........... Malaysiakini dan The Malaysian Insider - Sejauhmana Anda Boleh Terima / Percaya ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Malaysiakini dan The Malaysian Insider - Sejauhmana Anda Boleh Terima / Percaya ?

Friday, February 21, 201411comments


Pagi Jumaat ni saya tak nak pecah kepala sangatlah.... saya nak bincang benda ringan jer. Saya nak tanya pandangan anda .... sejauhmana kebolehpercayaan yang anda boleh berikan kepada portal yang ramai sudah terima sebagai pro pembangkang iaitu Malaysiakini dan The Malaysian Insider ?

Saya akui saya banyak menjadikan kedua portal itu sebagai sumber rujukan artikel saya. Pertamanya kerana kedua nya antara yang paling cepat atau paling awal melaporkan sebarang berita berbanding portal lain. 

Keduanya juga lebih banyak menumpukan liputan kepada politik tanahair, terlalu politik sehinggakan  yang takder bau politik pun akan mereka politikkan. 

Ketiga kerana dengan merujuk kepada keduanya, saya sekurang2nya dapat memberikan sudut pandang yang lain atau dengan katalain, melondehkan spin yang cuba mereka lakukan melalui cara penyampaian. Bukanlah saya sorang tapi ramai lagi rakan2 blogger lain turut berusaha counter spin mereka ini.

Makanya saya lebih banyak merujuk kepada kenyataan2 sic atau yang punya tanda " ....." di mana mereka menyalin apa yang sebenarnya disebut. Bagian komentar yang kita perlu berhati2 dimana keduanya cuba beri penjelasan mengikut arah yang mereka mahu pembaca terima.

Bagian komentar dan/atau penjelasan yang banyak memaksa keduanya ( dan juga paper2 lain ) menarik balik dan meminta maaf bila digertak saman.

Jadi sekali lagi saya tanya, sejauhmana anda boleh terima atau percaya sebarang laporan dari Malaysiakini dan The Malaysian Insider ? Bagian laporan berita dan bagian komentar ?

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 9:02 AM

Saya terima dan percaya kerana ada agensi Khazanah advetise kat sana. CIMB kan..kan . kan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 9:04 AM

bro din , saya langsung tak pernah baca kedua2 portal tu, daripada baca mereka tu baik saya buat kerja yang berfaedah contoh korek lubang hidung atau cuci telinga..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 9:07 AM

Sejauh Ahjib dgn kak Rose.... Boleh baca, tapi jangan percaya bulat-bulat terus! Kena guna hotak dan perlu rujukan-rujukan yang lain. Hakikatnya, semua akhbar pun lebih kurang sama juga. Sangat selektif dan fokus hanya kepada kepentingan syarikat penerbitan msing-masing. Nak harap yang betul-betul telus, seimbang, tidak kepartian dan kosisten, memang tidak ada. Nasib baik ada blog Din Penyu tuh, kalu harap blog-blogyang lain, nampak sangat objektif mereka tuh.

Pujian Ikhlas Hari Jumaat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 10:04 AM

Semua artikel mereka hanyalah half truth/separuh benar.
Nk kata semua tipu pn tak boleh jugak sbb mmg ade sedikit sbyk kebenaran dlm tu.
Bahaya mereka ini adalah kerana mereka bebas utk mentafsir apa yg di quote mengikut selera mereka berasaskan hear say, perasangka dan andaian semata2 tanpa bukti konkrit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 10:16 AM

Baca tajuk artikel mereka pn dh menjengkelkan sbb TAJUK yg digunakan sgt provokatif serta tidak melambangkan isi sebenar laporan yg ingin disampaikan..

Baca bole, nk percaya tu lambat sket..

"Fikir sblm terima, Kaji sblm percaya..."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 11:47 AM

Apa2 pun mereka ni semua talibarut yahudi, jangan percaya pada pengkhinat. Go to hell !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 2:20 PM

Din, you already said it. I would read both news very much like you, infact even the mainstream media .... news is something that happen in the past, which in other words, is called history. History, although based on facts, will be projected according to the person who writes the history. Eg. Mat Kilau fights the British which is a fact. But when history is written, to the British, he is a rebel, but after Merdeka, he was our warrior. We can only blame ourselves for not reading enough and somehow get sucked in one's propaganda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 3:20 PM

Kedua2nya membuat laporan seperti 'orang yg melihat sebelah mata', o ya ada juga satu parti yg bersimbol seperti itu disini..., mgk sebelah mata pulak dan dirodok roket...tu la yg buat kepala nya senget!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 3:27 PM

Dua2nya pembohong kebanyakan berita dia lebih kepada propaganda buruk2kan kerajaan...

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2014 at 4:04 PM

Sebenarnya artikel ini adalah mukadimah kepada artikel seterusnya - http://dinturtle.blogspot.com/2014/02/jika-yakin-tmi-suara-pembangkang.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 5:17 PM

Boleh dikatakan berita dari Malaysiakini dan The Malaysian Insider MELOYAKAN...

Post a Comment