Ops Lalang - Tun Mahathir PENYELESAI Masalah, Tapi Siapa Yang PEMULA Masalah ?

Wednesday, February 19, 201418comments

Artikel sebelum ni - Ops Lalang - TERIMAKASIH Tun Mahathir ( sebagai orang yang bertanggungjawab ) ! - saya puji tindakan kerajaan @ Tun Mahathir kerana melancarkan Ops Lalang dan di akhir Postscript saya tulis -  Kalau Anwar juga turut bertanggungjawab dalam Ops Lalang, well ... TerimaKasih juga kepada Anwar !

Saya baru menonton video terbaru kempen Anwar di Prk Kajang di mana saya telah edit bagian yang berkaitan penafian Anwar yang beliau terlibat dalam Ops Lalang -



Tahun 87 .... saya baru Menteri Pelajaran ....  Menteri Pendidikan .... , Menteri Dalam Negeri Dr Mahathir, Perdana Menteri Dr Mahathir, Ketua Pemuda Umno yang bawa keluar keris tu Datuk Seri Najib ....

Anwar menafikan sekeras2nya yang beliau terlibat dalam isu Ops Lalang. Beliau cuma Menteri Pelajaran saja waktu itu dan tidak punya kuasa untuk bertindak dalam hal2 keselamatan dalam negeri seperti mana Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir ketika itu.

Seperti yang saya katakan, saya PUJI tindakan kerajaan menyelesaikan kemelut perkauman waktu itu melalui Ops Lalang tapi bila Anwar sendiri menafikan yang beliau terlibat, tak jadilah nak ucap TerimaKasih pada beliau.


Kenapa kita perlu terikut2 rentak Lim Kit Siang @ Pembangkang yang cuba memberikan gambaran negatif kepada Ops Lalang ? Bagi saya, tindakan kerajaan menggunakan ISA menangkap lebih 100 orang aktivis dan ahli politik dalam apa yang dinamakan Ops Lalang telah berjaya meredakan ketegangan antara kaum yang semakin memuncak ketika itu. Keamanan berjaya di kembalikan.

Rakyat Malaysia seharusnya berterimakasih kepada tindakan pantas pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut. Tun Mahathir mengaku bertanggungjawab .... so TerimaKasih Tun Mahathir !

TAPI ....... haaaaa.... ada tapi nya..... Ops Lalang adalah tindakan penyelesaian yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah yang timbul waktu itu.

MASALAH yang timbul itu pula siapa yang bertanggungjawab ?


Dari Wikipedia -


Kontroversi ini bermula daripada tindakan kerajaan menghantar guru besar dan guru penolong kanan yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Cina ke sekolah-sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC). Masyarakat Cina meragui keberkesanan golongan tersebut menguruskan pentadbiran sekolah kerana dianggap tidak dapat berkomunikasi secara berkesan dengan staf sekolah. 

Pada September 1987, satu rombongan Dong Jiao Zong telah menemui Timbalan Menteri Pendidikan Encik Woon See Chin untuk menyampaikan hasrat mereka agar pelantikan berkenaan ditarik balik. Pada 1 Oktober, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa guru besar dan penolong kanan yang dilantik akan diberi tempoh percubaan selama enam bulan. 

Keputusan ini tidak dipersetujui oleh ibu bapa dan pergerakan pendidikan Cina yang diwakili oleh Don Zong, Jiao Zong dan pertubuhan masyarakat Cina yang lain. Pada masa yang sama, parti MCA turut menyeru kementerian pendidikan mengkaji semula keputusan sebelumnya dan mahu ciri sekolah Cina dikekalkan. 

Pada 4 Oktober, Menteri Pendidikan mengumumkan Kementerian Pendidikan akan berpegang pada keputusan awal dan tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan politik. Pada hari yang sama, Dong Jiao Zong dan beberapa buah pertubuhan lain mengadakan pertemuan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan memutuskan untuk mengemukakan satu bantahan, yang dianggotai ibu bapa dan guru sekiranya isu itu tidak diselesaikan dalam masa dua minggu. 

Pada masa yang sama, Memorendum Mengenai Kakitangan Pentadbir yang Tidak Berkelayakan Bahasa Cina ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina diutuskan oleh Dong Jiao Zong kepada Kementerian Pendidikan. Memorendum ini mengecam kelalaian kementerian menangani masalah SRJKC.


