........... Rekonsiliasi Nasional ? Semuanya POYO ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rekonsiliasi Nasional ? Semuanya POYO !

Wednesday, February 26, 201413comments


Ini merupakan penjelasan pertama Najib mengenai Pelan Rekonsiliasi Nasional (RN ) yang diumumkan hujung bulan Januari lalu. Waktu itu rumusan saya terhadap pelan ini adalah mudah - Najib Minta Nyawa ! ( KLiK )

Apakah dengan penjelasan baru ini akan mengubah persepsi awal saya itu ? Jom layan ... Saya selit2kan komen supaya dengan cara ini anda akan baca apa yang Najib tulis, kalau tidak saya percaya anda tidak akan baca ! Sekurang2nya saya bantu juga dalam menyebarkan mesej Najib -

Sejak saya mengumumkan hasrat kerajaan ke arah rekonsiliasi nasional, saya tersentuh dengan reaksi rakyat yang menyuarakan sokongan dan dorongan yang kukuh agar Malaysia lebih bersatu padu.

Rakyat mana yang menyokong sehinggakan Najib tersentuh ni ? Ya, rakyat memang mahu melihat Malaysia lebih bersatu padu, dari dulu, kini dan selamanya memang itu kemahuan rakyat tapi secara spesifik tidak pula saya dengar sokongan yang begitu hebat kepada pelan RN. Secara jujur, rakyat dah tak ambil pot - ikut pandai mu lah Najib ! 

Mengikut pengalaman, rakyat masak dah dengan cara Najib, apa saja yang Najib umum nak buat akan dia buat juga walaupun dibantah. Kemudian bila terbukti apa yang rakyat duk risaukan, mulalah kelam kabut kerajaan nak kaji semula, tubuh makmal bagai ....

Rancangan Rekonsiliasi Nasional akan diumum dan dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan lagi. Saya akan berikan matlumat lanjut dalam masa terdekat ini, namun kali ini izinkanlah saya berkongsi serba-sedikit mengenai rancangan ini.

Sudah pasti ramai daripada anda masih ingat, sebaik sahaja PRU13 menutup tirainya, sayalah orang pertama sekali yang meluahkan hasrat ke arah rekonsiliasi nasional tatkala orang lain hanya sibuk mempersoalkan kesahihan pilihanraya – yang akhirnya terbukti tidak berasas. Hasrat saya ini bukanlah sekadar omongan kosong semata. Setelah berbulan-bulan kita merancang dengan teliti, kini kita sudah hampir bersedia untuk melaksanakan rancangan ini.

Sebaik saja PRU13 menutup tirainya, apa yang saya masih ingat adalah muka GIVE-UP Najib, muka kena tinggal dek kekasih hati yang lari bersama kekasih baru yang beliau sendiri namakan sebagai Tsunami Cina ! 


Ya, tuduhan negatif terhadap kesahihan pilihanraya akhirnya terbukti tidak berasas tapi bagaimana pula dengan tuduhan Tsunami Cina ? Apakah tidak berasas juga ? Bagaimana dengan hasil keputusan PRU13 yang JELAS menunjukkan BN masih lagi berkuasa adalah atas IHSAN sokongan orang Melayu Pribumi yang menolak pembangkang - ini merupakan satu hakikat yang seberapa boleh cuba dilupakan oleh pemimpin2 Umno !

Kerana untuk mengakui perkara ini akan menunjukkan yang Umno itu sudah lemah, ego pemimpin2 Umno tidak akan mengakui hakikat itu.

Oya, jangan lupa ya .... Najiblah orang pertama yang meluahkan hasrat RN ini. Kena sebut tuh !


Rancangan Rekonsiliasi Nasional berhasrat untuk mencipta satu persekitaran kondusif dan mempromosi Rekonsiliasi Nasional melalui perpaduan dan konsensus di seluruh negara. Kita mahu membantu menyalurkan inspirasi kepada rakyat agar saling hormat menghormati dan kembali berhubung sesama kita agar kita dapat jadikan Malaysia sebagai negara yang lebih baik untuk kita semua.

Pihak Pembangkang dan pelbagai organisasi telah memberikan cadangan-cadangan untuk menjayakan rancangan ini. Terima kasih kepada semua yang telah berikan input, dan kita akan pertimbangkan kesemuanya. Rancangan Rekonsiliasi Nasional bakal memacu ke arah perpaduan nasional dalam negara ini dan saya menjemput setiap orang untuk terus memberikan sokongan terhadap inisiatif-inisiatif kerajaan.

