........... Luahan Akarumbi - Pemimpin2 Umno Sekarang Umpama Lemang Tepi Jalan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Luahan Akarumbi - Pemimpin2 Umno Sekarang Umpama Lemang Tepi Jalan

Friday, February 14, 20143comments


- Rupabentuk lemang sama macam lemang yang dibuat oleh ibu dan nenek saya dulu-dulu. Buluh masih sama. Beras bulut yang digunakan juga masih sama seperti dulu. Lemang yang dibuat masih menggunakan daun pisang dan santan.


Tetapi... Rasa lemangnya macam "hampeh".

 - Itulah gambaran idealogi dan perjuangan dalam UMNO hari ini. Pemimpin dalam UMNO muncul dan lahir bersepah-sepah, macam penjual lemang yang tumbuh membiak di tepi-tepi jalan. Tapi kualiti kepimpinannya hampeh.

 - Bukan sedikit melayu yang kecewa kerana apa yang dirasa dan dilihat serta diperjuangkan di dalam UMNO sudah sama sekali berbeza dengan apa yang kita pernah dengar datuk nenek kita dulu berjuang di dalam UMNO. Yang kita dengar dan difahamkan oleh kisah-kisah perjuangan UMNO dulu-dulu lain, tapi apabila kita aktif berjuang di dalam UMNO lain. Tak sama macam yang kita fahami UMNO yang sebenar seperti yang dikisahkan.

- Inilah sebab kenapa realiti yang berlaku di depan mata hari ini, sebegitu ramai orang melayu yang tercari-cari wadah perjuangan alternatif. Ada yang terus memilih untuk bersama parti pembangkang. Ada yang memilih untuk mewujudkan NGO-NGO sendiri.


Akhirnya, inilah yang kita sebagai orang melayu hadapi hari ini. Menyisihkan diri dari UMNO dan mencipta kelompok sendiri dengan keyakinan bahawa merekalah yang paling benar dan UMNO sudah tak boleh diharapkan lagi. Apabila keadaan ini terjadi, maka segala keburukan dan kerja-kerja keji, walaupun tidak dilakukan oleh pemimpin UMNO, semuanya akan dipakejkan keseluruhannya, "ini adalah kerja UMNO dan para pemimpinnya yang bobrok".

- Inilah yang sedang dihadapi oleh melayu hari ini. Kekuatan yang sudah dibahagi-bahagi kepada beberapa kelompok. Akhirnya, muncullah manusia-manusia seperti Teresa Kok dan yang seangkatan dengannya yang menghina dan mencabar maruah melayu.


Tapi, apa melayu dan para pemimpinnya boleh buat? Taada apa-apa pun. Paling hebat pun hanya mampu membuihkan mulut dengan cakap berbuih-buih. 



Saya ambil bahagian2 perenggan tertentu jer , untuk artikel sepenuhnya - KLiK.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 1:37 PM

Pemimpin UMNO hanya bertukar kulit menjadi melayu ketika PAU ajer. Lepas PAU, mereka kembali kepada kulit yang sebenar. Melayu bukan sekadar memakai baju melayu, bersamping, bertengkolok dan berkeris seperti yang pernah dilakukan oleh JJ ketika mengadap Obama.

Apa gunanya luaran sahaja nampak melayu tapi dalaman belum tentu melayu. Melayu dulu bukanlah melayu sekarang. Dulu-dulu melayu menderita, sekarang Alhamdulillah. Ramai dah berjaya hasil daripada perjuangan melayu terdahulu.

Selagi keadaan sekarang tidak diubah, selagi itulah melayu akan terus merempat di bumi sendiri. Nampaknya masih ramai yang lupa bahawa teras Malaysia ialah melayu. Hancur melayu, maka hancurlah Malaysia. Aman melayu, maka amanlah Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 2:27 PM

ajib kerismudin , zahid , nazri , si kitol ,, kak jat hampeh , biol punya kerismudin , yang hang pegi kerjasama tentera dgn yahudi singpork tu buat apa, ada masyuk kee

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 3:13 PM

Fakta 1: UMNO sekarang memang lemah, lebih lembut dari kangkong dan para pemimpinnya tak habis2 menipu orang melayu.

Fakta 2: UMNO sekarang nampak masih kuat sebab masih wujudnya sokongan orang melayu yang waras menyokong mereka demi nasib agama, bangsa dan negara.

Fakta: Aku terpaksa mengundi UMNO/BN pada pilihanraya lepas walaupun sebenarnya aku tak nak. Ini telah menyebabkan aku mengalami krisis identiti sebanyak 350% dan gangguan mental tahap 9. Aku tak tau berapa lama lagi boleh bertahan.

Post a Comment