........... Lim Guan Eng Jawab Isu Sekolah Cina Dalam Konteks Perpaduan ( Soalan2 yang Kita Biasa Tanya ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Lim Guan Eng Jawab Isu Sekolah Cina Dalam Konteks Perpaduan ( Soalan2 yang Kita Biasa Tanya )

Saturday, February 22, 201411comments


Terbaru yang tampil mempertahankan kewujudan Sekolah Cina sebagai bukan penghalang perpaduan adalah Lim Guan Eng -

“Saya rasa masalahnya ialah pendidikan kita telah dipolitikkan, kalau tidak, masalah perpecahan (kaum) tidak akan timbul dan perpaduan tidak akan dicabar,” 

“Masalahnya ialah kalau sistem pendidikan nak mengasing-asingkan rakyat, nak pecah belahkan rakyat, ini akan berlaku... pengasingan.

“Tapi kalau sistem pendidikan kita menitik beratkan, pentingnya ada perpaduan. Unity in diversity, saya rasa kita tetap akan lebih bersatu, saya rasa janganlah persalahkan bahasa ibunda dan sebagainya,” - mkini.

Peeeergh ... sekolah cina punya pasal, apek Tokong pun cakap tentang Unity in diversity ! 1Malaysia !

Tapi ayat apek sikat tepi itu sendiri menunjukkan beliau keliru -

“Masalahnya ialah kalau sistem pendidikan nak mengasing-asingkan rakyat, nak pecah belahkan rakyat, ini akan berlaku... pengasingan.


Laaa.... bukankah kewujudan pelbagai jenis sekolah itu sendiri yang mengasingkan pelajar mengikut kaum ? Ya, akan ada pelbagai kaum dalam setiap jenis sekolah itu tapi hakikatnya, setiap sekolah itu akan mempunyai majoriti pelajar mengikut kaum2 tertentu.

Maknakata - MAJORITI kanak2 diasingkan oleh sekolah pelbagai sistem ini.

Cuba tonton video yang saya edit dari kinitv ( panjang sangat video itu jadi saya ambil bagian yang berkaitan saja ). Ada lagi point2 menarik yang tidak diulas oleh artikel Mkini diatas, malahan ada juga soalan yang sering kita tanya berkaitan kewujudan sekolah vernakular yang mengasingkan kanak2 - ( saya sediakan transkrip dibawah, warna ungu adalah komen saya )




KLiK untuk ke Youtube.

( Oppps... nampaknya ada masalah copyright, jika ada masalah, anda boleh tonton video asal - KLiK , bermula dari minit ke 9:40)

Hos - Tidakkah patut mereka bergaul dengan semua kaum semasa diperingkat sekolah rendah ?
Tokong - Itu apa yang kita sebut pilihan

Hos - Tapi kalau kita asingkan, mereka tidak akan mengenal budaya antara satu sama lain ?
Tokong - Ada ! ....... akhirnya pun akan bergaul. Kalau kita lihat daripada sekolah rendah cina, bila mereka masuk ke sekolah menengah ... ( dicelah hos )

Hos - Tapi sudah terlalu lambat. Mereka telah lama tidak kenal bangsa lain, budaya lain.... jadi bila ke peringkat sekolah menengah, mereka akan meneruskan apa yang tertanam di fikiran mereka selama ini.
Tokong - Saya tak setuju ... ( dicelah hos )

Hos - Sepatutnya orang kata kalau kita nak melentur buluh, biar daripada rebung, daripada sekolah rendah, sekolah tadika,  kita bersama-sama ..... bukan seperti apa yang berlaku sekarang ini. Jadi YB tidak bersetuju dengan saya dalam hal ini ?
Tokong - Saya rasa, kalau kita lihat dari segi perpaduan, kalau kita demokratikkan pendidikan, masalah perpecahan tidak akan berlaku. Yang penting ialah, kita berikan peluang untuk semua pelajar2 menerima faedah pendidikan.

