........... MH370 - Kenyataan Najib Juga Satu Spekulasi ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Kenyataan Najib Juga Satu Spekulasi ?

Wednesday, March 26, 201423comments

Seorang rakan minta saya komen kenyataan Menteri Pertahanan Australia David Johnston yang kononnya ditujukan kepada kenyataan Najib semalam -

UNTIL debris is recovered and positively identified, any information about the search for the missing Malaysia Airlines flight MH370 is speculation - KLiK

.Apakah Rumusan Najib itu juga boleh dianggap sebagai satu spekulasi ?

"This is a mystery, and until we recover and positively identify a piece of debris, everything is virtually speculation."

Sehingga ada bukti, semua teori dan pandangan kekal Spekulasi. 


Inmarsat berikan data ( RUMUSAN ) baru kepada AAIB pada hari Ahad, waktu sama menegaskan yang ia perlu di semak sebelum diumumkan.

Isnin malam Najib umumkan. Jadi data ( RUMUSAN ) baru Inmarsat disemak dan dikaji selama satu hari sebelum diterima dan diumum oleh Najib.

Inmarsat senior vice-president Chris McLaughlin said the firm had studied electronic "pings" - or bursts of data - which the plane had sent to one of its satellites.

He told the BBC: "We have been dealing with a totally new area. We've been trying to help an investigation based on a single signal once an hour from an aircraft that didn't include any GPS data, any time and distance information.

"So this really was a bit of a shot in the dark and it's to the credit of our scientific team that they came up and managed to model this."

Mr McLaughlin continued: "They managed to find a way in which to say just a single ping can be used to say the plane was both powered up and travelling, and then by a process of elimination - comparing it to other known flights - establish that it went south." - BBC

So ... adakah RUMUSAN Inmarsat itu juga layak digelar sebagai satu Spekulasi ? 

Spekulasi adalah pandangan yang tidak bersandarkan fakta. Apakah Inmarsat membuat RUMUSAN bersandarkan fakta ? Apakah fakta itu ? - Isyarat Ping dari pesawat. Tapi ia tetap perlu diterjemah.

Nak terjemah dengan tepat perlukan pakar2 ping dan Inmarsat punya pakar2 tersebut. 

Tapi adakah RUMUSAN itu bersandarkan sebarang BUKTI fizikal dari pesawat itu sendiri ? .... seperti kata David di atas, selagi tidak ada sebarang objek ditemui, sebarang info mengenai MH370 adalah bersifat SPEKULASI.

"This is a mystery, and until we recover and positively identify a piece of debris, everything is virtually speculation."

                         ************************

Bagi saya, terserah pada individu. Pendirian Najib adalah berdasarkan RUMUSAN Inmarsat yang merupakan pakar ping dan mereka telah mengkaji fakta yang ada iaitu ping. 

Kalau pihak Inmarsat nak kelentong pun, siapalah kita nak buktikan kelentong mereka....


Pengumuman Najib bukan bermaksud tamatnya usaha mencari MH370. Seperti kata H2O, usaha mencari diteruskan cuma tumpuan hanya pada selatan Lautan Hindi.

Di bawahsaya copy dari Mkini yang menggariskan point2 penting taklimat H2O tadi -


                                          ******************************
Akhir sekali saya tertanya2 juga ..... kalau dah misi mencari masih diteruskan ( dihadkan kepada kawasan yang disebut oleh RUMUSAN ), kenapa perlu Najib buat pengumuman semalam ?

Kalau ambil saja rumusan itu tanpa perlu diumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi ... tak boleh ke ? Sebab pengumuman semalam dilihat sebagai menutup terus nasib  ( sealing the fate ) MH370, cuma yang perlu dicari adalah bangkai pesawat dan penumpang.


Besar risikonya pengumuman itu dibuat tanpa disokong sebarang bukti fizikal dari pesawat.

Apakah ada tekanan yang mendesak Najib bertindak sebegitu ?

Waktu sama kita juga kena bertanya  ..... Jika kerajaan tidak mengambil satu pendirian tegas sebegitu, SAMPAI BILA ?

Sampai ketemu bahan bukti ? OK ..... SAMPAI BILA ? Kalau sebulan lagi pun tak ketemu, bagaimana ? Dua bulan ? Setahun ? Apakah tidak ada dateline kepada misi pencarian besar2an ?

