........... Wajah Keibubapaan dari Rosmah dan Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Wajah Keibubapaan dari Rosmah dan Najib !

Sunday, February 2, 201433comments

Saya copypaste sepenuhnya artikel dari Utusan -






KUALA LUMPUR 1 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak menghargai pertimbangan khas kerajaan Sweden untuk membenarkan empat anak pasangan Malaysia yang sedang ditahan di negara itu pulang ke tanah air.

Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan, pertimbangan khas tersebut amat sukar diperoleh sebelum ini.

Namun, menurut beliau, kerajaan Sweden memberi persetujuan untuk membenarkan anak-anak Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal pulang ke Malaysia atas dasar hubungan baik antara dua negara serta semangat yang terkandung dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak.
"Yang penting, supaya mereka dapat terlepas daripada tekanan-tekanan.

"Kalau berada di Sweden sudah tentu di sana amat sukar bagi mereka untuk menghadapi suasana yang begitu menekan perasaan," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Taman Duta, hari ini.

Aishah, 14, dan adik-adiknya iaitu Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, 7, yang kelihatan lesu dan keletihan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 7.04 pagi hari ini selepas menempuh perjalanan selama 17 jam dari Stockholm dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Mereka yang diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan saudara mara kembali ceria apabila bertemu Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menyambut ketibaan mereka serta meluangkan masa hampir sejam untuk beramah mesra serta makan tengah hari bersama empat kanak-kanak terbabit.

Azizul Raheem dan Shalwati sebelum ini telah direman sejak 18 Disember lalu dan penahanan mereka sudah pun dilanjutkan sebanyak tiga kali.

Azizul Raheem merupakan pegawai Tourism Malaysia di Sweden, manakala Shalwati seorang guru yang sedang dalam tempoh bercuti tanpa gaji, ditahan kerana dituduh mendera anak mereka atas alasan tidak bersolat.

Najib turut mengucapkan tahniah kepada Hamzah di atas kejayaan dalam misi yang dilaksanakan secara tanpa publisiti bagi membawa pulang empat kanak-kanak berkenaan ke Malaysia.

"Kita mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan mereka supaya tidak diganggu dari segi emosi serta psikologi.

"Saya juga telah dimaklumkan bahawa ibu bapa mereka telah bersetuju supaya anak-anak itu ditempatkan bersama ibu dan bapa saudara di Kelantan," ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan akan menguruskan perjalanan mereka ke Kelantan serta bersedia menghulurkan bantuan bagi memenuhi keperluan anak-anak Azizul Raheem dan Shalwati.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membuat pemantauan secara berterusan supaya mereka dijaga dengan baik," jelasnya. 

Perdana Menteri memberitahu, kerajaan akan berusaha sedaya upaya membantu Azizul Raheem dan Shalwati mempertahankan kes mereka.

"Kita terpaksa terima hakikat bahawa ada undang-undang khas yang telah wujud di Sweden, jadi kita terpaksa mengambil tindakan untuk mempertahankan ibu bapa mereka berdasarkan kepada peruntukan undang-undang dan kaedah tertentu," katanya.

Najib turut menjelaskan, insiden yang melibatkan Azizul Raheem, Shalwati dan empat anak itu amat menyentuh perasaannya sebagai seorang bapa. 

Sementara itu, Rosmah berkata, beliau pernah terfikir untuk menghadap Raja dan Permaisuri Sweden sekiranya Aishah serta adik-adiknya tidak dapat pulang ke Malaysia.

Menurut beliau, pasangan diraja Sweden itu dikenali di atas sifat keprihatinan mereka terhadap kanak-kanak dan rakyat.

"Alhamdulillah, sebelum saya sempat sampai ke situ, Hamzah telah berjaya bawa mereka balik," ujarnya.

Rosmah juga menyatakan kesediaan beliau dan Najib membantu empat kanak-kanak terbabit sambil berharap mereka dijaga dengan baik oleh saudara mara di Kelantan.

                                            ******************************


                                          *******************************

Ikuti laporan bergambar dari wartawan Utusan yang membuat lintas langsung semalam -










                                            *********************************

Beruntungnya kita dapat PM dan isteri yang mempunyai naluri keibubapaan yang kuat .... Tak sabar2 mereka hendak bertemu dan menyambut ketibaan kanak2 itu... hingga bergegas pulang sebaik selesai majlis di Istana Negara. 

