........... Isu PBS - Lebih Banyak Kontra Dari Pro ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu PBS - Lebih Banyak Kontra Dari Pro ?

Thursday, February 13, 201427comments



Artikel sebelum ini (KLiK) saya menyentuh sedikit tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan alhamdulillah hasil respon pembaca yang saya percaya ramai terdiri dari warga pendidik ( kalau mengikut feel komen2 mereka ), sedikit sebanyak mampu membuat kita lebih memahami kenapa PBS ini mendapat reaksi negatif dan bantahan sehingga memaksa Menteri Pendidikan mengambil keputusan untuk mengkajinya semula.

Saya ambil satu komen yang diterima untuk dikongsi bersama supaya kita sama2 faham bantahan dari warga pendidik bukan bermakna mereka malas, atau jenis yang suka mengengkari arahan ketua atau lebih teruk lagi, dakwaan kononnya yang membantah itu semuanya penyokong pembangkang !

Cuba tolak tepi dulu persepsi negatif dan nilaikan hujah mereka secara rasional. Bukan siapa yang bercakap yang perlu dipertikaikan tapi APA yang mereka cakapkan yang perlu diberi perhatian.

( Perlu sentiasa diperingatkan, yang membantah tidak semestinya pembangkang !)


Sistem ini lebih banyak contra dari pro. Antaranya:


1. Penggunaan Band (band 1-6) menggantikan gred peperiksaan (A-F) sebenarnya mewujudkan grey area yg sangat besar bukan sahaja kepada parents tetapi juga kepada murid itu sendiri.


Ini kerana cara penilaian pelajar tidak menggunakan satu kayu ukur standard seperti peperiksaan. Ini menyebabkan pelajar2 dari kelas corot boleh dapat band 5 walaupun kaedah mereka dinilai tidak sama seperti pelajar pintar yang dapat band 5 !


2. Sistem tanpa peperiksaan ini menyebabkan pelajar yang malas belajar bertambah malas dan pelajar yang nak belajar hilang motivasi kerana guru perlu menilai pelajar mengikut tahap masing2. Kalau 1st test gagal, guru mesti buat lagi test lain sampai pelajar itu lulus tak kiralah berapa banyak test pun janji lulus. Jadi kemungkinan guru perlu merendahkan tahap ujian hanya semata2 untuk memenuhi level pelajar tersebut.

SEPATUTNYA pelajar yang perlu berusaha untuk mencapai tahap yang dikehendaki, bukannya kita merosakkan sistem untuk mengikut rentak pelajar.


3. Beban kerja yang melampau kepada guru sehingga menjejaskan P&P. Katalah satu kelas ada 35 orang, maksudnya guru perlu menyediakan 35 evidence untuk kelas tersebut, darab la dengan berapa kelas yang guru tersebut mengajar..beratus2 evidence nak kena siapkan. Bayangkan betapa banyak masa yang terpaksa digunakan hanya untuk melakukan kerja2 pengkeranian seperti mencetak soalan, kerja2 memfail dan memasukkan data ke dalam sistem !


Ya, ada yang kata sistem peperiksaan yang diamalkan sekarang hanya menumpukan usaha kepada murid2 yang pandai sahaja dimana keutamaan adalah kepada bilangan pelajar yang mendapat bilangan A terbanyak dan kesannya, pelajar yang lemah diabaikan.

Setiap kali keputusan peperiksaan utama diumumkan, berita yang menjadi tumpuan adalah sekolah mana yang mendapat A teramai dan negeri mana yang terbaik pencapaiannya, jadi tumpuan khas diberikan kepada mereka yang dilihat berpotensi untuk menaikkan nama sekolah/negeri melalui pencapaian A terbanyak ..... nah, ini salah sistem atau salah pentadbir ?

Saya sering merujuk kepada KEPALA dalam sebarang permasalahan dan begitu juga dalam kes ini. Kalau KEPALA tidak mementingkan sekolah atau negeri mana yang pelajarnya mendapat A terbanyak, apakah pihak sekolah akan jadikan kriteris itu sebagai keutamaan ?

Kenapa tidak diterbalikkan ? Maksud saya, kenapa tidak KEPALA hanya mengutamakan statistik berapa ramai yang GAGAL ! ? Dan media pula hanya menghebahkan sekolah dan negeri mana yang mempunyai peratusan bilangan pelajar teramai yang GAGAL.

Baru kita tengok apakah pihak sekolah akan berusaha mahu merebut gelaran Juara itu atau berusaha supaya tidak dinobatkan sebagai Juara ....

