........... Kerajaan Perlu Wujudkan Sekolah Vernakular Melayu - Saya Sokong ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kerajaan Perlu Wujudkan Sekolah Vernakular Melayu - Saya Sokong !

Saturday, February 15, 201414comments

Mulanya saya anggap sebagai satu sinikal politik membaca saranan NGO PPIM supaya kerajaan menubuhkan Sekolah Vernakular Melayu -

"Pada masa ini, orang Melayu hilang budaya Melayu jadi dalam (sekolah) ini juga mesti terasnya mesti diajar mengenai budaya Melayu seperti contoh mengajar untuk bercakap dengan orang ternamaan, Raja dan sebagainya.

Wajib diwujudkan satu sekolah Melayu untuk diajar tulisan dan budaya Melayu,"- RakyatNews.

Yalah, kita cuma ada sekolah Venakular Cina dan sekolah Vernakular Tamil saja ..... di mana Sekolah Vernakular Melayu ? 

Sekolah Kebangsaan bersifat Kebangsaan, ia tidak diKHASkan untuk Melayu tapi untuk semua kaum yang ada di Malaysia. Kalaupun peratusan pelajar bukan Melayu rendah, tapi kalau kerajaan cuba memperkenalkan apa2 subjek yang khusus bagi budaya Melayu, pasti Ngo dan parti2 politik bukan Melayu akan melenting !

RASIS ! kata mereka. Dan ini turut sama akan dilaungkan oleh parti politik Melayu yang sentiasa mengekori bontot mereka. Tidak ketinggalan segelintir pemimpin2 Melayu Liberal yang sentiasa mahu dilihat sebagai berfikiran terbuka.

TAPI mereka ini tidak pula melenting bila pengkhususan kepada bahasa dan budaya cina di lakukan oleh sekolah Vernakular Cina.

Laaa.... kan dah namanya Vernakular Cina ! agaknya itulah jawapan mereka.

Nah .... jadi RUGI lah bangsa Melayu dan bangsa2 lain selain dari Cina dan India di negara ini kerana tidak punya sekolah Vernakular mereka sendiri !

Cuba baca kenyataan dari PM Najib yang terbaru mengenai sekolah Vernakular Tamil -

“Saya sedar dan kita semua semua sedar kalau mahu ubah nasib dan masa depan komuniti India di Malaysia paling utama yang perlu diberi perhatian ialah bidang pendidikan dari sekolah sampai universiti termasuk dalam bidang vokasional dan teknikal.

"Pelan ini penting bagi membawa perubahan dan transformasi kepada pendidikan di SJKT seluruh negara selain turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pendidik," demikian tegas Najib - TMI.

POINT Najib - Perlu ada satu Pelan KHAS bagi kaum tertentu jika kita mahu lihat kaum itu maju ! Dan dalam konteks kenyataan itu, Najib merujuk kepada sekolah Vernakular Tamil.

Jadi dimana pelan KHAS bagi kaum Melayu dalam konteks sekolah Vernakular Melayu ? Di mana pelan KHAS bagi kaum Kadazan, kaum Iban, Melayu Jawa, Melayu Siam dan lain-lain .... mereka juga punya budaya dan bahasa mereka sendiri yang perlu dipertahankan. Begitu juga nasib komuniti mereka yang perlu dibela.

Maksud saya, kerajaan kena ADIL, SAKSAMA dan INKLUSIF !

Cuba fikirkan satu kesan kronik terhadap budaya Melayu akibat ketiadaan sekolah Vernakular Melayu - Apa dah jadi dengan tulisan Jawi kita ?

Selama ini saya memperjuangkan konsep SATU SEKOLAH dan saya percaya ramai yang berpendirian sama ..... demi melihat SATU bentuk Perpaduan terjalin antara generasi muda pelbagai kaum di negara ini TAPI pemimpin2 kita punya pendirian yang lain. 

Mereka terus berkeras, selagi ada bulan dan bintang, untuk mempertahankan sekolah Vernakular.

Mungkin langkah terbaik seterusnya adalah AKUR dan TERIMA cara pemikiran pemimpin2 kita bahawa Sekolah Vernakular IS HERE TO STAY FOREVER, EVER AND EVER ...... dan kita UBAH tuntutan kita supaya kerajaan turut mewujudkan Sekolah Vernakular Melayu bagi bangsa Melayu.

