........... PBS - Asal PM/Menteri Baru, Mesti Dasar Baru ! Habis Cacamarba Jadinya .. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PBS - Asal PM/Menteri Baru, Mesti Dasar Baru ! Habis Cacamarba Jadinya ..

Thursday, February 13, 201433comments

Keputusan kerajaan mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menunjukkan ada sesuatu yang tak kena. 

Apa itu PBS ? Anda boleh rujuk di Wikipedia atau secara ringkasnya -

PBS dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid tingkatan satu, dan menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang dalam pelbagai segi, berbanding berorientasikan peperiksaan.

Menerusi sistem ini, tiada peperiksaan akhir tahun dan setiap hari guru dikehendaki menilai pelajar berdasarkan enam tahap, bermula daripada aras pemahaman sehingga tahap tauladan.

Data kemudiannya direkodkan ke dalam sistem komputer berpusat.- TMI

Peperiksaan UPSR dan PMR juga akan dimansuhkan.


Bunyi memanglah cantik, tapi kenapa guru2 merungut ? Hingga ada yang merancang hendak berdemo supaya PBS itu dimansuhkan terus bukan hanya dikaji semula.


Semalam berita TV3 ada menyiarkan rungutan guru2 berkaitan PBS ini. Bantahan bukan hanya kerana memikirkan tambahan beban kerja sendiri tapi juga kerana memikirkan kepentingan murid2. 

Antara isu2 berkaitan PBS yang dibangkitkan oleh guru2 - ( beritasemasa )
  1. Guru kecewa dengan komputer yang tidak cukup bagi memasukkan data SBA sehingga mengakibatkan masalah sistem.
  2. Guru terpaksa bangun seawal jam 3 pagi sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data SBA ke dalam sistem pelayan kementerian.
  3. Guru-guru mendakwa Data PBS yang lepas tidak akan digunakan untuk menilai prestasi pelajar tingkatan tiga tahun ini ekoran arahan kementerian yang berbeza kepada guru untuk memasukkan markah pelajar tingkatan satu bermula 2012
  4. Nisbah pelajar dan guru tidak seimbang dan sistem penilaian pelajar yang masih belum jelas
 Laman FB KamimahuSPPBSDimansuhkan juga telah diwujudkan.

Saya sendiri ada bertanyakan 2-3 orang guru akan komen mereka tentang PBS dan tumpuan komplen mereka lebih banyak tertumpu kepada komputer dan line internet yang tidak up to standard. Maknanya, kementerian harus pastikan dahulu segalanya sudah tersedia dan up to standard sebelum memperkenalkan satu2 dasar baru.

Kalau yang dibandar2 pun komplen, apalagi di pendalaman dimana line internet lagi lemah !

Rumusan saya senang jer - Sebelum diperkenalkan PBS ini, adakah dilibatkan sama wakil guru2 dalam sesi perbincangan ? 

Atau, ada ke tidak wakil guru terlibat sama dalam team penasihat yang mencadangkan PBS ini kepada Menteri Pendidikan ? Ker kerajaan pun main redah jer walaupun dalam isu yang melibatkan pendidikan ?

Asal ada PM baru atau Menteri baru, MESTI ada dasar baru yang mahu diperkenalkan ..... walaupun dasar lama itu masih baru lagi ( belum dilaksanakan sepenuhnya ).

Tak boleh ke kekalkan dasar2 lama yang masih relevan dan terbukti berjaya ? 



PS - Dasar baru mungkin bertujuan baik tapi buatlah kajian menyeluruh terlebih dahulu terutamanya dari segi kemampuan perlaksanaannya supaya hasilnya mampu diterjemah dengan bukti kejayaan, bukan sekadar atas kertas kerja saja.

Paling penting, libatkan sama pihak yang berkaitan. Jangan main redah jer.

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 11:02 AM

Bro din , baik pm kah atau menteri kah apa yang depa tau ? Anak2 depa sendiri masuk hantar international school bro . Depa sendiri x tau apa rakyat mahu untuk sekolah kerajaan .bagi saya sapa yang masuk sekolah kerajaan akan mendapat peratus nak lulus tinggi tapi kualiti pelajar yang tak jamin. Dimana sini saya dapat tengok anak2 depa sekolah swasta akan lebih pandai dari anak2 orang lain yang belajar di sekolah kerajaan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 11:28 AM

Ini pasal nak memuaskan hati golongan tertentu sahaja dan majoritinya datang dari pihak pembangkang. Contohnya, si pak tua tak sedar diri A. Samad Said. Untuk menjadi polpulis dan disebabkan juga tiada pendirian atau memang benar2 bodoh tulen, kerajaan melalui Mudin pun membatalkan PPSMI dan mengenalkan sistem PBS tanpa sebarang kajian atau perincian terlebih dahulu.