PS - Mungkin ada baiknya kerajaan dedahkan peta carian yang telah dilakukan oleh semua pihak setakat ini bagi menunjukkan sejauhmana usaha mencari telah dilakukan oleh pasukan mencari World.

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 26, 2014 at 12:37 AM

Maklumat ini lambat laun akan dapat dikesan oleh media. Kalau pihak keluarga mendapat perkhabaran melalui media, sudah pasti kerajaan kita akan dikecam dari luar dan dalam.

Menurut VP Inmarsat, data yang mereka rangkumkan telah disemak oleh lain-lain agensi angkasa dan setelah mendapat rumusan yang sama seperti yang mereka dapat, barulah maklumat ini diserah kepada Malaysia.

Logiknya pengumuman Najib adalah berpandu kepada 2 perkara. Pertama, tentu sekali maklumat dari Inmarsat. Keduanya pula jumlah atau baki minyak yang ada pada pesawat pada jam 8.11 pagi tersebut. Tanpa ada sebarang kawasan untuk mendarat disekitar kawasan ping terakhir di kesan, kebarangkalian pesawat terhempas mengatasi segala-galanya. Kehilangan nyawa adalah dijangkakan (jumlah hari pesawat hilang dan lokasi pesawat terhempas).

Kepercayaan terhadap ketepatan maklumat dan kiraan data bergantung kepada siapa kita merujuk. Media Amerika nampaknya tidak begitu berminat dengan data Inmarsat tersebut manakala pihak British menerimanya sebagai penemuan hebat (mungkin british ada juga sikap bias kerana Inmarsat adalah syarikat dari Britain). Kita teguhkan hati dan berdiri bersama-sama PM untuk kali ini. Keraguan hanya menambah derita keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 1:12 AM

Aku bersangka baik ngan pengumuman Najib tu. Mungkin Najib mempunyai perancangan baru iaitu menarik perhatian semua negara supaya bertumpu ke satu lokasi sahaja. Hanya dengan cara ini sajalah komando kita mempunyai lebih masa untuk menyusup masuk ke dalam Diego Garchia tanpa kawalan ketat. Kita cuma ingin pastikan sama ada US berbohong atau tidak dengan menjalankan penyiasatan secara sulit. Harus diingat bahawa komando kita pernah menziarahi rumah Jamalul Kiram semasa tragedi Lahad Datu dan pernah menampal setem pada peluru berpandu milik Singapore tanpa dapat dikesan oleh sesiapa pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 1:50 AM

Sdra Din. Selepas pengumuman oleh Najib, CNN telah menerumah beberapa pakar. Antaranya adalah bekas pengarah NTSB. Belaiu berpendapat bahawa apa yg dilakukan oleh Nanib adalah tepat dan pernah dilakukan ketika nahas TWA dulu. Beliau seterusnya memuji langkah yg dibuat oleh Najib. Perkara ini perlu diumumkan tetapi pencarian bangkai dan kotak hitam perlu dieruskan. Selepas itu saya tukar ke channel CCTV dan mendengar penjelasan dari seorang wakil mereka di Kuala Lumpur yg menyatakan bahawa penerimaan berita ini amat berbeza dikalangan keluarga di Beijing dan di Kuala Lumpur. Menurut wakil tersebut, penerimaan berita adalah lebih tenang disini kerana perbezaan budaya dan agama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 6:19 AM

Semenjak dua menjak peristiwa MH370 ni banyak pulak aku tengok "Overnight Aviation Phd" terutamanya sekali pihak2 pembangkang yg idea dtg dr longkang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 8:04 AM

Rumusannya, majoriti penumpang terdiri daripada org Cina. Sedih, duka lara pulak orang2 Islam nih.

Di Palestin, Afghan, Irak.... Ramai orang Islam terbunuh. Dalam hal yang melibatkan majoriti umat Islam, kita kena senyap.....

Rumusannya, kita hanya prihatin kepada apa yang digelar kapeer Laknattullah berbanding saudara seagama dengan kita.

Allah baru uji sedikit, sudah nampak biasnya pengangan tauhid kita!

....................
Reply To This Comment ...................
March 26, 2014 at 8:36 AM

Merapu lebih aje si Najib & Hishamuddin dengan gelagat 'Disinformation' mereka.., kerana agaknya terlalu takut dan terpaksa akur dengan kehendak & ugutan Zionist-Dajjal-Amerika-Barat-Keparat.