Jika satu pendekatan itu bagus buat dua kaum, pasti ia juga bagus buat kaum2 lain, kan ? 


"Saya percaya bahawa Malaysia adalah satu negara yang sangat unik apabila semua orang memperjuangkan kaum dia sendiri," kata Datuk Nadzim Johan.


Baca juga artikel rakan blogger -  Tuntutan kepada Bapak Vernakular

PS - Saya harap Perkasa akan setuju dan ikut perjuangkan tuntutan ini dan saya percaya NGO2 serta parti2 politik Melayu, Cina dan India semua juga pasti sokong ! Tidak ada sebab mereka nak bantah ...

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 15, 2014 at 2:33 PM

Tahun-tahun mendatang ini Melayu mesti di perkasakan semula.

Agenda menghilangkan Identiti Melayu mesti di kekang dan kita benamkan. Anak-anak Melayu songsang mesti kembali kepada landasan sebenar.

Berfikiran terbuka tidak apa TETAPI tidak kepada membunuh NUSA dan BANGSA MELAYU. Tidak kepada duri dalam daging. Tidak kepada hidup terlalu bebas bersosial sehingga tiada batas lelaki dan perempuan, LGBT, sek bebas, minum arak,dan melakukan maksiat sehingga mensyirikkan Allah.

Semua bermula dari Pendidikan Jasmani dan Rohani. Kita tidak mahu Ostat-Ostat yang menyesatkan tumbuh bagai cendawan seiring fahaman konon 'Islam Demokrat' yang tidak lain membuka jalan ke Neraka Jahanam !

Apa yang kita mahu, Melayu yang tidak jumud, bergerak progresif dengan masa depan di samping teguh Akidah dn Keimanan nya, Pakar dalam bidang Agama, Sains dan Teknologi , Akaldemik(terma baru, din...he..he..) Inovasi dan Penyelidikan. Apa lagi menjadi pakar dalam akademik non teknikal.

Nabi Muhammad SAW itu, memiliki ciri-ciri seperti di sebutkan kerana Allah menyebutkan Nama Baginda dalam zaman Adam dan Hawa lagi; Agama Langit sehingga lahirnya dalam keturunan Nabi Ibrahim, Bapa kepada Umat Islam.

Apa lagi hendak di pertikaikan ? ( dakwah sikit, din...)

....................
Reply To This Comment ...................
February 15, 2014 at 5:35 PM

Bro
Aku sokong cadangan PPIM ni. Najib pun ada kata sekolah vernakular akan tetap ada dan tak akan dihapuskan. Kalau bangsa minoriti boleh ada kenapa pulak bangsa majoriti tak boleh adakan sekolah vernakular.

Masa itulah bangsa Melayu boleh mintak apa2 kat kerajaan terutama sebelum pilihanraya. Sekolah ini boleh menguna pakai kurikulum sekolah kebangsaan tapi diberi tekanan yang lebih kepada nilai2 budaya melayu dan agama Islam.

Nak dengar Najib bangkang ke tidak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 7:21 PM

sokong 1001 peratus , sekarang apa ajib gor mau pusing ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 8:45 PM

din...
engkau tak nak ambil pot ka berita ah jib gong nangis guling2 apabila wortamorthy letak jawatan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 8:54 PM

Saya tak setuju. Yg patut dilakukan adalah terus mengintegrasikan semua sekolah menjadi satu aliran. Tiada lagi aliran khusus untuk cina india atau sesiapa sahaja. Semuanya dibawah Kementerian Pendidikan. Tidak lagi bawah ding dang dong atau apa sahaja puak yg hanya tahu memecah belah rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 10:05 PM

Ideally betul la cadangan ni...tapi apa bezanya sekolah melayu dgn sekolah kebangsaan? Subjek melayu? Modul? Kalau jadi pun, sekadar buat syarat saja. Sbb yg menyampaikannya nnt guru. Kebanyakan guru pembangkang. Dan ibubapa yg hntr anak adalah org pas juga. Mereka ni mmg pentekedarah nombor wahid kalau bab2 mcm ni. Mcm la kau xtau....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 10:09 PM

Sekolah vernakular melayu bersepah pun tak guna jika pemimpin2 melayu umpama pondan telur dah hilang!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 10:45 PM

bro din , nak ambik ati morty ajib pujuk dgn RM100 juta , ajib2 bila le kau nak sedar..

