........... Kemelut Pkr Menjadikan MB Khalid Hero Selangor ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kemelut Pkr Menjadikan MB Khalid Hero Selangor ! ?

Thursday, February 27, 20143comments

Hari ini heboh dengan isu MB Khalid menandatangani MOU dengan kerajaan pusat dalam menyelesaikan masalah penstrukturan semula bekalan air di Selangor. Saya tak berapa ikut isu ini jadi saya letak diri sebagai rakyat biasa yang cuma tahu sikit2 ..... ( hmmm selama ini pun macam tu juga cara saya ! )
HERO Selangor ! ?
PUTRAJAYA 26 Feb. - Kerajaan Selangor akan mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu yang melibatkan kos berjumlah RM9.65 bilion berikutan penstrukturan semula industri bekalan air di negeri berkenaan.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengambilalihan tersebut dilakukan secara pemilikan ekuiti dan akan dilaksanakan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Beliau berkata, tawaran mengenai pengambilalihan itu akan bermula hari ini dan prosesnya pula berlangsung selama dua minggu.

"Secara ringkas dan dipersetujui oleh kerajaan Persekutuan, KDEB akan ditugaskan untuk melaksanakan penyusunan semula ini dengan menawarkan kepada pemilik-pemilik konsesi sejumlah RM9.65 bilion sebagai pampasan kepada penyusunan semula tersebut.

"Kita jangka tawaran pengambilalihan ini akan selesai dalam tempoh tiga bulan," katanya.

Empat syarikat konsesi air di Selangor yang terlibat dengan proses tersebut adalah Puncak Niaga Sdn. Bhd., Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd.

Abdul Khalid berkata, kesemua syarikat itu akan diletakkan di bawah sebuah anak syarikat yang dimiliki 100 peratus oleh KDEB. - Utusan.



Tu dia ..... MB KHalid dah potong Anwar untuk bergambar menandatangani satu kontrek besar di PUTRAJAYA .... saya ulang, di PUTRAJAYA !


"KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala kerajaan persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham.

"Sebagai balasan, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2)," tambahnya
. - Mkini.


Hmmm .... untuk rakyat Selangor ! Baguslah .... tapi mustahil kalau tidak ada percaturan politik, kan ..  Kenapa tandatangan sekarang, sebelum Prk Kajang ? Wallahualam ..


Ramai juga yang mempersendakan Anwar yang kononnya telah terperangkap kerana tidak mengetahui perkara ini -

"Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini, Khalid maklumkan kepada saya daripada masa ke semasa. Tetapi tidak yang terakhir ini. Saya tidak tahu," - TMI.



Sebagai orang yang tak berapa mengikuti kisah air Selangor ini, kenapa saya lihat MB Khalid seperti sudah diangkat menjadi Hero yang diiktiraf oleh kedua BN dan Pr ! 

OKla, dalam PR mungkin namanya dah semakin menurun ... KALAU kita terima lakonan yang sedang dimainkan oleh Anwar sekarang ini.... kononnya Anwar nak ambilalih jawatan MB dari Khalid dan demi menyelesaikan masalah pertelingkahan antara Azmin-Khalid.

TAPI dimana Azmin sejak akhir2 ini, ek ? Azmin terus senyap menyepi  ......

Penamaan calon adalah pada 11 Mac .... lambat lagi tu. Macam2 boleh berlaku. Hmmmmm ..... bagaimana kalau tiba2 yang jadi calon Prk Kajang nanti BUKAN Anwar ?


99.9% orang yakin yang Anwar akan bertanding termasuk saya. Cuma 0.1% kemushykilan timbul sejak akhir2 ini.

Dalam mahu menjatuhkan Anwar ramai yang menaikkan nama Khalid, kan ? Ramai yang memuji kepandaian Khalid memacu ekonomi Selangor ....erk.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2014 at 12:39 PM

Pelik jgk ekk.. sblm ni 4 konsesi ni bagitau yg mereka tak setuju dgn tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri Selangor atas alasan tiada kata persetujuan yg dicapai dn salah satunya ialah nilai pampasan yg ditawarkan terlalu rendah..

Tup tup jadi pulak nk ambil alih dgn nilai pampasan yg masih sama!! Hebat Khalid ni main silap mata..
Last2 dpt jgk apa yg mereka idam2 selama ni atas bantuan pusat.. Tahniah pusat.. Anda sememangnya BERJIWA BESAR!!
Lps ni tunggu je la berita satu per satu aset air kerajaan negeri kena jual kt taikun cina mcm mereka jual PKNS dn Yayasan Selangor...
Mulut naga Jutawan Genting,Raja Gula dn sekutu2 mereka dh lama terbuka nk ngap semua benda2 ni... Lps tu konfem tarif air kt selangor naik double..
Yes.. Selangorku negeri berkebajikan...

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2014 at 5:44 PM

Salam. Huru hara PKR di Selangor sengaja diadakan bagi memberi laluan untuk Khalid Ibrahim berundur dari jawatan MB secara terpaksa.

....................
Reply To This Comment ...................
February 28, 2014 at 5:18 AM

Bro
Jika khalid kena push to the wall oleh annuar aku tak hairan kalau dia jump ship to umno.
Dia juga ada penyokong dari adun2 pkr. Jika dia boleh bawa keluar beberapa adun pkr kerajaan selangor akan tergantung. Pkr akan hilang bargining power.
Kamu perasan tak kenapa kedua-dua pm dan tpm ada dlm majlis mou. Ini mou aja. Isunya bukan la besar sangat. Air aja. Something is brewing.

Post a Comment