Kini.., Malaysia sudahpun menjadi bahan ketawa dimata dunia dalam isu lesapnya pesawat MH370. Lambat laun dunia akan tahu bahawa pimpinan negara Malaysia sudah semakin lemah & takut dengan tekanan dari pihak jahat yang tersebut. Lambat laun dunia akan tahu bahawa pesawat MH370 telah diserang & dijatuhkan oleh tentera Dajjal-Zionist-Amerika-Barat-Keparat.

Najib & Hishamuddin tak perlu takut dengan puak Dajjal-Zionist-Amerika-Barat-Keparat itu. Mereka patut lihat, dengar & pelajari dari video ini (terutamanya pada minit 1:03:55 dan seterusnya):-

http://www.youtube.com/watch?v=aUgWhUkkzr4#t=175

dan juga artikel pada URL ini:-

http://ecologynews.com/

Najib & Hishamuddin perlu sedar bahawa lama-kelamaan semua pihak akan tahu kisah sebenarnya disebalik kisah pesawat MH370. Najib & Hishamuddin perlu sedar bahawa dalam alam politik sudah tentu ada banyak 'gelora' & 'taufan' yang melanda.., apatah lagi dalam politik sedunia. Kalaulah mereka takut dipukul ombak maka mereka jangan dirikan rumah ditepi pantai..!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 9:00 AM

Melayu Kampung, I agreed.

Kita rakyat Malaysia sudah dimomokkan dengan begitu banyak teori negative ttg 'konspirasi' hingga kita sendiri sangsi dengan pemngumuman PM. Malaysia sekarang jadi perhatian dunia dan rakyat sendiri. umum salah tak umum pun salah ...

pada saya langkah yg Malaysia ambil mengumumkan penemuan Immarsat yg juga mendapat persetujuan pakar satelit lain adalah langkah terbaik. Kita kene ingat, disaster ini adalah kali pertama di dunia... buat pertama kali analisis satelit digunakan untuk pencarian kapal terbang yang 'terhempas' sebab kita semua clueless kemana arah tuju MH370 selepas berpatah balik dari route asal ...

'berakhir di tengah lautan hindi yg jauh dari mana2 daratan' ... PM tak umum terhempas because kita masih boleh mengharap, tapi dalam masa yg sama beliau mengajak kita untuk menjadi realistik (ie faktor minyak)..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 9:27 AM

cakap salah...xckp salah...sdgkan dh diberitahu pun ada kata nape dh tau ada ping sehingga 8.11 pg ..di kata nape xd maklumkan...adoiiiiii...masalah btul ,....semua salah aje...kebarangkalian kapal ended di lautan hindi sbb enjin sudah tidak menunjukkan isyarat ping lagi selepas itu...so???apkah maksudnya....sbb itu kena maklumkan dan usaha untuk mecari bukti fizikal wajar dteruskan utk puaskan ht smua org mcm awak ni...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 26, 2014 at 10:29 AM

Mereka perlukan penutup (closure) pada insiden ini. Walaupun penerbangan MH370 dikatakan berkahir di Lautan Hindi tetapi misi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan. Perkataan2 yang dipilih Najib dalam pengumuman beliau dikira amat baik untuk menjelaskan segala2nya bagi menghentikan spekulasi buat sementara waktu ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 11:50 AM

@AnonymousMaknanya nak kena majority yang mati tu orang Islam barulah kita boleh bersedih?

Kalau yang terkorban tu cuma sorang dua orang Islam.... tak boleh bersedih ke?

Agak-agak... kalau yang sorang dua tu ialah dua orang yang paling anda sayang... dan kami semua buat no hal aje... macam mana perasaan saudara?

Apakah dua orang yang paling saudara sayang tu tidak berhak diberi perhatian?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 12:12 PM

@Anonymous

Aku bersedih kerana nyawa yang tidak berdosa itu adalah rakyat Malaysia tak kira Islam atau tidak. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan pesawat negara kita sendiri. Bukan pesawat China. Oleh itu tragedi MH370 lebih dekat di hati berbanding tragedi di negara lain. Mengapa nak dibeza-bezakan soal agama masing-masing sedangkan tragedi ini meruntun naluri seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama atau keturunan. Dalam keadaan sekarang, kesedihan dalam negara adalah lebih utama daripada kesedihan di luar negara. Tiada biasnya pegangan tauhid hanya jika menyayangi rakyat negara sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 12:21 PM

@Melayu KampungSetuju dengan pendapat saudara.