Dan kanak2 itu pula pastinya terubat juga sedikit trauma selama lebih sebulan kerana terpaksa melalui pengalaman yang menyedihkan bila dipisahkan dari kedua ibubapa . Mereka juga pasti teruja dapat berjumpa PM dan isteri .... sebaik tiba dengan penerbangan 17 jam dari Stockholm, terus dikejarkan kemajlis bertemu PM dan isteri.

Apapun, alhamdulillah kanak2 itu dapat dibawa pulang dengan selamat dan kita berharap kedua ibubapa mereka juga dapat dibebaskan secepat mungkin.

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 7:56 AM

Aku tak ambik port sangat pasal pasangan suami isteri tu. Aku cuma prihatin kat 4 orang adik-beradik tu jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 8:39 AM

Mana pemimpin pembangkang? teresa cock? Bab Kristian garang sangat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 8:49 AM

main tuh !!!!!! Rosmah sanggup berjumpa dengan Raja dan Permaisuri kiranya masaalah kanak kanak tuh tak selesai. bayangkanlah betapa prihatinya Rosmah. syukurlah kita punyai seorang wanita yang bersifat keibuan yang sanggup berkorban demi Alif Ba Ta. rakyat Malaysia patut berbangga dengan sikap sebegini.

....................
Reply To This Comment ...................
February 2, 2014 at 9:03 AM

Kesian pada anak-anak ini. Aku tak tahu cerita sebenar sehingga tertangkap ibu bapa mereka. Siapa yang report dan kenapa kedua-duanya kena tangkap serentak. Apa2pun, kalau benar mereka ditangkap hanya disebabkan memukul tangan anak mereka kerana tidak sembahyang, aku fikir mereka bakal dibebaskan dan kembali kepangkuan anak2 mereka secepat mungkin. Aku doakan yang terbaik untuk keluarga mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 9:20 AM

salam,

mungkinkah kak mah yang memainkan peranan utama? menghubungi isteri pm sweden untuk pembebasan itu walaupun mengambil masa sebulan. ni kena tunggu pau akan datang utk mendengar bakti kak mah kepada negara. betul ni bukan nak kutuk, cuma terfikir akan peranan kak mah dalam isu ini selepas pendedahan ah jib gor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 10:16 AM

ajib gor , publisiti2....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 1:24 PM

@Anonymous

jangan macam tuh bang. kalau pun kita marah/benci/tak suka, jangan disimpan dihati. simpan jer kat kepala. lama lama lupalah tuh. kan ker baik pasangan mempelai tuh, tersangat prihatin tentang keharmonian rakyatnya. patutnyalah kita berbangga dapat pasangan macam tuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 1:29 PM

@Anonymous

lama nak tunggu tuh, sampai PRU akan dtg. ikhlas ker komen kamu nih bro atau saja saja nak test market.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 1:31 PM

@Anonymous

pikir positif sikitlah bro. kan ker PM kita tuh Melayu tulen yang memperjuangkan kebenaran? kan ker baik pengorbanan dia tuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 2:08 PM

Rosmah berkata, beliau pernah terfikir untuk menghadap Raja dan Permaisuri Sweden ??? Berapa juta terbang, pakai Private jet set Cabinet Approval. Please la, dont make se stupid, ok. NAjib oo Najib. MAlaysia Banjir, Tahun baru hang pi oversea instead sambut dg Rakyat malayisa, 4 beradik ni hang sooo concern , please la. Ni semua bukan kerja Duta dan Kementerian Luar yang perlu handle? Depa tidoq ka, pulak dia tu kaikitangan kedutaa. Pembaca sekalian, bila makan fisrt think rasanya is the main concern. Please lah bila baca Najib/Rosmah prihatin look deep into it. Where was Rosmah bila Cikg Cian dipaksa buka Tudung, tak de ke niat nak Mengadap Maharaja Dhong Zong ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 2:32 PM

Saya pun ada juga tengok news ini di TV dan tak dapat nafi sifat 'keibuan dan kebapaan' Kak Ros dan Ahjibgor amat tinggi. Syabas kepada mereka tapi kita juga di sini suruh patuh dan di ajar untuk hormat UNDANG UNDANG pemerintah kta,mahu pun orang melayu atau orang cina atau orang kafir,jadi kita pun kena juga hormat undang2 di negera orang

Saya pun hairan juga bila kerajaan kita menghantar orang PAS untuk berkerja di negara orang kafir,tidak kah mereka di beri orientasi dahulu sebelum bertugas di luar negara agar mereka memahami undang2 dan adat budaya negara asing. Yang hairan bapa mereka seorang kaki tangan TDC,saya expect beliau LEBIH arif dalam undang2 dan adat budaya bangsa asing sambil 'menjual' negara kita.

