........... Tun Mahathir - Bila Kerajaan Lemah, Berlakulah Anarki Sosial ( Projek Amanat Negara, Manchester ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Bila Kerajaan Lemah, Berlakulah Anarki Sosial ( Projek Amanat Negara, Manchester )

Thursday, February 27, 20147comments


Ini adalah sedikit sebanyak rumusan yang boleh dibuat mengenai ucapan dan soal jawab Tun Dr Mahathir di majlis Projek Amanat Negara (PAN) yang berlangsung di Manchester  ( baru2 ini yang saya copypaste dari FB SSTDMM ) - 

ANARKI SOSIAL

1. Demokrasi bukanlah sistem yang mudah untuk mentadbir sesebuah negara. Seringkali demokrasi gagal memberikan kestabilan, apatah lagi kemakmuran.

2. Ianya begitu kerana demokrasi akan menyebabkan perubahan dalam pentadbiran kerana setiap perubahan tampuk pemerintahan akan diwujudkan dasar dan polisi baru dalam mentadbir kerajaan.

3. Dalam erti kata lain demokrasi mengganggu urusan dalam setiap lapisan. Tetapi sungguhpun begitu, demokrasi telah membawa kemakmuran dan kestabilan kepada Malaysia lebih 56 tahun.

4. Tidak begitu lama dahulu, kerajaan yang dipilih secara sah melalui pilihanraya dihormati oleh rakyat. Menjadi YB dan Menteri adalah perkara yang dianggap mulia di kalangan masyarakat. Setiap dasar yang dibuat kabinet akan dilaksanakan tanpa banyak gangguan.

5. Tidak dinafikan berlaku juga tentangan tetapi selalunya gangguan daripada pihak-pihak tertentu ini tidak menghakis kredibiliti kerajaan.

6. Mahkamah juga diangkat martabatnya- bebas kritikan. Hakim boleh menjatuhkan hukuman tanpa berasa risau dituduh sebagi 'dibeli' dan ditekan oleh sesetengah pihak. Pihak berkuasa seperti polis bebas melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara tanpa perlu risau dituduh menyalahgunakan kuasa oleh NGO dan ahli politik.

7. Jabatan agama- persekutuan dan negeri tidak menghadapi masalah untuk memelihara kesucian Islam tanpa dijadikan bahan perlian sesesiapa. Hakikatnya setiap lapisan masyarakat bersetuju untuk tidak mencampuri urusan bangsa dan agama sesama sendiri.

8. Tetapi hari ini segalanya sudah berubah. Kerajaan yang dua kali berturut-turut hilang majoriti 2/3 telah dilihat sebagai kerajaan lemah.

9. Kerajaan menjadi tidak effektif dan flip-flop kerana mereka takut kepada pembangkang yang semakin kuat dan berani. Cakap sahaja 'kerajaan 48%' sudah cukup menjatuhkan keyakinan mereka.

10. Tetapi ini tidak bermakna mereka perlu menari mengikut rentak pembangkang. Apabila pembangkang mahukan ISA dihapuskan kerana kononnya ianya bertentangan dengan hak asasi manusia, kerajaan ikut cakap mereka.

11. Tetapi hairannya, bukan sahaja pembangkang tidak berterima kasih, malahan selepas itu mereka mengkritik kerajaan kerana masalah keselamatan yang kian parah di Malaysia.

12. Menteri kabinet juga dijadikan bahan ketawa untuk rakyat Malaysia. Ada sahaja kenyataan yang akan dimomok-momokkan. Kenyataan kangkung PM menjadi popular dan masyarakat tanpa segan silu menjadikan PM sebagai jenaka sehinggakan seorang ADUN membuat parodi replika PM makan kangkung di jalan raya. Sudah jelas kerajaan sudah hilang kredibiliti dan lemah.

13. Masalah menjadi kerajaan yang lemah di sesebuah negara ebrbilang bangsa dan agama ini adalah mereka tidak boleh mengambil tindakan dengan tegas dan tetap.