Konsep bodoh seperti ini dan tindakan yang sama juga berlaku ketika kerajaan melaksanakan dasar rasionalisasi subsidi tapi pada masa yang sama meluluskan kenaikkan caj dan harga untuk sesetengah perkhidmatan asas. Cuba tanya menteri cap ayam, adakah kajian terperinci dijalankan sebelum membuat sesuatu keputusan? Yang kerajaan tahu, semua adalah salah orang lain!

Dalam kes pendidikan, apa yang perlu dibuat sebenarnya hanyalah penambah-baikkan sistem yang sedia ada. Bukan mahu berlagak pandai supaya dipandang POPULIS! rekod pendidikan menunjukkan sebelum ini paras keboleharapan atau daya-saing peringkat dalam dan luar nagara adalah tinggi (IPTA, IPTS, dsb). Tapi sekarang....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 11:43 AM

semasa sekolah tahun 50-60han dah ada pengeredkan sekokah keputusan peperiksaan murid ditentukan. kecemerlangan murid masuk ke sekolah terbaik contoh mckk stk seremban smsg penang dll yang susahnya nak jadi sekokah dan guru supaya jadi bagus dengan murid bermacam ragam last-last sekali reverese to the old system amacam pakdin sutuju ke

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 11:43 AM

Sbg suami kpd guru yg terpaksa menjadi bahan ujikaji KPM, sy sendiri melihat betapa terbebannya guru2 diperlakukan oleh sistem separuh masak ini.
Sudah menjadi rahsia terbuka bgmana KPM begitu terburu2 melaksanakan sistem ini hanya kerana untuk mencapai KPI Transformasi najib.
Kenapa sy kata separuh masak? Sbb ms sistem ini mula di laksanakan, majoriti guru2 masih blurr dan tak tahu bagaimana mahu melaksanakan sistem ini kerana tidak ada standard guideline dan arahan yg sering kali berubah dari masa ke semasa.
Lps tu bila guru2 buat aduan, PPD dgn selamba menyalahkan guru sbg pemalas dn asyik merungut kerana mereka tak rasa betapa susahnya guru berusaha utk menjayakan sistem ini walaupun mereka sendiri tertekan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 11:56 AM

Sistem ini atas kertas mmg cantik, semua nampak sempurna jer. Lg cantek bila org yg present sistem ini kt kementerian pandai goreng guna ayat2 bombastik.. Mmg rs teruja sgt.. Dan kementerian pn dgn rs bangganya aprroved sistem ini dilaksanakan sbg sebahagian dr sistem dn dasar pendidikan negara.
Persoalannya kenapa kerajaan begitu tergesa2 nk laksanakan sistem ini walaupun masih banyak prkara yg belum selesai? Apakah kerajaan tak tahu kesannya atau mereka buat2 tak tahu kerana faktor politik menjadi asas keputusan dibuat?

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2014 at 12:10 PM

Bro
Aku ni YDP sebuah sekolah kebangsaan. PBS ni pada dasar dan objektifnya baik. Kerana apa? tak da murid yg akan terbiar kerana kurang cerdik dari yang lain. Guru2 biasanya akan meninggalkan mereka yg lemah kerana mengejar prestasi akhir tahun peperiksaan. Bila sekolah berjaya mengeluarkan seberapa ramai murid mendapat 5A atau 8A yang akan mendapat pujian ialah guru2 besar dan guru2 sekolah.

80% murid biasanya berada dalam kelompok yg kerung menyerlah. Mereka ini akan ketinggalan. Ketinggalan ini berkumpul dari tahun ke tahun dan hasilnya negara kerugian besar kerana mengeluarkan murid yg below par. Itu sebab dalam kajian PISA (Programme for International Student Assesment) Malaysia jatuh ke nombor 55 (bacaan), 57 (mathematik) dan 52 (sains) dari 74 buah negara yg mengambil bahagian dalam PISA ni pada tahun 2009. Murid2 kita kekurangan dari segi "High Order Thinking" kerana kita bukan belajar tapi menghafal mata pelajaran yg diajar.

