........... Anwar Samakan Patung Jesus Bersalib Dengan Nabi Isa a.s. ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Anwar Samakan Patung Jesus Bersalib Dengan Nabi Isa a.s. ?

Tuesday, March 4, 201413comments

Pada mulanya saya malas nak layan cerita Anwar ni, memang dah dijangka yang Anwar akan buat gempak bagi menarik perhatian media dan rakyat kepadanya. Dia bukannya kira sangat publisiti dari segi positif atau negatif.... asalkan orang beri perhatian. Manusia jenis gila glamer dan kuasa....

Tapi apa yang dilaporkan oleh TMI di bawah memaksa saya menulis juga barang sedikit komen supaya kedudukan sebenar akan isu yang Anwar timbulkan ini dapat seseorang yang mahir perjelaskan.


"Saya orang Islam. Jesus bermaksud Isa. Saya tak kata Isa sahaja, saya kata Isa alaihissalam (sejahtera ke atasnya). Ada yang bertanya saya doakan untuk Jesus, saya kata ya, untuk Nabi Isa," katanya dalam kuliah Maghrib di Surau Al-Muqaddis, Kajang, malam ini.

Adakah Anwar berkata yang Jesus sepertimana yang disembah oleh penganut Kristian sekarang ini SAMA orangnya dengan Nabi Isa a.s. yang umat Islam terima sebagai RasulNya ?



Walaupun Anwar dakwa beliau cuma kunjungi dewannya saja, tapi perhatikan gambar yang dirakamkan ketika itu . Jelas terpampang patung Jesus bersalib kepercayaan Kristian dibelakangnya ..... dan Anwar memberi gambaran kepada hadirin yang imej itu adalah nabi Isa a.s. ?

Anwar berkata semasa lawatannya ke gereja ada yang seakan tidak percaya umat Islam mendoakan kesejahteraan selepas menyebut nama Nabi Isa yang sekaligus dapat menjinakkan hati mereka.

Pengetahuan agama Anwar lebih luas dan saya tahu dalam hati beliau tidak bermaksud patung bersalib itu adalah imej Nabi Isa a.s., tapi saya percaya Anwar juga sengaja membiarkan persepsi hadirin dalam gereja yang keduanya adalah orang yang sama.

Ada ke tidak Anwar menjelaskan kepada hadirin, Nabi Isa yang beliau sebut namanya itu TIDAK SAMA dengan Jesus yang disembah oleh Kristian ?

Mohon ada pihak yang boleh komen dengan lebih jelas dan authoritatif.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 7:53 AM

Apa nak hairan,this is the same person yang samakan nikmat lubang jubur lelaki sama dengan lubang rahim perempuan!!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 8:02 AM

Zaman TDM, manusia celaka nih kena sumbat masuk jell.

Zaman paBLah Lah manusia tak guna nih dibebaskan.

Zaman Ahjibengong... ahhh! apa lagi nak dikata. Lembut bagikan sotong. Lebih teruk dari mak nyah. Dah terang-terang manusia nih lah punca melayu sekarang berpecah dan cina pulak dah mcm raja! Tapi, masih tak berani jgak!

Maaf, bahasa agak kasar, tapi ni dah kira 'lowered' punya version. Belum upgrade lagi!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 8:26 AM

bro din , tanya dato harun din dia setju ke dengan si nuar meroyan ni, ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 9:04 AM

Cakap orang politik ni banyak putar belitnya dan yang paling penting dapat undi. Halal haram, betul salah tolak tepi dulu. Matlamat peribadi diutamakan walaupun terpaksa menggadaikan agama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 9:11 AM

Sembahan selain Allah swt dipanggil thoghut. Nabi Isa a.s. bukan thoghut. Patung terpalang tu bukan Nabi Isa a.s., bukan juga imej Nabi Isa a.s. kerana Nabi Isa a.s. tidak mati dipalang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 9:47 AM

Err...komen pertama saya baca hari ini membuatkan saya rasa nak muntah. Uuuweeekkk..........................
............................*!*

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 9:48 AM

masalah kat Malaysia ni semua dah jadi politik ...
pemimpin makan dengan rakyat dan dengan tangan ... penyokong nasing-masing ambil gambar dan jadikan modal polutik ...
Nwar berahi afalah ahli politik ... dari sudut politik aku tidak bersetuju dengannya dalam banyak.hal ... dari segi akhlak, moral dan integritinya aku tidak setuku dengannya ... walaupun pengjaga kunci durga telah nenyetahkan kunci surga buatnya dan menitahkan ahli umno me.jilat kakinya sebelum masuk surga ... hatta ada prof dari universiti tersohor dalam Malaysia menjilat pungkoq.ya ...
tetapi dalam hal ini ... bagi aku tidak ada salahnya perkataan Nwar berahi itu ... kerana jesus yang disembah oleh penganut agama jtistian adalah Nabi Isa yang didoakan kesejahtetaanNya oleh umat Islam. Bezanya adalah Jesus dioktikad sebagai anak tihan oleh penganut kristian ... sedangkan Nabi Isa adalah utusan Allah dalam tugasnya mentauhidkan Allah dan didoakan kesejahteraannya oleh umat Islam ... untuk lebih faham tontonlah debat pendakwah Zakir Naik dengan penganut kristian ....
Perbezaaan ..yang kedua oalah bagi umat Islam yang disalib itu adalah pengikut Nabi Isa yang belot bukannya Nabi Isa ... sedang penganut kristian berpendapat orang yang disalib itu adalah Nabi Isa ... dengan ini bolehlah kita fahami penganut jristian tidak pun menyemvah Nabi Isa ... tetapi pengikutnya yang belot itu ... betapa kelirunya penganut agama kristian kita boleh lihat dalam sambutan krismas ... mereka meraikan hari kelahiran Jesus ... tetapi yang meteka nanti dan raikan adalah Santa Claus bukannya Nabi Isa sendiri ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 11:35 AM