Bagi saya, PM berada pada kedudukan yang sukar.

Jika tidak diumumkan hasil analisis Immarsat, cuba fikir bagaimana PM nak hentikan pencarian di kuadran Utara?

Apakah hanya kerana hendak tunggu sehingga serpihan dapat dikutip dari lautan ganas di lautan Hindia Selatan tu, kemudian tunggu disahkan bahawa ia memang serpihan dari MH370, PM harus biarkan Negara-Negara di kuadran Utara terus mencari sedangkan Immarsat dan negara2 yang agensi mereka terlibat dalam analisis data tersebut, tahu yang PM kita telah mendapat hasil analisis tersebut.

Tidakkah PM akan dianggap sengaja membiarkan negara-negara tersebut menghabiskan wang dan masa mereka mencari sesuatu yang sudah diketahui tiada di kawasan Utara?

Apakah kita akan biarkan jiran kita yang sudi membantu, berhabis duit dan tenaga sedangkan kita sudah tahu di tempat yang mereka cari itu tiada benda yang dicari?

Dan kalau PM umumkan "as of today, the SAR operation in the North Quadrant is terminated." tanpa memberikan sebarang asas kepada penamatan tersebut, bukankah ia akan membuat orang semakin tertanya-tanya?

Keluarga mangsa sudah pasti akan marah... kenapa berhenti mencari..? kenapa dah putus asa...? dan segala tohmahan lagi.

Kalau PM menolak kesimpulan analisis Immarsat, nak tolak atas alasan apa kalau pakar kita (saya yakin PM buat pengumuman selepas berbincang dengan pakar2 kita) juga bersetuju dengan hujah empirical yang diberikan. Kita takde satelit yang mampu mencerap data ping.

Kalau saya sakit dalam pinggang. Saya bukan doctor. Memang tak faham pun bidang perubatan. Saya perlu minta pendapat doctor. Selepas doctor buat ujian, dia kata saya sakit buah pinggang. Saya tanya doktor2 lain, pun cakap benda sama. Sapalah saya untuk membantah?

Kerana itulah PM TIDAK menggunakan perkataan 'crashed' tetapi memilih untuk menggunakan perkataan 'ended'.

PM benarkan kita buat kesimpulan sendiri (kalau itu nak dipanggil buat spekulasi....terpulanglah).

PM dah beritahu, it is a very isolated ocean, far from any landing mass... jadi terpulang kepada kita lah nak fikir macamana.

Kalau kita yakin yang mangsa dapat keluar dari perut pesawat sebelum pesawat masuk ke dalam air (sebab 2 agensi pemantauan nuclear mengatakan mereka tidak mengesan sebarang letupan di udara)....

kalau kita yakin yang mangsa dapat menaiki rakit warna oren tu..

kalau kita yakin bahawa selama 17 hari, rakit tersebut dapat medepani ombak ganas di Lautan Hindia Selatan (semalam diberitakan pesawat dan kapal tidak dapat pergi ke lokasi kerana ombak mengganas setinggi 2 - 4 meter)...

Maka PM tidak menghalang kita untuk mempunyai keyakinan tersebut.

Pengumuman PM HANYALAH untuk membolehkan beliau mengarahkan supaya SAR di Utara ditamatkan DAN supaya SAR dapat ditumpukan kepada kawasan yang lebih spesifik di Selatan.

Adakah salah untuk PM berbuat demikian?

Jika Anwar menjadi PM, adakah beliau akan membuat keputusan yang berlainan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 12:27 PM

Seperti biasa ini adalah pendapat consultant2 yang menasihatkan Ahjibgor.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 12:45 PM

yang pasti, sejak tragedi ini berlaku, memang kita dah nampak tembelang pemimpin2 pembangkang terutamanya dapigs yang amat tidak patriotik. orang2 pas masih nak buat bodoh ke?

....................
Reply To This Comment ...................
March 26, 2014 at 2:02 PM

Sebenarnya dalam isu sebegini, SPEKULASI memang tidak boleh dihalang dari bercambah. Asal jangan yang merepek spt contoh melibatkan alien ke ....

