........... Kenapa Hanya Pejuang Agama Dan Bangsa Saja Yang DiKaitkan Dengan Pelampau ... Kenapa Tidak PELAMPAU LIBERAL ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenapa Hanya Pejuang Agama Dan Bangsa Saja Yang DiKaitkan Dengan Pelampau ... Kenapa Tidak PELAMPAU LIBERAL ?

Thursday, March 6, 20148comments

Mengenang kembali aksi Maskot Comango semalam, membuat saya terpanggil untuk menyentuh mengenai apa yang Najib sebut sebagai 'Kumpulan atau organisasi PELAMPAU' dalam artikel 1Malaysia berkaitan Rekonsiliasi Nasional.

Sebelum itu ...... rasanya dah hampir 2 minggu sejak artikel itu keluar tapi tidak ada seorang pun Menteri2 yang sambut benda RN ni .... heran ? Najib sendiri macam buat tak tahu jer, takde kenyataan susulan bagi menjawab pelbagai persoalan ekoran kenyataan pertama beliau dulu.

Maafla tapi bagi saya amatlah tidak bertanggungjawab bagi seorang PM melontarkan sesuatu idea secara kabur kemudian terus diam dan membiarkan rakyat membuat pelbagai spekulasi sendiri.

Contohnya ayat ini - Kita juga harus tidak menggalakkan penyebaran laporan-laporan tentang tindakan-tindakan kumpulan atau organisasi pelampau yang berkecenderungan untuk menghancurkan kepercayaan di antara kaum-kaum dalam negara kita ini.

Siapa yang Najib maksudkan dengan PELAMPAU itu ?


Yang paling cepat mengambil kesempatan atas kelekaan Najib ini tidak lain dan tidak bukan pastinya Lim Kit Siang. Kalau dulu waktu Najib umumkan 1Malaysia ( yang kabur sehingga ke hari ini ), LKS yang paling vokal menuntut segalanya mengikut 1Malaysia yang diterjemahkannya sebagai Samarata Samarasa. 

Ternyata tanpa penjelasan yang jelas, Dap mengambil sepenuh kesempatan atas keBLURan 1Malaysia demi memperjuangkan Malaysian Malaysianya. Bangsa Melayu pula yang terpaksa mengalah dalam banyak hal hanya kerana melayan slogan 1Malaysia.

Hingga ke hari ini LKS masih menyalak mencabar pemimpin2 Melayu supaya menyatakan keutamaan mereka - Malaysia First atau Melayu First. Tak percaya tanya Muhyiddin. Tapi LKS tidak pula mendesak pertanyaan itu kepada Najib !

Sekarang melalui keBLURan Rekonsiliasi Nasional mengenai takrif PELAMPAU, LKS sekali lagi dengan cepat cuba Hijack takrifan Pelampau sebagai merujuk kepada golongan Melayu yang aktif lantang mempertahankan hak Agama dan Bangsa. 

Bacalah blog LKS .... dah berulang kali LKS mencabar Najib mengambil tindakan ke atas Ngo2 Melayu yang lantang kerana mereka itu didakwa sebagai Pelampau.

Adakah tindakan MEMPERTAHANKAN Hak dilabel sebagai Pelampau ? Bukan SERANG tapi PERTAHAN. Pihak yang MENYERANG pula disanjung sebagai Hero yang tidak didendang....

Namun Najib terus diam membisu .......


OK, balik kepada Maskot Comango semalam ..... LKS juga cepat melabelkan minah itu sebagai Hero ! Tidak menghairankan ... Melayu2 LIBERAL seperti minah itu yang mewakili golongan pejuang Hak Samarata mengikut takrif antarabangsa ( yang tidak mengambilkira faktor tempatan dan agama ) pastinya sesuai dijadikan balaci oleh Dap.

Sebenarnya terdapat satu ancaman dalam bentuk STEREOTAIPING jika perkara sebegini tidak dibendung segera. Secara tidak sedar, ramai yang sudah terima stereotaip PELAMPAU itu merujuk kepada siapa saja yang tidak selari dengan pendirian Melayu Liberal.

Pelampau adalah mereka yang memperjuangkan sesuatu yang lari dari pendirian STANDARD yang diterima rakyat. Apakah pendirian yang dianggap standard / normal oleh rakyat Malaysia ?

Kenapa harus kita biarkan orang2 seperti LKS dan Comango yang menetapkan STANDARD apa yang normal dan apa yang melampau itu ?

Perlukah kita terikut2 dengan standard antarabangsa yang mereka seperti LKS dan Maskot Comango wakili ? 

Kenapa harus PELAMPAU itu dikaitkan dengan pejuang agama dan bangsa saja..... kenapa tidak PELAMPAU LIBERAL ?