Sistem PBS ni memerlukan guru2 merekod kemajuan pelajar setiap hari dari murid melangkah kaki kesekolah hingga balik ke rumah. Guru2 bertanggungjawap kepada kemajuan setiap murid. Dan data2 ini perlu didownload ke server di Jabatan Pelajaran setiap hari. Guru2 menghadapi masaalah kerana line sering "hang" kerana overload. Kerajaan perlu mengatasinya secepat mungkin.

Sebagai ibu bapa saya sokong sistem PBS ni kerana dengan adanya 1Bestarinet di sekolah kita boleh akses kemajuan pelajaran anak kita dari mana2 melalui ID yg diberi kepada setiap murid. Kalau anak kita ponteng sekolah pun kita boleh tahu. Apakah kelemahan anak kita disekolah. guru boleh hantar emel kpd kita dan kita juga boleh htr emel kpd guru. Sekarang ni anak2 boleh klentong kita yg dia tiada homework walhal homework berlambak.

PBS ni memberi peluang setiap murid mendapat pendidikan samarata baik yg cerdik mahupun yg kurang cerdik. Sekarang ini jika sekolah mendapat keputusan yg baik dgn bertambahnya murid dapat 5A segala kelemahan boleh disapu bawah tikar kerana ibu bapa takut hendak mengkritik sekolah atau kita malu sendiri kerana anak kita tak dapat 5A.

Aku tahu kenapa guru2 tak mahu PBS ni kerana prestasi guru boleh dinilai dengan lebih telus oleh ibu bapa, guru besar dan Jabatan Pelajaran.

Aku harap kerajaan tidak tunduk dengan tekanan dari guru2 dan persatuan guru2.

Aku harap kerajaan dapat menyelesaikan masaalah hardwarenya. Mungkin ini yg terlepas pandang atau konsultan2nya yg kurang cerdik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 12:32 PM

Sistem ini lebih banyak contra dr pro. Antaranaya:
1. Penggunaan Band (band 1-6) menggantikan gred peperiksaan (A-F) sebenarnya mewujudkan grey area yg sgt besar bukan shj kpd parents ttp jg kpd murid itu sendiri.
Ini krn cara penilaian pelajar tidak menggunakan satu kayu ukur standard seperti peperiksaan. Ini menyebabkan pelajar2 dr kelas corot boleh dapat band 5 walaupun kaedah mereka dinilai tidak sama seperti pelajar pintar yg dapat band 5!
2. Sistem tanpa peperiksaan ini menyebabkan pelajar yg malas belajar bertambah malas dan pelajar yg nk belajar hilang motivasi kerana guru perlu menilai pelajar mengikut tahap masing2. Kalau 1st test gagal, guru mesti buat lg test lain sampai pelajar tu lulus tak kiralah berapa byk test pn janji lulus. Jadi kemungkinan guru perlu merendahkan tahap ujian hanya semata2 utk memenuhi level pelajar tersebut.
SEPATUTNYA pelajar yg perlu berusaha untuk mencapai tahap yg dikehendaki, bukannya kita merosakkan sistem utk mengikut rentak pelajar.
3. Beban kerja yg melampau kpd guru sehingga menjejaskan P&P. katalah satu kelas ada 35 orang, maksudnya guru perlu menyediakan 35 evidence utk kelas tersebut, darab la dgn berapa kelas yg guru tersebut mengajar..beratus2 evidence nk kena siapakan. Bayangkan betapa banyak masa yg terpaksa digunakan hanya untuk melakukan kerja2 pengkeranian seperti mencetak soalan, kerja2memfail dan memasukkan data kedalam sistem!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 12:44 PM

@Esa Adam

Satu perkara yang mungkin YDP nih terlepas pandang. Melalui PBS, prestasi pendidikan adalah berasakan 'band' menyebabkan persaingan tidak lagi wujud di dalam kelas. Oleh itu, 'objektif mudah' ke arah kecermerlangan di dalam kelas sudah tidak ada mengakibatkan kebanyakkan murid menjadi semakin MALAS belajar. Sebagai contoh, dulu murid-murid akan sentiasa berusaha untuk mendapat kedudukan di dalam kelas, tetapi sekarang murid-murid menjadi semakin leka! Alasan mereka, belajar kuat-kuat pun macam tidak menampakkan hasil!