Jadi, Anwar akui bahawa Isa (Jesus) yang dia percaya telah disalib, dan bukan diangkat ke syurga oleh Tuhan seperti dalam ajaran Islam?

Fuh, berat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 4:01 PM

Encik dinturtle, jesus yg disembah oleh org kristian itu adalah org yg sma dgn nabi isa yg kita percaya, satu dan sama. Dlm sejarah cuma ada satu nabi isa, cuma persepsi dan tanggapan org yg berbeza. Kristian kata dia anak tuhan, muslim kata dia cuma rasul, yahudi pula kata dia pengkhianat agama, atheis seterusnya kata dia manusia biasa. Begitulah. Tanggapan saja berbeza, orgnya sama.

....................
Reply To This Comment ...................
March 4, 2014 at 4:19 PM

@dinturtleYa, saya faham dan saya percaya semua orang Islam juga terima yang ASALnya, Jesus dan nabi Isa adalah orang yang sama.

Artikel ini merujuk kepada Jesus yang disebut oleh Anwar dengan Jesus yang ada dalam fikiran hadirin dalam gereja ... orang sama tapi adakah dalam bentuk yang sama ?

Hadirin dalam gereja MUNGKIN beranggapan Jesus yang disebut oleh Anwar itu adalah SAMA dengan imej patung bersalib dibelakang itu.... dan persepsi itu dibiarkan tanpa diperbetulkan oleh Anwar.

Jadi mereka akan berfikir, kalau Anwar boleh menerima Jesus mereka, kenapa orang Islam lain tidak boleh ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 4:46 PM

@dinturtleAnwar tak ada pn menyebut yg org islam prcaya semua apa yg org kristian kata ttg jesus, beliau jga tak kata bentuknya sama. Org kristian sndiri pn tahu yg org islam prcaya kpd jesus, tpi pmahaman kita brbeza.

Anwar cuma kata kristian dn muslim prcaya kpd jesus, dn ini mmg tepat. Apakah dia ada mnerangkn scara rinci di gereja itu ttg prbezaan kpercayaan, tu kita x tahu. Tpi mnurut petikan yg encik dinturtle tekankan di atas, tiada apa yg prlu jadi isu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 11:37 PM

Salam Anon 4.01

Bro Din...apa yang saya berpegang selama ini bahawa Jesus itu adalah juga Nabi Isa AS yang diutus Allah. Tetapi Jesus yang disembah oleh orang Yahudi/Kristian itu BUKANLAH Nabi Isa AS tetapi adalah Al-Hawariyyun (sahabat) yang khianat kpd Nabi Isa AS. Dgn kuasa Allah, sahabatb itu ditangkap dan disalib oleh tentera2 Romawi yang menyangka dia adalah Jesus. Jadinya Jesus yang disalib dan yg dipuja-puji oleh orang Yahudi/Kristian itu BUKANLAH orang yang sama dengan Nabi Isa AS tetapi sebenarnya sahabat yang khianat yang menyerupai Jesus. Jesus atau Nabi Isa AS itu telah di selamatkan Allah. (Sila lihat Al-Quran: Surah 4 Ayat 157).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2014 at 10:33 AM

@Anonymous salam anon 11:37, sy anon 4:01

Ulama islam berbeza pendapat ttg apa sbnarnya yg brlaku pd pnghujung hayat jesus di bumi ini. Mmg biasa kita dgr kisah yg kmu critakan itu, tpi ayat 4:157 itu brsifat umum, dn ada ulama2 silam dn moden spt al-zamakshari dlm al-kasyaf, Tarif khalidi dlm bukunya "the muslim jesus" dn ruqayyah waris maqsood dlm "the mysteries of jesus" brkata jesus mmg diletak pd salib itu cma baginda tidak trbunuh di situ, mlh diturunkn dlm keadaan pengsan, itulah mksudnya baginda x disalib.

Tafsiran kedua ini juga ditrima oleh pendakwah2 trkenal spt ahmed deedat, zakir naik dn shabir ally. Tafsiran hawariyun yg diganti itu, wlaupun tafsir yg trkenal dn dkatakan brasal dr ibn Abbas, pn bgitu ia tidak ada dukungan nas dr Nabi sndiri. Ada tafsiran lain yg kta si pembelot judas yg diganti utk disalib, bkn hawariyun. Itupn tiada bukti dr nabi sndiri. Bgitulah kesnya.

Apapun klu ditanya ada brapa jesus di dlm sejarah, jwapannya satu sja.

Post a Comment