Saya bersikap terbuka dalam isu ini.

....................
Reply To This Comment ...................
March 26, 2014 at 6:56 PM

Sdr. DinTurtle..,,

Sejajar dengan tajuk pada artikel anda kali ini, iaitu:-

"...MH370 - Kenyataan Najib Juga Satu Spekulasi ?.."

Maka.., amat jelas sekali bahawa pernyataan & pendirian dibuat oleh Najib yang kononnya 'conclusive' sebagai seorang Perdana Menteri adalah juga suatu spekulasi yang begitu tergopoh-gapah.

Tidak salah sekiranya Menteri Pertahanan Australia berkata - "...Until debris is recovered and positively identified, any information about the search for the missing Malaysia Airlines flight MH370 is speculation.."

Disini terserlahnya kelemahan Najib dan juga Hishamuddin (yang telah dicabar pada salah-satu sidang akhbar oleh seorang pemberita Perancis supaya umumkan dirinya sebagai sepupu kepada Perdana Menteri).., untuk membuat suatu keputusan/pendirian tegas dalam soal status pesawat MH370.

Setelah berminggu-minggu telah berlalu apatah lagi dengan segala tekanan dari segala pelusuk masyarakat dan kuasa luar, maka kemungkinan Najib/Hishamudin memikirkan bahawa - "A bad decision is better than no decision'. Oleh yang demikian.., ketetapan yang dibuat adalah menerima pendapat dari pihak Inmarsat sebagai 'credible' untuk dilontarkan kepada semua pihak dengan harapan ketetapan itu akan kendurkan keadaan serta mengurangkan tekanan yang mereka terima selama ini.

Nescaya.., apabila kisah sebenarnya akan semakin terungkai kelak, maka pastinya Najib & Hishamuddin akan kesal nanti dengan pendirian mereka bahawa pesawat MH370 telah kononnya 'berakhir' di selatan Lautan Hindi.

Pelbagai spekulasi dibuat oleh berbagai pihak terhadap pesawat MH370. Ada yang membuat spekulasi yang paling 'plausible' bahawa MH370 telah mendarat di Pulau Diego Garcia di Lautan Hindi. Ada pula yang membuat spekulasi bahawa ianya telah 'dirampas' oleh kuasa luar dan didaratkan ke pengkalan tentera USA di Utapao, Thailand. Malah ada juga pihak yang membuat spekulasi bahawa pesawat MH370 telang diserang dan dijatuhkan dengan 'exotic' weapon Tentera Laut USA (iaitu LaWS - Laser Weapons System) dan pesawat tersebut telah terhempas di laut Cina Selatan berhampiran dengan negara Vietnam.

Namun.., spekulasi yang dibuat oleh Najib adalah kononnya pesawat MH370 telah 'tamat' di selatan Lautan Hindi berdekatan dengan pantai barat negara Australia. Semoga Najib tidak kelirukan dan menyulitkan lagi keadaan dengan pendirian beliau terhadap spekulasi itu yang kononnya adalah 'conclusive'.








....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 10:51 PM

Maaf encik alfie ya, saya hanya lah seorang ibu dan suri rumah tangga.

Saya pengundi PAS.

Saya tulis hanya menurut akal saya yg mungkin dangkal bagi encik.

Saya tak kenal mana2 consultant Najib.

Saya orang Melayu dan saya sayang Malaysia. Tu aje.

Kalau encik tak percaya apa boleh buat.

Prinsip saya, sebagai seorang Islam, saya akan disoal di hadapan Allah di Mahsyar nanti jadi walaupun saya tidak bersetuju dengan sebahagian besar cara BN memerintah tak bermakna saya mesti kondem blindly.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2014 at 4:43 AM

Izinkan saya untuk menjawab - Anonymous March 26, 2014 at 10:51 PM

Salamun'alaikum Mak Cik pengundi PAS.

Saya adalah seorang rakyat Malaysia yang menyokong Barisan Nasional, kerana pada pendapat saya Barisan Nasional telah pon berjaya mengekalkan keharmonian, kestabilan dan keamanan di dalam sebuah negara yang berbilang bangsa, agama, budaya dan adat resam ini. Sememangnya Kerajaan perlu dan harus ditegur sepanjang masa supaya selari dengan arus perubahan dan bersesuaian dengan peredaran zaman. Inilah yang dilakukan di Blog Din Turtle ini.