Mungkin ada sesetengah pendapat menyatakan yang kurang bijak akan terus di abaikan melalui sistem yang lama, tetapi bukankah semua itu atas dasar faktor USAHA dan KAEDAH pendidikan?

Hakikatnya, cubalah lihat sekarang. Kad laporan pencapaian murid sudah tidak ada. Apa yang didakwa sebagai 'monitoring' secara online hanya indah khabar dari rupa. Tak perlu jadi YDP untuk anda mengatakan anda tahu semua memberi bayangan seindah syurgawi! Berapa baik taraf penembusan internet di negara kita? Orang-orang kampung (macam yang Din utarakan) pula bagaimana? Jangan beranggapan bahawa semua penduduk di malaysia adalah seperti di PUTERAJAYA!

Seperti iklan satu syarikat minyak...

"bagaimana kami tahu, sebab kami juga pemandu seperti anda" (bukan Pemandu bodoh Ahjib tu yer!)

Dalam hal ini biarlah adil dan jangan hanya tahu melabel guru-guru sebagai PEMALAS! Aatau alangkah baiknya kalau tuan YDP sendiri menjadi cikgu di sebuah kampung terpencil!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 1:14 PM

Esa Adam..
Bagaimana anda yg berada dalam sistem pendidikan boleh berperasangka buruk terhadap guru2 yg merupakan pihak yg selama ini begitu komited melaksanakan segala dasar pendidikan negara walaupun mereka sering dilupakan atas pelbagai sebab.
Sebenarnya org seperti anda lah yg menyebabkan maklumat asal dr akar umbi di salah tafsir apabila sampai keperingkat tertinggi yg membuat keputusan. Masalah asal tidak diselesaikan, pihak lain pula yg dipersalahkan.. Bengong!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 1:20 PM

Esa,
masalah PBS bukan hanya hardwarenya shj, yg lebih besar lg adalah mekanisma yg diguna pakai untuk menilai pencapaian pelajar sebenarnya tidak praktikal,membebankan guru dan terlalu bias kepada murid seolah2 peranan guru dh jd mcm bibik. Sistem sekarang memberi terlalu byk kelonggaran kpd murid tetapi pd ms yg sama menyusahkan guru..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 1:45 PM

Dulu kementerian pendidikan sarankan sekolah kurangkan penggunakan kertas. Tp bila PBS diperkenalkan, penggunaan kertas makin banyak sebab guru perlu menyediakan rekod pencapaian setiap pelajar selama 6 tahun (sek rendah) dan 5 tahun (sek men.) Lps tu semua rekod pelajar yg bertimbun tu akan dibuang mcm tu jer la..
Kat situ pn dh nampak KPM sendiri tak rasa bersalah pn langgar dasar yg mereka sendiri perkenalkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 2:10 PM

Nk pelajar bagus,cemerlang akedemik, sahsiah dan segala bagai tp hati dn perasaan guru2 langsung takdiambil peduli dan dijaga. Mcm mana guru2 nk mengajar dgn gembira jika emosi mereka tertekan dan terbeban disebabkan sistem yg tidak sempurna gara2 sikap culas dan pentingkan diri para pembuat dasar/keputusan?
Nk kaji apa lg sistem yg mmg dh terbukti bermasalah sedangkan kajian menyeluruh sepatutnya dibuat diperingkat awal. Bukannya dh separuh jalan br nk check apa brg yg tak cukup.
Semua ini hanya mengiakan kelemahan perancangan, integrasi dam lefahaman memyebabkan satu keputusan yg buruk telah berlaku.
Muhyidin dan semua menteri di KPM harus memikul tggjwb ini dgn meletak jawatan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 2:21 PM

Cikgu skrg gaji dh mahal. Berlambak graduan yg jd cikgu. Kpli ratus ribu yg mohon. Masa interview semua sanggup. Saya sokong PBS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 3:12 PM

Cantek teorinye, tp praktikalnye, sabor aje le ! tengok aje le cacing tu berpusing.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
February 13, 2014 at 3:13 PM

Lepas ni, aku yakin akan ada kenyataan tentang projek menaiktaraf kelajuan internet yang bernilai berbilion-bilion ringgit untuk memastikan guru-guru dapat akses sistem dengan mudah. Lepas tu umum pulak perbelanjaan ratusan juta ringgit untuk naik taraf sistem yang selalu "crash" kerana tak cukup kapasiti.