Masalah berpunca dari isu PENDIDIKAN/PELAJARAN. Siapa tadi yang mengaku waktu itu sebagai Menteri Pelajaran ketika itu ?


Yang menyelesaikan masalah adalah Tun Mahathir ( yang mengaku bertanggungjawab ) yang bertindak menggunakan ISA melalui Ops Lalang...... Yang memulakan masalah ? ( atau mungkin lebih sesuai digunakan ayat - yang tidak pandai menyelesaikan isu sehingga menimbulkan masalah ? )

PS - Artikel ini melihat isu secara mudah/logik. Kalau betul2 nak kaji, anda boleh baca Kertas Putih mengenai perkara ini. 

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 9:09 AM

si juburi ni , memang pakar putar belit dan raja segala pembohongan , cina yang mandengar klentong si juburi ni , pulak macam anjing menunggu tulang yang akan di baling dek si juburi ni , sampai melilih air liur,tapi yang aku respect kat si juburi ni , dia langgar semua , apa yang dia tak buat , klentong, tipu, fitnah, maki hamun dan macam2 lagi , tapi pihak berwajib , pihak berkuasa ,kerajaan tak berani ambik tindakkan padanya,macam 1000 orang lawan seorang, yang 1000 tu tunduk tak berbunyi tak ada tindakn,bijan janan cakap le ,,, macam kura2 kepala , kaki , tangan dah hilang. atau pun dua badut (dgn saekor dua lagi badut lain) dah kawtim kat baelakang kita , dua2 badut ni dah kencing kita rayaat malaysia. (najib , anuar ingat lah bahawa kamu akan di pertanggungjawabkan di atas apa yang telah kau orang berdua laku kan keatas rayaat malaysia di akhirat nanti.)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 9:25 AM

Mampos anwar al-liwati dh kena check mate dgn bro din.
Ko telan la balik semua kahak hijau yg ko dh ludah nuar...
haakk ptuih..ptuih..ptuih...

....................
Reply To This Comment ...................
February 19, 2014 at 9:41 AM

@AnonymousNajib pula kalau tak silap, menafikan sekeras2nya yang beliau ada menghunuskan keris semasa Perhimpunan Pemuda Umno ketika itu ....... bersikap apologetik takut Li Kit Siang marah !

Jadi TAK JADI nak puji Najib juga...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 9:53 AM

Masing2 ada rahsia tu sbb dah jadi setan bisu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 10:19 AM

Bijak puak-2 pemimpin PR ni mencipta fenomena... mula-2 Cina komunis LKS membuat sepak mula, bila agak panas, si AlJuburi menafikan terlibat seolah-2 dakwaan LKS tu satu kata keramat atau sindiran dari pemimpin dunia yang amat dihormati. masing-2 buat-2 gelabah seolah LKS bapa tokong sudah marah.... mampus kalau tak mengelak ni... mereka mewujudkan satu viral dgn begitu tersusun dan akhir sekali kemuncak kpd viral ini ialah penafian PM yang kita sanjung dan sayangi dengan penafiannya menghunus keris, jadi si PM kita ni tolong hangatkan tembakan kpd TDM secara dia sendiri tak sedari... Penyokong PR tak payah sebutlah... setiap butir kata2 tokong dan bapa tokong akan disambut melebihi hadis dan nas alquran.... terutama parti ISLAM tuhhh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 10:23 AM

awal2 lagi nuar dah kantoi..memang dari awal dia ni punca masalah. skrg ni, bersahabat pula dengan lks..makin banyak masalah..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
February 19, 2014 at 10:26 AM

@AnonymousPemimpin Melayu sepatutnya BANGGA bila didakwa menghunus keris ( tak kiralah dia benar2 hunus atau tidak ) tapi pemimpin2 Melayu sekarang lain sikit , kalau boleh nak nafikan sekeras2nya !

Malah yang dah terang2 ngaku hunus keris pun boleh minta maaf.... maruah Melayu ?

