........... RM1 Billion Buat Sekolah Sabah Sarawak - TerimaKasih Muhyiddin ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM1 Billion Buat Sekolah Sabah Sarawak - TerimaKasih Muhyiddin !

Friday, February 14, 201418comments


Dari TMI -

Peruntukan tambahan RM1 bilion ganti sekolah daif di Sabah, Sarawak


Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1 bilion sebagai peruntukan tambahan untuk membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan sekolah yang daif di Sabah dan Sarawak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Timbalan perdana menteri berkata, sebahagian besar daripada kira-kira 600 buah bangunan sekolah yang dikategorikan sebagai cukup daif di negara ini terletak di Sabah dan Sarawak.

"Kita sudah mengenal pasti (bangunan sekolah yang perlu dibina semula), cuma kita memerlukan masa dan peruntukan yang lebih sedikit kerana untuk setiap sekolah kita perlu berbelanja di antara RM15 juta ke RM20 juta minimum dan jumlah ini agak besar,"
.

TERIMA KASIH  !  ! Bayangkan .... 600 buah bangunan daif yang sudah dikenalpasti di Sabah dan Sarawak. Yang belum kenal dan belum dipastikan entah berapa banyak lagi ...  

Setiap sekolah perlukan minimum RM15 juta - 20 juta ! Memang dah terdesak sangat dah tuh .... 

Perhatikanlah contoh bangunan sekolah kebangsaan dipendalaman sana -






Ni baru bangunan asas, belum kira kemudahan2 lain apatah lagi makmal komputer ...  Jadi diharap kerajaan akan terus beri tumpuan kepada keperluan asas sekolah2 begini. Saya percaya banyak lagi sekolah2 yang memerlukan perhatian di Semenanjung, begitu juga sekolah2 agama.

TOLONGlah ..... BODEKlah JUGA Melayu Pribumi untuk sokongan undi kami ! Gerenti Berbaloi...

Kelebihannya kalau BODEK Melayu Pribumi - Kita hargai dan kita akan balas dengan undi. ( asal jangan buat perangai pelik sehingga PRU ... )

PS - Diharap ada inisiatif dari mana2 NGO Melayu untuk kumpulkan maklumat mana2 sekolah kebangsaan dan agama yang perlukan perhatian segera dari kerajaan. Kita kena proaktif dan bawa kepada Menteri ... mungkin mereka tak tahu.

Macam inilah nak jaga FIXED DEPOSIT. Lagi tinggi deposit, lagi banyak pulangan !

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 9:36 PM

itu nak cover line , nanti dekat kajang dia akan umumkan juta2 untuk sekolah cinabeng, tak percaya ttuuunnnggguuuuuuu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 9:39 PM

Salam Din, bagi rm 1 billion memang bagus... tapi betol ke guna rm 1 billion tu..jgn lesap untuk kejahatan..

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2014 at 9:41 PM

@Anonymoussaya komen ikut tindakan / kenyataan. Kalau umum juta2 buat sekolah cina, saya balun lagi... nothing personal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 10:41 PM

Jangan suka sangat....sekolah cina nanti mungkin labih 1 billion

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 11:41 PM

kalu masuk utk sekolah cina di sabah dan sarawak... saya kempen untuk kalahkan UMNO kali nih!

Sekolah cina sabah dan sarawak boleh buat PBS. Lengkap air-cond, bangunan baru!

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2014 at 11:58 PM

Yang penting, kerajaan pusat perbanyakkan dan bina intitusi nasional di sana. Perbaiki prasarana demi kemajuan dan pembangunan pribumi kerana hidup mereka masih naif di pendalaman dan di luar bandar.

Kita mahu melayu semenanjung mencari rezeki di sana. Kita tidak mahu hanya cina yang pandai mencari peluang dan penempatan.

Masaalah Kajang boleh di lihat cara menang-menang terutama untuk 49 peratus Melayu. Saya pasti TPM tahu, bukan lagi untuk cina dongzhong. Mereka ini bila tersepit, baru mengadah....

