........... Isu Seminar Kassim Ahmad dan Tun Mahathir | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Seminar Kassim Ahmad dan Tun Mahathir

Thursday, February 20, 201425comments

Ramai yang tertanya2 mengenai kes Seminar Kassim Ahmad dan mengaitkannya dengan Tun Mahathir kerana Tun meresmikannya dan ia pula diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana. Apa lagi, gegak gempitalah pembangkang menuduh Tun Mahathir menyokong anti hadis.

Tanpa mahu lari topik dan mengaitkannya dengan isu2 lain, buat masa ini saya kongsikan jawapan Tun dari KiniTV dan satu posting dari FB SSTDM bagi memberi sedikit pencerahan.

Menarik point no 10 -

 
10. Tetapi fakta yang disembunyikan, Seminar tersebut sebenarnya bukan anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) tetapi ia hanya menjadi lokasi seminar sahaja dan mantan PM itu diberi penghormatan untuk merasmikannya. Ketua Jawatankuasa Penaja seminar tersebut ialah Tuan Haji Nik Abdul Aziz Nik Hassan. Beliau ialah pengasas Parti Keadilan Nasional (KeADILan), bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kelantan dan sehingga kini masih menjadi ahli PKR yang mendukung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah menurut sumber, sepatutnya Nurul Izzah Anwar juga sepatutnya hadir dalam Seminar ini. 

Dan dikatakan DS Mashitah Ibrahim turut dijemput tapi menarik diri .... tidakkah itu menunjukkan yang program itu dirancang lebih awal dan ramai pihak mengetahuinya. Kenapa pihak Jabatan Agama dan para ulama tidak hadir sama dan berdebat dengan Kassim dalam program berkenaan ?

Nurul Izzah pun dijemput dan tarik diri di saat akhir ...



Komen Tun Mahathir pada 18 Feb lalu -




KLiK ke Youtube. Artikel berkaitan video dari Mkini .

Beliau berkata Kassim (kanan) bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.

"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi.

"Inilah yang dihadapi Kassim Ahmad, kalau baca al-Quran orang panggil anti-hadis. Orang-orang (yang melabel) ini tak ada akal fikiran untuk jawab balik (hujah Kassim)," katanya.



Dibawah saya copypaste satu posting dari FB SSTDM mengenai  isu ini -

ISU MAHATHIR DAN KASSIM AHMAD - SATU PENCERAHAN
(BAHAGIAN PERTAMA)


1. Alam maya akhir-akhir ini sibuk memperkatakan tentang isu ini, tetapi kebanyakannya tidak tahu hujung pangkal dan hanya tahu "Kassim Ahmad Anti Hadith" "Tun Mahathir penyokong gerakan Anti Hadith".

2. Ya, kecewa tambahan pula dengan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani, malah Tan Sri Harussani beberapa kali jua menghentam Tun Dr Mahathir beberapa isu sebelum ini.

3. Jika benar Dr Kassim Ahmad seorang anti hadith dan diminta pihak JAKIM menyiasat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat siasatan ke atas kandungan ‘Seminar Kassim Ahmad: Suatu Penilaian’ yang berlangsung baru-baru ini.

4. Menurut salah seorang exco Kelab Che Det yang mengenali Dr Kassim Ahmad, beliau dulu pernah menganggap Dr. Kassim Ahmad sebagai anti-hadith, tapi sesudah mengkaji dengan lebih cermat (berdasarkan penulisan-penulisannya terkemudian) wujud justifikasi bahawa beliau bukan menolak hadith sepenuhnya dan tuduhan ini turut dinafikan olehnya.

5. Beliau mula mengenal tulisan beliau sejak seusia 14 tahun lagi apabila membaca buku tulisan ‘Hadis- Satu Penilaian Semula’ yang seorang abang admin (dia pensyarah matematik di Universiti Malaya, dia bukan orang agama dan bukan juga pengikut Dr. Kassim Ahmad) tinggalkan buku itu di kampung.

