........... Barisan Perpaduan Nasional - ( Orang Melayu Kena Baca ! ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Barisan Perpaduan Nasional - ( Orang Melayu Kena Baca ! )

Monday, March 17, 201411comments


Ramai yang terlepas akan satu peristiwa penting kepada bangsa Melayu, berlaku dua hari lepas. Secara resminya tertubuhlah Barisan Perpaduan Nasional (BPN) bagi membela kepentingan, keharmonian, kesejahteraan rakyat serta keamanan negara.

Pengumuman penubuhan BPN itu dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang dilantik sebagai pengerusi badan tersebut selepas Mesyuarat Pertama badan itu di sebuah hotel di sini hari ini.

Abdul Hamid turut mengumumkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Ghazali Mohd. Seth dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai Timbalan Pengerusi BPN.

Katanya, bekas pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah pula dilantik selaku Ketua Sekretariat BPN manakala Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Memorandum Perpaduan Nasional. - UTUSAN ONLINE

Ia susulan perhimpunan 55 NGO Melayu penghujung bulan lalu di Kampung Baru. ( Utusan )

                                                 ***************************


BARISAN PERPADUAN NASIONAL
Mesyuarat Pertama
14 Mac 2014
Ucapan Alu-aluan


BERSAMA-SAMA MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Sebenarnya, reaksi awal saya kepada pelawaan untuk menyertai tuan-tuan dan puan-puan dalam kumpulan ini adalah untuk menolaknya kerana, salain daripada keuzuran saya, saya tidak fikir tugas ini sesuai dengan watak dan latar belakang saya. Saya bukan seorang aktivis. Saya lebih kepada seorang pemikir dan penulis. Tetapi, setelah mendengar penjelasan dan akuan wakil-wakil tuan-tuan; setelah melihat kesungguhan dan harapan mereka; setelah memikirkan betapa runcingnya kedudukan bangsa Melayu dan ummat Islam di negara kita pada masa ini, saya bersetuju dengan beberapa syarat:

Pertama, penyertaan saya ini adalah untuk suatu tempoh sahaja, bukan untuk sepanjang hayat, apatah lagi saya pun sudah berada dalam “waktu kecederaan”.


Kedua, saya tidak akan terlibat dalam apa-apa hal yang menyalahi undang-undang. Ertinya apa yang dilakukan oleh BPN hendaklah dalam lingkungan undang-undang bukan di luarnya atau melanggarnya.


Ketiga, segala tingkah laku kita hendaklah mengikut peradaban Melayu dan akhlak Islam. Sebagai orang Melayu, kita ada adat dan adab. Sebagai orang Islam, kita ada syari’ah dan akhlak. Itu kita perlu patuhi.


Saya sedar bahawa kehadiran saya mungkin akan memberi beberapa kekangan atau halangan terhadap aktiviti tuan-tuan sekalian. Saya tidak mahu menyekat atau menghalang pergerakan dan tindakan tuan-tuan. Sebaliknya, saya tidak mahu terlibat, walaupun secara tak terus (indirectly) dalam tindakan atau perbuatan yang saya tidak sepatutnya terlibat. Saya tidak akan mengkompromi integrity saya.


Tetapi, saya percaya bahawa terdapat ruang yang cukup untuk kita melakukan sesuatu yang berkesan dengan cara yang betul dan terhormat. Jika tidak, tidak betullah ajaran Islam dan salahlah adat resam Melayu. Sepanjang hidup Rasul Allah s.a.w., pernahkah Baginda melakukan sesuatu, termasuk terhadap musuh-musuhnya, yang merendahkan kedudukannya sebagai saorang Rasul? Jawapannya tidak. Itulah yang membezakan di antara Muhammah s.a.w dengan Abu Jahal, dan di antara umat Islam dengan umat agama lain. Saya juga mahu ia menjadi garis pengukur yang membezakan di antara bangsa Melayu dengan bangsa lain. Maka kita akan lakukan sesuatu yang betul dengan cara yang betul dan terhormat. Itu falsafah saya.