Kenapa tidak golongan yang diwakili oleh LKS @ DAP dan Maskot Comango ini yang dilihat sebagai puak PELAMAPU yang cuba menganggu gugat keamanan dan suasana muhibbah yang sedia terjalin antara rakyat selama ini dengan tuntutan2 LIBERAL mereka ? Bukankah mereka ini yang sebenarnya cuba mengubah status quo yang ada ?

Segala tindakan dari pihak pro Melayu Islam tidak lebih hanyalah sebagai REAKSI kepada apa yang golongan PELAMPAU LIBERAL ini mulakan.

Sama-sama kita fikirkan ..... dan kepada Najib, BERSUARALAH !


Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2014 at 8:51 PM

Nak bersuara macam mana, dia belum terima teks dari tuan punahsihat... Tunggulah dlm seminggu dua lagi..... (waktu tu isu pun dah basi).. Inilah natijahnya bila seorang pm sub kan tugas berfikir kpd orang lain.... Dia pakai vendor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2014 at 10:29 PM

Apabila heboh anak tiri Najib (anak lelaki Rosmah) buat filem 'Wolf of the Wall Street'', saya jadi terfikir, kenapa Rosmah atau Najib tak beri sebarang komen.
Filem tu penuh dgn adegan lucah hingga tak lepas tapisan LPF, sebagai ibubapa takkan mereka merestui anak mereka terlibat dalam pembikinan filem yg begitu bertentangan dgn moral.

Kecuali...... mereka memang tak kisah.... yg menunjukkan mereka ialah orang2 yang berfikiran liberal...???

Saya harap telahan saya salah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2014 at 10:37 PM

Aku setuju dgn anon 8:51PM... najib dah subkan tugas berfikir pada org len... jadi kerje dia cuma baca teks saja (dgn suara terjerit2...mencik tol) n amek kredit atas sgl cadangan punah2sial tuh...nasibla kite rakyat Malaysia dpt piiemm pakar sub ...sub sana sub sini...end of the story Malaysia esp org Melayu jadi sap sap suwey...yg untong ttp puak jubor xbasuh dari parti paling lahanat di donia...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2014 at 10:41 PM

Beza pelampau Melayu dgn pelampau liberal adalah spt berikut;
Pelampau melayu hanya reti demo 20 orang dan sembelih ayam kemudian buat report polis.Pelampau Melayu kelihatan spt badut sarkis di mata rakyat malaysia kerana tujuan pelampau melayu adalah untuk membodek kerajaan dan merembat peruntukan.
pelampau liberal kelihatan lebih bijak kerana mereka mengikut saluran undang2 malaysia n antarabangsa.tidak pernah kelihatan pelampau liberal memakai uniform spt badut pergi membuat beratus laporan polis..pelampau liberal diangotai oleh mereka yg terpelajar berbanding pelampau melayu yg kelihatan spt samseng dan melakukan tarian punggung depan rumah Ambiga.
dan yg paling penting..pelampau liberal sentiasa didekati oleh pemimpin umno..berbanding pelampau melayu yg diludah dan mereka segan untuk dikaitkan dgn pelampau melayu ini kerana tidak mahu kelihatan spt mereka..

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
March 7, 2014 at 12:04 AM

Salam semua salam benua'
salam dismbut penoh marifat,

Apakah nasib melayu semua'
ditanah air sendiri bagaikan merempat.


Salam disambut penoh marifat'
diiringi senyuman melebar luas,

Dalam negara sendiri bagikan merempat'
sunyinya hati kemampuan terbatas.




....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2014 at 8:44 AM

hmmmm..berapa agak2 minah ni dapat bayaran sbg maskot comango? rakan2 dalam pas tak nak turut sama minah tu sambil bertakbir ke?

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2014 at 4:06 PM

En Din,

There is a good writing yang I really suka about 'moderation' and therefore the meaning of 'pelampau', lawan kata dia.

Cuba baca ni:
The Problem with Moderate Movements in Malaysia
http://grandmarquis.wordpress.com/2014/01/15/the-problem-with-moderate-movement-in-malaysia/

Klu berdasarkan tulisan ni, makna 'pelampau' berdasarkan Speech Dari Najib ni Akan terpulang pada dia punya pendirian/yardstick.
Entah2 nyerlah, dia punya yardstick/reference point tak sama mcm Kita melayu2 ni :( Itu yg susah dia nak bagi penjelasan.

Btw en. Din, minah kat atas tu memalukan orang Melayu jer, n especially we, orang pompuan, eeeeeee...Simpang malaikat 44.

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2014 at 5:13 PM

@zz2440nanti lepas baca saya komen ya, tengah on the road skrg ni :)

Post a Comment