Apa benda apek ni cakap ? Kalau kita demokratikkan pendidikan, masalah perpecahan tidak akan berlaku ? Apa kaitannya pergaulan dengan demokratik ? Saya faham demokratik yang disebut oleh Tokong adalah berkaitan pemilihan jenis sekolah/pendidikan oleh ibubapa. Tapi soalan adalah berkaitan pergaulan pelajar antara kaum.

Kalau dari segi pergaulan,bila mereka masuk sekolah menengah, mengapa disebutkan sudah terlewat ? Tak terlewat. Macam bila kita masuk Universiti, kita boleh bergaul dengan pelajar2 asing. So dimana masalahnya ?

Nah, disini saya nak tanya satu soalan penting - Kalau begitu, apakejadahnya tubuhkan sekolah MENENGAH Vernakular ? Kemudian tuntut kerajaan iktiraf sijil UEC ? Kenapa tidak belajar setakat sekolah rendah saja ( 6 tahun belajar bahasa cina ) ?

Masalahnya kalau sistem pendidikan nak mengasing2kan rakyat, nak pecahbelahkan rakyat, ini akan berlaku, masalah yang disebut oleh saudara -pengasingan.

Bukankah itu yang sedang berlaku - pengasingan rakyat mengikut sekolah berasaskan kaum ?

Tapi kalau dalam sistem pendidikan kita menitik beratkan pentingnya kita ada perpaduan- Unity in diversity, saya rasa kita tetap akan lebih bersatu. ...  janganlah kita salahkan bahasa ibunda dan sebagainya.

Menitik beratkan perpaduan  ? Melalui pembacaan BUKAN melalui pergaulan seharian secara normal ?

Satu lagi, siapa salahkan pembelajaran bahasa ibunda ? Kalau setakat nak belajar dan mahir dalam bahasa ibunda, perlajaran itu masih boleh dilakukan dalam Satu Sekolah, yakni selepas tamat waktu sekolah resmi.

Hos - Tapi YB tidak setuju kalau saya kata kita perlu satu sistem sekolah ...
Tokong - Kalau ikut logik, ( kalau benar sekolah bahasa cina , tamil timbulkan masalah ) ... dulu masa sekolah bahasa Ingeris pun jadi masalah, tapi ada banyak yang cakap masa itu sekolah Inggeris yang menjadi pencantum di antara semua bangsa dan budaya. So saya rasa kerana masa itu sistem pendidikan berikan penekanan kepada perpaduan. Bukan seperti sekarang yang seakan2 nak cuba pecahbelahkan rakyat.

Nah....Tokong juga akui SATU BAHASA wajar menjadi pencantum pelbagai bangsa. Kalau dulua bahasa itu adalah bahasa Inggeris, kenapa Bahasa Kebangsaan tidak boleh mengambilalih peranan yang sama ?

Kemudian Tokong berikan contoh soalan2 peperiksaan yang berbaur politik .... Jadi apakah kerana itu maka sekolah cina diwujudkan ? Supaya kanak2 tidak didedahkan kepada soalan2 bersifat politik ? Alasan yang teramat dangkal daripada seorang pemimpin tertinggi DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang ! 

Bagaimana kalau dipantau perkara soalan2 peperiksaan itu dan dipastikan tiada lagi unsur2 politik, apakah Tokong setuju sekolah cina dihapuskan dan cuma ada Satu Sekolah ?

Tokong - Jangan politikkan pendidikan. Kita harus amalkan sistem demokrasi. Pastikan kita  keluarkan murid2 yang berpengetahuan dan pada masa yang sama mempunyai kebolehan kemampuan untuk berinteraksi dengan kaum lain.

Maksud Tokong, Kebolehan Untuk Berinteraksi yang dipelajari dari buku ?