Habis tu, buat apa guna lambang keris tanpa sarung pada logo Umno ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 11:14 AM

Mahal benar ayat nih... "Anwar sendiri menafikan yang beliau terlibat, tak jadilah nak ucap TerimaKasih pada beliau." lepas ada penambahan.. "Jadi TAK JADI nak puji Najib juga..."

macam siot jak ayat2 nih! Tapi, macam ada persamaan pulak keua-dua makhluk nih...


Apa pun, kalu puak2 PR baca, mo tak meroyan diorang nih!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 11:21 AM

Sekarang ISA dah tak ada. Kalu terjadi peristiwa-peristiwa mcm nih, ntah apa penyelasaian kerajaan Ahjibeng. Tak kan nak guna ops sikap pulak!

Hakikatnya, benih-benih ke arah peristiwa seperti itu mcm sudah bermula. Nih pun kebodohan Ahjib yang tidak mahu belajar dari sejarah, siap promote sekolah vena-ular versi cinabeng pulak tuh!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 11:23 AM

Setelah membaca kertas putih ops lalang, kita akan lebih memahami mengapa ops ini dilancarkan dan kaitannya dgn peristiwa2 yg menjadi accumulated factor tercetusnya peristiwa ini.

Fakta: Kit Siang adalah watak utama yg meniup api perkauman org cina utk DAP mendapat political mileage yg kemudiannya disambut oleh MCA dan GERAKAN.

Keputusan Anwar sbg Menteri Pendidikan utk tidak tunduk kpd Dong Zong menyebabkan hampir 30,000 pelajar cina memboikot sesi persekolahan dan berlaku himpunan haram menentang keputusan kerajaan akibat hasutan Kit Siang.

Pemuda UMNO yg ketika itu diketuai oleh Najib telah bertindak mengadakan himpunan org melayu sbg tindak balas ats apa yg dilakukan org cina. Pd saat ini keadaan begitu tegang dn suasana 13 Mei hanya menunggu detik utk berlaku.

Atas rahmat Allah, hujan lebat yg turun lewat ptg menyebabkan perhimpunan org melayu terpaksa bersurai.

KPN pd masa itu, Tun Hanif Omar telah menasihat dan mencadangkan kpd PM ketika itu, Mahathir yg juga merangkap Menteri KDN supaya dilancarkan gerakan menangkap dalang pencetus huru hara negara untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei dr tercetus. Tun Mahathir akur kerana pihak polis lebih arif dalam bidang keselamatan dalam negara.

Pengajaran: Suasana yg berlaku sblm ops lalang hampir sama seperti apa yg berlaku sekarang. Namun disebabkan ketegasan Tun M dan keberanian pihak polis brtindak, rusuhan yg lebih besar dapat dielakkan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 11:28 AM

Kit Siang dr dahulu begitu tegar memutar fakta sejarah mengikut versi DAP.
Org seperti ini layak dilucutkan kewarganegaraan kerana menjadi dalang meniup api perkauman utk mencetuskan huru hara dlm negara.

....................
Reply To This Comment ...................
February 19, 2014 at 11:29 AM

Bahasa menunjukkan bangsa. Itulah sebabnya Dong zong bermatian menegakkan hujahnya walaupun sebenar-benarnya mereka yang rasis. Orang melayu lemah kerana bahasa melayu tidak lagi diagungkan malah untuk mengangkat martabat sebagai bahasa rasmi negara pun tersipu-sipu. Dalam keadaan semasa saya amat menyenangi bandar kota bahru yabg dipimpin parti pembangkang. Walaupun banyak isu lain yang perlu diatasi tetapi lihatlah dimana-mana di kota bahru waima kedai basika ah seng pun dieja dengan huruf jawi berbahasa melayu. Kalau PBT yang sekecil ini boleh mengalahkan DBKL dalam menguatkuasakan bahasa melayu disamping memertabatkan tulisan jawi. Dimanakah Dewan bahasa dengan akta bahasa yang ada disamping DBKL yang berupaya berbuat demikian sekarang? Kenapa parti pembangkang bising di selangor dan pulau pinang berkaitan dengan dengan tulisan jawi tetapi menikus perkara di kota bahru khasnya dan kelantan amnya.

