........... Pembangkang Semakin Kuat Atau Umno Yang Semakin Lemah ? @ Jatuh Bangun Bangsaku Bersama Najib ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pembangkang Semakin Kuat Atau Umno Yang Semakin Lemah ? @ Jatuh Bangun Bangsaku Bersama Najib ...

Wednesday, February 19, 201414comments

UMNO/BN HAMPIR PASTI TUMBANG PRU14!!

BN, UMNO dan pimpinannya tidak akan dihormati oleh sesiapa lagi di kalangan rakyat, jika;

1. Pemimpin mereka terus "membungkam" dan tidak lagi mengerti apa maksud BN ditubuhkan (dijenama semula dari Perikatan, 1974).

2. Dan kenapa UMNO itu wujud, diwujudkan dan diterima oleh hampir seluruh umat Melayu dan di dalam masa yang sama pemimpin UMNO ini diterima dan diiktiraf pula oleh lain-lain kaum sebagai pemimpin yang boleh dipercayai oleh kaum mereka.


Kehilangan kepercayaan umat Melayu terhadap pimpinan UMNO dan hilangnya sifat "hormat dan akur" di dalam jiwa kaum cina dan India terhadap UMNO dan kepimpinannya, adalah musibah terbesar terhadap kehidupan bernegara dan keharmonian hidup rakyat.



Tidakkah itu yang sedang berlaku sekarang ? Umno semakin LIBERAL, perjuangan atas nama bangsa sudah dilihat sebagai tidak progresif, sebagai ketinggalan zaman dan tidak LIBERAL.  Jiwa LIBERAL pemimpin2 TERTINGGI Umno seperti Najib dan KJ sudah mewarnai jiwa Umno.


Apakah Umno sekarang masih lagi menikmati RESPEK yang sama seperti dulu dari akar umbi Melayu ? Bangsa lain tak payah cerita la ....


Apakah Umno masih lagi kuat ? Atau Umno sebenarnya semakin lemah ? Jika Umno dilihat semakin lemah, apakah kerana pembangkang semakin kuat ?


Atau pembangkang dilihat sebagai kuat kerana Umno yang semakin lemah ?
 Kita lihat Anwar sebagai contoh .....

Kekuatan dan pengaruh tertinggi dan terhebat Anwar Ibrahim adalah pada ketika dia dipecat dari parti dan kerajaan pada tahun 1998. Kekuatan pengaruh bercampur dengan sentimen simpati begitu tinggi terhadap beliau. Ketika itu Anwar paling kuat dan berpengaruh. Pengaruh beliau pada 2008 dan 2013 jauh lebih berkurangan dari kekuatan yang beliau miliki pada tahun 1999.

Persoalannya, kenapa pengaruh beliau ketika beliau dalam keadaan begitu kuat dapat dikekang dan kenapa ketika pengaruh beliau dalam keadaan sudah merosot pada 2008 dan 2013 pula pihak pembangkang berjaya memecahkan kekuatan kuasa UMNO/BN, hingga banyak negeri yang tumbang?


Semua ini jelas membuktikan bahawa masalah pokoknya bukan Anwar atau pembangkang sudah bertambah kuat dan disokong oleh rakyat.

MASALAH SEBENARNYA ialah pemimpin dan kepimpinan tunjang BN, iaitu UMNO sudah terlalu lemah untuk mempertahankan kuasa mereka. 




Kita juga dapat lihat betapa semakin hebat agama Islam dan bangsa Melayu dipersenda dan diperlekehkan oleh bangsa2 lain sejak akhir2 ini. Adakah kerana kerajaan Najib meraikan kebebasan bersuara atau kerajaan Najib lemah tidak berdaya mengawal keadaan dan keadaan ini diambil sepenuhnya kesempatan oleh musuh2 bangsa ?


Rumah tiang 14 komponen Barisan Nasional ini tidak akan diyakini lagi untuk didiami jika tiang utama kepimpinan BN ini sudah lemah dan boleh dimakan anai-anai. Tiang seri ini sepatutnya tidak lut dimakan anai-anai.

Hari ini tiang utama ini begitu lemah dan longlai. Mudah alah dengan tekanan samada tekanan dari rakan komponen, mahupun tekanan dari luar.




Kita asyik bising memarahi mereka yang sering mempersendakan bangsa dan agama, namun provokasi tetap mereka teruskan .... lepas satu satu. Langsung tidak ada perasaan takut apatah lagi respek kepada kerajaan Najib. 



Kerana mereka nampak kerajaan Najib ini LEMAH dan tidak berdaya. 

Tapi kita TETAP juga bising memarahi mereka ..... tidak ada siapapun yang mahu CERMIN DIRI dan berfikir apakah masalah sebenarnya berpunca dari dalam.

Si A hina kita, maka kita pun bising marah pada si A, esoknya si B hina kita maka kita pun bising marah B, lusa si C pula hina kita maka kita pun bising marah C ..... tulat si A hina lagi dan kita pun marah lagi si A ..... SAMPAI BILA ?

Serius tanya nih - Jika keadaan ini berterusan sehingga PRU14, apakah Umno masih mampu lagi bertahan sebagai kerajaan ?

Selagi kepimpinan UMNO ini dibarisi oleh pemimpin bertaraf "loban" yang lampung di dalam, anai-anai Anwar Ibrahim yang sama yang gagal memamah kekuatan pemimpin ponak suatu ketika dulu akan begitu mudah memamah pemimpin loban yang akhirnya akan menyebabkan UMNO dan BN rebah menyembah bumi pada PRU14 akan datang.


