........... Usul Satu Pertemuan Antara Jati-Perkasa-Isma Demi Meneruskan Perjuangan Melayu Islam | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Usul Satu Pertemuan Antara Jati-Perkasa-Isma Demi Meneruskan Perjuangan Melayu Islam

Monday, February 24, 20148comments



Bangsa Melayu Pribumi dan umat Islam diMalaysia kini berdepan dengan cabaran yang maha hebat bila tidak putus2 diserang dan diperlekehkan oleh musuh2 .... lepas satu-satu isu dicipta dan kita tidak henti2 bersilat mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Kita pula sepertinya telah kehilangan pemimpin utama yang dapat merapatkan saf dan menyatukan suara. Kita berpecah dengan masing2 berjuang di atas kapasiti sendiri ... Tidak ada mana satu kumpulan yang benar2 menonjol dan mampu mendakwa mewakili majoriti suara Melayu.

Satu perkara yang saya perhatikan juga, kini kita punya 3 Ngo yang agak menonjol dengan masing2 memperjuangkan isu2 agama dan bangsa dan mungkin kerana kekangan sumber, terpaksa memberi tumpuan khusus kepada 1-2 dua isu tertentu saja.

Contohnya - Isma dengan Comango, Perkasa dengan Cina Kiasu ( dan yang terbaru dengan isu MPPN )  dan Jati dengan isu Kalimah Allah.

Saya terfikir satu cadangan kepada ketiga2 Ngo utama Melayu di atas ..... kenapa tidak digembelengkan usaha dan sumber kalian .....wujudkan satu bentuk perpaduan .... cari dan temukan persamaan .....  adakan satu pertemuan khas antara kalian bertiga.

Saya pasti orang Melayu akan berikan sokongan kepada kerjasama itu. ( walau apapun bentuk kerjasama itu ) Tidak perlu libatkan terlalu banyak Ngo untuk kali yang pertama ini. 

Yang penting disini, kita mahu melihat satu suara yang kuat dan lantang mewakili orang Melayu Islam yang secara tak langsung pasti memberi satu suntikan semangat baru dalam meneruskan perjuangan kita.


Mohon mendapat perhatian wakil2 dari Isma, Perkasa dan Jati akan cadangan ini....

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 11:15 PM

Mana ada perjuangan bro..semua demi duit..lagi kuat menyalak..lagi banyak peruntukan masyyukkk..ngo cina berjuang n dpt macam2..ngo2 umno hanya tau membuat senaman punggung..sembelih ayam..demo tepi balai polis pastu terus buat report polis..sembelih ayam n lumur pd pemimpin cina..sampai yg Melayu pun dh menyampah dgn kelakuan ngo2 Umno yg kelaku spt orang bodoh..hinggakan pemimpin umno pun malu nak mengaku bersahabat dgn ngo2 spt ini..hanya menyalak bila diberikan tulang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 11:25 PM

SETUJU SANGAT DENGAN CADANGAN INI...SYABAS!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 11:31 PM

Cabaran utama ngo2 ini ialah kekangan dn keterbatasan sumber kewangan. Mereka bergerak hasil sumbangan duit poket mereka sendiri.
Jika Dong Zong begitu kuat mendapat sokongan dewan perniagaan cina, siapa pula yg mahu menjadi penaja sumber kewangan bagi ngo2 ini menggerakkan aktiviti mereka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 11:50 PM

bro din... inilah antara sebab takda sekolah melayu vernakular.... ngo melayu semua mimpi lain lain hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2014 at 11:59 PM

apapun alasan , tidakkah bersatu itu LEBIH BAIK dari berpecah ? SATU suara itu lebih baik dari perlbagai suara ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 12:13 AM

Mmg benar bersatu itu jauuuhhhhhh lebih baik dr berpecah. Sbb tu Allah perintahkan kita solat brjemaah dn pahala digandakan 27 kali berbanding solat brseorangan.
Dan Allah juga tidak memandang kaum yg berpecah belah dn tidak ada perasaan kasih sayang kpd saudara seagamanya.

Sy percaya ngo seperti Perkasa mmg dh lama ada idea utk bergabung diatas platform yg lebih besar ttp apakah subjek yg dapat menggabungkan mereka semua dn seterusnya bertindak dgn lebih efisyen?

Dr Azizan Osman nk jd sponsor NGO2 ni tak? Hehehe..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 7:51 AM

Isu Ketandusan Pemimpin yang mempunyai KeWIBAWAan sebagai Pemimpin yang mampu memimpin, Perilaku dan Moral Yang Tinggi dan Kedudukkan Kewangan yang Kukuh merupakan elemen penting siapakah yang mengetuai persepakatan 2 NGO besar Melayu.

Melayu selalunya lemah, akur, tunduk dan tewas kepada Fakto Kewangan. Oleh itu marilah kita lontarkan idea, pendapat tentang bagaimana caranya untuk kita mengemukakan cadangan2 penyelesaian kepada Faktor kewangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 6:52 PM

Seingat saya, dalam subjek sejarah, tentang proses kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah Inggeris, asalnya orang2 Melayu bergerak dalam kumpulan2 kecil juga di serata ceruk bumi Tanah Melayu ni. Bertahun-tahun mereka bergerak dalam kumpulan kecil. Maklum lah waktu tu system komunikasi canggih macam yang kita ada ni takde langsung. Tapi mereka tetap bergerak dan words passed around juga.

Akhirnya masuk tahun 30'an, jalan perhubungan semakin baik, kumpulan2 kecil ni pun mula bergabung....mula2 bergabung idea.... kemudian bergabung tenaga...

Apakah mereka ada penaja?
Apakah ada insentif kewangan bagi yang terlibat?
Arwah Saadon Jubir...Khir Johari....dan sebagainya....apakah mereka tunggu ada orang tanggung tiket bas baru mereka nak kumpulkan rakan2 untuk berbincang?

Saya yakin mereka tak fikirpun, nak jumpa kat hotel mana ya? Bagaimana dengan belanja makan minum?

Saya yakin, mereka berkorban wang ringgit, masa dan tenaga hanya atas satu sebab:

perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air yang Merdeka.

Arwah moyang saya sanggup meninggalkan anaknya yang masih bayi untuk masuk hutan untuk menentang Inggeris. Dia dan pahlawan2 melayu lain seperti Mat Kilau berjuang tanpa mengharapkan wang gaji atau sebarang imbuhan pun kepada keluarga yang ditinggalkannya.

Susah sangat ke bagi pemimpin2 ISMA, JATI dan PERKASA untuk melakukan perkara yang sama?

Post a Comment