Itu belum lagi dengan ahli politik kerajaan yang sudah malu menggunakan bahasa melayu tetapi lebih kepada bahasa inggeris. Untuk apa? Bukankah perkara sebegini meminggirkan bahasa melayu dan jati diri melayu itu sendiri. Tambahan sekarang dengan fenomena sms yang menggunakan bahasa melayu rojak dengan timbul perkataan baru yang kononya lebih mesra pengguna ( ceciter, watpe dsb). Kalau dari segi bahasa kerajaan dan rakyat melayu khasnya tidak dapat mempertahankannya apalah yang diharapkan pada yang lain.

Ingatlah bangsa cina, india dan lain2 tidak kuat tetapi umat melayu kita yang lemah kerana berpecah belah atas sebab idealogi politi yang sempit tanpa memikirkan apa yang perlu untuk kebaikkan dan kesejahteraan umat melayu. Selagi kita tidak bersatu selagi itulah perkara provokasi melampau bangsa dan agama lain akan berterusan dan akan bertambah meruncing kerana kita alpa dan memberikan mereka kebenaran untuk bebrbuat begitu.

Kalau kita memikirkan agama sebagai elemen penyatuan maka ustaz2 jelmaan yang membuat ithjihad mengelirukan perlu dihentikan. Tumpukan kepada perkara besar dan bukan perkara remeh yang ulama besar sendiri tidak mempertikaikan antara satus ama lain waima dalam ibadah khusus seperti bacaan qunut didalam solat subuh yang mana ulama yang empat tidak mempunyai kesepakatan dalam hal ini namun ianya tidak menjadikan setiap ulama mengkafirkan sesama islam.

Selagi kita bercakaran selagi itu kita tidak mendapat keredhaan Allah didalam semua aspek kehidupan. Buka minda dan hati menilai segala perkara dan kita patut bertanya adakah allah menyukainya walaupun makhluk yang lain dibumi bertuah malaysia ini membencinya. Bangkitlah melayu, istiqamah dengan ajaran islam insyallah segala jalan keluar dan penyelesaian akan diberikan Allah azza wa jaala.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 1:25 PM

Najib ka,bukan kata operasi lalang.....cina maki hamun pun senyap. Inilah contoh PM paling bacul dan no balls. Eloklah Najib di bersarakan awal sikit sebelum hilangnya kuasa orang melayu di bumi Malaysia ini. Semenjak Najib jadi PM suasana ketegangan kaum sudah mulai di rasai akibat otak Najib yg tak reti nak fikir apa dah selain dr menghapuskan ISA.

....................
Reply To This Comment ...................
February 19, 2014 at 1:32 PM

abg din mohon dipautkan blog http://paritbuntarrebels.blogspot.com/.blogspot
dalam bloglist anda
blog anda sudah dipautkan.
sekian terima kasih

....................
Reply To This Comment ...................
February 19, 2014 at 3:32 PM

@paritbuntarrebelsDah lama ada dalam list !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 4:16 PM

din kenapa kita dok korek balik isu yg memang dah memberi kesan yg baik pada negara. Napa dok cari sapa yg punca semuanya, seolah nak tunjuk bahawa op lalalng itu satu tindakan yg salah pulak serta tindakan org melayu masa itu yg menyahut seruan kurang ajar bangsa cina sebagai tindakan yg berdosa.

Janganlah bersikap mengalah sokmo, apa shj yg telah berlaku yg menunjukkan keunggulan pemimpin dan org melayu dlm menghadapi sikap tak sedar org cina kita rungkai balik utk menunjukkan apa yg dah dibuat itu silap kita, maka inilah yg dikehendaki oleh kit siang, inilah klimak kit siang dihari2 tuanya dgn mengungkit balik sikap pemimpin melayu pada masa lalu sbg bersalah.

Ini sama dgn yahudi yg meletakkan tragedi pembunuhan ramai2 bangsa yahudi oleh nazi sbg point utk menutup mulut siapa sahaja yg menentang mereka dgn nama anti yahudi.

bdr jengka

....................
Reply To This Comment ...................
February 19, 2014 at 4:59 PM

@AnonymousYa, perhatikan cara pembangkang dan media pro pembangkang mainkan isu ini....mereka konsisten mengulangi desakan maaf seolah mereka telah dianiaya.

Bagi generasi baru mereka senang terpengaruh, makanya kita juga kena ikut main sama ikut versi asal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2014 at 10:49 PM

Good one bro!

Post a Comment