6. Beliau juga sudah membeli dan membaca buku memoir beliau ‘Mencari Jalan Pulang – Daripada Sosialisme kepada Islam’ beberapa tahun lalu.

7. Adakah saudara-saudara disini cukup membaca kesemua buku yang terkemudian itu? Dan tahukah buku beliau disekat di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad malah pernah ditahan ISA di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan bagaimana pula orang boleh kata Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Kassim Ahmad??????

8. Menurut Tun Dr Mahathir, Dr Kassim Ahmad juga seorang idealis, walaupun beliau juga tidak berapa bersetuju dengan beberapa pandangan Dr Kassim Ahmad tetapi beliau tidak melabel seseorang itu dengan label Anti Hadith atau label label lain.

9. Dulu ketika Tun Dr Mahathir mengajak Ahmed Dinejad dari Iran untuk bercakap mengenai perpaduan Sunni dan Syiah adakah Tun Dr Mahathir menyokong Syiah? Tidak bukan? Tun Dr Mahathir seorang yang rasionalis, beliau bersifat terbuka, kalau ada yang salah pendapat, beliau lebih suka muzakarah WALAUPUN secara tertutup bagi mengelak permaslahan masyarakat yang lebih besar.

10. Tetapi fakta yang disembunyikan, Seminar tersebut sebenarnya bukan anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) tetapi ia hanya menjadi lokasi seminar sahaja dan mantan PM itu diberi penghormatan untuk merasmikannya. Ketua Jawatankuasa Penaja seminar tersebut ialah Tuan Haji Nik Abdul Aziz Nik Hassan. Beliau ialah pengasas Parti Keadilan Nasional (KeADILan), bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kelantan dan sehingga kini masih menjadi ahli PKR yang mendukung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah menurut sumber, sepatutnya Nurul Izzah Anwar juga sepatutnya hadir dalam Seminar ini.

11. Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memberi ucapan di dalam gereja, mengajak kepada pluralisme agama, malah Syiah lagi besar ancamannya dari Kassim Ahmad, kenapa tiada tindakan ? Malah ada seorang yang disanjung sebagai ulamak itu menghina Rasulullah dengan mempertikai kelahiran Rasulullah dan video masih tersebar sehingga kini, tapi kenapa tiada tindakan jua? Mereka lebih ramai pengikut berbanding Kassim Ahmad!

12. Itu bezanya ddengan orang yang bijak dan orang yang kurang cerdik, orang yang bijak dia sentiasa berfikir dan mengkaji pemikiran orang lain tak kira siapa. Malah orang yang benci Islam pun perlu dikaji pemikiran nya bukan menolak hanya kita berbeza pendapat!

13. Kalau Ahmad Deedat kaji bible dan buat forum mengkaji bible adakah bermakna kita menyokong Bible?

14. Syiah, Pluralisme Agama, Liberal ini lagi besar ancaman terhadap umat Islam hari ini. Jika ditanya SSTDMM, ya siasatan dan tindakan jika benar Dr Kassim bersalah dalam hal ini. Malah berdasarkan teks ucapan beliau dalam seminar baru-baru ini banyak juga yang saya ingin pertikai namun memerlukan pembacaan lebih lanjut dan akan kembali dengan bahagian seterusnya.

(ucapan penuh : kassimahmad.blogspot.com )

BAHAGIAN DUA akan kembali mengenai ANTI HADITH dan apa yang dimaksudkna dengan nya...

Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2014 at 7:20 PM

salam,
kita baca tak banyak pun. faham pun tak ke mana. tapi kita suka ikut orang. orang jerit, kita jerit. orang melompat kita melompat. nak fikir jauh sekali la. sakit kapla. so, mudahnya memang kita ikut ajer la. kalu orang label, kita ikut label. membaca dan berfikir jauh dari kemahuan sebab susah. lebih mudah dengar ajer kerana senang orang dah bagi hukum. tolak ajer yang tak sekapla dengan kita.