Kenapa guru tugasnya bukan lagi mengajar? Kalau sistem pendidikan selalu saja berubah atas alasan untuk meninggikan lagi taraf pendidikan, maka biarlah guru dengan tugas mendidik. Sediakan peralatan secukupnya bagi mereka melakukan tugas. Jangan hanya kerana menteri tiba-tiba dapat ilham baru, guru ditambahkan bebanan tugas. Sampai nak mengajar pon tak cukup waktu.

Anak-anak kita kesekolah untuk mendapatkan ilmu. Kalau nak buat apa-apa sekalipun, tugas asas seorang guru jangan diganggu.

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2014 at 3:22 PM

@AnonymousYa, komen2 dari 'ground' sebegini yang kita mahu dengar. Komen yang bersandarkan pengalaman supaya kita lebih memahami isu sebenarnya apa dan kenapa guru2 sendiri protes.

Amatlah tidak adil menuduh guru2 sebagai pemalas kalau kita tidak mendengar suara mereka.

Mereka yang pro PBS, cubalah jawab point2 yang dikemukakan ini.

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2014 at 3:28 PM

@Esa AdamPandangan saudara ada logiknya tapi begitu juga pandangan mereka yang dibawah.

Saudara lebih ke arah Pentadbir sementara komen2 contra di bawah lebih ke arah Pelaksana.

Kita kena faham kedua2 jenis pandangan ini dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 3:32 PM

masalahnya, ramai juga guru yang tergamak ponteng mengajar dengan mengambil MC dengan sengaja. terutama sekali hari isnin, hari jumaat, hari di antara cuti umum dan hujung minggu, waktu2 peperiksaan dsb. jika benar2 tidak sihat, tidak mengapa tetapi majoriti adalah mereka yang MC atas urusan peribadi. jadi di manakah keberkatan hidup?jangan cuba nak tegakkan benang basah sebab saya berurusan dengan mereka2 itu.

bila keikhlasan bekerja dah tiada. inilah akibatnya. semua hendak ditentang dengan pelbagai jenis alasan.

kementerian pendidikan pun hampeh juga. sepatutnya sempurnakan dahulu prasarana sebelum mengeluarkan arahan berskala besar seperti ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 3:55 PM

Kemana pergi bijak pandai negara yg bertaraf professor dlm bidang pendidikan? Adakah mereka ini tidak dijemput semasa merangka sistem ini? Jika ada, adakah pandangan golongan ini telah diambil kira semasa proses menggubal sistem ini?
Ingat lagi semasa kerajaan nak mansuhkan PPSMI, ada mereka jemput dan berbincang dgn Tun M? Selepas keputusan di buat, baru kerajaan jemput tun utk dengar hasil keputusan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 4:45 PM

Pembelajaran adalah proses manakala peperiksaan hanyalah alat untuk mengukur prestasi/pencapaian murid.
PBS merupakan sistem yg berat sebelah kerana hanya guru yg bertungkus lumus untuk mengajar dan perlu menggunakan pelbagai instrument yg menyusahkan tetapi murid pula seolah2 tiada peranan dan tanggungjawab diatas pencapaian mereka sendiri.
Sebagai contoh,jika murid tidak dapat menguasai sesuatu topik,maka yg akan dipersalahkan adalah guru. Di tuduh la guru dengan pelbagai kata2 kesat seperti tak pandai mengajar, pemalas dan sebagainya walhal murid yg hendak belajar seolah2 terlepas dr hukuman.
Guru ibarat air sungai yg sentiasa mengalir dan murid umpama kuda yg sedang kehausan. Tiada siapa yg boleh memaksa kuda untuk minum jika dia tak mahu.
Sepatutnya muridlah yg perlu dididik oleh keluarga dan bukannya menyerahkan bulat2 anak mereka kepada sekolah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 5:04 PM

