........... BR1M Dan Undi ( Sokongan Pengundi ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

BR1M Dan Undi ( Sokongan Pengundi )

Tuesday, March 4, 201416comments


Saya nak sentuh sekali lagi isu BR1M sebagaimana yang disebut oleh Tun Mahathir 2 hari lepas. Saya copy artikel Tun di bawah kot2 ada yang nak baca semula.

Najib pantas sekali memberi respon ! Heran ek .... selalunya respon dari Najib mengambil masa berminggu2 tapi bila bab BR1M ditegur Tun Mahathir, tak sampai satu hari dah jawab.

Najib jawab apa ? Anda bacalah sendiri - Najib tidak setuju Dr Mahathir, BR1M subsidi bersasar ( TMI )

Sorang lagi yang SIBUK menjawab, ( sekarang rakyat dah tak hairan kalau dia ni jawab isu APA SEKALIPUN ) adalah Khairy - BR1M: Khairy jawab kenyataan Dr M ( Sinar )

Saya bukan nak berdebat tentang kebaikan BR1M, tepat atau tersasar, untung atau rugi, bijak atau bodoh ..... tapi saya nak rujuk balik kepada satu point dari artikel Tun Mahathir yang ramai tidak sentuh iaitu - BR1M dan Sokongan Rakyat

Apakah pemberian BR1M menambahkan sokongan rakyat kepada BN ? Atau kekal .... atau sokongan semakin merosot ?

Perlu diingat, BR1M bukan bermula selepas PRU13, sebelum itu lagi kerajaan sudah beri 2 kali BR1M ....... dan keputusan PRU13 menunjukkan BN mendapat sokongan hanya 48% jumlah pengundi .... ( ke 47% , saya lupa dah.)

DARI SEGI POLITIK, kalau dah tak mendatangkan tambahan sokongan undi rakyat, bukankah lebih baik direncanakan satu pelan rakyat yang LAIN daripada diteruskan juga BR1M yang menelan kos yang begitu tinggi tapi pulangan dalam bentuk sokongan undi adalah hampeh ? 

Malah dikhuatiri ada pengundi yang asalnya menyokong BN berkemungkinan menolak BN kerana tidak puashati dengan idea BR1M !  Menambah tidak malah mengurangkan pula undi....

Apakah Najib ingat dengan menabur wang ringgit, rakyat akan menyokong BN ? ( bagian ini yang saya kaitkan dengan SYOK SENDIRI )


Saya percaya itu juga point yang cuba diketengahkan oleh Tun Mahathir ( kalau silap, maaf ).


1. I am amused by the remarks of a Minister that the refusal by 17,000 people in Ipoh to accept the BRIM handout is a mark of their maturity.


2. Actually quite a few people said to me that BRIM is bribe especially when given just before elections. It is the same as giving people placards to raise when you pass. It does not really reflect their feelings or sentiments. Those feelings are better expressed through the votes they cast. Their voting is what reflects their maturity. Of course their feelings may be expressed more crudely.
 
3. Failure to understand public sentiments would be disastrous for politicians. Self-delusion is even worse.

4. BRIM is costly for a Government facing deficits and shouldering huge debts. At RM500/- per person for 7 million people it would cost the Government 3.5 billion Ringgit. Increase that to RM1,200/- the cost would be 8.4 billion Ringgit. That is a lot of money. Yet there is still a lot of very poor people in the country. Do we really need BRIM. Even without BRIM there was good support by the people. If they do not support it must be because they are not happy with something, maybe even with BRIM. Find out what they are not happy with and you will know what you should do.

5. I am a supporter of the Government. I worked hard to help the party in the last election. But I must admit that I disagree with quite a few things the government is doing.

6. I will not say more.

PS - Satu lagi, dalam fikiran Najib .... yang sebenar2nya apa yang beliau fikirkan bila kerajaan beri BR1M pada rakyat ? Benarkah beliau melihat BR1M sebagai satu bentuk bantuan bagi meredakan masalah kenaikan kos hidup atau tidak lebih sebagai pemberian DUIT CASH ?

Cuba perhatikan komen santai dari Najib berkaitan pemberian BR1M -

Yang terbaru - "Hari pertama sudah ramai pergi Sogo, ramai pergi pasar minggu,"

April 2013 "Kalau kita bagi BR1M, siapa untung? rakyat untung...sekarang ini kita (rakyat kurang kemampuan) dapat lima keping (wang kertas RM100),"

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 4:10 PM

Tak cukop hanya BR1M shj.Buat Rumah free satu malaysia.Kalau ikut hati mmglah sedap tapi kebijakan entah ke mana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 4:16 PM

Melayu undi BN sebab takut kehilangan kedaulatan negara kepada DAP bukan kerana takut kehilangan BR1M. Tanpa BR1M pun orang melayu masih tetap mengundi BN. Begitu setianya orang melayu kepada UMNO (bukan setia kepada pemimpin UMNO ye).