....................
Reply To This Comment ...................
February 20, 2014 at 7:31 PM

@AnonymousYa, sbg orang biasa kita mana mampu nak pakar dalam semua hal. Makanya atas mereka yang pakar, dan dalam kes ini para ulama dan jabatan agama, kalau dah tahu lebih awal Kassim akan berceramah, kenapa tidak kesana jer dan berdebat berdepan ?

Atau arahkan supaya majlis itu dibatalkan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2014 at 7:38 PM

ayat pertama ALLAH turun kan adalah IQRA, tapi berapa ramai orang membaca , mengkaji, kebanyakannya ulama , poli tikus kedai kopi, dengar sikit sembang lebih, ..

....................
Reply To This Comment ...................
Muslim
February 20, 2014 at 8:26 PM

Isu anti hadis ni sebenarnya dlm Quran sendiri sudah dijawab, hanya sahaja dibuka minda utk menerimanya. Antaranya,
"...Dan org org yg beriman itu bersangatan kecintaannya kpd Allah (swt)..." 2:165.
"Katakanlah : Jika kamu mencintai Allah (swt) mk ikutilah aku (Rasullullah saw), nescaya Allah (swt) mencintai kamu, dan Dia mengampuni dosa dosa kamu. Dan ingatlah, Allah (swt) Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani." 3:31.
Bgmnkah mengikuti Nabi saw jika menolak Hadis.
Secara logiknya juga, Al Quran itu sendiri diturunkan kpd Nabi saw yg kemudiannya sampai kpd Kita dgn sanad yg mutawatir, juga dihafal dr satu generasi ke satu generasi hinggalah ke zaman kita hari ini. Bgmnkah boleh beriman dan menerima Al Quran jika menolak kaedah sanad ini.
Secara ilmiah pula, telahpun dijawab oleh ramai ilmuan kita, juga oleh JAKIM sendiri, silalah buat rujukan sendiri.
Bg saya golongan anti hadis ini lebih selamat dijauhi, mrk rata ratanya golongan berpendidikan tinggi yg bijak berhujah dan pandai berbicara. Debat dgn mrk juga bg saya tiada manfaatnya kerana mrk bukan mencari kebenaran tp semata mata mencari hujah melemahkan hujah kita dan mencari kemenangan. Spt juga golongan Syiah, sbgmn pandangan Imam Malik, lebih baik ditinggalkan dan tak perlu dibawak bicara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2014 at 8:50 PM

Bagi aku, pemikiran Kassim Ahmad menyeleweng. Katakanlah kalau benar dia tak tolak hadis, tapi dia mentafsir ayat Al-Quran mengikut logik akal dia je. Takde langsung rujukan pada pakar2 tafsir Al-Quran. Masalahnya di sini adalah pendekatan liberal dalam memahami Al-Quran dan Islam keseluruhannya. Itu yang tak betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2014 at 9:23 PM

nik aziz dah lama merapu tak ada pun siapa nak bantai dia, tafsir pun ikut sedap mulut dia je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2014 at 10:01 PM

Ye ke ikut sedap dia ke...cuba tuan terjemah benda yang btul saya nak jugak dgar...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2014 at 10:18 PM

Salam..
Saya rasa tidak adil kita melabel KA sebagai anti hadis sekiranya kita hanya terikut ikut dgn org lain. Cuba baca kembali pandangan KA. KA sentiasa merujuk alquran. KA bukannya menghina Nabi. KA antaranya persoalkan kandungan hadis yg dikhuatiri kesahihannya yg di'kumpul' oleh mereka yg hidup beratus tahun selepas kewafatan Nabi (cuba bayangkan zaman dahulukala yg mana penyimpanan info tidak seperti kini). Cara yg tepat ialah adakan pencerahan dan tolong jawab persoalan yg dia timbulkan. Mengapa kita perlu takut. Bukankah Allah bersama sama org yg benar? Allah berikan kita akal, jgn disebabkan kita rasa sukar berfikir (mungkin disebabkan tahap iq ataupun dah lama terikut dgn tradisi ataupun sebab apa sekalipun) maka dgn mudahnya kita melabelkan org sesuka hati. Bagaimana kecemerlangan lampau Islam dapat kembali sekiranya sikap begini ada pada kita terutamanya pihak berkuasa agama?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 6:33 AM

