........... Prk Kajang - Calon Yang Sesuai Adalah Muhyiddin ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Prk Kajang - Calon Yang Sesuai Adalah Muhyiddin !

Tuesday, February 4, 201417comments




Ramai yang melihat keputusan Prk Kajang is a gone case, memang Anwar akan menang cuma kita nak tahu besar mana margin kemenangannya saja. Kesan negatif kerana perletakan jawatan bekas YB apek entah apakenamanya bagi memberi laluan kepada Anwar untk bertanding, sudah semakin tipis. Saya dapat rasakan kemarahan rakyat masih ada tapi tidaklah ketahap undi protes dari mereka yang pro PR ...... yalah, selama mana nak main isu itu, lama2 jadi basi sebab terlalu kerap dimainkan dalam waktu yang singkat ini.

Tidak ada tindakan susulan selain dari borak jer .... maka momentumnya jadi lemah. Soal tindakan itu bersifatkan peribadi bukan kepentingan rakyat pun macam dah nak basi ...... Rakyat Kajang sendiri macam tak kisah pun..... 

Saya bayangkan kalau perkara ini dilakukan oleh BN, saya percaya ia bukan saja masih hangat malah suara2 protes semakin lantang dengan sesi2 demo jalanan diatur bagi memalukan BN.  Kemahiran dalam bab memainkan isu panas tidak ada dipihak BN.

Langsung tidak ada gertakan dipihak BN nak boikot ke apa ke.... malah dihebahkan pula Lawan Tetap Lawan ! Isu yang semakin menjadi perhatian adalah siapakah yang bakal mnjadi calon BN. Jadi kalau BN sendiri sedari awal dah akur dan terima tindakan Taktikal Politik Pkr, kita nak kata apalagi dah ...

Buatlah gempak sikit, kasi panas isu..... nak boikot ker. Soal siapa calon tu boleh buat secara diam2 tapi diluar, berlakonlah konon nak boikot sebagai tanda protes. Kasi perah isu sampai last minit, biar nampak yang BN bertanding pun macam terpaksa jer .... 

Maksud saya, kalau dah tahu dari awal yang BN kemungkinan besar akan kalah dalam pertandingan, kenapa tidak cipta kemenangan dari sudut persepsi ?


"Saya tak fikir kita (BN) nak bagi laluan mudah untuk pihak pembangkang bertanding sama ada (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja (yang bertanding)," kata Muhyiddin.- Sinar.

Tapi nampak macam tindakan awal Anwar itu sendiri sudah dipermudahkan oleh BN ....


"Secara peribadi (tradisi) kawasan itu adalah kawasan MCA, ada yang berpandangan dengan kepimpinan baharu MCA, kemungkinan kita nak bagi peluang, nak menguji penerimaan pengundi disitu tentang kepimpinan baharu MCA," katanya.

Saya rasa kita semua dah boleh agak dah - Gerenti Kalah ! 

Nak lawan dengan Taiko besar PR ..... tapi nak letak calon dari Mca ? Kalau PR main isu Melayu, nak kata apa ? 

Mungkin Mca boleh lakukan satu kejutan dengan mencalonkan seorang calon Melayu ! Pasti gempak dan Mca ( dan BN ) juga boleh mendapat political mileage.... seperti yang saya katakan, kalau dah tahu akan kalah dalam pertandingan, cubalah cipta kemenangan dari sudut persepsi pula.

OK, siapa pula calon yang sesuai, yang mampu beri sedikit persaingan kepada Anwar supaya tidak malu besar nanti ? 

Sekali lagi point saya, kalau dah tahu Prk Kajang memang dah gone case, kenapa tidak jadikan ia sebagai satu medan ( game ) lain ?

( ok, kat sini sesiapa yang pro Najib boleh klik keluar sebab perbincangan seterusnya adalah buat mereka yang sudah tidak percayakan Najib sebagai PM lagi. Malas nak bertekak kenapa, kenapa ... )

Saya ingin cadangkan supaya Muhyiddin jadi calon BN bagi Prk Kajang !

