........... Anwar Akan Balas Dengan Kejam Mereka Yang Bersyubahat Mahu Memenjarakannya ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Anwar Akan Balas Dengan Kejam Mereka Yang Bersyubahat Mahu Memenjarakannya !

Sunday, March 9, 20149comments


Semalam berlangsung satu perjumpaan rahsia Anwar bersama konco2 nya dalam Pkr, ramai sememangnya terkenal dengan keganasan melampau mereka bila berurusan dengan musuh. Kalau disebut saja nama mereka, pasti menggeletar lutut sesiapa yang kenal, apalagi kalau bertemu.... reputasi mendahului mereka. 

Muka sekor2 memang confirm ganas giler. Setakat potong jari tu mainan jer dan ini boleh dibuktikan melalui jari masing2 yang semuanya dah kudung kesan tindakan mereka sendiri dimasa lampau sebagai bukti ketaatsetiaan kepada kumpulan masing2. 

Tugasan yang ganas2 memang menjadi tanggungjawab mereka melaksanakannya. Ganas tak ganas ...kaki pukul pun sering mereka pukul.

Actually pertemuan semalam tidak dirancang. Mereka beramai2 sepakat datang bertemu Anwar setelah mendapat tahu yang bos pujaan mereka telah didapati bersalah dan bakal berjauhan dengan mereka selama paling kurang pun 5 tahun bila meringkuk dalam penjara.

Mereka semua tidak puashati. Mereka semua mahu membalas dendam kepada sesiapa saja yang telah berlaku khianat kepada bos mereka. Anwar hanya perlu sebut saja, dan mereka akan berlumba2 melaksanakan tugasan itu secepat mungkin. 

Hanya Tuhan saja yang tahu apakah nasib yang bakal menimpa mangsa dendam Anwar....

Bos, amacam ? Bos sebut jer ..... sekarang juga kita pergi. Nak potong bagian mana, nak kira timbang kilo atau main borong .... sebut jer bos !

" .... Itu rencana mereka, Najib dan Rosmah ..... "

OK bos.... lagi siapa ?

" .... Shafee itu Umno punya peguam. Tidak baik punya orang, cakap busuk punya peguam, kemudian dia Najib punya peguam, (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) punya peguam, lepas itu angkat dia jadi pendakwa," kata Anwar.

"Saya tanya, kenapa tidak terus angkat jadi hakim lagi senang? Dia Umno punya peguam, dia dakwa, dia siasat." - TMI.


OK bos ... Najib, Rosmah ngan Shafee..... ada siapa lagi ?


" Buat apa hendak hormat ketua hakim yang tak hormat undang-undang yang menjadi perkakas pihak berkuasa." - Mkini.


Hakim sekali ? OK bos ! Sekarang juga kita pergi.....

JANGAN ! Itu bukan cara saya. Saya tidak akan guna kekerasan. Lagipun dendam itu tidak akan langsai secara kekerasan. Tidak ada kepuasan !

Huh ? ? Masing2 berpandangan ....... fuuuuh, hebat bos ! Ada lagi cara yang lebih ganas dari kekerasan ? Apa dia ? ? Masing2 tertanya-tanya ..... Tak sangka mereka akan dapat satu pelajaran baru dalam teknik kejam menghukum musuh.


Saya tidak akan jumpa mereka. Saya akan nafikan peluang mereka untuk bertemu dengan saya !


Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan hasratnya serta ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk tidak hadir majlis minum petang diraja selepas pembukaan Parlimen pada Isnin depan.

Jelas Anwar, ia dibuat sebagai satu cara untuk merakamkan protes Pakatan Rakyat terhadap keputusan mahkamah semalam yang dilihat mempunyai campur tangan perdana menteri dan ketua hakim negara.

DAN SAYA TIDAK AKAN SENYUM PADA MEREKA LAGI ! !

HAH ! Pucat muka sekor2 gangster yang ada ...... Anwar tidak akan berikan senyuman lagi pada mereka yang disebut itu ! 

KEJAMNYA .........

"Buat apa senyum hipokrit dengan orang-orang yang zalim dan rakus,"

Tidak akan ada lagi senyuman dari Anwar buat mereka itu !