Untuk mencapai sesuatu, niat yang yang baik sahaja tidak mencukupi. Doa sahaja tidak memadai. Usaha yang sesuai mestilah dilakukan dengan betul dan bersungguh-sungguh. Kekalahan pasukan Islam dalam Peperangan Uhud, walau pun di bawah pimpinan Rasul Allah s.a.w. sendiri, adalah misalan yang tepat.


Mereka kalah kerana pasukan pemanah tidak mematuhi arahan dan sebalikya meninggalkan kedudukan mereka untuk merebut harta rampasan perang, membolehkan Khalid Ibn Walid mengumpulkan semula pasukannya dan menyerang dari arah yang bertentangan. Itulah Sunah Allah. Ia berlaku walau pun kepada pasukan Islam yang dipimpin oleh Rasul s.a.w. sendiri. Siapakah kita hendak mengharapkan miracle? Dalam peperangan Al-Khandaq, Baginda menerima cadangan Salman Al-Farsi dan bertongkos lomos mengorek parit. Mereka tidak hanya berdoa memohon pertolongan Allah. Dalam kata-kata lain, kita perlu lakukan sesuatu yang betul dengan cara yang betul untuk mendapat hasil yang diharapkan. Dalam hidup ini, tidak ada jalan senang untuk senang.


Tuan-tuan dan puan-puan,


Kita dilahirkan orang Melayu dan Islam. Itu bukan pilihan kita. Itu adalah takdir Allah s.w.t. terhadap kita. Kita akan mati sebagai orang Melayu. Kita juga tiada pilihan mengenainya. Walau pun kita ada pilihan dalam hal agama, kita mahu mati sebagai orang Islam. Itu pilihan kita, dengan izin dan rahmat Allah s.w.t. Maka salahkah jika kita katakan “Kami Melayu dan Islam”? Salahkah jika kita katakan “Kami akan bercakap sebagai orang Melayu dan Islam”? Salahkah jika kita, sebagai satu bangsa dan satu umat, berkata “Kami mahu mempertahankan kedudukan dan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di negara kami” ?


Saya datang bukan untuk memimpin. Saya datang cuma untuk berkongsi buah kikiran dan pengetahuan saya, jika ada dan bersesuaian, demi agama, bangsa dan negara. Maka, sama-samalah kita berusaha melakukan apa yang perlu dan patut dilakukan.


Tuan-tuan dan puan-puan,


Semenanjung Tanah Melayu telah dijajah daripada orang Melayu. Yang menentangnya, baik Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggaut atau Rusli Dhobi, adalah orang Melayu. Yang menentang Malayan Union adalah orang Melayu. Yang mengangkat senjata menentang pengganas Kominis semasa darurat adalah orang Melayu. Yang menuntut kemerdekaan adalah orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ianya akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuannya sudah berbeza.


Lojiknya, Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan kepada orang Melayu. Tetapi tidak, dan “untuk menjaga perpaduan” orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh Inggeris. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka “ untuk menjaga perpaduan”. Orang Melayu bersetuju, sehinggakan dalam PIlihan Raya Umum 1955, untuk memberi lebih banyak representasi kepada orang bukan Melayu, kawasan-kawasan majoriti Melayu di berikan kepada calun-calun bukan Melayu untuk bertanding.


Semasa rundingan Kemerdekaaan, PAS menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan Negeri-Negeri Melayu demi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Begitu prihatin mereka kepada nasib bangsa Melayu pada masa itu.

Parti Boroh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana, mengikut mereka, mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan mewujudkan sebuah kerajaan beraja. Tidakkah tuan-tuan terhidu bau yang serupa sekarang?


Parti Kominis Malaya mengangkat senjata untuk menubuhkan kerajaan kominis ala-China. Beberapa orang pemimpin parti-parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai Parti Kominis Malaya kerana takut ditangkap British. Mereka diperalatkan oleh Chin Peng untuk mempengaruhi orang Melayu menyokong perjuangan mereka? Mahukah orang Melayu diperalatkan lagi?


Biar apa pun, akhirnya peruntukan-peruntukan Perlembagaan dipersetujui dan ia menjadi undang-undang utama di Malaysia. Hak rakyat, hak setiap kaum, bentuk kerajaan dan seterusnya diperuntukkan dengan teliti. Ia diterima oleh semua pihak dan merupakan antara beberapa buah Perlembagaan sahaja yang di buat dalam dekat yang sama yang masih kekal. Kita patut berbangga dengannya.


