........... PERMATA - Kazakhstan Juga Puji Tapi Kerajaan Kita Masih HIPOKRIT ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PERMATA - Kazakhstan Juga Puji Tapi Kerajaan Kita Masih HIPOKRIT !

Wednesday, February 12, 201414comments


Negara Kazakhstan pula tampil menyatakan kekaguman dan minat dengan program Permata yang diilhamkan oleh Datuk Seri Rosmah Mansor - Mkini.

TAHNIAH ! !

Serius nih beb - TAHNIAH ! ! Saya dari dulu lagi PUJI program Permata ni. Seperti artikel saya sebelum ini - Rosmah Dan Misi Jual Permata - Jangan Jadi Hipokrit la ! - saya juga puji Permata cuma ada beberapa pihak yang tersalah faham maksud artikel itu seolah saya mengkritik Rosmah. Padahal jika anda baca dengan teliti, saya SOKONG dan PUJI konsep Permata terutamanya bab -

Rosmah said that at the Permata Negara centres, the children found themselves in a comfortable and pleasant atmosphere without any feeling of racial difference, and together sang the “Negaraku” national anthem and learned the “Rukun Negara” national ideology. 

“At the Permata Negara centres, we want the children to undergo a good interaction process without coercion or the need for a special programme to foster unity among them,” she said. 

Rosmah said feedback showed that children who went through the Permata Negara centres underwent a process of healthy mingling whereby they were able to pick up the dialect or language of the other communities. ( KLiK )


Yang saya tulis Jangan Hipokrit itu, ditujukan kepada kerajaan Najib !

POINT UTAMA saya sokong Permata adalah kerana ia mengamalkan konsep SATU SEKOLAH dimana semua kanak2 tanpa mengenal kaum dikumpulkan dalam SATU SEKOLAH supaya process Healthy Mingling itu dapat dilaksanakan. Kalau dipisah2kan mengikut kaum, contohnya Permata Pintar Cina, Permata Pintar Tamil, Taska Permata Cina, Taska Permata Tamil dan lain2, apakah proses Healthy Mingling itu dapat dilakukan ? 

Tidak mungkin kan.

Jadi sayang sekali konsep yang diamalkan oleh Permata tidak diterima oleh kerajaan untuk sistem pendidikan sekolah2 kita. 

Kita duk puji2 konsep Permata malah turut berbangga bila negara2 luar juga memuji Permata lantas mengharumkan nama negara TAPI PM Najib kita pula berbangga dengan konsep Vernakular yang ternyata BERLAWANAN dengan apa yang diilhamkan oleh isteri beliau.

Makanya saya katakan HIPOKRIT !


Sekali lagi saya ucapkan TAHNIAH atas usaha gigih Datuk Seri Rosmah memperjuangkan konsep Permata cuma amat besarlah harapan saya sekiranya Datuk Seri dapat jual konsep Permata itu kepada suami Datuk Seri sendiri sebelum sibuk mempromosikannya ke luar negara.


Najib Bapa Vernakular, Rosmah Ibu Permata ...... tapi bila Vernakular dan Permata itu sendiri TIDAK SELARI, sekali lagi saya katakan, itu HIPOKRIT namanya.

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 12, 2014 at 1:26 PM

Assalam Bro

Dua biji Najib kena...

....................
Reply To This Comment ...................
February 12, 2014 at 1:51 PM

Agree..Like 1000X

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
February 12, 2014 at 2:24 PM

Mungkinkah patut Rosmah dilantik senator bagi mengambil alih jawatan menteri pendidikan? Muhyiddin dah bercelaru otaknya. Anak-anak kita dah jadi bahan ujikaji beliau yang kerap kali gagal. Sekarang timbul isu Pentafsiran Berdasarkan Sekolah (PBS). Makin lama, kredibiliti semua pak menteri BN makin kerap tercalar. Buat kerja ikut sedap hati sendiri tapi tak tahu cara perlaksanaan. Hasilnya, terpalit lagi tahi kemuka BN DAN pengundi yang menaikan mereka. Sampai bila kita asyik nak memperkatakan tentang kelemahan sahaja. Langsung tidak ada sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan yang membolehkan jiwa kita rasa bersemangat untuk bersama mereka. Bukan kita anti kerajaan tapi kerajaan anti kepada kita nampaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
February 12, 2014 at 3:18 PM

Aku poning baco entri kou nie din... mana yang mana betul sokong dan tak sokong... lastly hipokrit lak...

Bagi aku :-

1. Permata itu gemilang. Gemilang bererti yang hebat.

2. Jadi dalam permata Rosmah, siapa yang di gilap.Siapa yang di gelap. Bukankah anak-anak kita boleh di cermerlangkan pada peringkat awal ?. Kenapa program nya "exclusive" sangat ? - saya guna perkataan inggeris kerana keterujaan Najib mengguna bahasa inggeris dalam semua program pembangunan nya ! Jika tidak, bunyi perkataan Melayu tidak gah agak nya ! Dasar yang berlawanan dengan memertabatkan B.Kebangsaan. Lihat lah Bulan Bahasa nanti. Berkobar-kobar tapi semua tipu belaka....

3. Jadi Permata Rosmah hanya gilapan palsu. Untuk yang terpilih sahaja. Walhal beliau ialah ibu anak-anak kecil Malaysia. Beliau yang berupaya bergerak dan mencorak sebagai idola kepada ibu-ibu sebenar anak-anak ini.