Macam kes DEB juga ..... hampir semua bersetuju yang DEB itu bagus cuma pelaksanaannya saja yang lemah. Jadi DEB tidak perlu dihapuskan, hanya perbetulkan pelaksananya.

Tapi apa yang kita dengar adalah kritikan2 dan tuntutan yang mahu DEB dihapuskan, DEB pula yang perlu dihukum bukannya pelaksananya yang cuai.

Samalah juga kes pendidikan ini ...... sistem yang digunakan selama ini tidak salah tapi kenapa sistem itu pula yang dihukum ?

Oya, negara mana yang boleh dijadikan contoh kepada keberkesanan sistem PBS ini supaya dapat kita jadikan perbandingan ?

NAMUN tidak salah jika kita mahu memperbaiki dan memperkemaskan sistem yang ada. Cuma biarlah mereka yang benar2 pakar dan faham saja yang terlibat. Pemimpin2 kerajaan jangan pula nak berlagak pandai dalam semua hal tanpa memperdulikan pandangan mereka yang terlibat.

Ya, memang terdapat guru2 yang cuai dalam tugas tapi saya percaya bilangan mereka tidak ramai. Itu masalah disiplin dan boleh ditangani jika pentadbir telus dan ikhlas. Mana mungkin dalam ratusan ribu warga pendidik tidak ada yang senget.


Nak pelajar bagus, cemerlang akademik, sahsiah dan segala bagai tapi hati dan perasaan guru2 langsung tak diambil peduli dan dijaga. Macam mana guru2 nak mengajar dengan gembira jika emosi mereka tertekan dan terbeban disebabkan sistem yang tidak sempurna gara2 sikap culas dan pentingkan diri para pembuat dasar/keputusan ?


Diharap kemelut ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.

PS - Kenapa hati ini berat mengatakan yang tidak lama lagi akan keluar satu kenyataan pengumuman PROJEK menaiktaraf sistem internet seluruh negara supaya dapat mengisi keperluan PBS ..... dan nilainya ratus2 juta RM ..... dan ia perlu disegerakan.

PS 2 - Saya copy satu lagi komen terbaru yang saya terima di artikel sebelum ini -

Aku setuju ngan PBS. Aku cuma tak setuju guru dikulikan untuk melakukan tugasan-tugasan yang tidak munasabah selain P & P. Kembalikan guru kepada tugas hakiki mendidik dan mengajar. Biarlah kerja-kerja tambahan diserahkan kepada staf yang dilantik khas dan staf tersebut mestilah ditempatkan di setiap sekolah. Kita tak mau anak-anak kita terjejas pembelajarannya kerana guru-guru penat mengadap komputer sehingga larut malam.

Idea yang cantik seharusnya datang dengan perlaksanaan yang cantik. PBS adalah satu cara untuk membuka minda murid bahawa gerbang ilmu itu sebenarnya lebih luas dari sebuah buku teks. Murid yang corot masih ada nilai tersembunyi yang dinamakan bakat terpendam. Bakat inilah yang perlu dicungkil dan diasah di peringkat rendah lagi. Suatu hari nanti diharapkan Malaysia akan melahirkan ramai graduan yang mempunyai x- factor bagi mengurangkan masalah pengangguran. X-factor itu dibentuk dan dibina hasil daripada bimbingan berterusan guru-guru dari sekolah rendah hingga menengah.


Baca juga komen2 lain disana terutamanya komen dari saudara Esa Adam, yang terlalu panjang untuk saya copy di sini.

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 8:05 PM

BEBAN KERJA yang sengaja dilebih2kan kesukarannya. jika hendak katakan pasal beban kerja, rasanya pihak keselamatan dan kesihatan lebih banyak beban kerja. sebab itu mereka terbeban dengan istilah kerja 24jam dan kerja shift. sekolah ada tak yg buka 24jam? Nasihat saya..semua kerjaya ada kelebihan dan kekurangannya..maka ikhlaslah dgn kerjaya anda dan bersyukurlah kerana sekurang2nya ada kerja. sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 9:08 PM