Hos - Jadi YB tak bersetuju kalau saya kata kanak2 ini mesti disatukan pada usia yang muda supaya mereka dapat bergaul, dapat mengenali satu sama lain ?
Tokong - Saya rasa adalah lebih penting kalau kita berikan pilihan kepada ibubapa - Apakah sistem pendidikan yang mereka mahu untuk anak2 mereka. Dari segi isi kandungan buku2 atau pembelajaran, saya rasa itu yang penting.

Itu yang sebenarnya ! Soal Perpaduan, soal berinteraksi bla bla bla semuanya hanya retorik saja. Yang penting adalah soal akademik atau apa yang dipelajari dalam kelas. Peduli apa kalau kanak2 cina tidak pandai cakap bahasa Kebangsaan dengan fasih atau anak2 cina tidak memahami budaya Melayu atau langsung tidak pandai cara berinteraksi dengan orang Melayu.

Hos - Jadi YB berpendapat Dasar Pendidikan Kebangsaan terutama Sekolah Kebangsaan tidak berapa mantap yang boleh menyatukan rakyat di negara hari ini ? 
Tokong - Yang penting adalah janganlah berlawanan dengan hasrat ibubapa. Tolong buat ..... ( pertanyaan ) - Kenapa ibubapa memilih untuk hantar anak2 mereka ke sekolah2 tertentu ?

..... sistem pendidikan ini mesti ada unsur2 demokrasi. Tidak harus dipolitikkan. Tidak hanya bagi satu persepsi, satu sudut saja. Dia mesti lebih holistik. Dan pada masa yang sama, mesti mengajar anak2 kita untuk menguasai ilmu yang berguna.

Dan janganlah memberikan desakan yang lebih kepada anak2 kita. Saya pun ada seorang nak kecil, dia 8 tahun. Saya tengok dia punya isi kandungan begitu sukar sekali sekarang kalau berbanding dengan kita dulu. 

Hos - Anak YB di Sekolah Kebangsaan atau di Sekolah Jenis Kebangsaan ?
Tokong - SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN. 

Jadi yang Tokong komplen tentang 'desakan yang lebih' itu merujuk kepada sekolah Cina ! ?

Hos - Jadi kenapa YB menghantar anak YB ke sekolah jenis kebangsaan ?
Tokong - Saya rasa saya nak saya punya anak kuasai bahasa ibunda dia. Sekurang2nya selama 6 tahun.

Jika hanya untuk kuasai bahasa ibunda, kenapa tidak hantar saja ke kelas tuisyen atau kelas khas selepas tamat waktu sekolah biasa ?


                                                 ************************

Lim Guan Eng sendiri tergagap2 nak jawab isu sekolah vernakular dalam konteks Perpaduan. Berbelit2 cakap. Malahan beliau sebenarnya tidak berani nak beri jawapan yang konkrit pada soalan -

Hos - Jadi YB tak bersetuju kalau saya kata kanak2 ini mesti disatukan pada usia yang muda supaya mereka dapat bergaul, dapat mengenali satu sama lain ?  
Tokong - Saya rasa adalah lebih penting kalau kita berikan pilihan kepada ibubapa - Apakah sistem pendidikan yang mereka mahu untuk anak2 mereka.

.
Orang tanya pendapat dia tapi Tokong jawab beri pilihan pada ibubapa !

Memang senang jawab beri pilihan kepada ibubapa sebab sekarang kita cuma ada sekolah Cina dan Tamil saja. bagaimana kalau ibubapa mahukan sekolah bahasa2 lain - Melayu, Siam, Indon, Iban, Kadazan dan pelbagai bahasa ibunda lain ? 

Ada baiknya juga jika soalan2 diatas diberikan kepada Najib pula untuk jawab !  Saya teringin nak dengar pandangan Najib pula mengenai sekolah vernakular dalam konteks perpaduan. 