Pujian harus diberikan kepada Kerajaan Malaysia terutamanya Dato Seri Najib (Blog nie kenalinya sbg Ah Jib Gor), Hishamuddin, Ahmad Jauhari (MAS), Azharuddin (DCA), Tan Sri Khalid (IGP),Anifah - Menteri Luar & Hamzah –Timbalan, Panglima ATM dan Panglima Udara – Rozali dan lain-lainnya di dalam Menangani isu kehilangan MH370 ini kerana:-

1. MAS (Malaysia Airline Berhad) adalah sebuah Syarikat Awam yang diperbadankan, tersenarai di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur. Majoriti Pemegang Saham MAS adalah Pihak Kerajaan melalui Khazanah Nasional Berhad, EPF, Amanahraya Trustee Berhad, Warisan Harta Sabah Sdn Bhd, State Financial Secretary Sarawak, Public – Regular Saving / Sector Select Fund, Mohamed Faroz Mohamed Jakel, CBNY For Dimension Emerging Markets Value Fund, Keen Capital Investment Ltd, JPMorgan Chase Bank, National Association (USA), Asia Pacific Performance Fund, BNY Brussels for City of New Yoork Group Trust, State Street Bank & Trust Co (USA), Canada Pension Plan Investment Board dllnya.
http://stocksmalaysia.blogspot.com/2013/10/malaysia-airlines-mas-majority.html
http://3.bp.blogspot.com/-ptOAN5CP9bY/Ul5yWDTF3KI/AAAAAAAAAZg/Vp2F3fpxTXQ/s1600/mas-shareholders.jpg

sambung...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2014 at 4:44 AM

Justeru itu, Kerajaan Malaysia bukannya hanya bertanggungjawab ke atas Penumpang, Krew MH370, tetapi juga kepada Syarikat Penerbangan itu sendiri, kakitangan, pemegang saham dan keseluruhan Para Pelabur yang melabur di dalam saham Mas di Bursa KL.

Kesilapan dlm menangani isu MH370 boleh mengakibatkan MAS kerugian yang teruk, possible winding-up or foreclosure yang akan merugikan Kerajaan, Para Pelabur,

Pemegang Saham dan Kakitangan dan mereka yang berkaitan dengan MAS seperti Bank yang member pinjaman pembelian asset penerbangan MAS dsbnya.

2. Sebanyak 26 buah Negara, termasok kuasa besar dunia terlibat di dlm Operasi SAR spt USA, China, UK Great Britain, France, Jepun, India, Australia, Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand dllnya. Tiada siapa dapat menyangka, bahawa DUA insane Kerdil dari Negara Kecil seperti Malaysia sebagai “Coordinator” mampu memujuk, meminta dan mengarahkan Kuasa2 Besar membantu Malaysia dlm operasi SAR.

3. Saya berpendapat bahawa Anwar Ibrahim memang ada kena mengena secara direct or indirect ke atas apa2 saja musibah di malaysia.

Jika kita renung dan mengungkap kembali Kes Pencerobohan Lahad Datu -

a) Anwar berjumpa dgn Misuari... dan Pemimpin Kanan PKR ada membuat lawatan susulan.. Penceroboh memasuki perairan negara tanpa di kesan oleh Pasukan Keselamatan kerana pada waktu yang sama Kapal Perang USS Guardian berada di perairan sekitar untuk melakukan JAMMING ke atas radar kita.
USS Guardian dilengkapi dengan series Rada Jammer –
-Electronic systems: One AN/SSN-2 Precise Integrated Navigation System (PINS), one AN/SQQ-32 Mine Hunting Sonar, one AN/SPS-55 Surface Radar. one AN/WSN-2 Gyro Compass
-Mine Countermeasure Equipment Suite: One AN/SLQ-48 (V) Mine Neutralization System, one AN/SQL-37 (V) 3 Magnetic/Acoustic Influence Minesweeping Gear, Oropesa type 0 size 1 Mechanical Sweep Equipment, MDG
http://www.navsource.org/archives/11/1205.htm

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina
http://kartikel.com/news/61350/misteri-kapal-perang-amerika-syarikat-terkandas-di-laut-sulu
sambung...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2014 at 4:45 AM

As of yesterday, Lt. Cmdr Rice, his Executive Officer/Navigator Lt. Daniel Tylor, the ship’s assistant navigator, and the Officer of the Deck have been relieved of duty by Rear Adm. Jeffrey Harley, Commander, Expeditionary Strike Group (ESG) 7.