14. Apa yang kita anggap sebagai perkara terpencil kini sudah menjadi normal masyarakat. Kerajaan tidak berkausa untuk mengehtnikan peraka ini kerana apa sahaja yang mereka lakukan akan ditentang. Tekanan akan diberikan oleh sesiapa sahaja, bukan sahaja daripada pembangkang malahan daripada NGO dan rakyat. Apa yang kita lihat hari ini adalah budaya 'mob-rule'.

15. Lihat shajalah jumlah demonstrasi yang berlaku- baik daripada pembangkang mahupun penyokong kerajaan.

16. Polis tidak mampu berbuat apa-apa. Setakat mengambil laporan sahajalah kerana mereka risau jika mereka melakukan sesautu- mereka akan dicop sebagai salah guna kuasa. Menurut logik pejuang hak asasi, polis perlu berdiam diri dan bersabar walaupun sesetengah demonstran ini bertindak ganas dan liar. Sedikit sebanyak polis juga sudah hilang kredibiliti.

17. Badan kehakiman juga sudah tidak dihormati. Dahulunya keputusan mahkamah akan dihoramti oleh semua pihak dan sesiapa yang persoalkannya akan dihadapkan ke mahkamah.

18. Tetapi hari ini seorang paderi secara umum meminta pengikutnya untuk mengenepikan keputusan mahkamah. Dan masyarakat yang tidak arif berkenaan dengan undang-undang menyokong seruan paderi ini.

19. Apabila pihak agama terpaksa bertindak untuk melaksanakan undang-undang, mereka digelar sebagai pelampau agama. Media pula yang diketahui tidak mempunyai simpati kepada kerajaan dan kehakiman telah memainkan isu ini mengikut kepentingan bos mereka.. Apabila mereka disiasat, media berseindung di sebalik 'kebeabsan akhbar'.

20. Orang ramai pula khususnya ahli politik membantu meniup api kemarahan kepada kerajaan, kehakiman, polis dan segala pihak berkuasa dengan membuat 'satira politik'.

21. Tidak penting jika video satira ini dibuat ketika perayaan. Seorang lagi ahli politik juga dengan beraninya enulis di status fb memerli Jabatan agama yang melarang orang Islam daripada menyambut Hari Valentine. Tetapi apa yang perlu ditakutkan kerana polis pun tidak akan berbuat apa-apa.

22. Paling yang tidak boleh diterima apabila seorang bekas pensyarah perlembagaan yang telah kalah pilihanraya dan juga seorang peguam yang terang-terangan menolak perintah Yang DiPertuan Agong (Ketua Negara dan Agama) yang mahukan rakyat mengikut lunas undang-undang dengan memberi peringatan kepada YDPA tidak ada kuasa dan hak untuk memberitahu masyarakat apa yang perlu dibuat.

23. Sudah jelas Malaysia mempunyai kebebasan yang luas berbanding sebelum ini. Tetapi adakah kebebasan ini tidak boleh ada hadnya? Kebebasan yang terlalu ekstrem akan mengakibatkan anarki sosial. Dan anarki walaupun berlaku di sesetengah keadaan akan memberi kesan buruk kepada masyarakat.

24. Oleh yang demikian, mesti ada pihak yang menentukan had kepada kebebasan ini dan mengambil tindakan untuk menghentikannya. Tiada pihak yang lebih layak melakukan perkara ini melainkan kerajaan yang telah dipilih orang ramai.

25. Tidak dinafikan masyarakat akan berkata di kebanyakan negara-negara demokrasi yang lain, mereka juga menikmati kebabasan yang sama dan pada masa yang sama mereka adalah negara yang maju.

26. Tetapi mereka silap. Di kebanyakan negara ini, kerajaan yang dipilih telah diganti tanpa sempat untuk membawa perubahan dalam membantu masyarakat mereka. Dan malangnya kerajaan ini pula diganti oleh kerajaan yang baru yang turut tidak berkuasa untuk membaiki kerosakan negara mereka.