Esa adam,
Tolong faham apa sebenarnya asas penolakan guru terhadap sistem PBS ini.
Guru tidak pernah mempersoalkan tujuan dan matlamat PBS. tetapi apa yg menjadi asas penolakan sistem ini ialah PERLAKSANAAN SISTEM YG TIDAK PRAKTIKAL atau dalam erti kata lain sistem yg terlalu MEMBEBANKAN guru.
Bagaimana sesuatu dasar itu akan berjaya jika proses perlaksanaannya begitu menyusahkan? Apakah akan tercapai maksud murni sesuatu dasar itu?
Kami yg menghadap murid setiap hari sudah tak larat nk bertekak dgn org yg mempertahankan sistem ini termasuklah pentadbiran sekolah dan pegawai dr pejabat pendidikan.
Sebagai seorang pendidik,kami sentiasa ingin melihat anak murid kami berjaya kerana itulah tanda kepuasan kami mengajar tetapi dengan sistem PBS ini, kami merasakan yg pengorbanan kami mendidik anak bangsa tidak lagi penting dan dihargai malah diperlekeh dan semakin dipandang sepi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 5:37 PM

Din,
Setuju dgn mu. Masalah ni byk disumbangkan oleh sikap pihak pentadbir yg berlagak pandai dan bodoh sombong sbb tak nk dgr cakap,nasihat dan teguran dr guru sendiri. Mereka lebih suka dengar dan percaya cakap muluk consultant yg hanya nk jual dn dptkan duit dr sistem ni shj.
Semua keluhan guru dianggap sebagai alasan utk memburuk2 kan sistem ini sedangkan hakikatnya pegawai dari jabatan pendidikan sendiri pn tak tahu mcm mana nk execute benda ini secara detail.Dengan arahan dr pihak atasan yg sentiasa berubah dan tiada satu garis panduan yg jelas sememangnya memeningkan kepala guru..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 5:44 PM

@Anonymous

Anda tahu ektika ketika menuntut ilmu? Cuba tengok filem lama-lama. Menjadi anak murid bukan mudah. Paling penting, HORMAT orang yang memberi ilmu kepada kita selagi tidak diajar atau menyuruh perkara2 yang bertentangan dengan agama.

Sekarang nih, murid kena tegur tidak siapkan kerja rumah, siap bapa datang sekolah warning kat cikgu!

Macam tu punya budaya, mana nak heran moral dan tahap pendidikan yang rendah pada murid-murid zaman sekarang! Cikgu pula jadi mangsa tuduhan tak berasas! Cikgu pun manusia, sekali-sekala ada masalah peribadi yang harus diselesaikan! Bukan mesin ATM yg buka 24/7!

Kalulah cikgu-cikgu ni dicap sebagai pemalas dan tidak amanah, kenapa tidak hantar sahaja anak-anak korang tu ke sekolah venakular yang lain? Mereka tidak terttakhluk kepada sistem PBS ni.

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2014 at 6:17 PM

Terima kasih kerana banyak respon dari tulisan saya diatas. Banyak yg cotra dari yg pro. Saya percaya yg kontra tu dari kalangan guru2. Setelah berada dalam kalangan pendidik selama 4 tahun saya boleh kategorikan guru2 ni dalam dua kelompok. Yg boleh menerima perubahan dan yg liat mahu berubah. Masih berada dalam comfort zone.

1. Guru graduate yg lebih terbuka dan mahir dalam ICT. Ada yg didikasi dan ada yg kerja cari makan sahaja.

2. Guru bukan graduate yg dalam lingkungan 45 tahun ke atas. Kelompok ini ada yg boleh adapt dengan kemajuan ICT dan ada yg langsung tak mahu ambil peduli dengan perkembangan semasa. Setengahnya mark time untuk pencen.

Kelompok yg kedua ini ada yg tak mahu berubah. Ada emel, jarang buka emel bila kita hantar pesanan hingga kita terpaksa followup dgn talipon.

Seperkara lagi ada pandangan yg mengatakan murid juga kena memainkan peranan untuk kemajuan pendidikan. Kita tak boleh kata peranan guru dengan murid adalah sama. Guru lebih berpendidikan dan murid. Jadi tak mungkin boleh disamakan. Gurulah yg terpaksa mencorakkan murid. Murid ibarat kain putih. Kalau dicat hitam hitamlah jadinya.