Salam..
Saya sendiri pernah membaca hadis yg dikategorikan sebagai sahih namun kandungannya seolah-olah merendahkan sifat Nabi. Dikhabarkan salah seorang pengumpul telah 'menapis' 60000 hadis hanya kepada 6000 sahaja (anggaran). Tidakkah kita terfikir yg 100 atau 200 juga tidak ditapis dgn betul? Mereka pun manusia biasa. Kita hormat tapi bukan sampai ke tahap memuja/taksub (sifat yg ditegah oleh Allah). Bagi saya alquran itu sangat lengkap (i.e. asas iman pada Allah). Hadis bagi saya adalah kata/perbuatan yg dikumpulkan oleh mereka yg mencintai Nabi. Kemungkinan ada kekhilafan disebabkan keupayaan pengumpul dan suasana pada masa itu yg secara relatifnya sangat terkebelakang berbanding zaman kini. Jadi menjadi tanggungjawab kita menilai semula bersandarkan alquran. Mana- mana yg berlawanan dgn alquran semestinya tidak benar. Malah, Nabi sendiri tak tahu apa yg ditulis kerana perkara itu berlaku selepas kewafatannya. Ini mendedahkan fitnah pada Nabi sebab tak dapat disahkan olehnya sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Muslim
February 21, 2014 at 7:17 AM

Tapisan dibuat bukan pd matan atau kandungan hadis, tp pd sanad dan rawinya iaitu urutan perawi dan individu perawinya, juga disatukan hadis hadis yg sama dr perawi dan sanad yg berlainan.
Benar ulama' tidak ma'sum, tp bila sepakat sekian ramai ulama' yg terkenal dgn sifat wara'nya dr zaman yg berbeza pula mk kemungkinan kesilapan sgt mininal dan lagi ulama' hadis terkenal dgn sikap sgt berhati hatinya.
Kecerdikan dan keilmuan yg tinggi adalah anugerah dr Allah swt, bersyukur kita bila terpilih dikurniakanNya, tp jgn dilupa, ianya juga adalah ujian drNya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 9:42 AM

Saya tak berapa setuju dengan komen muslim berkenaan tapisan pada matan...

Tapisan dibuat pada semua aspek hadis yang dikumpul termasuk matan/kandungan, sanad dan juga rawinya....

sebagai contoh tapisan pada matan/kandungan hadis apabila tatabahasa yang terdapat pada matan hadis diragui, terdapat kesalahan "grammar" dan sebagainya. Begitu juga apabila matan jelas bertentangan dengan AlQuran...Ini semua contoh contoh ciri hadis yang diklasifikasi sebagai palsu.

Berkenaan dengan Kasim Ahmad sila rujuk pada tulisan/ucapan beliau sendiri: http://kassimahmad.blogspot.com.au/2014/02/ucapan-kepada-konferensi-politik.html

Bagi saya memang jelas kecenderungan beliau sebagai anti hadis melalui ucapan beliau sendiri....

Rujuk pada pernyataan berkenaan pemakaian tudung... apabila kita membuat terjemahan literal AlQuran tanpa berpandu hadis maka kita akan dapati komen komen yang senada dengan kasim Ahmad....begitu juga dengan pernyataan ini:

"Siapakah yang mewajibkan hadis sebagai satu sumber undang-undang sama seperti Quran dalam masyarakat Islam? Jawabnya, Imam Shafi’e (767-820). Beliaulah yang bertanggungjawab membuat doktrin baru menyatakan hadis satu sumber hukum sama seperti Quran"

Saya setuju dengan Dr M berkenaan banyak hal...tapi berkenaan dengan Kassim Ahmad ni...saya memang tak setuju...

