........... Kerajaan Pantas Mahu Kassim DiAmbil Tindakan ...... COMANGO Apa Citer ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kerajaan Pantas Mahu Kassim DiAmbil Tindakan ...... COMANGO Apa Citer ?

Saturday, February 22, 201412comments

Tahniah kepada Menteri di JPM Datuk Seri Shahidan yang segera memberi reaksi kepada isu Kassim Ahmad -

"Majlis agama kena bertindak menghukum beliau serta merta, kenyataan dia (Kassim) bukan sahaja akan mencetuskan kucar kacir ia juga akan menimbulkan kekeliruan pada umat Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.

 "Umat Islam wajib percaya kepada Al-Quran, sifat Al-Quran itu adalah baik dan benar dan terkandung segalanya tentang  sifat peribadi Rasulallah,"

Takder dah nak suruh siasat ke apa ke, tapi terus hukum ! Mungkin maksud beliau adalah supaya pihak Jabatan Agama segera bertindak .....

Tapi itu bukan point saya kali ini, saya cuma nak sentuh bab reaksi pantas beliau.



Soalan saya - Isu COMANGO apa citer ?

Tidakkah tuntutan2 Comango lebih hebat kesannya kepada umat Islam dan jika tidak diambil tindakan segera,akan lebih menimbulkan kekeliruan pada umat Islam ? Malahan dibuat di atas pentas DUNIA lagi !

Bagaimana dengan dakwaan pihak Comango yang mengisytiharkan pertubuhan itu tidak lagi dianggap haram oleh KDN kerana mereka dapati ayat -  “Comango dengan itu merupakan sebuah pertubuhan haram," - sudah dipadamkan dari kenyataan media asal Ketua Setiausaha KDN ? ( KLiK )

Apakah reaksi pantas dalam kes Kassim disebabkan ada kaitan dengan Umno kerana sebelum itu Pas ada mengaitkan mamat itu dengan Umno ?

Selasa lalu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan kehairannya dengan sikap pemimpin Umno yang dilihat hanya berdiam diri dengan kenyataan Kassim itu biarpun secara jelas ia menghina agama Islam.


"Kenapa perlu dikaitkan dengan Umno, parti ini tidak pernah memberi sebarang kuasa kepada beliau, kita ada ulama sendiri ,"


COMANGO apa citer ?

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 8:50 AM

Isu yang paling besar sebenarnya tentang penggunaan kalimah Allah, cool jer mamat Shahidan nih. JAWI & JAKIM tuh aku tak heranlah. Dalam tuh semua anak-anak liPAS dan keldaian. Cuba buktikan secara ilmiah, bukan main hentam jak. Baru orang tengok professional sikit. Kalau boleh, jemput sekali si Mapus Bean, baru ada class gitu!

....................
Reply To This Comment ...................
February 22, 2014 at 8:58 AM

@Anonymousisu kalimah Allah pun terdapat dalam tuntutan Comango.

Kerajaan tidak harus melihat isu agama dari sudut politik.

Kalau Umno nak berpolitik dengan Pas, itu cerita lain. SHahidan bercakap atas kapasiti beliau sebagai wakil kerajaan

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
February 22, 2014 at 9:22 AM

COMANGO tu TAK ANTI HADIS cuma ANTI ISLAM

Pak Kassim ni dilabel ANTI HADIS, maka wajib tindakan diambil

kalau diingat balik PAS lagi ramai pemutar SORBAN yg semacam ANTI HADIS malah meRENDAH2kan taraf Nabi Muhammad dan Allah di mata umat Islam n kafir, ada sapa2 DESAK ambil tindakan segera???.....takdok...sbb BELUM sampai tahap ANTI HADIS kot.

rasanya kerajaan TAK PERLU nak ambil tindakan pd Pak Kassim....tgk Dr. Maza, steady je nak berDEBAT dgn Pak Kassim utk pencerahan.....lagipun kerajaan skrg bukan ke kerajaan yg mempunyai HATI YG LEMBUT, gemar memaafkan dr mengambil tindakan....maka MAAFkan je la Pak Kassim tu....dia bukan ada pgg apa2 jawatan dlm kerajaan mahupun pembangkang....org perseorangan je.

takkan la kerajaan nak MENYALAK pd org perseorangan, tp jd NYAH dgn NGO/manusia yg pgg jawatan dlm parti?....harap sgt DS Ah Jib Gor yg PM UTK SEMUA dpt terima perbezaan pendapat Pak Kassim....kalau ambil tindakan takut keadaan semakin KUCAR KACIR kan, kan, kan....saya SAAAAYANG PM.....clap..clap..clap

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 10:25 AM

nasiblah orang melayu/islam,bila ajib gor lantik pemimpin yang telah "direcycle" dalam pentadbiran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 11:58 AM

Najib: Perkara ini sy serahkan kpd DS Jamil Khir utk tindakan lanjut.

Jamil: Kita telah berbincang dan kita serahkan kepada pihak JAKIM dan JAWI utk ambil tindakan yg sewajarnya.

JAKIM/JAWI: Kita sedang brbincang dgn pihak yg berkaitan khususnya pejabat peguam negara dan pihak polis utk mengambil tindakan yg sewajarnya kepada mereka yg berkenaan.

AG Office: Kita sedang menunggu laporan lengkap dari pihak polis dan JAWI untuk tidak tentukan tindakan selanjutnya.