Lama mereka terdiam ...... akhirnya keheningan malam dipecahkan oleh salah sorang yang berparut dileher, bekas kena cekik dengan dawai ( tapi masih hidup )

Bos ...... Kejam sangat tu bos. Nanti apa pula orang kata ..... Biarlah kami lakukan kerja kami macam biasa. Serahkan pada kami saja.

TIDAK !  "Buat apa senyum hipokrit dengan orang-orang yang zalim dan rakus," ulang Anwar sekali lagi.

Masing2 tunduk .... dan akur dengan perintah Anwar. Walaupun tidak berpeluang membalas dendam bagi pihak Anwar tapi mereka tidak dapat menyorok perasaan kesian memikirkan nasib yang bakal menimpa musuh2 Anwar ..... TIDAK ADA LAGI SENYUMAN DARI ANWAR BUAT MEREKA !

KEJAM NYA ....

PS - Sebenarnya saya serabut dengan pelbagai laporan SPEKULASI insiden MH370. Ramai yang pandai sebut jangan berspekulasi tapi saya tertanya2, apakah mereka faham atau tidak maksud SPEKULASI itu .... 

Lagi berbulu adalah komen2 BENGAP berkaitan insiden itu terutamanya yang mahu kaitkan dengan politik  ! - BODOH !

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2014 at 9:02 PM

Aku senang jer....selagi x jumpa mayat penumpang atau bangkai pesawat....aku x kan pecaya semua berita.....termasuk berita perdana sekalipun. Cukup-cukuplah segala khabar angin, teori-teori sampah dan pelbagai andaian yang x masuk akal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2014 at 9:02 PM

Shimon Peres si Yahudi jadi presiden Israel sekrang umur dekat 90 an..relaksje..66+5 baru 71 tahun...sabar Nuar dosa syitik kan Allah swt shj tidak diampun...tp kalau cakap semua agama sama je parah la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2014 at 10:21 PM

khas untuk hj hadi, percaya lah ini semua ketentuan tuhan, dah tak percya pada ketentuan tuhan ke , cuba le nasihat pengikut sikit, qada dan qadar kan ke rukun iman, tuan aji tentu lebih maklum kan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2014 at 11:37 PM

Dengan keBODOHAN Ahjibgor dan juga kebolehan Zaid Hamidi yang 'Tin Kosong' ugutan Anwar mungkin TERJADI. Silap2 bila Anwar berjaya rampas KUASA, Ahjibgor pulak kena masuk penjara. Jangan LUPA anarkis2 yang pukul polis dan rosak harta awam semasa BERSIH 1 dan 2 pun MASIH bebas sehingga sekarang. TERBERAK nanti si Zaid nak tangkap 53% rakyat Malaysia yang akan keluar buat RUSUHAN jalanan kerana di suruh oleh Anwar.

Ahjibgor bodoh terlalu sibuk pasal isu tragedi MAS sehingga tidak MONITOR gerakan rusuhan rakyat yang dirancang oleh Anwar. Bloggers pro BN sibuk duk kutuk penyokong2 Pakatan kerana pentingkan Anwar dari tragedi MAS,tapi mereka tak tahu ancaman dari Anwar is REAL!!! Mark my word nanti kita akan tengok Zaid Hamidi terberak dan Ahjibgor lari lintang pukang!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2014 at 11:53 PM

Din..Din... Berani jugak ko permainkan kes Nuor nih! Ntah apa pasal, bonzer dia ngamuk kat ongko dan langsung tak bagi senyum! Ko jgn pulok kecik hati yer....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2014 at 9:20 AM

Salam tuan, boleh saya tya mana dapat gambar diatas.? Macam hiro pak hitam pulak....

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
March 10, 2014 at 10:13 AM

Buah markisar masak ranum ' masokan keair dibiarkan dingin,

kalau Anuar dah tak nendak senyum ' sejak bila pulak aku teringin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2014 at 10:46 AM

selamatlah mereka yg nuar tak senyum lagi pada mereka. selamat. tak payah lagi upah sekuriti jaga pintu belakang mereka.

tapi sapa yg pintu belakang mereka bulat2 dan gebu2 ...... awas penghuni2 kajang resort dan sungai buluh homestay. awas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2014 at 1:24 PM

aaiikkkk, dia kan lebih kurang pelakun tamil sivaji the boss, menari manyanyi tadak hal punya, cakap jangan cerita le, habis satu dunia dia jual... aammmaaakkkk

Post a Comment