Apakebendanya yang hendak di Rekonsiliasinya diperingkat rakyat ? Rakyat ok jer ..... yang bertelagah adalah mereka yang berkepentingan dalam dunia politik. Yang perlu berRekonsiliasi adalah parti2 politik bukannya rakyat.

Rancangan Rekonsiliasi Nasional berlandaskan prinsip-prinsip HORMAT-MENGHORMATI, BEKERJA & BERGEMBIRA BERSAMA, serta semangat bertolak-ansur. Ini seharusnya menjadi teras kepada apa juga yang kita lakukan. Sebagai permulaan, kita mahu rakyat untuk mula berkongsi cerita-cerita berkaitan sikap berbuat baik di antara kaum-kaum dan ini termasuklah di dalam media arus perdana dan media online serta media sosial. Sebagai contoh, berkongsi gambar seorang anggota polis berbangsa Melayu yang sedang membantu seorang wanita tua berbangsa Cina melintas jalan akan dapat memupuk semula apa yang kita memang tahu tapi semakin kita lupakan – bahawa kita adalah sebahagian daripada sebuah keluarga Malaysia.

Najib cuma sebut BEKERJA BERSAMA.... bukannya BELAJAR BERSAMA.  Jadi pro Satu Sekolah jangan nak teruja sangatlah. Bekerja kena bersama tapi BERSEKOLAH kena berasingan. Proses healthy mingling rakyat Malaysia hanya bermula bila mereka mula melangkah kaki ke alam Bekerja.

Kena kongsi cerita sikap berbuat baik antara kaum ! Peeeeergh .... LIFESTYLE NAJIB !

Gambar budak2 sekolah belajar dan bermain bersama2 antara kaum jangan tunjuk, ok. Itu tidak menggambarkan perpaduan dan tidak realistik dalam dunia nyata.

Kita juga harus tidak menggalakkan penyebaran laporan-laporan tentang tindakan-tindakan kumpulan atau organisasi pelampau yang berkecenderungan untuk menghancurkan kepercayaan di antara kaum-kaum dalam negara kita ini.

Anda tahu bahawa apa yang mereka lakukan atau katakan di laman-laman media sosial ternyata salah, jadi mengapa harus kita kongsi pendapat-pendapat sebegitu online. Jika kita mahu mengekalkan keharmonian dalam negara kita ini, jangan biarkan penghasut-penghasut ini menguasai kita! Lebih baik lagi, janganlah kita cepat menyebarkan insiden-insiden ini kerana ia sudah pasti akan menyebabkan ketakutan dan kebencian.

Janganlah kita berikan pihak pelampau ini publisiti yang mereka idamkan. Sekiranya tiada pihak yang melaporkan tindakan-tindakan mereka, mereka tidak akan dapat perhatian yang mereka ingini. Mereka tidak akan dapat menarik orang lain untuk kepada mereka. Mereka akan gagal. Namun, segalanya terpulang kepada kita. Kita tidak perlu mengutuk tindakan mereka, sebaliknya kita usah hiraukan saja. Usah berikan mereka sebarang publisiti.

Yang ini kena ulas dalam bentuk artikel by itself. Siapa golongan Pelampau yang Najib maksudkan itu ? 

Mengambilkira yang pihak pembangkang adalah pihak yang Najib terima sebagai rakan untuk berRekonsiliasi, tidak mungkin Najib merujuk kepada mereka. Tapi kalau anda ingat2kan balik semua insiden2 berbaur perkauman yang telah berlaku sejak akhir2 ini ...... tidakkah hampir semuanya berbaur politik, melibatkan parti2 politik ?

Apakah Lim Kit Siang tidak termasuk dalam golongan Pelampau Najib ? Dong Zong ? Atau Najib merujuk kepada Ngo2 Melayu seperti Perkasa, Isma dan Jati ( KLiK ) ? Comango memang tidak tersenarai sebagai Pelampau sebab ada ahlinya yang menjadi sebahagian dari MPPN .... kan ?


Apabila Rancangan Rekonsiliasi Nasional dilancarkan dalam beberapa bulan lagi, anda akan dapat lihat bahawa Rekonsiliasi Nasional bukan hanya milik kerajaan semata-mata. Era ini bukan lagi era “kerajaan lebih mengetahui.” Konsep ini adalah milik rakyat, maka setiap rakyat Malaysia harus memainkan peranan sekiranya kita mahukan kedamaian dan keharmonian.