Polis: Kita akan memanggil mereka yg terlibat utk diambil keterangan bg melengkapkan laporan siasatan.

5 bulan kemudian...

Senyappp....( background bunyi cengkerik...)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 12:10 PM

Biasa la tu din...kalo org melayu yg buat, lajuuuuuu jer org2 politik baik dlm UMNO mahupun pembangkang buat komen dsn usul mendesak supaya tindakan keras diambil. Tak payah siasat2..terus jatuh hukum! Sbb org melayu ni rak melawan. Tak suka cabar mencabar.. Terima jer.

Kalo org lain especially Cina yg carik pasal, semua mcm tercekik cicak. Nasib baek tinggal KJ yg masih selamat dan masih tebal jiwa melayu dn semangat cintakan negara yg murni.
Sbb tu KJ selalu menjadi front line yg paling pantas dn lantang membela kerajaan..
Hidup Kj.. Hahaha..
Anak omak jgn marah ek..satira politik jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 12:24 PM

mat sabun , gred A apa citer, juburi kalimah ALLAH apa citer , nik ajis lagi banyak merapu apa citer, ah beng mempertikaikan khutubah jumaat, apa citer, baling daging babi dalam masjid ,apa citer , dan banyak lgi yang menghina islam ,,apa citer tak ambil tindakan pun ...najib wajib berhenti , he has create enough trouble to this country..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 1:13 PM

Bro..dia muslim..dia totally ikut quran..dan ikut hadis yg selari dgn quran sahaja..segala penambahan ditolak..saya x nampak apa masalahnya..siapalah kita nak menentukan dia kafir atau murtad? Nampaknya ada orang lebih berkuasa dari Allah.
Kita nak buat lebih(sunat) pun tak de masalah..so apa problem ni???
Nampaknya semua orang dah jadi ulamak sekarang...aduiiii..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 5:22 PM

@Otak geligaSebab dia orang perseorangan laa ramai yang lantang bersuara dan cepat nak ambil tindakan. COMANGO tu ada banyak gajah, rimau, buaya dan jerung disebalik tabir, sooo....bagi golongan pengecut, dah tentu nak ambil langkah 'berhati-hati'... (petang Sabtu gini, duk main catur ngan anak-anak... what move should I make ya...hmm....ari tu aku bagi contoh kangkung, satu dunia dah gelak kat aku...hmmm)

KA cuma orang tua... bak seekor landak je...tajam tp mudah nak tangkap.

Dalam hal ini, saya puji usaha JAKIM utk berjumpa dengan KA untuk bermusyawarah.

Sebagai orang Islam, khalifah di bumi Allah, kita bertanggungjawab untuk membimbing saudara kita yang tersasar untuk kembali ke pangkal jalan. Selagi ajal belum sampai...hatta selagi roh belum sampai ke halkum, orang itu masih sempat bertaubat.

Kalau dia keliru, ilmuan kita wajib beri pencerahan kepadanya. Tun M kata, ilmuan agama kita tak berusaha untuk menjawab persoalan yang bermain dibenak kepala KA, maka saya menyeru semua ilmuan agama kita, terutama pakar Hadis dan Pakar tafsir al-quran, bersatu pergi ke rumah KA (takde alamat, Tun M boleh bagi) dan bertemulah dengan beliau dengan hati yang lapang dan tenang.

Jadikan ini satu usaha jihad untuk menyelamatkan jiwa seorang insan seagama.

Mufti2 yang duk dikerusi empuk di bilik berhawa dingin tu, daripada duk menjatuhkan hukum berdasarkan laporan akhbar je, pergilah turun dan jalankan kerja berdakwah pulak.

Menjatuhkan hukum tu senang, berdakwah tu susah.

....................
Reply To This Comment ...................
February 22, 2014 at 5:25 PM

bab politik... semuanya akan dipolitikkan... politik bukan lg utk kepentingan rakyat... tapi kepentingan individu.. tht it... tak kira apa parti.. rakyat hnya mengamuk2 kt kedai kopi.. yg senang dn bertambah kaya hnya individu yg dok kt atas... kita kt bwh msh lg bergaduh sesame kita.. org atas duk sedap duk umah ade econ... kita ni yg bergaduh2.. kita juga yg tolong bayarkn duit econ diorang... WTF..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 5:29 PM

@AnonymousRight on the dot!!!!

Well said man!!!

kah..kah..kah...

Tengok kes Tian Chua tuduh Kerajaan Malaysia mewujudkan drama berdarah 'Tragedi Lahad Datu'...kononnya Kerajaan sanggup mengorbankan nyawa anggota keselamatan untuk menjadikan tragedy itu kelihatan benar.

Kalau saya ni anggota keluarga perajurit yang terkorban, saya tuntut Tian Chua didakwa dan dihukum tapi....

cengkerik jugak yg duk buat bising di background...

I bet kes Teresa Kok juga akan berlalu begitu aje...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 5:33 PM

@AnonymousEncik, KA kata kita tak wajar terlalu memuji Rasulullah. (apa maksud 'terlalu' tu? subjektif kan? )

KA kata aurat wanita tidak merangkumi rambut (walhal dalam quran, aurat wanita dan lelaki diterangkan dengan jelas. Hal aurat ni bukan dari Hadith Rasul)

So...apa komen Encik?

Post a Comment