Bagaimana sistem PBS mewujudkan konflik/kekeliruan kepada pelajar dan ibubapa dalam menilai tahap penguasaan pelajar?
Sy berikan satu contoh mudah..
Najib seorang pelajar yg berpotensi dan ditempatkan dalam kelas pertama. Manakala Anwar pula seorang pelajar yg bermasalah dan berada dikelas tercorot disebabkan sikap pemalas dan perangai suka melawan guru.
Apabila selesai guru tersebut mengajar satu topik dlm subjek matematik, tibalah masa untuk guru melakukan ujian bagi merekod pencapaian anak muridnya menggunakan sistem PBS.
Maka guru tersebut pun memberikan tugasan kepada Najib untuk dinilai dan seperti dijangka, tugasan tersebut dapat disiapkan dengan baik,memenuhi semua kriteria yg perlu dgn sekali ujian dan guru tersebut dgn senang hati memberikan band 4 kpd Najib sbg banchmark kpd penguasaan Najib dalam topik yg telah diajar.
Tugasan yg sama juga diberikan kpd Anwar utk dinilai tahap penguasaan semasa. Namun Anwar yg tidak mahu belajar secara selamba memberitahu yg dia tidak dapat meyelesaikan tugasan tersebut. Disebabkan guru tidak dibenarkan memarahi murid, merotan atau mengenakan denda bg tujuan mendidik, maka guru tadi terpaksa memberikan tugasan lain berkenaan topik matematik yg sama dan hanya selepas 10 tugasan bersilih ganti barulah Anwar dapat melakukan tugasan tersebut dan diberikan band 4 dengan pelbagai bantuan dr pihak guru yg bertungkus lumus.
Persoalannya sekarang, berapa ramai murid seperti Anwar yg guru mahu tumpukan. Dalam 1 kelas sekarang, bilangan pelajar tak kurang 35 org dan cuba fikir jika guru sibuk melayan pelajar malas seperti ini pelajar lain yg mahu belajar akan rasa seperti diabaikan..

....................
Reply To This Comment ...................
February 13, 2014 at 10:22 PM

@Anonymouserrr... kelas tu bercampur lelaki perempuan atau lelaki saja ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 10:24 PM

PBS adalah legasi Najib hasil Pelan Transformasi yg dilancarkan sejurus beliau menjawat jawatan PM. Dalam pelan transformers najib ini, terdapat 3 sektor utama yg akan mengalami mutasi kekal iaitu Sektor Ekonomi, Perundangan dan Pendidikan.

1. Sektor Ekonomi- Pelaksanaan Rasionalisasi Subsidi menyebabkan peningkatan harga minyak,gula, tarif elektrik, bahan makanan,perkhidmatan dan seterusnya menyebabkan kenaikan inflasi yg mengecilkan kuasa membeli rakyat.
Awal sebelum itu telah dilakukan pemansuhan kementerian khusus yg melindungi kepentingan bumiputera demi membuktikan bahawa Najib adalah PM untuk semua kaum dan bukan hanya untuk org melayu dan bumiputera shj.

2. Sektor Perundangan- menghapuskan ISA, Ordinan Darurat dan akta hasutan tanpa difantikan dgn apa2 akta baru yg lebih baik untuk membolehkan api perkauman hidup subur demi memenuhi permintaan pembangkang.

3. Sektor Pendidikan- memansuhkan PPSMI yg mendapat bantahan pembangkang lalu memperkenalkan sistem yg telah ditendang oleh negara barat iaitu PBS. Dengan pelaksanaan PBS ini kerajaan berharap bakal pewaris masa hadapan negara ini akan menjadi golongan yg keatas tidak,kebawah pn tidak,ketepi tidak,ketengah pn tidak, kedepan tidak, kebelakang pn tidak sebab terlalu banyak uji kaji yg terpaksa dilalui oleh mereka hasil kepintaran Najib dan pak2 menteri lantikannya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 10:32 PM

Haha din..soalan anda mmg diluar kotak! Inilah contoh pelajar yg telah berjaya menguasai tahap pemikiran dan analisis kefahaman peringkat tinggi (High Thinking Order).
Din,sy beri kamu Band 5! Keep up the gud work. Hehe..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 10:54 PM

Mana ada penilaian yang benar2 adil. Cuba jenguk kat universiti, kalo ko pandai bodek lecturer, tolong lecturer siapkan tesis phdnya, ko mesti bole score pointer best punye. Itu kat universiti, dah nampak berat sebelahnya. Cuma bezanya kat sekolah guna penilaian band, manakala kat universiti guna cgpa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 10:55 PM

Terdapat sesetengah pentadbir sekolah telah pun menetapakan semua murid perlu/wajib mendapat sekurang2nya band 3 tak kira walau selemah mana pun murid itu hanya kerana nk menjaga imej sekolah,pengetua dan pentadbiran sekolah. Bagaimana mahu menjadikan pelajar yg memang tak nk belajar ini mencapai target tersebut, tidak diberitahu dan pentadbiran menyerahkan bulat2 kpd guru utk memikirkannya. Pandai2 gurulah menggunakan kreativiti masing2 dgn pelbagai kekangan dn syarat dikenakan kpd guru.
Ini menyebabkan guru merasa penilaian yg mereka lakukan ke atas murid mengikut kriteria2 yg telah ditetapkan seolah2 tidak bermakna kerana walaupun murid tersebut malas,tidak mahu belajar dan sememangnya tidak layak mendapat band 3 tetapi disebabkan arahan dr pihak pentadbiran, maka guru akhirnya terpaksa akur dgn ketetapan yg telah dibuat sekolah.
Lalu dimana ketelusan dlm sistem ini kepada guru dan murid lain yg benar2 ingin belajar. pelajar yg betul2 belajar dn dpt band 3 akhirnya dinilai sama seperti pelajar malas. Sebabnya pelajar malas ini tahu kalau tak belajar pn cikgu ttp akan bg band 3 jugak! Baik tak yah belajar!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 13, 2014 at 11:03 PM