Ada satu soalan yang mereka SEMUA yang pro sekolah vernakular tidak akan mampu jawab - Bagaimana kalau Satu Sekolah itu tidak lagi mempunyai unsur2 politik dan silibusnya mengambilkira pandangan semua orang, apakah mereka akan pilih Satu Sekolah ?

Sebab kelemahan terbesar mereka ini dalam menolak Satu Sekolah adalah dengan merujuk Satu Sekolah itu sepertimana Sekolah Kebangsaan yang ada sekarang ! 

Padahal yang kita promosikan adalah KONSEP Satu Sekolah bukannya sekolah kebangsaan seperti yang sedia ada. Satu Sekolah adalah Sekolah Kebangsaan yang sudah diperbaiki mana2 kelemahan yang ada. 

Yang penting disini adalah SEMUA rakyat mahukan KONSEP...saya ulang - KONSEP Satu Sekolah terlebih dahulu. Pengisiannya boleh dibincangkan bersama.

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 3:35 PM

Memandangkan orang cina (MCA) akan bertanding di Kajang, apalah salahnya kita hulurkan sejuta-dua untuk sekolah cina. Cuba bayangkan kalo takde sekolah cina. Kan susah untuk kita tunjukkan yang kita prihatin pada masyarakat cina.

Din, inilah masalahnya bila sekolah kebangsaan dilihat sebagai model sekolah untuk semua kaum. Sekolah satu aliran adalah berlainan sama sekali daripada sekolah kebangsaan.

Sebenarnya orang cina dan orang india takut anak mereka dimelayukan. Bila sebut melayu, secara automatik mereka akan kaitkan dengan Islam. Mereka takut pada asimilasi yang mungkin akan menghilangkan budaya dan adat resam yang mereka junjung selama ini.

Apa susah. Nak belajar bahasa cina ?Kita boleh panggil guru bahasa cina untuk mengajar. Nak kekalkan budaya cina ? Boleh buat aktibiti kokurikulum kebudayaan cina. Tapi masalahnya mereka enggan bercampurgaul dengan orang melayu. Mereka ingin hidup berasingan dalam kelompok mereka sendiri.

Dah tiba masanya untuk kita mewujudkan sekolah vernakular melayu jika mereka masih berkeras dan enggan mengalah. Nampaknya mereka masih tak sedar bahawa orang melayu adalah pelanggan utama kepada perniagaan mereka. Secara tak langsung, mereka jugak perlukan melayu meskipun mereka menafikannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 3:49 PM

Isu ini ada 2 perkara asas :
1.Sistem yg betul
2. Alat/tools yg betul.

Sistem adalah kerangka dasar yg membentuk acuan dalam proses perpaduan.
Manakala Bahasa kebangsaan pula adalah alat yg menjadi medium perpaduan.

Seluruh dunia mengakui bahawa BAHASA adalah medium terbaik mewujudkan perpaduan. Adakah kita menolak fakta?

Jika najib, muhyidin dn tokong mempertahankan sekolah vernakular ats alasan silibus mereka yg lebih baik, kenapa tak ambil dn serapkan komponen itu ke dalam sekolah kebangsaan? Kenapa tak gabungkan semua ciri2 "terbaik" sekolah vernakular ini di dlm sekolah kebangsaan agar mereka tak punya alasan lg?

Punca sebenar ialah org2 cina dn india sendiri yg mengasingkan diri sendiri dan tidak mahu bercampur dgn bangsa lain. Tambah parah bila pemimpin kita sendiri akur dn menyokong pulacdgn pelbagai insentif untuk menyuburkan racun kpd perpaduan rakyat ini..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 3:53 PM

DAP dok faham sekolah agama dn pondok tu adalah sekolah vernakular melayu..
So pd tokong, jika sekolah agama masih dok ada,selagi tulah sekolah vernakular cina pn patut ada..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 3:58 PM

Lps ni mesti hos tu kena 'mark' dgn tokong sbb tanya soalan yg dia tak boleh nk jawab.
Si tokong ni bukannya menjawab soalan pn, asyik dok salahkan umno, divert soalan pi tajuk lain dn yg terbaik ialah jawab soalan dgn soalan lain!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 4:03 PM

Din, jalan sebenarnya dh lama ada dpn mata. Tinggal nk pilih jer nk ikut jln mana. Kita yg buat keputusan.

