........... Apa Yang Tun Mahathir Meroyan Malam Jumaat Ni ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apa Yang Tun Mahathir Meroyan Malam Jumaat Ni ?

Friday, March 21, 20144comments


Ni apahal Tun Mahathir tulis lain macam jer dalam artikel terbaru beliau - Kuasa Mutlak....

7. Kepimpinan dalam Kerajaan diberi kuasa hanya untuk pentadbiran negara dan bukan untuk diri sendiri. Tetapi budaya Melayu adalah demikian mereka akan akur arahan ketua-ketua tertinggi tanpa mengambil kira samada arahan mengikuti undang-undang atau tidak. Oleh sebab ini, kuasa orang yang berkuasa menjadi mutlak dan ramailah yang mendekati diri dengan yang berkuasa untuk mengguna kuasa itu untuk kepentingan diri. Untuk tujuan ini biasanya orang-orang ini akan membodek dan menawar pemberian sebahagian dari pendapatan mereka dari perniagaan yang mereka dapat hasil pertolongan pihak berkuasa kepada yang berkuasa. Maka berlakulah rasuah oleh yang berkuasa.

8. Kuasa mutlak, sama ada dianugerah oleh undang-undang atau adat budaya keMelayuan amat merbahaya. Ia akan meningkat ke tahap yang tidak dapat diterima oleh rakyat. Sebelum sampai tahap ini, eloklah pihak berkenaan diberitahu. Janganlah orang yang berkuasa mutlak atau tidak melanggar perlembagaan, undang-undang atau dasar-dasar Negara.


Takkanlah sebab malam Jumaat tiba2 jer Tun nak beri nasihat kepada mereka yang bertaraf pemimpin2 supaya jangan lupa diri atau terlalu perasan seolah punya kuasa mutlak untuk bebas melakukan apa saja ...... khuatir ia bakal menggalakkan perlakuan rasuah bila kuasa dah meracuni otak.... 

Kemudian last sekali Tun minta kita tegur pemimpin2 sebegini sebelum ia melarat dan rakyat menolak mereka .....

Adakah Tun bercakap secara UMUM atau Tun merujuk kepada sesuatu secara spesifik contohnya merujuk kepada pemimpin tertentu ? Lupa diri sampai ketahap nak melanggar Perlembagaan ?

Apakah Tun memberi mesej kepada orang tertentu yang secara sedar dalam perancangan melakukan sesuatu yang melanggar undang2 tapi perasan diri kebal dek kuasa politik atau kuasa adat yang dimilikinya ? Bunyinya begitu ..... tapi siapalah saya nak menafsir mesej orang seperti Tun.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2014 at 12:15 PM

Salam,
Kekadang org taksub melampau. Tu yg marah bila dkritik. Bila tak sehaluan, label dengki, pembangkang, khianat dan sebagainya. Tak semua pemimpin buat betul. Tdm pun org tak setuju semua. Ada gsk yg kritik dan lawan. Tak pulak yg kata nak jatuhkan tdm. Tp tang ah jib gor ni, pantang lawan angin, membela belaka para pahlawan maya.

Tak setuju bkn penyokong peliwat, dap atau pas. Tak setuju tu tanda sayang, nampak ada salah. Kita kritik berfakta, bkn meraban

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2014 at 12:40 PM

rasa2 untuk ah jib gor ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 22, 2014 at 2:15 PM

Salam.....

Saya sememang berminat cara dan gaya Tun mentakbir negara semasa malaysia di bawah pentakbiran beliau.Banyak dasar2 negara yang baik dan tegas serta konsisten bagi memacu pertumbuhan negara.Pelbagai sudut di ambil kira utk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dlm negara.Lantang bersuara di peringkat dunia untuk menuntut keadilan bersama.Pernah bersikap berkecuali dlm mewujudkan zon tanpa nuklear utk kemakmuran rantau asia tenggara.Membentuk pemikiran,acuan dan jati diri yang tersendiri bagi mengekalkan kesejahteraan rantau tersebut.Sangat bertegas dlm pelbagai isu yang tidak melambangkan ketidak seimbangan,sehingga beliau mengeluar teori dlm suasana yang damai seperti "menang-menang".Banyak jasa beliau taburkan di peringkat dunia dan rantau asia tenggara sehingga ke peringkat asia keseluruhannya,dalam menangani pelbagai isu sehinggalah beliau bertindak bersendirian dalam konteks pemerintahan di sesebuah negara semasa menghadapi krisis matawang.Pemimipin yang kreatif dan berinovasi di dukung dengan tabiat suka membacadan cepat memahami situasi dan sejarah dunia untuk membolehkan beliau,dapat memberi sumbangan yang bermakna demi kelangsungan kesejahteraan,keamanan di rantau negara2 yang kita duduki dengan izin Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2014 at 2:51 AM

Dasar2 malaysia di luar negara sangat menarik yang wajib kita renungkan bersama seperti bersikap berkecuali dalam satu2 perkara demi kepentingan serantau.Lantang bersuara untuk menuntut keadilan bersama.Bijak menguruskan pelbagai jenis krisis dan berkongsi bersama dengan negara2 jiran.Mewujudkan zon bebas nuklear.Menggalakan perdagangan bebas dan adil di antara negara2 berdagang dll.Malaysia sangat berpengalaman dalam soal menjaga kepentingan bersama dalam pelbagai jenis kerjasama di antara negara2 kecil dan besar di dalam dunia dengan gaya jati diri dan acuan yang tersendiri yang di kagumi oleh negara2 luar.Banyak jasa2 pemimpin2 kita yang terdahulu yang telah menabur bakti dan jasa mereka dalam mengharumi nama malaysia di mata dunia.Inilah,impak besar atas kepercayaan rakyat malaysia dlm memilih wakil parti mereka utk menerajui kerajaan malaysia.


Itu yang dulu bukannya yang sekarang
TEGAR

Post a Comment