Atau kita sebenarnya TAKUT untuk bertindak dan hanya mampu berharap keadaan akan berubah dengan sendiri ...... KALAU TIDAK BERUBAH DAN KITA MASIH LAGI LEKA, BAGAIMANA ? 

Takperlah, sabar jelah ..... bersama Najib kita jatuh atau bangun.


Sepenuhnya - KLiK

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 8:19 PM

Fakta 1: UMNO telah hilang kekuatan sebanyak 75% akibat ketandusan pemimpin seperti Dr.Mahathir.

Fakta 2: Keris UMNO dah lama berkarat dan hanya sebagai bahan gelak ketawa.

Fakta 3: Sejak nuar dipecat, orang melayu semakin berpecah belah dan cina chauvinist kafir harbi bermaharajalela, konsisten menindas dan lantang menghina melayu Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 8:38 PM

umno lemah sebab bijan dan pemimpin2 umno yg ada semua terbukti lemah dan tak bertelur..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 9:15 PM

Bro Din,

Aku tak nak lah jatuh bangun ngan Najib! Kalu bangun kuat bermimpi nak jadi populis, kalu jatuh memang tersungkur punya! Lainlah pulak kalu harga kangkong yang jatuh tersungkur...

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
February 19, 2014 at 9:45 PM

Mungkin lepas dah dapat BR1M nanti, ramai (rakyat yang biasa-biasa saja) mula tunjuk rasa muak dengan kepimpinan yang ada sekarang. Kalau bising-bising sekarang, takut melepas dapat duit free.

Kenapa tak buat kajian berapa ramai sebenarnya yang masih lagi ahli UMNO? Berapa ramai sebenarnya Melayu yang "duduk atas pagar"? Perkara ini harus di ketengahkan. Biar pemimpin yang ada sekarang sedar diri. 2018 akan dipenuhi dengan pengundi muda. Yang veteran dah ramai yang dah "pergi". Dari sekarang hingga 2018, ramai lagi yang akan pergi.

Relevan ke lagi UMNO yang hanya bersandar kepada kenangan silam? Sejarah memang penting tetapi prestasi pemimpin yang sedia ada mestilah berada pada tahap tertinggi. Barulah sejarah UMNO kekal terpelihara. Buat masa ini, KPI mereka tersangatlah rendah. Kalau ditulis guna dakwat, wajib menggunakan warna merah saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 10:06 PM

Din Turtle oo kan ke DR M dah habaq buat mase ni cume Najib je le yang layak jadi OM ain elek padekek. Yang baguih baguih semua dah masuk PASm DAP dan Pikir lar (PKR)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 10:27 PM

Tepat.. Anwar tidak sekuat mana. Puncanya kerana UMNO yg menjadi semakin lemah.
Kewibawaan pemimpin UMNO mula hilang sejak dibawah pentadbiran tun dollah dan dibawah najib, imej itu menjadi semakin teruk dan rakyat terutamanya org melayu melihat bagaimana seorang demi seodang pemimpin melayu mejadi terlalu lemah untuk mempertahankan hak mereka yg dinyatakan secara jelas dlm prlembagaan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2014 at 7:41 AM

@Anonymous

Ko tak biasa dgn Mahathir. Sdah lah buat komen tak berasas nih. Mahathir suka gaya bahasa menyindir, gaya bahasa budaya orang Melayu. Apa yang beliau maksudkan sebenarnya UMNO gemar mencantas mereka2 yang benar2 berwibawa untuk jadi pemimpin. Sendiri boleh perhati fenomena ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2014 at 7:50 AM

Salah Dr Mahathir. ..dia ni tak reti develop pemimpin pelapis...nama je PM masa tu...

So Dr Mahathir yang sebenarnya merosakkan Umno...

....................
Reply To This Comment ...................
February 20, 2014 at 9:30 AM

Assalam Bro

Dalam UMNO sendiri ahli dan pemimpin nya yang menjadi ANAI2 tu... Rumah batu pun boleh runtuh kalau ramai yang jadi anai2nya dari jadi tukang penyembur serangga... Begitu agaknya apa yang jadi pada UMNO sekarang... reput secara semula jadi dengan pemimpin yang malu nak berkata benar... Rasanya aku pun tak sanggup nak jatuh ke longkang bersama NAJIB... Jadi apa pilihan yang ada????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2014 at 10:50 AM

Bang din tolong xplen bab tun ngan kassim ahmad islam goyang la nie bang din tolong bang din tolong

....................
Reply To This Comment ...................
February 20, 2014 at 3:15 PM

@Anonymoussaya menanti jawapan dari Tun mengenai perkara ini. Komen awal Tun tidak ada kata beliau sokong Kassim , sekadar tidak komited.

Bila masuk round kedua dimana Jakim makin keras, keadaan dh nampak lain .... jadi saya tunggu komen Tun dulu sebelum ulas.

Saya tak mahu memandai2 ulas sesuatu yang saya tak tahu

....................
Reply To This Comment ...................
February 20, 2014 at 6:27 PM

@dinturtlehttp://dinturtle.blogspot.com/2014/02/isu-seminar-kassim-ahmad-dan-tun.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2014 at 4:16 PM

Umno lemah sebab utamakan kroni dan anak bini. Rakyat hidup susah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2014 at 4:22 PM

Malang nasib orang melayu ketandusan pemimpin berjiwa rakyat, baik dalam bn atau pr. Kita tak nampak tokoh kepimpinan yang hebat itu. Yang ada hanya pemimpin gila kuasa , yang mahu membesarkan perut sendiri dan suku sakatnya saja.

Post a Comment