Kita tidak nafi sifat Ahjibgor as 'a family man and a father',beliau seorang yang BAIK,jika boleh dikata beliau juga BAPA kepada rakyat Malaysia sekarang sudah BANYAK anak anak nya yang MENDERHAKA kepada dia dan saya tengok dari sifat nya beliau TIDAK akan 'rotan'
rakyat2 yang 'nakal' dan 'degil'.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 4:30 PM

mo muntah saya baca posting nih!

yg minah tu, rindu sangat nak naik jet VVIP....

yg seorang pulak tuh, dah lah lembab, populis, bengap....

Isu nih jugak nak tumpang muka tuh, tak malu ker? Anifah Aman buat apa pulak, gaji buta?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 4:40 PM

Di Malaysia sendiri, banyak kes murid2 sekolah dihina oleh cinabeng? Nih, aper cerita Ahjib dengan kak Mah?

Sah, selektif betul PM yg populis nih!

....................
Reply To This Comment ...................
February 2, 2014 at 4:41 PM

Saja nak tengok respon korang :)
Juga menguji tahap kepickupan anda.

saya masih ontheroad sempena cuti ni, jadi slow la sikit artikel keluar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 4:42 PM

Bodoh nk mampus..datuk hamzah tu timbalan anifah la bangang..nnti kalau adik beradik din dgn kau kna tahan kt luar negara kita buat bodoh ja..pndai2 la nk hidup..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 4:44 PM

Seorang bapa yang baik tidak akan membiarkan anak-anaknya terlampau nakal dan degil. Bapa yang tak pernah merotan anak, iktibarnya adalah seperti dalam filem Anakku Sazali.

Sekarang dah terlambat rasanya untuk Ah Jib Gor bertindak sebagai bapa kepada rakyatnya. Bak kata Sazali, "Kalau sepuluh tahun dulu bapak marahkan Sazali, mungkin Sazali tak jadi begini bapak.......sekarang Sazali sudah besar dan punya segala-galanya."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 4:57 PM

Aku respek kat seorang bapa yang memukul anaknya kerana tidak sembahyang. Inilah contoh bapa yang baik.

Ah Jib Gor tidak layak diiktiraf sebagai bapa yang baik kerana GAGAL "merotan" rakyatnya yang biadap dan kurang ajar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 5:08 PM

Why not if Rosmah can pull some strings so that the Malaysians can be released..do you it is good and can be used to our advantage..seriously if i am in this sutuation and rosmah can make the call to have the swedish to back down a little bit then by all means..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 5:23 PM

mencari.populari murahan . ..
banyak lagi isu besae yang perlu diberi perhatian ... tetapi senyap je ...
isu kecil ini diberi perhatian lebih ...
begitulah kalu sibengap mengurus negara ...

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
February 2, 2014 at 6:28 PM

secara peribadi, aku berpendapat dorang berdua tu betul2 gila glamour.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 8:15 PM

@Anonymous

yang ini betul betul komen IKHLAS. tak payah main sorok sorok kan? tak payah gunakan bahasa bertindih. terus terang jer cakap dan tak payah berlapik lapik. biar ada stand sikit. dah lama dah ikut blog nih dan yakin admin sentiasa dilandasan tersendiri. betul jugak tuh, kekadang admin saja usik usik nak tau pendirian pelawat. jadilah MELAYU yang berperinsip dah jadi terlalu taksub.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 8:18 PM

@Anonymous

sampai hati kamu cakap macam tuh. kalau dia merotan dah tentu tak popular lagi atau akan menjadi popular kerana merotan. yang nak dirotanya tuh bukan anak tapi dah jadi buluh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 8:21 PM

@dontortoise

itulah yang sebetul betulnya. tukang ambik hadiah jer.

....................
Reply To This Comment ...................
February 2, 2014 at 8:41 PM

Pasal tang naluri ibu bapa, kita ucap t/kasih kpd mereka kerana anak2 yang di jadikan yatim piatu oleh undang2 Sweden. Pelik cara mereka yang jauh dari hak asasi manusia....

Cuma kita mohon kepada mereka pula beri PENAMPAR kepada Teresa Cock dan Lim KS rasis tulang hitam.... Provokasi mereka sudah lebih batas kangkong !!! JANGAN NAJIB tidur lagi !!!zzz..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 8:51 PM

Dr petikan di atas seolah2 mereka dh berpuas hati bawa pulang anak2. ibu bapa mereka mcm mana? Kenapa rosmah tidak mahu berjumpa royalty sweeden utk membebaskan ibu bapa mereka. Adakah perjuangan sudah selesai.