Era ini bukan lagi era "kerajaan lebih mengetahui" ..... yeah, riiiiiight... 

Datuk nenek kita memahami semua ini dan mengamalkan budaya ini selama berdekad-dekad, namun kita pula nampaknya semakin melupakannya hari ini. Sekiranya anda mahukan sebuah negara yang lebih baik, sekiranya anda mahu kembalikan kepercayaan terhadap satu sama lain, maka ambillah langkah-langkah yang perlu untuk mencapainya.

Ya, datuk nenek kita lebih memahami semuanya sebab itu benda2 semua ni tak wujud masa tu. Sebab itu mereka wujudkan ISA dan Akta Hasutan.  Yang lupa siapa ?

Sebaik saja anda bertindak, sebarang kata-kata atau sebarang permintaan yang tidak masuk akal dari pihak pelampau ini tidak akan membawa sebarang makna, kerana anda tahu perasaan anda, perasaan jiran-jiran anda dan seterusnya perasaan majoriti rakyat Malaysia. Sekiranya kita bersatu sebagai rakyat Malaysia, pihak-pihak pelampau ini tidak akan ada daya tarikan tidak kiralah siapa mereka dan apa yang mereka lakukan. Hancurkanlah mereka dengan kepercayaan terhadap diri sendiri dan terhadap rakan-rakan anda – segenap lapisan masyarakat yang menjadi rakyat Malaysia.


Takder pun disebut tentang keperluan memupuk perpaduan dari KECIL ? Seperti juga MPPN .... takder sekalipun ahli2nya komen mengenai keperluan anak2 kita bergaul antara kaum dari bangku sekolah ? Semuanya bercakap tentang perpaduan bila rakyat dah besar dewasa. 

Waktu sekolah tak perlu perpaduan ke ?  Budak2 kita tak perlu didedahkan kepada persekitaran perpaduan ke ? 

Kalau perkara semudah itu pun tak nampak dan tak boleh terima, nampak sangat semua ini POYO !


Kesimpulan saya tetap sama - Najib Minta Nyawa. Malah pengakuan Najib yang RN ini timbul selepas PRU13 tambah menguatkan persepsi saya. Kalau BN menang besar dengan 2/3, agak2 akan terlintas tak idea nak berRekonsiliasi ini ?

Itu jawapannya !

PS - Kepada rakan2 blogger, lepas ni agak-agaklah nak balun Anwar dan pemimpin2 Pembangkang sebab lepas ni Najib akan berganding bahu bersama mereka. Jangan guna lagi label Peliwat atau Penjubor .... geli nanti !

PS2 - Nak berRekonsiliasi ke apa ker ...... JANGAN sentuh apalagi cairkan Hak Melayu ! 

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2014 at 9:04 AM

Saya dengan ini, bersumpah akan menolak MPKN selagi tidak dilaksanakan Sekolah Satu Aliran.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
February 26, 2014 at 9:14 AM

Tak tumbuk tak melata
maka , tak sunguk orang tak mengata'
Rekonsiliasi mungkin satu cerita
yang paling utama jangan sampai mengadai bangsa.

Jalan berlubang tidak diturap
dikatakan tanak lembik serata'
Asas perpaduan wajib digilap
satu sekolah untuk semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2014 at 10:15 AM

Penilaian dan pandangan retrospektif yg bagus...'straight to the point' ...:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2014 at 10:59 AM

Najib mudah lupa. Lantak mu la Najib. Cerita banyak tak guna. Aku tengah panas ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2014 at 11:31 AM

"... Kita mahu membantu menyalurkan inspirasi kepada rakyat agar saling hormat menghormati dan kembali berhubung sesama kita agar kita dapat jadikan Malaysia sebagai negara yang lebih baik untuk kita semua.

Pihak Pembangkang dan pelbagai organisasi telah memberikan cadangan-cadangan untuk menjayakan rancangan ini....."

Setakat yang saya duk dengar akhir-akhir ni, terutama dari kata-kata hok keluar dari mulut anggota MPKN lantikan Najib sendiri. puak-puak tu duk desak kita orang Islam ahli Sunnah Wal Jamaah ni, agar menerima dan menghormati hak golongan LGBT dan hak orang Islam yang nak murtad.

Kalau itulah maksud Najib tentang RN ni, bahaya ni.