Jiwa manusia takkan mudah dibeli kalau setakat BR1M RM300 ke RM650. Katakanlah kerajaan nak dapatkan undi rakyat, duit BR1M sepatutnya mestilah cukup digunakan selama setahun dan bukannya yang boleh dihabiskan dalam tempoh sehari sahaja. Itupun jika kerajaan fikir bahawa BR1M boleh mempengaruhi undi rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 4:44 PM

Kita semua tahu dan observe bahawa kempen PRU13 banyak fokus untuk kepada masyarakat penggundi orang Cina. Satu benda orang Cina amat sangat suka adalah DUIT dan Ahjibgor telah mengguna 'kesukaan' ini dengan seribu satu cara untuk membeli undi orang Cina. Berjuta juta ringgit di beri kepada sekolah mereka. Berjuta juta di belanja juga dengan 'makan busak' di mana orang Cina melantak secara percuma. Dan cara yang paling DIRECT Ahjibgor boleh memberi duit kepada mereka adalah melalui BR1M.

Saya fikir priority Ahjibgor sebenar nya adalah membeli undi orang Cina sambilan tempias nya terkena kepada orang melayu.

Cara memberi DUIT dari tangan pemerintah kepada rakyat jelata sangat popular pada zaman FEUDAL dan sangat effective untuk membuat rakyat bergantung kepada pemerintah.
Malang nya Anwar sudah awal awal saiko rakyat bahawa DUIT yang mereka dapat adalah HAK mereka yang datang dari cukai yang mereka bayar dan tidak perlu berterima kasih kepada Ahjibgor.

Penasihat Ahjibgor telah memakai strategy yang SALAH semasa PRU13 dan tidak mahu Boss mereka hilang kuasa dan sokongan maka BR1M di sambung lagi dengan janji jumlah akan di tambah lagi di masa hadapan.
Kalau tak salah saya Prof Ungku Aziz pernah buat kertas kajian bila kakitangan kerajaan dapat bonus mereka,95% duit ini masuk ketangan peniaga orang Cina.

Kesimpulan nya BR1M ini akan mengkayakan lagi orang Cina dan menggukuhkan kedudukan mereka untuk menubangkan kerajaan Ahjibgor.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 5:19 PM

@AnonymousPendapat tuan adalah hampir tepat (pada pandangan saya)... Memang pegundi BN kebanyakan takut cina memerintah malaysia dan takut dgn kejahatan aljubbb. Memberi BRIM adalah satu cara nak mengumpan cina mata sepet... kalau cara lain, melayu akan perasan bahawa kerajaan sedang menyogok cina... melalui brim, benda tu tak nampak ketara... lihatlah penerima brim... bandingkan dgn penjawat awam dgnn cina, mana lebih ramai? dipejabat saya, dlm lapan orang staff, hanya dua orang yang layak (lebih kurang 25%).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 5:44 PM

salam,

tang sokong tu saya setuju. bab ni, mungkin ah jib gor kata libat semua rakyat tanpa kira fahaman politik. maksudnya, brim ni bukan untuk dapatkan sokongan politik dan bukan rasuah, tetapi kerajaan bermaksud memastikan rakyat yang layak sahaja mendapat subsidi dan subsidi itu terus kepada yang rakyat. ada juga yang tolak kerana matang berfikir kerana tak mahu subsidi tersebut. 17000 daripada 8 juta. berapa peratus yer.

berbalik kepada sokongan politik, mak mertua saya, saudara mara dan rakan sekerja semua kata ah jib gor tak tepati janji. janji nak kasi 1200 tapi kasi tak sampai pun. ada yang kena tolak lagi kata mereka. semua ini pengundi pembangkang. pengundi bn diam dan tersenyum jer bila dapat. yang banyak protes ialah bukan pengundi bn. jadi brim ni tak boleh la dikatakan membeli jiwa, merasuah rakyat. ramai ahli politik memandang rendah pemikiran rakyat dalam membuang undi mereka. ingat kerajaan tabur duit, undi pada kerajaan. dah tak boleh fikir gitu dah. tabur kat sekolah cina kajang, orang cina akan undi bn. dulu boleh la fikir gitu, sekarang tak macam tu.

ah jib gor cepat jawab, mungkin brim ni idea pm sendiri. tu yang cepat melatah. subsidi diberi kepada rakyat untuk digunakan di sogo. fuhhhh, banyak toke sogo beri bantuan kat pm, sampai pm pun buat iklan. potong subsidi minyak, gula, gas dan pelbagai lagi, tapi orang yang terima pi belanja ke laut. jadi tak boleh la komplen kata kangkung jer turun harga yang lain tak turun. apasal pi belanja subsidi sampai ke sogo. berapa banyak kos perjalanan ke sogo berbanding kedai runcit kat umah. mungkin toke sogo pengundi bn yang setia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 5:50 PM

BR!M...sendiri bikin susah,sendiri kasi ubat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 6:30 PM

Aku adalah paling bodoh di malaysiapun macam tak percaya dasar kerajaan sekarang nie.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 6:43 PM

Kalau anda belajar ekonomi, pasti anda akan tahu, BRIM adalah suatu kaedah yang kurang berkersan dalam menangani kenaikkan kos hidup secara total.