Serius nih .... mungkin beliau saja yang mampu berikan satu saingan bermakna kepada Anwar. Kalau letak Najib saya rasa memang hancur lah walaupun saya amat teruja dengan cabaran Azmin supaya Najib yang bertanding, biar Taiko besar lawan Taiko besar. Tapi memang tak perlu pun Najib bertanding. Anwar siapa ..... takkan nak letak Anwar satu level dengan PM kot.

Tapi kalau level TPM ....... kena juga sebijik kat Anwar di situ.

Apapun point utama saya adalah dalam isu mencari calon menggantikan Najib, samada secara langsung atau tidak langsung. 

Ingat sebelum ini persoalan utama yang ditimbulkan mengenai jawatan PM .... bukan soalan samada Najib layak atau tidak sebab ramai yang dah give-up dengan Najib tapi soal siapa calon yang layak menggantikan beliau.

Seolah ramai yang setuju Najib dah tak layak cuma kita tak sepakat siapakah calon yang layak. Ramai yang kata mereka akur dengan Najib sebab tidak nampak siapa yang boleh menggantikan beliau sebagai PM.

Calon yang paling layak adalah Muhyiddin selaku TPM dan Timbalan Presiden Umno. Masalahnya Muhyiddin sendiri dah takde semangat dan ada khabar2 angin yang mengatakan beliau sendiri tidak berminat nak jadi PM.

Komen saya kepada Muhyiddin - Mohon tuan lihat the Greater Picture ! Ini soal perjuangan agama, bangsa dan tanahair bukan perjuangan peribadi. Kita nak pertahankan maruah dan survival bangsa Melayu. Kalau tuan dah tak minat, maka tuan sepatutnya BERUNDUR SEGERA !

Jangan nak berlengah2 lagi dijawatan no 2 itu. Sebab orang melihat penyandang jawatan no 2 itu sebagai pengganti jadi kalau penyandangnya sendiri tidak ada minat nak jadi no 1 walaupun keadaan memerlukan beliau bertindak, maka dengan sendirinya akan wujudlah situasi 'tidak ada calon sesuai untuk ambilalih no 1'.

Tanpa disedari tuan sudah menjadi penghalang kepada kehendak orang Melayu yang mahukan kepimpinan yang lebih tegas dan berwibawa. Kalau tuan berundur ( sebab dah hilang fighting spirit ), dan digantikan dengan pemimpin lain, secara otomatis kita sudah punya seorang calon buat menggantikan tempat Najib !

Apa kaitannya dengan jadi calon Prk Kajang ?

Pertama, sebagai medan memulihkan semangat perjuangan Muhyiddin ! Dan sebagai medan membuktikan apakah Muhyiddin punya what it takes to take on Najib.

Kalaupun kalah kepada Anwar, tapi kalau Muhyiddin mampu berikan persaingan sengit, apatah lagi mendapat sokongan padu pengundi Melayu, saya percaya 'nama beliau akan naik'. Apatah lagi kalau ditakdirkan MENANG !

Kedua, kalau kalah teruk juga, bersara jer lah. Duduk saja sebagai no 2 walaupun dah tak bersemangat pun, tak mendatangkan faedah ! Berilah peluang kepada orang lain yang masih punya semangat juang. Mungkin bila dah naik pangkat, keupayaan orang baru itu akan mula terserlah ..... seterusnya membuka mata rakyat akan kemunculan 'calon yang sesuai ganti Najib'.


Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 9:30 AM

Din
perjuangan merosakkan Dua Pemimpin Besar UMNO Tidak akan berjaya.Insyaallah.

Semoga Allah terus melindungi Najib dan Muhiydeen dan memberi kekuatan kebersamaan agar Malaysia terus dilindungi anasir2 perosak.