Dalam tahun 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak lebih mirip depada kedudukan orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa dibuat untuk mereka.


Selama 56 tahun Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh sekumpulan parti berbagai-bagai bangsa dengan seorang Melayu sebagai Perdana Menterinya. Biar apa pun kelemahan mereka, negara berada dalam keadaan aman, tenteram membolehkannya maju dalam semua bidang dan dinikmati oleh semua orang dan semua kaum. Mana satu kaum yang boleh berkata bahawa mereka tidak menikmati kemakmuran Malaysia walau sedikit pun? 


Negara kita adalah di antara beberapa buah negara sahaja dalam dunia ini yang Perlembagaan asalnya masih berkuatkuasa. Malah Malaysia disifatkan sebagai model negara membangun dan negara Islam moden. Jika kaum minority hendak complain mengenai kebebasan mereka, tunjukkan kepada saya sebuah negara yang memberi lebih banyak hak kepada kaum minoriti. 

Apa jadi kepada orang Islam Rohingya di Myanmar? Di negeri-negeri jiran, nama mereka pun perlu diubah. Dari segi kebebasan beragama, pernahkah Kerajaan menghalang mereka daripada mengamalkan agama mereka. Pernahkah terfikir oleh mereka bagaimana mudahnya mereka membina rumah-rumah ibadat mereka di Malaysia, termasuk di atas tanah Kerajaan dengan percuma dan tanpa sebarang tindakan malah akhirnya akan diberi pula pampasan berbanding dengan halangan yang di hadapi oleh orang Islam untuk membuat sebuah masjid di Eropah atau U.S.

Tetapi, berlainan dengan rakyat negara lain, banyak rakyat Malaysia tidak tahu berterima kasih, tidak berbangga dengan negaranya dan tidak mempunyai rasa taat setia yang secukupnya. Bukan itu sahaja, mereka memperlekehkan negara sendiri terutama sekali semasa berada di luar negara. Golongan ini, akan melakukan apa sahaja, tanpa memperduli apa caranya dan apa akibatnya kepada negara untuk mengaut keuntungan diri sendiri, sambil memperlekehkannya.


Keadaan bertahan selama lebih kurang 50 tahun. Ia disebabkan Kerajaan Persekutuan kukuh, pemimpin-pemimpin yang tegas dan ekonomi yang senantiasa berkembang. Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walau pun lebih banyak orang Cina senantiasa menyebelahi pembangkang. Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya.

Tetapi, keadaan berubah lebih kurang satu dekad di kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah kerana leka dengan kemakmuran yang baru dirasa, ketaksuban kepada parti dan pemimpin dan kehadiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang opportunist yang tidak kira apa yang akan terjadi kepada bangsa, negara dan agama asalkan cita-cita mereka tercapai. Maka orang Melayu berpecah dengan seriusnya.


Melihat keadaan itu, kumpulan-kumpulan yang memang pandai mengira untung-rugi, terus mengatur perancangan merka. Mereka membuat perancangan teratur untuk merampas kuasa melalui peti undi, dengan bersatu padu sesama sendiri sambil memperalatkan parti-parti Melayu dan orang Melayu yang naive itu. Mereka hampir berjaya.


Sambil itu kumpulan-kumpulan yang ekstremis mula membuat tuntutan-tuntutan yang bukan-bukan, menyerang hak-hak orang Melayu, menghina lagu Kebangsaan, menghina bendera Malaysia, menghina Institusi Raja-Raja, menghina pemimpin-pemimpin Melayu dan menghina agama Islam. Malangnya, Kerajaan Persekutuan, yang tidak cukup tegas itu mengalah dan mengalah, memberi dan memberi. Sikap itu cuma dilihat oleh mereka sebagai tanda kelemahan dan mereka menuntut lebih lagi.


Senjata mereka sama seperti semasa menuntut kemerdekaan: “Jika mahu sokongan kami, berikan kami itu dan ini.” Apa yang mereka mahu sekarang ialah apa yang telah dipersetujui dahulu semasa rundingan Perlembagaan sebagai hak orang Melayu sedangkan hak yang diberi kepada mereka kekal hak mereka.