Saya juga menantikan comment najib twntang hukuman bapa dia ke atas anak dia yg tidak mahu sembahyang. Dia harus tau itu adalah jalan yg disyorkan nabi saw sendiri.
Saya faham org liberal xkan kisah sgt hukum agama.

At least biarlah usaha yg sama keras dikerahkan utk membebaskan ibu bapa mereka pula.

Org2 x mahu demo deoan kedutaan sweeden ke?

Melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 9:40 PM

Aku hairan, kenapa tak suka tinggal bersama keluarga non muslim? Kan ke org kata org putih ni baik..lg baik dr org islam

Ada yg kata..sbb risaukan aqidah. Ye ke? Meminjam kata2 bahlul- pas, kalau iman kita kuat, dtglah apa pun, org kafir ke, bible dlm bm ke, insyaallah tak terjejas aqidah kita.

Anyway anwar ada tlg x keluarga ni? Ke tgh layan sate kajang??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 10:37 PM

Saya baru dengar news di TV3,saya fikir cukup lah berita yang mereka selamat sampai balik ke Malaysia. Ini sampai mereka makan 'nasi lemak' pun nak JADIkan news,ini sudah over exploitasi keadaan. Orang puteh kata ' OTT' over the top.Tok Pa pun sekarabg nak pasti kan mereka masuk sekolah. Nampak sangat kerajaan Ahjibgor suka spin 'feel good factor' punya news untuk mereka syiok sendiri dari isu sebenar news yang orang melayu tersinggong dengan sifat orang cina yang semakin kurang ajar dan menghina ugama islam while PM is doing NOTHING about it..

Ahjibgor sudah nak jadi macam Barack Obama di USA bila mana mana rakyat Amerika ada masalah diluar negara Amerika,President Amerika akan campur tangan dalam negara orang lain. Ini mesti kempen 'public image' yang JJ bawa bawa kesini untuk tranformasi image Ahjibgor. Kempen PRU13 dia pun macam ala America untuk undi President pada undi parti BN. Beribu ribu banner yang mengata "I love PM', 'We love Ahjibgor' "Najib my PM'.

Saya fikir ada lagi banyak lagi kanak yang kurang bernasib baik dalam Malaysia yang masih terbiar dan tak terjaga.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 10:45 PM

@Anonymous"Sazali ada geng...." orang Cina sekarang pun sudah jadi satu geng yang bersatu suara dan bersatu hati untuk tumbangkan UMNO dan jadikan Malaysia macam Singapore. Tapi 'Bapa' kita masih belum mahu bersemuka dengan mereka tentang perkara ini.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 10:52 PM

@AnonymousMacam pepatah orang putih kata 'Spare the rod,spoilt the child! Maksud nya jika sayang tak nak rotan anak kita nanti anak kita akan jadi nakal.

Nampak nya anak2 cina dan kafir semakin nakal kebelakangan hari ini!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
February 2, 2014 at 11:04 PM

@Anonymousbetul... harap Rosmah dapat call kawan dia untuk dibebaskan ibubapa kanak2 itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2014 at 11:13 PM

Din, di mana tempat perjumpaan tu, ya? Nampak banyak sungguh barangan kristal kat atas meja. Di kedai barangan kristal kah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2014 at 10:37 AM

Publisiti stunt. Benda bodoh ni plak jadi pada tahun melawat malaysia. Dah la baru tau si bapak tu keja kat tourism industry. Memalukan betul. Agak2 brapa opportunity cost tekema kat malaysia sbb pablisiti negatif ni? Yg lagi memalukan jibby dan fat lady beria ria sngt.

Agak2 sapa la nasihatkan pada derang ek. Jibby bodoh, isu perkataan/kalimah allah kau tak settelkan lagi. Apa guna kau sbagai pm? Perlu ke nak ada bini bodoh kau tu dlm isu ni?
Apa guna foreign ministry? Apa jib apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 8:42 AM

The point is SHE didn't have to mention that to the public, in front of Datok Hamzah who had actually carried out the mission.
By saying that, she is also implying that if her husband's (the elected Premier) efforts failed, she has the last card.

Aiyoo....drop hubby's water face wooi!

A first lady should always be seen as the woman behind the Premier..... Not the one who shares equal status as she was not elected to that position. She cannot be seen interfering official matters.

Nak tolong suami, tolong je laa....tak payah minta credits

Post a Comment