....................
Reply To This Comment ...................
February 4, 2014 at 9:45 AM

@AnonymousPerjuangan peribadi/pemimpin vs perjuangan agama dan bangsa .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 10:10 AM

UMNO patut tanya diri mereka apa kah 'winning factor' yang mereka ada kali ini untuk menang selain dari menabur berjuta juta ringgit kepada orang cina,sekolah cina,kesabaran dimaki oleh orang cina,kesanggupan berdiam diri bila islam di hina sebab semua ini TELAH di buat semasa PRK Sungai Limau. Semasa prk Sungai Limau seperti biasa MCA akan berkata orang cina sudah banyak meyokong balik BN,UMNO pun syiok sendiri dan kemudian bila hari undi nanti habuk pun tak dapat!!!

Zahid Hamidi punya 'keberanian BODOHnya' dengan cogankata "lawan tetap lawan" hanya LAKU sebelum hari pilihanraya.selepas itu bila buat postmortem kita akan dapat tahu orang Melayu HANYA berani di cabar jika di agak bertanding dalam pilihanraya TAPI tak ada TELUR bila orang cina cabar kita untuk membela maruah bangsa melayu dan ugama kita.

Sejak Ahjibgor menjadi PM dari dahulu hingga sekarang maruah dan hak hak Melayu sentiasa di cabar sehingga hari ini belum ada TEGURAN terhadap orang cina supaya menghentikan perbuatan ini. Lemah nya pimpinan Ahjibgor ini sampai hari hari kita tengok bloggers pro Ahjibgor sampai mengutuk PAS kerana membiar Islam di hina. Bukan kan ini tanda betapa 'DESPERATE' nya UMNO sampai kena HARAP PAS(musuh UMNO) untuk tolong lawan DAP bagi pihak mereka! Hello UMNO....wake up PAS dengan DAP adalah rakan dalam perjuangan menghacurkan UMNO!! Ini tanda tanda yang menunjukkan pimpinan Ahjibgor sangat LEMAH sehingga penyokong2nya kena harap bantuan dari musuh mereka untuk lawan orang cina.

Dayus nya Parti President UMNO sehingga sudah tidak ada seorang cina lagi pun yang hormat UMNO,jadi jangan buang masa dan duit parti untuk bertanding di Kajang.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 10:23 AM

@dinturtleBro Din,itu dari aspect calun yang bertanding tapi bagi aspect pengundi2 pulak ia lah pilihan seorang calun yang akan memberi kuasa kepada orang cina memerintah negara ini vs calun yang sudah lapuk yang menunggu masa kerajaan nya hancur!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 10:29 AM

Pejuang IRM

Didalam sistem siasah Islam tiada istilah vs atau paling tepat pemberontakan. Islam kuat kerana sistem ketaatan rakyat kepada Ketua.

http://abuaqif.blogspot.com/2012/03/hubungan-rakyat-dengan-pemerintah.html

Bacalah diatas agar bermanfaat .Insyaallah.

Din kita berbicara atas dasar demokrasi yunani dan dipaksakan oleh Yahudi kepada seluruh dunia samada kafir atau Islam.Kenapa Yahudi paksa?

http://id.wikipedia.org/wiki/Demokrasi_Athena

http://muslim.or.id/manhaj/syura-dalam-pandangan-islam-dan-demokrasi.html

Maaf lah Din kali ini banyak link agar sama-sama bermanfaat.

Perjuangan melawan anasir golongan kafir sudah memasuki era proaktif..Semoaga Allah terus memberi kekuatan kepada semua cybertrooper pro kerajaan BN.

Din aku harap engkau membaca balik komen di

http://dinturtle.blogspot.com/2013/12/11-perkara-perbelanjan-berhemah-sektor.html

Isu kangkung yang dianggap bakal merubah dan memaksa Najib tidak menjadi.Malah sudah mula berpusing dan cerita kos sudah mengendur.

Din ingat perjuangan Melayu hanya semata-mata ekonomi gagal......cukuplah MRSM sebagai bukti...Dulu melayu miskin dapat belajar di tempat idea pendidikan UMNO MRSM bila dah kerja dan memandu kereta mewah .... maki UMNO kenapa ya?