Apakah perdirian kita mengenainya? Itu soalan yang kita mesti jawab.


Sebenarnya, kita bukan hendak berlawan membuat tuntutan dengan sesiapa. Kita cuma berkata, marilah sama-sama kita menghormati perkara-perkara yang telah dipersetujui dan dimaktubkan dalam Perlembagaan kita. Marilah kita sama-sama menunjukkan taat setia kita kepada negara kita ini. Marilah sama-sama kita bina negara Malaysia ini untuk faedah bersama. Jika kita menghormati peruntukan-peruntukan Perlembagaan kita yang telah kita setujui itu dan melaksanakannya denagan adil dan bertanggungjawab, semua akan mendapat faedahnya. Tiada siapa yang akan terpinggir. Sejarah Malaysia telah membuktikannya. Rasiskah kita?


Kepada sesama bangsa Melayu dan saudara Islam, tidak kira dalam parti mana atau kumpulan mana, kita berseru marilah kita mengeratkan semula silatur rahim di antara kita. Marilah kita perkuatkan barisan kita. Marilah kita sama-sama mempertahankan hak bangsa dan agama kita yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Hanya jika kita bersatu dan kuat barulah orang lain akan menghormati kita semula.


Kepada pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam, tidak kira dalam parti mana, kita minta supaya mereka mengketepikan kepentingan peribadi, jauhilah dari rasuah, berfikirlah lebih jauh, jadilah teladan yang boleh diikuti oleh rakyat dan bersama-samalah mempertahankan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada dengan menguatkan Kerajaan Persekutuan.

Malah semua pemimpin-pemimpin negara, tidak kira apa parti politiknya, sama-sama mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia untuk kepentingan semua.


Anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak juga perlu ingat bahawa apa yang menjamin nasib mereka ialah Perlembagaan Persekutuan dan mereka juga sepatutnya bersama mempertahankannya.



Sekia terima kasih.


Tun Abdul Hamid Mohamad

tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my


Saya copypaste dari SINI dengan sedikit pembetulan ejaan dan highlights.

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 11:30 PM

Majoriti memperakui dan menganggap kerajaan sekarang dan sejak era paklah tidak tegas hingga banyak mengalah dan memberi...

Terbaharu, kehilangan mh370 mempamerkan kerajaan pimpinan najib sedang diperlemahkan, ditekan dan pilihan yg terbaik ialah terus mengalah, memberi dan akur..

Kangkung rebus air - menu special today.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 11:45 PM

Rahim Nor yang itu ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2014 at 12:10 AM

bro din , agak2 berapa orang je pemimpin melayu yang membaca article ni , tak kira ler dari umno ke, pas atau pkr, atau pun cerdik pandai melayu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2014 at 2:12 AM

Ini semua adalah kesalahan kita semua, dan yang paling nyata adalah kesalahan semua pemimpin pemimpin politik Malaysia yang memecah belahkan rakyatnya tanpa memikirkan kesannya kepada negara.

Bagi aku, Anwar memang celaka sebab dia terlampau mendendam Dr. Mahathir, walaupun kebanyakan mereka yang berdamping rapat dengan dia tahu dan maklum dengan sifat kemunafikan dia. UMNO dan BN pula memang celaka juga sebab tidak melaksanakan program DEB dan NEP dengan adil sehingga banyak menindas Bumiputera sendiri. Banyak wang yang dihabiskan untuk pelajar pelajar Bumiputera tetapi mereka langsung tidak diberi peluang untuk mengembangkan kebolehan mereka dengan adil di tanah air mereka sendiri.

Rakyat jelata yang bertugas untuk menjaga kedaulatan dan keamanan pula banyak yang mengambil rasuah tak tentu pasal sehingga lupa ALLAH s.w.t bencikan perkara itu. Ini melemahkan pertahanan negara, baik dari segi fizikal mahupun rohani.

Dalam kes MH370 ini, pada firasat aku, juruterbang, Anwar dan PKR sedang melalui proses di FITNAH. Yes, ini baru betul fitnah keatas mereka, tetapi yang melakukannya bukanlah UMNO atau BN, tetapi satu kuasa luar yang ingin memporak perandakan Malaysia. Kta bergasak tiap hari, diorang tengok je, apabila Anwar dijatuhkan hukuman sahaja, mereka terus bertindak..... inilah pertama kali Anwar dan PKR di aniaya (ingat .. PERTAMA).