Cakap banyak pn tak guna. Bak kata org bijak pandai melayu dulu.. Kalau nak seribu daya, kalau tak nk seribu dalih.

....................
Reply To This Comment ...................
February 22, 2014 at 5:13 PM

kenapa tak belajar drpd model yg sedia ada (bab sekolah) "singapore".. ke aku yg salah fikir?
ape lg nk tnggu sdngkn singapore dh buang bende2 ni berbelas tahu dulu demi PERPADUAN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 5:30 PM

Tu la pasal.. Kerajaan ni nk buat benda yg betul pn takut. Singapore dh lama tau dh..kalau mereka tak tegas benda2 cmni, mmg negara tak kan aman.

Malaysia pulak, kudis2 mcm ni kalau boleh nk tutup rapat2. Bila kudis dh bernanah dn membusuk, depa pi amik kain tutup lg dan sedapkan hati sendiri yg kudis tu akan baik sendiri. Bila kudis dh betukar jd barah tahap 4, ms tu da lambat dh..tggu ms nk mati je la...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 5:43 PM

Najib kn dh bgtau keputusan kerajaan melalui muhyidin yg sekolah berasaskan kaum akan ada selagi ada bulan dn bintang.

Bentanglah ratusan sebab/dalil/hujah pn kpd kerajaan kenapa negara sgt memerlukan sekolah satu aliran tp kalau kerajaan sendiri yg mmg tak mahu laksanakan.. Semua sebab2/dalil dan hujah itu boleh masuk dlm longkang.

Tak guna bercakap dgn org yg mmg tak nk mendengar..
Sia2 berhujah dgn org yg jahil...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 6:12 PM

Mstar melaporkan Joseph Kurup,menteri di Jbtn PM mencadangkan kategori "bangsa" digugurkan dlm borang rasmi negara.

Alasan bangang dia kerana dia rs "sedih" malaysia masih mengamalkan pengasingan mengikut kaum.

So lps ni aku cdgkan Shahidan Kasim pulak guna alasan yg sama utk justify knp kita perlu sekolah satu aliran.
Selamba je la cakap "Kita (kerajaan) merasakan sudah sampai masanya sistem pendidikan negara diubah kepada sistem sekolah satu aliran. Perubahan ini sejajar dgn harapan dan matlamat 1Malaysia yg diilhamkan perdana menteri (kesayangan) kita. Sy sgt sedih kerana walaupun negara sudah merdeka lebih 50 tahun, pelajar2 di Malaysia masih dibezakan mengikut kaum. Sebagai rakyat Malaysia, setiap org mesti mempunyai identiti negara Malaysia dn bukannya mengagugkan identiti negara nenek moyang mereka."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 3:10 AM

Malas nak komen panjang2 aku cum nak komen gambar tokong kt atas tu buat aku rasa nak tumbuk ja muka dia geram gila aku grrrrrrrr

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 4:10 PM

Sbenarnya, alasan tokong utk anaknya mahiri bahasa "ibunda" tu tak kuat pn. Bahasa Cina tu, parents pun blh ajar, klau btul nak anak pandailah. Cuba tgk contoh org asli, org Punjabi, bumiputera sabah dn sarawak dn sbagainya, trutamnya yg kecil bilangannya, mreka xd pun SJK tp masih boleh mahir bhasa masing2. Bahkan, wlaupun bhasa2 tu x ditawarkan sbgai mata pelajaran di sekolah, mreka msih blh mnguasai bhasa itu

Post a Comment