Tak perlu lah kita hendak menegakkan benang basah berkenaan dengan hal Kassim Ahmad..


Semoga Allah memberikan kita semua petunjuk ke arah jalan yang benar.

Wallahua'lam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 2:41 PM

Salam..
Sedih tengok reaksi org ramai di luar masjid negara. Ada pula parti politik murahan yg ambil kesempatan (memandangkan DrM juga memberi komen yg neutral terhadap KA) utk menonjolkan politik murahan. Pihak agama sendiri menggunakan mimbar utk melabel tanpa menjawab persoalan yg ditimbulkan. Ini contoh kelemahan pihak berkuasa agama yg menggunakan emosi org ramai (yg pelbagai tahap IQ dan EQ) utk mendiamkan persoalan yg mesti dijawab dgn ilmu. Adakah malaysia menuju ke zaman kegelapan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2014 at 2:49 PM

Salam..
Semestinya DAP tidak akan menyindir teks jumaat (Masjid negara) pada hari ini sepertimana waktu yg lepas. Ini kerana mereka punyai matlamat jelas utk kuasai politik malaysia. Pada masa lepas, LKS menempelak teks jumaat sebab peluang mengambil hati org islam akan tipis kiranya ayat alquran berkenaan musuh islam dijadikan sempadan oleh org islam. Tapi teks hari ni pasti tak akan dikomen oleh LKS sebab takde kepentingan baginya..malah makin merenggangkan perpaduan umat islam. Itu jelas menunjukkan cara pihak berkuasa agama pada hari ini bertindakbalas mengenai persoalan yg dibuat KA adalah tidak betul.

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2014 at 4:24 PM

Salam utk semua,

Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain.

Cuba tanya pada diri sendiri di manakah keimanan kita yg sebenarnya? Mahu percaya kpd Allah SWT atau percaya para alim ulama (tdk ramai ulama yg benar2 mengkaji Al-Quran, mereka hanya baca tafsir2 yg terdahulu maka sbb itu mereka sendiri tdk nampak kehebatan dan kekuatan Al-Quran)? Para ulama tdk nampak kehebatan Al-Quran sbb mereka baca Al-Quran seperti burung kakak tua, mereka tdk menggunakan akal fikiran mereka! Mereka tdk mengkajinya dgn mendalam dan bersungguh2.

Allah SWT mengatakan Al-Quran adalah kitab yg lengkap, sempurna, dan menjelaskan segala perkara. Al-Quran adalah lebih baik dari segala-gala kitab, Al-Quran mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Malah Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW berdakwah dgn Al-Quran bukannya Al-Hadith (percakapannya sendiri) (50:45) sbb Al-Quran adalah bukti yang paling jelas akan kewujudan, keesaan, dan keperkasaan Allah SWT.

Fikirkanlah siapa yg sesat dan siapa yg beriman? Adakah orang yang anti-hadith atau org yang anti-Quran? cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Adakah org2 yg memperjuangkan Al-Quran itu sesat atau para ulama yg tdk faham kehebatan dan kemukjizatan Al-Quran?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 12:02 AM

@Allen SulongMemang benar Al-Quran itu telah lengkap. Ia lengkap dari segi topiknya meliputi semua aspek kehidupan, duniawi dan ukhrawi.

Namun:

Jika anda menolak Hadith, lalu bagaimana anda mengerjakan solat?

Dalam Quran disebut, ...dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat...

Tiada diperincikan bagaimana untuk mengerjakan solat, cara berwuduk, bacaan dalam solat, dll.

Adakah anda solat mengikut cara anda tersendiri je?

Adakah anda berwuduk, main basah-basahkan badan je? Atau anda tak berwuduk?