The US Navy comments that an investigation continues however, according to a US Navy statement, initial findings clearly indicate that the above mentioned sailors did not adhere to standard U.S. Navy navigation procedures and were relieved due to their role in the grounding and a loss of confidence.
http://gcaptain.com/senior-leadership-ex-uss-guardian/

Jelas, PERLAKUAN Assistant Navigator dan Officer of the Deck melanggar SOP, Bukannya di arah oleh Tentera Laut Amerika dan mereka ini “berkemungkinan” dibayar oleh pihak2 tertentu untuk melakukan tugas2 tertentu (Radar Jamming) diperairan tersebut?

b) Anwar sebelum ini sudah di kenal pasti sebagai ajen dalaman US - CIA - Dark Cabal dan usaha Tun M untuk menjahanamkan Anwar Ibrahim melalui kes Liwat. Anwar didapati bersalah kerana salah guna kuasa dan merengkok di dalam penjara Sg Buloh.

Malangnya, SCOPE, syarikat 100% milik SCOMI yang 53% dimiliki oleh Kamaluddin Abdullah Ahmad Badawi, 36, anak lelaki tunggal Perdana Menteri yang dilaporkan oleh CIA kepada Presiden George Bush sebagai pembekal centrifuge untuk meningkatkan kadar uranium untuk senjata nuklear.

US-CIA menekan secara paksa agar Tun Dollah melepaskan Anwar drp Penjara sebagai pertukaran dan jaminan bahawa anaknya tidak akan disabitkan dgn kes penjualan centrifuge tersebut.

Maka, Tun Dolah pon terpaksa melepaskan Anwar dari dalam Penjara Sungai Buloh. Apa merit sebenar disebalik pelepasan tersebut?

3. Di manakah gerangan PAS dan Ulamak Besar Malaysia – Mursyid Tn Guru Dato Nik Aziz, Tn Guru Datuk Seri Hj Hadi Awang, Tuan Guru Datuk Harun Din, dan ramai lagi Tuan-Tuan Guru, Ulamak2, Ustaz-ustaz sewaktu Malaysia dilanda serangan demi serangan dari pihak luar terutamanya media asing, yang memperkotak katikkan cara Malaysia menangani isu kehilangan MH370?

MH370 bukanlah isu politik, tapi isu Negara, Maruah dan Kelamatan Negara. Soalnya kenapa TIDAK ADA SUATU ajakan, suruhan daripada Ulamak2 Besar PAS, Mursyid, Tuan-Tuan Guru dan Para Ustaz untuk mengadakan Solat Sunat Hajat, Membaca Al-Quran dan Berdoa di Stadium ka, Di Masjid ka, Di Surau ka… sekurang-kurangnya memohon supaya Malaysia selamat drp segala akibat daripada kejadian MH370?
sambung...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2014 at 4:48 AM

Apakah semua Ulamak, Tuan-tuan Guru, Mursyid begitu takut dengan Anwar Ibrahim atau menjaga Tahalul Siyasi dengan DAP maka mereka ini sanggup membiarkan negara di permainkan oleh media asing? Ini kerana Juak Pembangkang mengambil kesempatan isu MH370 untuk terus melemahkan Kerajaan, yang mana secara impliednya Melemahkan Malaysia di mata dunia. Dunia melihat kenapa Rakyat Malaysia tidak bersatu di dalam isu MH370, tapi mempolitikkannya hanya untuk kepentingan diri dan parti semata-mata?

Tidak cukup dengan itu, terdapat Pemimpin Utaa Pembangkang dari PAS seperti Khalid Samad, Mahfuz Omar yang begitu ketara melemahkan usaha-usaha yang di ambil oleh Kerajaan Malaysia.

4. CNN
Kenapa CNN begitu teruja untuk menemu bual Anwar Ibrahim seorang saja? Kenapa CNN tidak menemu bual DSTGH Hadi Awang? Atau pon D TG Nik Aziz? Siapakah Ketua Pembangkang di Malaysia? Kenapa tidak Lim Kit Siang? Kenapa CNN tidak menebual kesemua Ketua Pembangkang sekaligus?