PBS dan sistem lama tak ada perubahan dalam sukatan mata pelajarannya. Cuma PBS peperiksaannya dikira 60% (kalau tak silap saya) dan bakinya adalah kerja2 disekolah. Maknanya peperiksaan masih lagi komponen penting dalan assesmen murid. Jadi tak timbul murid akan malas belajar kerana peperiksaan tetap ada. Dan soalan2nya disediakan oleh Jabatan Pelajaran supaya tak timbul sekolah ini belajar setakat ini dan sekolah satu lagi belajar dengan sukatan lain. Mesti ada commonality.

Bila kerja2 murid disekolah diambil kira maka kita dapat pendidikan yg holistic bukan 100% exam based.

Sekarang ini murid darjah 1 hingga darjah 5 tidak diberi perhatian yg bersungguh. Bila darjah 6 barulah macam2 program dibuat untuk murid2 ni ambil peperiksaan UPSR. Kalau dah basic murid tu tak faham macam mana mereka nak faham dengan segala program yg dibuat beberapa bulan sebelum peperiksaan UPSR. Masa itulahlah diadakan tuisyen, kem motivasi, kem latih tubi, zooom A, score A dan macam2 lagi. Ini belum lagi dengan program kerohanian yg dibuat sebelum peperiksaan. Murid2 darjah 6 seolah-olah berada dalam pressure cooker.

Itu sebab saya sokong PBS ni kerana pembelajaran berterusan dari awal murid melangkah kesekolah hingga mereka ambil pep UPSR. (2017 tiada lagi).

Penilaian yg berterusan itulah yg diperlukan oleh anak2 kita bukan hingga air dah sampai kehidung baru kita nak bagi dia macam2 vitamin.

Bagi guru2 kena bersabar kerana kerajaan telah berjanji utk memperbaiki sistem key-in data2 ini yg sekarang ini menekan perasaan mereka.

Bila tiada UPSR nanti saya harap semua kelas mendapat perhatian yg sama rata dari guru2. Tidak ada lagi kelas yg terbaik mendapat segala macam perhatian dari guru besar/guru2/pibg dan kelas yg tercorot dibiar membawa nasib sendiri. Ini berlaku bukan sahaja disekolah saya tapi dikebanyakan sekolah baik dibandar mahu pun diluar bandar.

Guru2 yg fobia dengan ICT diminta berubah kerana anda akan ketinggalan dibawa arus perubahan.

Masanya akan sampai nanti yg murid tak akan diberi buku teks kerana mereka boleh akses melalui Cromebook disekolah dan juga dirumah. Satu hari nanti homework boleh dibuat atas talian, maknanya tak akan ada lagi buku tulis utk buat homework.

Teknologinya sudah ada cuma kemampuan kerajaan saja yg akan menentukan bila boleh dilaksanakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 6:29 PM

Aku setuju ngan PBS. Aku cuma tak setuju guru dikulikan untuk melakukan tugasan-tugasan yang tidak munasabah selain P & P. Kembalikan guru kepada tugas hakiki mendidik dan mengajar. Biarlah kerja-kerja tambahan diserahkan kepada staf yang dilantik khas dan staf tersebut mestilah ditempatkan di setiap sekolah. Kita tak mau anak-anak kita terjejas pembelajarannya kerana guru-guru penat mengadap komputer sehingga larut malam.

Idea yang cantik seharusnya datang dengan perlaksanaan yang cantik. PBS adalah satu cara untuk membuka minda murid bahawa gerbang ilmu itu sebenarnya lebih luas dari sebuah buku teks. Murid yang corot masih ada nilai tersembunyi yang dinamakan bakat terpendam. Bakat inilah yang perlu dicungkil dan diasah di peringkat rendah lagi. Suatu hari nanti diharapkan Malaysia akan melahirkan ramai graduan yang mempunyai x- factor bagi mengurangkan masalah pengangguran. X-factor itu dibentuk dan dibina hasil daripada bimbingan berterusan guru-guru dari sekolah rendah hingga menengah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 7:58 PM

memanglah manusia biasa..tapi MENIPU dgn mengambil MC utk URUSAN PERIBADI tak rasa berdosa ke? Apa guru2 di malaysia ni fikir semua ibubapa hanya bergantung kpd sekolah semata2? Ramai sgt ibubapa yg menghantar anak2 ke kelas tuisyen..eh? guru2 tak komplen pulak BEBAN KERJA jika buat kelas tuisyen..pelik bukan?