....................
Reply To This Comment ...................
February 15, 2014 at 12:05 AM

Bro
Yang ni betul2 aku sokong. Perbanyakkan sekolah berasrama dan kumpulkan mereka. Anak2 iban ni kalau dibiar tinggal dgn ibu bapa lebih banyak ponteng dari pergi sekolah.
Ksmpong2 mereka juga jauh antara satu dgn lain.
Tak apa jika kerajaan keluar belanja membuat asrama dan memberi makan. Sekurang-kurangnya mereka tahu berterima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 10:24 AM

Mana dia gpms...patut hal2 mcm ni la yg perlu diketengahkan..kumpul maklumat mcm bro din ckp..then jumpa TSMY..bukan byk campur dlm politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
February 15, 2014 at 1:10 PM

Pembinaan baru haruslah lengkap dengan segala kemudahan mengikut visi serta dasar pendidikan negara. Setidak-tidaknya, segala kemudahan dan peralatan bersesuaian untuk tempoh 10 tahun akan datang. Jangan hanya bangunan saja baru tetapi kemudahan tidak lengkap.

Kebajikan guru harus diberikan perhatian juga. Kita tak mahu bila bangunan yang sebegitu canggih telah disiapkan, semua guru minta ditukarkan ke sekolah lain sebab tidak sanggup tinggal disana kerana tiada kemudahan asas buat mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 1:27 PM

yang peliknya PM umumkan peruntukan RM1 juta setiap tahun untuk SJKT. Bilangan SJKT jauh lebih sedikit dari SK. Enjoy sakan la diaorang dapat durian runtuh tiap-tiap tahun. Apakah system sekolah SJKT boleh membantu merapatkan hubungan kaum? No wonderla kerajaan tak ada duit sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 1:30 PM

Byk ye duit kerajaan. Dulunya klau d kaw kg mereka minta gomen cakap tak ckp peruntukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 1:47 PM

Terlalu melampau peruntukan yang diberi setiap tahun kepada SJKC dan SJKT. Dah terang-terang kaum CIna tidak akan mengundi UMNO sampai bila-bila. Dan puak yang menikam UMNO dari belakang ini dilimpahi dengan kemewahan melampau. Dengan peruntukan yang banyak mereka boleh menyediakan prasarana first class untuk menyediakan murid mereka mengalahkan murid sek keb apabila masing-masing melangkah ke sekolah menengah. Lebih banyak kelebihan murid kedua-dua sekolah tersebut terima berbanding sek keb yang serba-serbi aktiviti tambahan kena bayar duit. Murid sek Cina dapat semua tu free aje sekarang. Saya bukan dengki, tetapi adalah tidak masuk akal peruntukan melampau yang diberi kepada mereka yang memang mengimpikan kemusnahan UMNO. UMNO ni baik tak bertempat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 3:14 PM

bro din , dah bolih start balun, SRJKT dah dapat peruntukan RM100 juta apamacam , SRJKC cominng soon ,,ajib gor tolak campur dengan sampua berapa nak bagi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 7:36 PM

BN ini bila da masuk FB baru nak bertindak..jika tidak memanjang x ada baget, buang duit sana sini boleh pulak, Agensi penguatkuasaan pun byk menumpang di pejabat ajensi negri yg x di gunakan lagi..undi mahu, khidmatan nak baik..semua yg terbaik di beri ke. Negeri. Pembangkang..apa Bn dapat? Lagi kena kutuk..dan kerajaan pakatan kata semasa mereka perintah semua agensi kerajaan pusat di upgred..so Bn kena jugak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 8:34 PM

din ... engkau tak baca paper netro ka ...
berita gempar hari ini ...
ah jib gong nangis guling2 ...
cause wotramorthy letak jawatan ...
berita ni lagi gempak ...
ekoran itu ...
beberapa pertubuhan india meminta kerajaan memperkasakan sekolah tamil ...
hem ... hebat jugak wayang tamil ni ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2014 at 10:22 PM

Semua sekolah jenis kebangsaan termssuk mubalig dan sabk dpt rm 100 juta. Sekolah kerajaan dpt rm 500 juta. Saja nak betulkan fakta korang.. nak balun tp fakta tak betul.

