS yg pro pakatan. Sama macam press secretary Khairy yg pro DAP...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2014 at 6:56 PM

buat baik camana pun, kalau orang dah nak cari pasal, dia takkan dengar cakap kita. buat baik biar berpada ... terutama sekali dalam suasana sekarang. kalau malaysia team tak tersasul pun, bro ingat cina2 tu nak hormat ke kat kita? nak suruh kerajaan perbetulkan apa lagi bro?

....................
Reply To This Comment ...................
March 28, 2014 at 7:06 PM

Aku nak cadangkan setiap pegawai tinggi kerajaan, start dari Perdana Menteri sendiri kena ikuti kelas Pengurusan Bencana 101. Salah satu topik ialah Imaginasi. Sebelum nak cakap sesuatu, buat sesuatu... sila bayangkan kesannya pada semua yang terlibat, TERMASUK diri sendiri. Hopeless sangat dema ni.

Bodoh sungguh Najib buat pengumuman macam tu. Satu bukti kukuh pun tak ada. Pesawat tu berat 200tan lebih, tapi 1 kilo pun belum dapat dicari lagi. Yang dicakap tu masih teori dan spekulasi. Satu dunia lihat dan dengar. Nujum DiRaja pun dah verified jugak ke.

Apa salahnya biar Hishammuddin kecilkan haystack dulu, cari benang gunting dan kain dulu. Dah jumpa baru cakap. Lepas tu baru cerita hal nak cari needle (black box) tu pula.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2014 at 7:12 PM

Itu sebabnya Kerajaan Cina hantar wakil nya ke Malaysia utk mendapatkan maklumat terperinci.

....................
Reply To This Comment ...................
raja merah
March 28, 2014 at 7:32 PM

ala, china bukan heran pun rakyatnya 1++ lebih tu mati. dekat sana lg bnayak pembunuhan org tak bersalah. tp rakyat diaorang x berani nak komen lelebih.

dan china cuma mahukan data radar kita untuk digunakan dlm perebutan di LCS

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2014 at 7:44 PM

Pandai cakap bodohkan....tpi kalu lmbt dedahkan...kta lambt...smbnyikan mklumat...bila bgtau bnyak la soalnya... nak srh imanginasi cba imangine jdi gvrmnt lak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2014 at 8:17 PM

Biasa lah kerajaan Ahjibgor to react to the problems then to anticipate what other problems will be arising from this crisis, just like Tun Daim said.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2014 at 8:46 PM

kenapa lah tak fikir dulu apa yg nak di cakap. Kalo dah *sealed evidence* mesti lagi org curious nak tahu. Kalo tak tahu senyap aje....kata aje "we dont know but we are working hard on it'. Ini berapa juta bayar CONsultan cap ayam punya nasihat , contract aku aje lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 28, 2014 at 9:05 PM

Laporan berita ni kadang-kadang ada juga silapnya. Penerangan sebenar mungkin panjang lebar jadi mereka buat rumusan intipatinya sahaja. Mungkin dari situ timbulnya istilah sealed evidence ni. Zaman internet ni segalanya mengejar masa. Semua kena siap dengan cepat. Perkataan sealed evidence tu tidak dalam bentuk quotation jadi aku sangsi juga dengan ketepatannya. Kelazimannya, mereka akan guna quotation mark kalau ayat tersebut benar-benar keluar dari penyampainya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 7:20 AM

Tak heran pun ..dicina kembar bayi kembar 6 .5 darinya di bunuh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 12:54 PM

PS - Bayangkan ada orang berkata begini pada anda -

Saya ada maklumat penting tentang masalah yang kita hadapi sekarang ni ......
tapi minta maaflah, saya tak boleh nak sebut sebab bendanya rahsia ! - apa anda rasa ?

Saya rasa oren.... ha..ha..ha..

Ahjib memang useless!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 12:24 AM

Confucius say: it is better to sit down and shut up and let others think you're a fool rather than open up and confirm their doubts.

Post a Comment