Jadi belanja besar merangkumi semua - memulangkan semula duit rakyat demi mendidik pelapis masa hadapan dengan jalinan PERPADUAN dan keintelektualan sejagat ! Ini lah anak-anak Malaysia yang di inginkan. Bukan liar penuh maksiat.. .. .

Maka PM Najib - perkasakan Melayu, Islam dan Bahasa Melayu. Ini ikrar Umno ! Bukan vernakular, liberal dan neo-agenda. Sedar lah Dap dan Dingdongzong berdekad dengan perjuangan sama ! Semangat rasis cina yang sama. Mereka punya unsung hero/heroin yang berani mencabar terangan kedaulatan Melayu, Agama, Raja dan Negara ! Dengan sebab itu PM Najib kena jadi KETUA kepada mereka. Mengawal perasaan ekstrim seada nya agar selari dengan konsep perpaduan yang di lancarkan nya !

Tidak perlu terhegeh-hegeh lagi !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2014 at 4:01 PM

Zaini Hassan dalam Utusan hari ini (12/2/14) juga turut menegur kerajaan ttg betapa pentingnya sekolah satu aliran diperkasakan dan perlunya sekolah vernakular dihapuskan dalam sistem pendidikan negara..Subjek yg telah lama dikupas oleh saudara din sblm PRU13 lg.. Hehe..

....................
Reply To This Comment ...................
February 12, 2014 at 5:45 PM

@maaeSaya puji KONSEP Permata sepertimana yang disebut oleh Rosmah. Samada pelaksanaannya menepati konsep, itu cerita lain lah.

Tapi jika benar konsep Permata itu gemilang, kenapa tidak diterapkan dalam sistem pendidikan kita, kenapa hanya hadkan kepada kanak2 sehingga 5 tahun saja ( taska Permata ).

Dan sebaliknya, kalau benar konsep vernakular itu yang terbaik buat negara sepertimana yang dibanggakan Najib, kenapa tidak terapkan dalam Permata ?

Maksud saya adakan pilihan Permata mengikut kaum - Permata Cina, Permata India, Permata Kebangsaan dll

....................
Reply To This Comment ...................
February 12, 2014 at 5:49 PM

@AnonymousRamai kawan2 yang ikut sama memperjuangkan Satu Sekolah dah lemah semangat bila Najib begitu teruja dengan sekolah cina.

Perlukan satu lonjakan gempak untuk bangkitkan kembali semangat mereka :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2014 at 5:52 PM

salam,
kat permata tu ada berapa kerat orang jer. setakat kerat dan batang, memang menjadi. bab ah jib gor sokong vernakular dan tak selari dengan kehendak kak mah mengikut konsep permata pintar, tu kena bijak fikir. tu pasal ah jib gor dok pakai kondom sokmo. takut nanti dapat anak baru pulak. tapi naik ke barang ah jib gor. macam takut jer kalu terangsang.

....................
Reply To This Comment ...................
February 12, 2014 at 6:01 PM

@dinturtleTerimakasih kerana beritahu akan artikel itu, memang terbaik ! Nanti akan saya kupas...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 8:12 AM

@dinturtle

Biar betul ko nih Din?

Setahu aku, Permata nih hanya untuk golongan2 tertentu dan pemilihan pelajar adalah tersangat esklusif!

Aku pernah mohon untuk anak aku tapi kena tolak dgn alasan sudah penuh! Mereka syorkan masuk ke tadika kelas 'kedua' iaitu tadika KEMAS. Anak kenalan aku pulak (ada kedudukan dan agak kaya) diterima masuk Permata. Kata anaknya, tidak ramai pelajar2 Permata....

Mungkin aku tidak faham 'Term & Condition' dia... Anak UMNO ker.. Anak menteri ker atau aper2 jak lah!

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2014 at 9:29 AM

@dinturtleLaa... kan saya kata dah, saya puji KONSEP Permata, bab perlaksanaan tu saya tak tahu la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 3:16 PM

@dinturtleSaya rasa hang tak payah teruja sgt dgn konsep atau segala benda tentang permata ni din... kau bayangkan apa faedahnya kalau kau membasuh sungai??? sungai tu kan dah sentiasa secara semulajadi membasuh. sebabnya ialah kanak2 berumur satu hingga 5 tahun, mereka tak kenal erti bangsa, dialek, perasaan benci membenci dan sebagainya... pernah lihat mereka bergaduh sebab bangsa? malah selalu kita lihat mereka mesra antara satu sama lain samaada di pasaraya, diklinik atau di pasar. Yang menjadi masaalah ialah bila budak2 ni berumur 10 tahun keatas, mulalah datang sikap rasisnya. jadi masa tu lah perlunya kita didik dan terap mereka sikap berbaik-2... Jadi apa yang Rosmah buat ialah perabih duit dgn membasuh sungai....

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2014 at 3:31 PM

@AnonymousSebenarnya itu juga yang saya cuba gambarkan .... :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 6:05 PM

Tak kan tak faham Bro,menantu kak Ros pun dari negeri ini,anak kepada kenamaan salah satu menteri di sana,biasa lah orang putih kata 'reciprocal ' ,Kita puji mereka,mereka puji kita.
Mesti juga news di Kazakhstan yang mengata 'Malaysia puji kerajaan mereka;maklum lah for political mileage.

alfie

Post a Comment