....................
Reply To This Comment ...................
February 20, 2014 at 5:05 PM

Sorry....saya sokong tolong sekolah2 tersebut. ...Tapi nak betul sedikit bila ramai yg silap faham tentang SRJKT dan SRJKC...ia itu dua2 sekolah ni hanya sekolah bawah polisi separuh sabsidi. Maksudnya biasa kerajaan hanya sabsidi gaji guru sekolah dan beberapa peratus tentang bil elektrik atau pembangunan dan perkembangan. (pastilah cikgu pernah dilantih oleh kerajaan, krn pernah pasti kurikulum disedia oleh kerajaan, kalo bukan...mungkin jadi sekolah international atau komunis pun tak tau.. )
Selain daripada tu....Semua bangunan dan peralatan pendidikan (komputer, alat2 sukan) pernah dibayar sendiri dan dikutim derma dari masyarakat sendiri.
Sebab itu mengapa SRJKC dan SRJKT selalu mengadakan acara pendana setiap tahun dan mengutip bagai2 derma dari masyarakat sendiri untuk membayar defisit sekolah. Masyarakat cina selalu deprecating sendiri "sebagai Melaysian Cina pernah bayar dua jenis cukai setiap tahun. 1 for kerajaan, 1 for sekolah Cina."
Tapi keadaan ini hanya sekolah di bandar dan sekolah yg besar dpt duit yg sepenuhnya atau yg lebih untuk membangunkan bangunan baru atau kegunaan pendidikan mereka. Kebanyakan dari kawasan luar bandar biasanya banyak teruk bila banding dgn sekolah kebangsaan. Sekolah yg saya belajar dulu pun berbangunan papan yg berumur 40tahun, sama teruk dgn gambar tunjuk atas saja. Selepas beberapa tahun mengutip derma dari masyarakan baru dpt bangunan simen. Nilah keadaan yang sebenar berlaku di SRJKC&T luar bandar. Tapi kalo nak banding dgn SK yg sama luar bandar, bangunan SK memang banyak indah disini.
Kalo nak tanya kenapa nampak SRJKC dibandar indah sangat.....Cik boleh tengoklah list bawah
"2000 – 2005 derma yg dikutim untuk bangunan baru dan perkembangan SRJKC Kuala Lumpur
bilangan sekolah: 23
Derma dari Masyarakat Cina: RM 36,456,946.04
Extra subsidi dari Kerajaan: RM 540,000 "
Inilah keadaan kami. Derma dari Masyarakat cina bandar snediri pun dah cukup.
Sebab itu, kadang2 1 atau 2 juta BUNOS tu biasanya bukan untuk sekolah dikawasan Bandar......tapi macam sekolah cina kampung atau luar bandar. Dan itu biasanya hanya didapat sebelum PRU.....maksudnya macam ....errerr pertimbangan politik saja. Of cause, kami pun terima dgn syukur, tapi selain itu....biasanya pernah "makan sendiri." Maka....lama2 memainkan cara politik gula ni....Masyarakat Cina pun mula rasa meluat dgn cara ni. Pada tempoh biasa jauh sebelum PRU.....subsidi biasa pun bermasalah....tapi sebelum PRU, mari pula Gula politik berjuta-juta hanya untuk dpt muka hadapan di sin chew. Ini lah kenapa nampak Cina kurang sokong dlm PRU505 walaupun nampaknya dah dpt apa2 yg dibagi oleh kerajaan. Krn kalo kerajaan nak main game politik macam ni...tentulah pengudi cina membalas dgn cara politik game...
Din tak sedar keh? Dulu Cina Bandar pun dah lama sokong parti pembangkang, tapi Cina luar bandar biasanya semua sokong BN sejak kemerdekaan. Tapi kenapa tukar dlm PRU kali ni?
Mereka pun bukan bodoh punya, dah beberapa puluh tahun dgn cara yg sama dari kerajaan atas isu2 tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2015 at 10:48 PM

hello, semoga sabah akan sentiasa mendapat bantuan.. terima kasih

Post a Comment