Din...Ingat!
Ingat! ...... penggal pemerintahan UMNO akan BERAKHIR.......... dan sudah sampai ke penghujungnya ...."bukan kerana kepimpinan UMNO."

Najib mewarisi kepimpinan dan TERPAKSA membuat transformasi. Mahathir hebat tetapi beliau manusia.

Maaf Din........... Zaman Tun Razak Melayu berbasikal tetapi sokongan kuat kpd UMNO.
Zaman Mahathir melayu sudah berpecah teruk PRU 1999 membuktikan melayu majoriti memberi sokongan kepada PAS.Cuma cina menyokong Mahathir.salah ke fakta ini? Sejarah tidak boleh menipu betul kan?
Jadi siapakah menyokomh Cina????

Najib terus dihina kerana mernjadi PM kepada semua rakyat seolah-olah Najib perlu perangi selain melayu dan bantai CINA?

Begitu ke sikap seorang MUSLIM?

Din.Lupakah anda siapa Anwar? Bukan ke segala-galanya sudah terbongkar?(AIDC)

Anwar sudah membuka langkah........Din
UMNO bukan berhadapan sebarangan jentera maya.PAKATAN dibiayai bukan perorangan tetapi NEGARA.Tak kan kau tak tahu negara mana biayai cybertrooper PAKATAN?

Aku sedih tetapi apakan daya perjuangan cybertrooper Pro BN memang hebat tanpa SESEN mereka berjuang semampu mungkin............

Perjuangan mesti diterus dan diwaktu keadaan kritikal sebaik-baiknya gencatan senjata antara TERBAIK.I
Ini bukan masa kita berperang sesama sendiri tetapi mengoraklah langkah berstrategi melawan musuh YAHUDI ANTARABANGSA.

Jadilah perjuang berfikir 100 tahun bukan melawan untuk 5 hari.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 10:56 AM

Bn kajang akan kalah. D masjid2 d sana pon pas dogol dah pegang tetapi tidak di urus dgn baik. Dok main pilih org dia sj kerja habok...letak lah tun m pon. Sepets will start to b demanding

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 1:09 PM

Apa kejadahnya TPM nak jadi ADUN pulak? Adoyai...
Kalau ko cadang UMNO letak Fathul Bari atau KJ tu boleh la aku consider nak sokong.

Kajang sebenarnya masih kawasan PAS. Kalau ustaz Hassan Basri dicalonkan, mungkin ramai penyokong PR Melayu yg consider berpaling tadah. Silap-silap Cina dengan India yg sokong PR pun akan tukar kem.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
February 4, 2014 at 1:21 PM

Artikel yang dah lama aku tunggu. Kalau sebelum ini fokus kita terlampau kepada Najib, sekarang kita buat penilaian tentang kualiti barisan kepimpinan dibelakang Najib. Satu permulaan yang sangat baik bila Muhyiddin menjadi fokus kita pula. Pada aku ada dua persoalan yang timbul bila kita bercakap tentang Timbalan Presiden UMNO ini.

1. Adakah beliau selesa dengan kedudukan sekarang kerana dia tahu Najib lemah dan tidak mampu melakukan sesuatu keatas diri beliau?

2. Adakah Najib selesa dengan kedudukan dia kerana dia tahu Muhyiddin lemah dan tidak mampu menjatuhkannya?

Kalau Anwar dikatakan mabuk kuasa, bagaimana pula kita melihat kedua-dua pemimpin tertinggi negara sekarang ini? Adakah kerana mereka ni ahli UMNO maka mereka tidak mabuk kuasa juga? Anwar memang kita nampak rakus mengejar jawatan idamannya. Najib dan Muhyiddin pula nampak selesa selepas kuasa ditangan mereka. Mereka seperti lelaki yang baru je klimaks, tersenyum puas setelah apa yang dihajat telah pon tercapai walaupun pada ketika yang sama, mereka terbaring lemah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 1:51 PM