".... Sebagai contoh, berkongsi gambar seorang anggota polis berbangsa Melayu yang sedang membantu seorang wanita tua berbangsa Cina melintas jalan ...."

Dong Zhong pasti akan kata, gambar itu mencerca orang Cina sebab orang Cina tak perlukan pertolongan orang Melayu. Sebaliknya orang Melayulah yang lemah...yang sentiasa berharapkan pertolongan orang Cina.

Sekeping foto yang asalnya hanyalah satu gambaran kehidupan harmoni penuh muhibbah akan diinterpretasikan dengan pelbagai putar-belit mengikut mata orang yang melihat.

Dah lupa polemic yang timbul berikutan iklan memupuk sikap bersopan-santun yg menunjukkan lelaki Melayu tak mahu bagi tempat duduknya kepada seorang wanita Cina tua dalam komuter (lakonan adik AR Badul tu.. lupa namanya).

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2014 at 12:16 PM

@Anonymoussaya tak pandai menulis, jadi selalunya cara saya - straight to the point.

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2014 at 12:19 PM

@AnonymousASAS kepada keceluparan kaum cina yang biadab adalah krana ketidakpuasan hati kepada apa yang mereka dakwa sebagai tidak adil dasar2 affirmatif kerajaan.

Dari situ lahirlah pelbagai isu2 perkauman yang mencetuskan polemik berpanjangan.

Jadi bila Najib mahu berRekonsiliasi dengan puak2 ini, apakah maksudnya ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2014 at 12:57 PM

bro din , tak tau nak cakap apa dah dgn najib ni, saya berdoa agar bijan dan nuar juburi ni cepat MAMPOS kerana dua ekor berok ni lah yang membuat negara yang kita sayangi ni tak tenang, say rindukan keamanan zaman TUN MAHATHIR...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2014 at 1:26 PM

Bila najib ckp pasal perpaduan national sebenarnya ade la tu bende lain dia nk kasi kt cina.

Kita patut risau bila najib ckp pasal perpaduan.

Org liberal mcm dia mana penah peduli bangsa. X berlandaskan keadilan sejarah dan hakikat. Lebih pada populis dan liberal je dia ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2014 at 2:19 PM

Masalah najib ni dia punya point bodoh dan cara dia bodoh. Rekonsiliasi? Apabenda tu? Kerja teks writer kau merosakan bahasa. Pakai la perpaduan semula ke apa. Najib ni skadar all act n no substance. Dah la suka buat muka dungu. Give up la jib. Kita tau knapa kau takleh bla. Sbb banyak orang tengah genggam telor kau. Cuba kau blah kita tngk yg naik bukan budak kau dan kita tengok apa jadi kat ex menteri lembu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2014 at 2:44 PM

Wow..nampaknya perkara yg kita dok risau selama ni semakin dekat kerana tanda2 besar sudah terlalu banyak..
Din.. Rasanye mu dh nmpak dh bala yg akan berlaku disebabkan idea najib ni..

Apa yg sy nampak, RN hanya alasan utk najib utk menghalalkan proses PENCAIRAN sisa sisa hak org melayu,bumiputera,agama islam dn institusi raja raja melayu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2014 at 2:46 PM

dong zhong dan seangkatan dengannya bukanlah puak pelampau ... tetapi puak yang sealiran dengan najib ... mereka sama-sama berjuang memperkasakan sekolah cina.
Yang tidak sealiran dengan najib ialah akar umbi umno yang konvensional. mereka ini perlu berubah memjadi liberal sebagaimana seruan dan permintaan untuk najib ...
puak pelampau yang kedua adalah perkasa dan mereka yang memperjuangkan idielisme yang sama dengan perkasa.

fahami pemikiran najib vs pemikiran bapanya ...
najib membuka penguasaan felda kepada bangsa cina melalui penubuhan syarikat swasta yang diterajui oleh orang cina ...
bapanya membuka felda untuk menyelamatkan bangsa melayu dari bencana ekonomi dan kemiskinan ...

pemikiran najib tidak sama dengan pemikiran bapanya yang konservetif itu ...

jika kita faham jurang ini ... kita akan tahu ke mana najib akan bawa bangsa melayu ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2014 at 9:35 PM

Betoi tu ! Rakyat yg rasional tak ambik pot pun pasai rekon ni. Yg pasti nanti ada yg back-pedal bila kena kangkung dan liwat.
Ketegag hati batu najib ni...

Post a Comment