Ini jelas agenda CNN, Rupert Murdoch – Bangsa Yahudi yang sememangnya tahu Siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Isu NED dan sokongan berterusan daripada Yahudi US Senator terhadap Anwar menjelaskan apakah misi dan vision mereka terhadap Malaysia dan Anwar adalah talian penghubung untuk mencapai hajat jahat mereka. Rujuklah mana-mana rulisan sebelum ini drp banyak blogger tentang hubungan Anwar dengan puak-puak Yahudi.

5. Anwar Ke Jepun???
Apakah secara kebetulan lagi Anwar pergi ke Jepun untuk memberi ceramah? Atau dijemput oleh Yakuza yang di dalangi oleh CIA-Amerika? Atau apakah Anwar pergi ke Jepun untuk berjumpa dengan Laksamana Kapal Destroyer spt USS Kidd dan USS Pinckney seperti yang berlaku dalam Pencerobohan Pengganas Sulu? Bagi tujuan untuk melakukan Operasi Radar Jammer keatas Radar-radar primary, secondary, kommersial mahupon military ke atas Malaysia, Vietnam, Thailand dan Indonesia kerana kedua-dua Kapal Perang Destroyer tersebut memang berada di Laut China Selatan sewaktu kehilangan MH370?

Dimanakah kedudukan sebenar USS Kidd dan USS Pinckney semasa MH370 terbang melepasi Kota Bharu dan mengucapkan selamat malam kepada Menara Kawalan LTAB Subang dan semasa proses pertukaran Menara Kawalan?

Kidd, like Pinckney, was conducting training and maritime security operations in international waters in the South China Sea before being sent to assist in the search efforts. http://www.navy.mil/submit/display.asp?story_id=79571
sambung............

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2014 at 4:49 AM

USS Kidd was been deployed to join its sister ship, the USS Pinckney (DDG-91) on March 10, after the Pinckney was diverted from a training mission in the South China Sea on March 8 to assist with the search and rescue operations.

Both the Kidd and Pinckney, which are home-ported at San Diego were conducting training and maritime security operations in international waters in the South China Sea before being sent to assist in the search efforts.
http://www.straitstimes.com/breaking-news/se-asia/story/us-vessel-search-mh370-guided-missile-destroyer-arleigh-burke-class-2014

Kenapa Anwar begitu bersungguh-sungguh memberi tekanan kepada Kerajaan, menidakkan segala usaha dan operasi yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dengan segerombolan pakar-pakar aviation dari luar negara? Kenapa Anwar tidak menghentam pakar-pakar aviation luar negara itu? Biasanya orang yang bersalah akan sedikit gelabah?

Anwar menyalahkan kerajaan apabila berkata di lobi Parlimen, "Tahniah kpd semua pihak yg telah bertungkus lumus dlm usaha menyelamat MH 370. Tetapi sampai skrg timbul kemusykilan masih tdk dpt maklumat, punca, kenalpasti kehilangan, kegagalan radar di Gong Kedak kenalpasti mengapa pesawat mengubah haluan dan berpatah balik."

Kesimpulannya, Malaysia bukan sahaja di ancam dari luar negara, tetapi juga dari dalam negara, oleh mereka yang dengki, khianat, haloba dan segala amalan syaitan dan nafsu diri.

Oleh itu, Saya menyeru supaya di adakan suatu solat hajat dan berdoa memohon supaya Allah AzzaWajalla menyelamatkan bumi Malaysia tercinta ini, dari sebarang rancangan jahat, fitnah dan tunjukkanlah siapakah sebenarnya Dalang di dalam isu kehilangan MH370 dan ancaman terhadap Malaysia ini.
Sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2014 at 7:57 AM

@AnonymousSalam Puan,kita tak dapat nafi kan Ahjibgor seorang PM yang penuh kontravasi seperti kes Altantuya yang puak pakatan puan kondem blindly yang dia terlibat,dan juga jangan lupa parti sokongan puan blindly sokong si Anwar peliwat walau makamah kata dia ada terlibat activity homosexual dan parti PAS puan blindly sokong agenda LBGT yang bercanggah dengan ajaran Islam kita.

Saya fikir puan adalah seorang muslim yang ada 'double standard' dalam hidup puan.Bagai saya pendapat saya tentang Ahjibgor sentiasa consistent!

alfie

Post a Comment