Bagi pembaca yang mengatakan terlalu banyak hadith palsu jadi macamana nak kenal yang sahih dan apakah yang sahih tu benar-benar sahih dan sebagainya.

Saya nasihatkan:
1) jika anda yakin kepada Allah, maka berdoalah semoga Allah memberi HidayahNya kepada anda untuk kenal akan hadith yang sahih.

2) pergilah belajar agama. Di Malaysia ni ada banyak sekolah agama yang diiktiraf tahap pendidikannya. Di peringkat sekolah menengah Arab/ Agama (bukan sekolah Agama Persekutuan ya), kalau tak silap subjek Tingkatan 6 Bawah, ada subjek tentang kaedah mengenali hadith.

Belajarlah kalau tak tahu.
Jangan tuduh semua orang tak tahu, hanya kerana anda yang tidak tahu.

....................
Reply To This Comment ...................
February 22, 2014 at 11:30 AM

Salam.

"..Jika anda menolak Hadith, lalu bagaimana anda mengerjakan solat?
Dalam Quran disebut, ...dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat...
Tiada diperincikan bagaimana untuk mengerjakan solat, cara berwuduk, bacaan dalam solat, dll." ..

Kenyataan sebegini sering kedengaran. Ini menunjukkan mereka (yang mengeluarkan kenyataan sebegini) seolah-olah tidak REDHA (BERPUAS AHTI) dengan apa yang Allah telah turunkan (al-Qur'an). Akhirnya mereka mencari-cari tentang kekurangan al-Qur'an walaupun telah jelas bahawa al-Qur'an lengkap. Semua kaedah ibadah telah pun di tulis dalam al-Qur'an.
Mereka lebih berpuas hati menyerahkan segala yang berkenaan hukum hakam dan kaedah ibadah mereka kepada ulamak. Sebagai satu contoh kita lihat rukun solat 13 perkara yang dianjurkan oleh ulamak. Tidak ada "KHUSYUK" (rujuk ayat 23:1-2) tersenarai dalam rukun 13 dan begitu juga "FAHAM" (rujuk ayat 4:43) walhal ia perkara penting yang disarankan oleh Allah menerusi al-Qur'an.
Pada pandangan saya umat Islam terbahagi kepada 2 kelompok iaitu Islam Ulamak dan Islam Quran. Islam ulamak pula berpecah menurut ulamak masing-masing seperti syiah, sunni, wahabi dsbnya.
Sekian menurut pandangan saya.

Salamun 'alaikum. (sila rujuk ayat 6:54)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2014 at 6:01 PM

Allen Sulong February 21, 2014 at 4:24 PM
Bahawa Kamu berkata benar.

YJ Msteen February 22, 2014 at 11:30 AM
Kamu juga berkata benar kerana mengambil sumber Al-Quran sebagai rujukan.

Anonymous February 22, 2014 at 12:02 AM
Anda harus membaca Al- Quran dan terjemahannya.. Sesungguhnya Allah Menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab yang paling mudah untuk difahami.. (suatu bahasa org tidak bertamadun suatu masa dahulu).

Cara mengambil wudu' ada dalam solat.. cara solat juga ada dalam Al-Quran..

Islam pada hari ini sudah sinonim menjadi Hak Para Ulamak, Hak Para Ustaz.. Walhal dalam banyak hal mereka ini mengijtimakkan hal2 berkaitan hukum tanpa merujuk pada Al-Quran...

Nabi Muhammad (Allah dan Para Malaikat Berselawat keatas Sekelian Para Nabi) adalah pembawa Berita Gembira dan Pemberi Amaran - Surah terakhir Al-Kahfi sendiri menyatakan Beliau hanyalah seorang hamba Allah.....

Terlalu Banyak Hadis yang menghina Nabi..seperti Nabi pergi untuk mengimani solat, tapi terlupa untuk mandi wajib????? Ini soheh Bukhari Muslim diriwayatkan oleh Abu Hurairah..