TSM perlu ada konsep perjuangan yang luarbiasa utk bertanding sebagai calon PRK kajang.Kena asingkan peranan Kem. Pendidikan Malaysia uat sementara.Focus kepada permasaalahan masyarakat majmuk dari isu yang biasa semasa PRU 13 yang lalu.Konsep yang berjaya merangkumi semua undi pebilang kaum.Asasnya yang satu,memberi kesan yang pelbagai dan mendahului parti lawan.Kena reduse permasaalahan yang di jangka berangkai dari RS.Buka minda pengundi dan memberi ruang pengharapan yang luas.Kalau sebut RS semasa PRK kajang di sudut yang mengutamakan naluri kerajaan pusat dan di putar belitkan kenyataan serta berjaya mempengaruhi minda pengundi maka BN kena bungkus awal2 ler.Andaikata tewas,maka imej TSM sebagai assistance general akan tercalar di PRU 14 dan memberi kredit yang besar pada parti lawan untuk maju ke putrajaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 2:16 PM

TSM kena menang,tidak boleh tidak....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 4:23 PM

Bagi ler PKR lawan calon bebas.Bebaskan penamaan calon bebas dari senarai bertanding PRK kajang.Berikan kemenangan percuma pada anwar brahem.Biar dia tersengeh sampai ke telinga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2014 at 1:04 AM

Saudara alfie ,UMNO/BN sudah tak relevan lagi...tenggelam punca dibawah kepimpinan ajib gor ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2014 at 11:13 AM

Melayu kampung.

Jangan dalam kepala asyik nak berpolitik kuasa je.

Untuk pengetahuan Muhiydeen sedang melaksanakan Pelan pendidikan yg mengambil masa 13 tahun.

Masalah orang2 melayu semasa perlaksanaan Pelan telah dibuat penilaian melibatkan semua rakyat malaysia tetapi yg hadir sangat sedikit.

Alhamdulillah perlaksanaan ini sudah mula berjalan insyaallah rakyat Malaysia bakal berubah dengan ilmu bukan lagi asyik2 persepsi je....

Buat kerja la abang melayu kampung jgn tahu asyik berpolitik kangkung je.

Najib sudah memberi kad laoporan apa lagi lanyak la...apa la kau ini sembang macam ya ya je.

Baca laporan ekonomi dan pelan yg dah dilaksanakan.Bagi la idea.Di website PM atau telepon je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2014 at 11:28 AM

Macamana Muhyiddin nak bertanding DUN? Alamat dia kena daftar di Selangor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2014 at 1:10 PM

PRK Kecil Kajang yang terkenal dengan SATAY nya , Najib, Muhiyydin atau MCA tak layak cabar Anwar sure Kalah punya cuma seorang saja yang boleh cabar dan kemungkinan menang besar. Beliau sama standard dengan Anwar dan dikenali ramai hingga ke SIngapura, Brunei dan Indonesia. Yang layak cabar Anwar di PRK Kajang is the one and only mister 'WAAAAAHIIIIIDDDDDDDDDD" satay.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2014 at 12:04 AM

BN kena buli dgn PR aje.Ingat zaman Pak lah.masa PRK,asyik kalah sesaje.Bila ura2 peralihan kuasa,ada sedikit perubahan sebab nak tukar pucuk kepimpinan.Graf naik sebab masa tu jer,lepas tu menurun di kocak anak pak brahem.Sama jer zaman pak ajibnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2014 at 12:25 AM

UMNO dan BN semakin hari semakin kukuh di bawah pimpinan DS Najib. Walau bagaimanapun, pada masa ini kekuatan tersebut masih tidak cukup untuk mengatasi PKR di Kajang. Sekiranya BN boleh mengurangkan majoriti kepada kurang 3,000, ia sudah menjadi kemenangan moral. Calon sesuai mungkin orang MCA Kajang yg berpengaruh.

Post a Comment