Mahathir mempunyai track record ekonomi yang sangat cemerlang, Ahjib pulak mempunyai track record sebagai pemimpin yang gila populis dan sangat lembut. Mahathir tidak pernah MEMBAYAR kos penasihat tetapi ahjib sangat suka menghabiskan duit rakyat! Jadi, apa yang ahjib cuba pertahankan sebenarnya lebih kepada idea bodoh beliau sendiri!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 7:09 PM

Lihatlah bagaimana Najib dan pentadbirannya membuktikan zaman 'Government know BEST' sudah berakhir. Biarpun berkali2 ditegur, namun sikap suka menafikan kebenaran begitu tebal dlm diri pemimpin negara.

Najib lebih suka mendengar cakap pembangkang dr cakap tun M dan rakyat yg setia menyokong kerajaan.

Inilah antara punca2 yg menyebabkan sokongan rakyat semakin merosot sbb cakap pemimpin utama negara sendiri pn tak betul.

Tepatlah tamsilan yg mengatakan pemimpin UMNO kini seperti lemang tepi jalan yg wujud hanya pada rupa tapi tiada kualiti...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 7:35 PM

@AnonymousSedih bila baca statement Najib yang tuan paparkan di akhir artikel. Macam Najib seronok tengok penerima BR1M terus pergi shopping (kat Sogo pulak tuh?) dan bukannya guna duit tu untuk perkara yang lebih berfaedah.

Saya teringat semasa BR1M pertama kali diberi, RTM ada buat iklan untuk bagi idea kepada penerima BR1M bagaimana cara terbaik untuk mereka manfaatkan wang tu contohnya bagi tukang jahit yang masih guna mesin jahit manual, bolehlah beli mesin jahit elektrik pulak.

Makna kata, wang tu harus digunakan untuk hasilkan lebih banyak wang demi masa depan.

Tapi kalau si PM pulak cakap macam tu....dah macam Santa Claus yang bagi hadiah hanya untuk keseronokan sementara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 7:37 PM

Off topic Tuan,

Apa hal dengan masjid trashing kat Besut tu?

Harap-harap ia cuma kerja orang sakit jiwa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 8:34 PM

Kesian sgt kt najib sbb tak nk belajar dr sejarah... Sbb kalo dia belajar dr sejarah, dia takkan jd cmni i.e. Masih nk Sombong walaupun terang2 dh buat silap.

Lg kesian sbb dia tak boleh nk ubah dh sikap dia yg sgt suka pd org yg kaki bodek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 9:26 PM

Saya orang Nepal.Tarak percaya malaysia ada pemimpin ini macam.Semua agensi kerajaan malaysia ada.Kem. kebajikan,Baitulmal dan sekarang ada BR1M.Ada consultant.Tabur banyak wang tapi collection ada kurang.Tambah lagi GST kasi up collection.Ini macam ceti pun banyak pening.Mau jadi kaya tapi tak ble jadi kaya.Baik jadi negara sosialis fahaman libreal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 11:35 PM

kalaukerna duit BR1M je , orang pegi sogo dah lama sogo tutup, apale punya bangap ajib gor ni , lepas tu mana dia tau yang semua pegi sogo tu orang yang terima br1m , dia jaga pintu ke , lepas tu tanya sorang2, diut br1m ke, duit br1m ke, duit br1m ke sampai malam, di antara kenyataan yang paling bangap, makin lama makin terok , penyakit si ajib gor ni , sebelum merapu yang bkan2 baik le berhenti jadi pm ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2014 at 6:16 AM

memang betul..

saya yg dulu sokong bn takkan undi bn dah lps ni..dari awal lg saya mmg tak setuju dgn brim tu. jika benar2 nak tolong rakyat..bukan brim jln penyelesaiannya.. tahun depan gst dah start..brim hanya pembaziran. lebih baik brim tu disalurkan kpd jab kebajikan..jd duit tu dpt kpd sasaran yg sebenar2nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2014 at 7:07 AM

ada ke patut first day dah pegi sogo? sepatutnya dia ckp la dah pegi kedai1M. di sana barang murah bla bla bla.. kat sogo first day pun blh habis duit brim tu..

bijan mmg bah....lol...lol...lol...

Post a Comment