Nabi mengunjungi kesemua 9 Isteri Beliau dalam SATU Malam..

Nabi nikah aishah seumur 6 tahun dan duduk bersama umur 9 tahun..

KENAPA DIBIARKAN ULAMA & Para Ustaz menghina nabi keterlaluan???? sedangkan ada terdapat kisah aishah difitnah dalam al-quran.

Kenapa TIADA SUATU KALIFAH DAN SAHABAT yang mengikuti sunnah Berkahwin dengan Budak umur 6 tahun dan duduk bersama umur 9 tahun..

Umat Islam lemah kerana mempercayai Hadis yang direka cipta daripada Kitab Injil.. spt dalam Doeromi... Isteri Kita berasal/dijadikan drp Tulang Rusuk.. Nak lentur mesti lembut...bla bla bla.. sedangkan Al-Quran dgn jelas menerangkan bagaiman manusia di jadikan, berpasang-pasangan???

Islam itu melebihkan Mukhlisin.. Keikhlasan.. Keikhlasan dalam beribadah dsbnya..

Nanti saya akan tulis satu2 Hadis2 yang Menghina Nabi dan Penentangannya dengan Firman Allah dalam Al-Quran..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 3:24 AM

mengapa tak tuduh Saidina Ali dan Muawiah tak faham Quran dan hadith.kalau faham takkan mereka berperang sesama umat islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2014 at 8:53 AM

Ya Allah.... apa dah jadi dengan dunia sekarang.... janganlah kita terpengaruh dengan golongan yang suka memusing perkara-perkara yang betul....walaupun golongan ini pandai bercakap tetapi apa yang disampaikan tidak semestinya betul....kita sekarang nie tak sama dengan ulama' dan sahabat Nabi dulu.....jgnlah kita pertikaikan....siapa kita nak pertikaikan sahabat2 nabi, ulama'.....siapa kita......renunglah diri kita sebelum kita mempengaruhi org lain mengikut cara kita....adakah apa yg kita sebut itu tidak melanggar Al-Quran dan Hadis.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2014 at 8:26 AM

Ramai sgt yg jd tuhan ni, suke2 hati je menilai dan jatuhkan hukum kt org...mentang2 KA tu x pakai lebai, x masuk pas, x pakai jubah kau org tolak dia bulat2 seolah boleh baca nawaitu org tu...yg korang ni ikut hadis x? Ikut al-quran x?...cakap memasing dah mcm arab dah, tp ape pun x boleh...pui!!!...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2014 at 8:27 PM

Yang PENTING Ala Kassim SESAT LAGI MENYESATKAN....Pull Stop!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 12:09 AM

Soalan: Mengapa para ulama kat malaysia tidak bersungguh-sungguhan mewajibkan anak-anak orang islam perlu pelajari bahasa arab di sekolah supaya mereka boleh memahami al-quran sendiri tanpa perlu merujuki ulama, uztaz, ustazah, dan sbgainya?

Jawapan: Kerana mereka takut kebenaran akan terbongkar dan peluang utk cari makan dan peluang untuk menguasai umat islam akan terhancur!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2014 at 10:09 PM