27. Hakikatnya kerajaan mereka takut kepada media, kepada rakyatnya sendiri dan hairannya mengapa mereka menghabiskan begitu banyak wang untuk memilih kerajaan yang tidak berkuasa adalah satu misteri.

28. Malaysia perlu mempelajari sedikit sebanyak daripada apa yang berlaku di Syria, Ukraine, Thailand dan Venezuela. Sekiranya kita memahami perkar aini kita akan sedar bahawa keadaan sekarang adalah satu budaya yang tidak sihat kepada negara kita.

29. Ini bukanlah semata-mata Barisan Nasional hilang 2/3. Sekalipun Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Malaysia, mereka juga menghadapi kesukaran yang sama untuk mentadbir negara kerana tiada penghormatan kepada kerajaan dan pihak berkuasa.

MatRodi

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2014 at 1:39 AM

bro din , alangkah jauh nya perbedzaan permikiran TUN MAHATHIR dgan si bijaan, tak tau apa nak cakap tahap kedangkalan pemikiran si bijan ni, setiap kali berucap semakin jelas KEBODOHAN di tonjolkan, kadang bercakap dah macam budak tak cukup akal,....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2014 at 3:03 AM

Semuanya dididik oleh bang non...dan yang membenarkan didikan ini ialah pak najib...

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2014 at 9:52 AM

Assalam Bro

Siapa kata kerajaan Najib lemah... Tenguk kes kangkong tu adalah salah satu dari banyaknya kebebasan bersuara yang Najib benarkan... Tak usah cerita pasal satira Theresa Cock... itu pun kebebasan bersuara... Apa tindakan kerajaan Najib... ZERO... Memang PM dan kerajaan paling LEMAH... sebab tulah KATAK DAH NAIK JUNJUNG... Aku dah hilang selera kalau dengar Najib berucap.. nanda sebijik macam Anwar....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2014 at 12:20 PM

Terima kasih din sbb sudi menyiarkan ucapan tun yg sarat dgn isi isi penting utk kita baik rakyat mahupun pemimpin renung dn fikirkan bersama.

Yes..asasnya adalah rasa HORMAT (yakin dn percaya) kpd pihak KERAJAAN dn pihak BERKUASA.

KERAJAAN lemah sbb apa? sbb Pemimpin utama Penakut, terlalu nk jg hati org lain, syok sendiri, perasan betul dn tak tahu nk buat apa sbb semua benda org lain( pemandu) yg buat keputusan.

Kalau ikut faham apa yg najib sebut dlm ucapan RN aritu, kita org melayu jgn buat apa2..buat derkkk jer..jgn layan org2 yg dok provok kita dn hak2 kita..
Bagusss Najib.. I LIKE!! hahaha..

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2014 at 12:39 PM

@AnonymousYa, seperti ada mesej tersirat seolah Najib marahkan Ngo dan bloggers pro Melayu kerana menentang provokasi melampau dari puak chauvinis... mungkin Najib nak kita diam dan buat bodoh jer ... baru aman kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2014 at 2:09 PM

bijan , nasib baik bapak kau Tun Razak, kalau tidak emak bapak kau pun aku maki hamun , ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2014 at 4:29 PM

Apa perasaan kita kalau tetamu yg datang kerumah kita, setelah kita layan dgn baik, beri makan, sediakan tempat tidur malah kita beri segala kemudahan yg ada dlm rumah kita utk dia gunakan tiba2 mintak nk masuk dlm bilik tidur kita suami isteri?
Bila ditanya kenapa nk masuk, dia cakap dia pn ada hak nk tahu dn nk rasa tidur dlm bilik kita.
Lps da bg masuk dia mintak nk tidur ats katil kita pulak.
Lps tu dia mintak nk tido dgn isteri kita pulak..
Soalan, salah org yg mintak atau salah org yg bagi apa yg org tu mintak??

Post a Comment