....................
Reply To This Comment ...................
February 16, 2014 at 2:22 AM

Mudah saja,bubarkan saja sekolah2 kebangsaan dan ditukar nama kepada sekolah Melayu.Lagipun tidak ada siapa yang berminat untuk menasionalkan sekolah kebangsaan ini.Bangsa2 asing pun menganggap sekolah2 kebangsaan ini sebagai sekolah Melayu.Kerajaan pun langsung tak menggalakkan penyertaan bangsa2 asing ke sekolah2 kebangsaan yg bersifat nasional sebaliknya menggalakkan mereka ke sekolah kaum masing2 dengan peruntukan besar2an dan kebenaran mendirikan sekolah2 ini di mana2 saja tanpa sebarang sekatan.

Mungkin kerajaan ahjib menganggap dasar pecah dan perintah british dulu berkesan,maka sebab itulah dia menggalakkan pengasingan sekolah2 mengikut kaum ini.Alang2 begitu tak usahlah berpura2 lagi,teruskan saja dengan sekolah mengikut kaum2 yg utama iaitu sekolah Melayu,cina dan tamil.Lagipun bukan ada bezanya pun.Cuma sekurang2nya kita boleh mantap dan kembangkan adat dan budaya Melayu disamping menghidupkan tulisan jawi yang dah mati,juga mengembalikan jatidiri Melayu kepada anak2 Melayu yg sudah lama pudar dengan adanya sekolah Melayu ini nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2014 at 2:04 PM

Sekolah Tamil dapat direct 100 RM million tau. sekolah CIna billion kut. Tu lah stlye Najb. Nak mengubah nasib sepatutnya bagi Kapak jadi orang tu tau nak buat apa. Pi tebang kayu kemudian jual, Najib punya stlye selagi ada BAGI RM . Dah 55 tahun lebih merdeka masih lagi nak pertahan sekolah Vernakular. Oklah Najib tubuhkan lah banyak banyak sekolah melayu, iban, kadazan , tamil, hindi, bengalli, Hokkian, mandarin,kantonse, Jawa, jakun, portugese,baba dan sewaktu dengan nya, Baruleh Malaysia nama nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2014 at 7:15 PM

Bro Din. Saya sokong sek vernakular Melayu atau tukar sek keb jadi sek melayu. Cina n india pun takminat sek keb ni. Biar Najib bodek org melayu pulak. Dgn cara ni semua bangsa kat negara ni akan jadi rasis. Tak lama lagi negara ni akan hancurlebur dek kerana pergaduhan kaum dan tahap sistem pendidikan pula hampeh. Org melayu akan terus jadi mcm red indian di amerika.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2014 at 7:47 PM

Dalam banyak-banyak Mentrei Kabinet, hanya Muhyiddin saja yang berani mengaku bahawa dia Melayu dulu sebelum Malaysian. Jadi jangan haraplah cadangan ini akan dipersetujui Kerajaanan UMNO. huruf M dalam UMNO itu dah bertukar kepada Malaysian. Bye, bye Melayu. Bye, Bye tulisan jawi. Bye, bye keris , bye,bye tengkolok dll., dll.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 8:55 PM

bila wujud sekolah vernakular melayu, bukankah status kita dirubber stampkan oleh bangsa pendatang pra-1955 sebagai bangsa pendatang seperti mereka juga? di mana tanah melayunya? sokong saja sekolah satu aliran dan kenakan cukai pendapatan yang tinggi ke atas sekolah swasta persendirian yang ingin bawa virus vernakular di negara MALAYsia ini.

....................
Reply To This Comment ...................
February 20, 2014 at 2:27 PM

Saya sokong juga. Tapi semua sekolah ni pernah buka kebapda siapa2 yang minak dgn budaya dan bangsa tu. Hanya seperti sekolah Cina dan Tamil pun buka dan sangat welcom Bangsa lain belajar di sekolahnya. Pendidikan tidak boleh hanya dinilah atas bidang ekonomi dia, tapi keistimewanya. Sebab itu tak kira dari bangsa apa, org ada hak bahawa memilih apa yg mereka suka. Kalau semua sekolah2 tersebut berjaya menjalankan pendidikan mereka dgn minda yg buka di atas tanah ini, maka semua anak bangsa kita dapat berkongsikan faedah2 dan ilmu2 yg dibawa oleh bagai2 budaya.

Post a Comment