Nabi dah cakap,"Janganlah orang Islam hinakan dirinya sendiri"..Sahabat bertanya ."Bagaimanakah orang Islam hinakan dirinya sendiri?".Jawab Nabi."Dia buat perkara g dia tak mampu"-Hadis.Kasim ahmad ini campur urusan hadis dan ilmu2 agama dan cuba memepengaruhi orang dgn ilmunya yg salah jauh itu,sementara belaiiu tak ada asas ilmi ni samaskelai.Dgn itu org pn marah dan hinakan dirinya.Sebab itu bila nak cakap,cakap hal kita ahli dalamnya cukuplah.Bila kita pandai dalam satu llmu,ini tak bermakna kita pandai dalam semua ilmu.Kasim ahmad ini sedang hinakan dirinya,walaupun nabi saw dah pesan,jangan campur dalam perkara yang kita tak mampu,iaitu ilmu Hadis ,Quran dan ilmu agama.Mahathir pun akan terima nasib yang sama kalau buat perangai mcm si Kasim ini.Sekarang pun orang makin marah bila Mahathir sokong Si kasim yg tak ada ilmu Hadis ini,Mengucap sekerat sahaja.mcm mana tak sesat pula.Dari mana dia dapat tahu kebanyakkan Hadis adalah tipu.Apakah dia masuk kuliah hadis di mana2 Ugama dan university Hadis?.Shabash jakim dan Zamihan.Lepas ini dakwa pula pengikut2 nya.Bagi orang sokong Kasim dan marahkan Zamihan ,heja ini Setiausaha KDN..KESELAMATAN DALAM NEGARA..Tak tahu heja ka?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2014 at 10:17 PM

saiidina Ali dan muawiyah berperang kerana politik bukan kerana agama.Muawiyah nak sangat kuasa dgn apa jalan juga itulah sebabnya.Bukan sebab mereka tak faham quran atau tak islam.Islam sejenis sahaja,orang islam jutaan jenis.Ada yg terkeluar bakul ada yg atas bakul ada bawah bakul ada tepi bakul.Ada jula bakul ada beli bakul ada yg mcm tak ada bakul ada minat bakul ada tak minat bakul ada koyakkan bakul ada buat bakul ada mcm2 bakul dan ada yg minat nak masuk bakul tapi terkeluar bakul,mcm si kasim ini..Jadi faham2lah.

....................
Reply To This Comment ...................
May 29, 2014 at 4:25 PM

cuba anda2 semue yang cerdik pandai... tunjukkan kat saya... mane bahgian yang menunjukan org islam kat malaysia ni... mendewa2 kan nabi muhamad.. mendewa2kan para ulama... ! setahu saya .. dr kecik.. saya solat.. xpenah sebut pun name imam syafie dlam solat dan doa saya..! dan ... bila kita sebut nabi muhamad mesti kite sebut pesuruh Allah...maknenyer..orang suruhan kan..kat mane ayat yang mendewakan nabi muhamad tu?.! maulidur rasul tu... ibarat mengingati keputeraan baginda... macam menyambut keputeraan agung kat malaysia ni la.. xde pulak puak anti hadis ni cakap.. kita mendewa2kan sultan..! lagi satu.. Allah tu maha berkuasa, maha mengetahui,maha bijaksana... ! HElllOOOO wake up guys.... kalu korang bole kaji kiamat bile berlaku.. bole kaji al-quran ade kod no 19... maknenyer... name Allah yang Maha bijaksana tu ke delete la.. sebab da ade orang yang maha bijaksana kan.. leh lawan Allah..... Astagfirullahalhazim.... mengucapla pade sape2 yang da terlebih mengkaji tu... Allah suruh kita berlajar..menimba ilmu supaya kite tergolong orang yg mulia... jgn sampai kite terlebih ilmu jadi orang terlebih sudah.! kalu sekalipun surah at-taubah ditokok tambah pun... masih menyeru kita menyembah Allah yang satu..! jgn sekali2 kita mengkaji Al-quran dalam bahasa lain selain dr Arab... bahase alquran sgtla jauh ngn makne dalam kamus dewan kew...kamus oxford kew.. sgt2 lain... contoh: Allah...bile translate jadi Tuhan... tapi Allah bile kite sebut ..maknenyer sgt besar... besar dr perkataann Tuhan tu.. that y bile kite berdoa... berbunyi.."Ya Allah Ya Tuhanku..." kite x sebut "Ya Tuhan Ya Allah ku.... " ..nampak x kat situ... bertapa Allah tu besar maknenyer..seluas semesta alam...! so jgn pandai2 nak translate ...salah tau x...

Post a Comment