kepada para guru..jgnlah pentingkan diri sendiri. anda sendiri yg ingin jadi guru bukan? maka utamakanlah keberkatan gaji anda. kerjaya lain pun ada kesulitannya..ada lecehnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 8:11 PM

@Esa Adam

Kampung atuk nih siaran TV pun susah nak dapat! Apalagi internet! Atuk nih buta ICT, tahu toreh getah ajer! Nak beli komputer nak PBS manalah atuk mampu! Kos hidup pun dah naik nih! Nih, komen pun lepas atuk jual getah kat bandar. Bila abis jual getah, atuk singgah kejap kat CC! Harap adek ensem bro Din tolong postkan komen ikhlas atuk nih yer!

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2014 at 10:50 PM

Guru Malaysia gaji besar kerja mengular. Kerja dgn kerajaan tapi ramai betul penentang kerajaan. Awek lama aku di Buntut Pulau laki bini cikgu sembah Nik Aziz macam tuhan. Kesian... bila nikmat syukur kian lenyap lantaran imbuhan berlebihan tugas tak sepadan. Kawan kg aku cikgu pagi. Petang bisnes dobi kencang sakan. Jadi kontraktor lagi tak abis mkn.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 11:31 PM

Adalah sgt tidak adil melebelkan semua guru dgn gelaran yg tidak sewajarnya hanya kerana segelintir kecil mereka yg tidak amanah membawa lupur, semua guru terpalit..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 8:22 AM

@Anonymous

Itulah hakikatnya. Sebesar kain putih yang dibentang, setitik bintik hitam jugak yang terlihat!

Tapi tak mengapalah. Aku doakan anak-anak mereka akan menjadi cikgu-cikgu yang berjaya kelak... Doa orang teraniaya tidak ditolak Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2014 at 9:19 AM

Ade bebrapa org dlm keluarga sy yg jadi guru....sorry to say, guru yg bagus...mmg x banyak komplen...klu ty guru yg bagus psl pbs ni...mmg dorg akn support...yg xsupport tu yg ade bisnes luar...mcm sorg anon kt atas ckp, jd kontraktor la bagai....mmgla dorg xsuke, mase dorg byk abes buat mende lain...as a parent myself, sy xsuke anak sy dididik menggunakan sistem exam based. Pengalaman sy sndiri bila bekerja, pelajar yg pandai giler selalunya xmenyerlah dlm pekerjaan...kite nk bekalkan modal insan..xkanla sbb internet slow kite nk giveup....upgrade sostem internet, program will solve.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 10:15 AM

Bagi saya sistem lama tidak perlu diperbaharui tetapi perlu ditambah baik.
1.Sebenarnya sekolah yang mempunyai keciciran pelajar ialah sekolah yang kurang bilanngan gurunya. Bagaimana sekolah yang mempunyai 7 ke atas bilangan kelas dan setiap kelas mempunyai 30 hingga 40 pelajar. Pastilah sukar bagi guru untuk mengawal disiplin danakademik. Malah sekolah bukan tempat kecil tetapi adalah kawasan yang luas.
2.Sekiranya terdapat pelajar yang keciciran,guru boleh mengadakan kelas tambahan atau kem bagi meningkatkan prestasi pelajar dan motivasi dalam pelajar. Di sini timbul masalah bilangan kaunselor yang sedikit dan kos kewangan yang sedikit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 12:01 AM

Betul kata yang berbahagia Ungku Aziz.Saya sokong.Sistem pendidikan menjadi caca marba seperti yg berlaku skrg.Ingat, nak ubah tanpa perancangan rapi tak melibatkan kos ke...siapa yg kena tanggung.. rakyat juga.Buku2 dicetak guna tajuk baru.Now PT3lah pula.
Tapi PT3 ini baru diumumkan tengoklah pula bagaimana potensinya membantu sistem pendidikan hari ini.Minta2 bila penilaian PISA Malaysia dinilai lagi ada peningkatannya.
Tapi bagi pihak ibu bapa kami tak mahu macam PBS dulu...kami faham masalah cikgu....sbb tu bila result anak tak dpt kami sabar aje..periksa akhir tahun kami datang aje utk acara penyampaian hadiah tapi markah paper anak tak pernah dpt macam dulu2.Aleh2 dah dpt nombor aje.

Post a Comment