Sekiranya mereka gagal, kita mungkin akan dihidangkan dengan drama dimana juruterbang, Anwar dan PKR langsung tidak terlibat, maka bergegar gegarlah kembali Malaysia di tangan kita sendiri. Sekiranya mereka berjaya, kita akan terus mengingati kejadian ini sebagai satu pengkhianatan oleh juruterbang, Anwar dan PKR dan mungkin akan terus memadamkan PKR(aku suka je ... tapi not like this)

In the end, rakyat Malaysia kerugian besar, negara yang sedang membuat promosi Visit Malaysia 2014 rugi besar ... MAS rugi besar(jangan lupa beli saham MAS waktu harga rendah ni .. TIPS tu) ... kita sudahpun tewas akibat kerakusan diri kita sendiri.

Aku menyeru kepada ahli ahli politik semua agar kembali kepada akhlak yang baik dan bekerjalah dengan jujur dan ikhlas. Aku tau korang cari makan dengan rasuah dan fitnah memfitnah je, baik DAP, UMNO,PKR maupun PAS. Aku harap korang semua puas hati dengan apa yang korang telah lakukan. Ikut hati aku, aku sepak sepak korang semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2014 at 7:36 AM

Masalah di sini ialah erti Melayu. Bukankah dikatakan kalau seseorang itu beragama Islam bercakap Melayu maka ia dianggap Melayu? Jadi adakah orang Cina atau India beragama Islam itu Melayu seperti Ridhuan Tee sebagai contoh. Bukankah Perlembagaan Persekutuan gubalan manusia yg menyatakan Melayu itu Islam bukan Allah SWT.

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2014 at 8:22 AM

@AnonymousMalas dah saya nak bertekak dari sudut teori dan takrifan dalam satu debat yang berpanjangan ..... bukankah keadilan itu meletakkan sesuatu itu pada yang hak ?

in realiti, apa yang kita ada adalah yang terbaik mengikut keadaan yang ada. Tapi ada golongan Melayu sendiri mahu menghapuskannya untuk digantikan dengan sesuatu yang hanya indah pada teori sajadan sanggup bersekongkol dengan musuh Melayu Islam memusnahkan apa yang ada padahal realitinya, persekongkolan mereka itu hanya menjanjikan sesuatu yang lebih memudaratkan Islam dan bangsa Melayu itu sendiri !

Demi kuasa .... semuanya dihalalkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2014 at 10:58 AM

Awak sepertinya yakin dengan kuasa Allah swt.
Jika benar yakin, maka yakinlah ilham Perlembagaan Persekutuan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin dahulu, ciptaan manusia seperti yang awak katakan, adalah datang daripada Allah.
Metaforanya dah ada dinyatakan dalam ucapan di atas.
Apa yang manusia buat adalah asbab daripada Allah swt.
Untuk mempersoalkan memang mudah, sayangnya untuk memahami intipati soalan amatlah sukar. Apatah lagi berhujah dan memebri jawapan, sekiranya hati sudah tertutup.
Berlapang dadalah.
Maka yakinkah awak dengan kuasa Allah swt?

KK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2014 at 10:59 AM

Bagaimana Bro Din melihat penubuhan BPN ini?

KK

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2014 at 4:30 PM

@Anonymoussatu usaha murni yang tidak menjadikan 'usaha menjatuhkan kerajaan sebagai syarat kearah perpaduan bangsa' yang harus disokong.

Nak berlainan fahaman politik pun takde masalah tapi soal agama dan bangsa janganlah dijadikan pemecah umat.

TAPI jangan pula ada pihak yang mengambil kesempatan menjadikan usaha sebegini sebagai cara untuk mendapatkan sokongan ke arah meLIBERALkan apa yang ada !

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
March 17, 2014 at 8:56 PM

maaf..selagi yang memegang kuasa adalah mereka2 yang penakut lagi lembik..yang liberal..yang gila glamour mcm ajib..ini semua hanya superficial sahaja..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2014 at 4:48 PM

Terima kasih.

KK

Post a Comment