Ini tidak adil.....
Najib ada PEMANDU yang bole kasi idea paling bernas di dunia, manakala Anwar pulak takde PEMANDU.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 8:04 AM

@dinturtle

Terbaik lah Bro! ha..ha..ha..!

Tapi itulah hakikatnya pak Din. Melalui PBS, murid-murid boleh bawa balik tugasan, minta tolong abg atau kakak bagi settle! Ha..ha..Ha...

Terbaik kan Din?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 8:07 AM

@Anonymous

Kalu mcm tu, cuba ko masuk OUM!

Skil bodek-membodek tak diperlukan di sini. Kalu Nurul Izzah (bukan nama sebenar, contoh ajer) masuk OUM, gerenti boleh repeat subject sampai jadi opah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 8:13 AM

Bro Din.

Semalam aku bagi anak aku baca blog ko nih dan minta komen dia. Dia cakap, ramai guru2 di sekolah dia cakap benda yang serupa, cuma tidak berani nak komen secara terbuka takut periuk nasi mereka diterbalikkan! Katanya lagi, dari bloglist ko, hanya ko seorang yang berani mengulas isu (sebenarnya isu yg sangat penting!) ini.

Syabas Bro Din, ko memang blogger Melayu yang tulen!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 8:21 AM

ada pemandu yang hampeh lagi tak berguna pun tak guna jugak. hanya tahu merugikan negara dan memperbodohkan seorang pi em..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2014 at 10:36 AM

Encik Din kita ni sangat bersangka baik orangnya dengan para Guru-Guru ini. Hakikatnya dalam golongan ini jugalah terdapat banyak sangat pendokong pembangkang. Apabila terlalu hendak membangkang, segala polisi dan dasar Kerajaan juga akan turut dibangkang dan percubaan sabotaj akan berlaku dalam pelaksanaan. Apabila diminta cadangan semua diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan untuk memikirkannya. Dan bila dasar dah disediakan semuanya tak baik sebab dari Kerajaan BN/UMNO.

Soal baik atau buruk dasar PBS begitulah juga yang berlaku dengan dasar yang lama. Dasar yang lama ditukar ke PBS disebabkan adanya bantahan atau rungutan dari banyak pihak. Yang kaya dengan rungutan cara kayanya, yang miskin dengan cara miskinnya. Yang politik ke kanan cara kanannya dan yang kiri cara kirinya. Jika kita hendak mendapatkan kepuasan semua pihak dalam pelaksanaan sesuatu dasar apa benda pun tak boleh nak dibuat. Cuba laksanakan terdahulu dasar PBS ini dan dalam masa yang sama penilaian keberkesanannya dibuat dan jika ada kecacatan bincangkan bagaimana untuk mengatasinya. Bukan penilaian masalah cara,masa nak daftar gred oleh guru dan lain-lain perkara yang tiada kaitan dengan hasil penilaian PBS itu sendiri. Jika ada perbezaan arahan di antara sekolah, PPD, JPN Negeri dan KPM sendiri bawalah berbincang ke titik persamaan dan bukan menyalahkan antara satu sama lain.

Hal menaik taraf sistem internet untuk memasukkan markah, ini adalah masalah turun temurun sejak dari dahulu lagi dan bukan melibatkan sektor awam bahkan di sektor perbankan juga berlaku. Apabila Kerajaan cuba mengeluarkan berjuta-juta RM untuk ini, pihak pembangkang akan menjadikannya isu siapa yang dapat kontrak, pembaziran dan sebagainya. Jadi kerajaan hanya mengeluarkan bajet kecil untuk menjaga hati pembangkang ini yang akhirnya terjadilah masalah yang ada sekarang ini. Mereka jugalah yg merungut pulak di atas kesulitan yang berlaku. Semua pun tak kena.

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2014 at 11:52 AM

Bro
Ini ulasan aku yg terakhir sebelum bro tutup topik ni.

Masaalah besar yg dikomplen oleh guru2 ialah nak key-in data yg selalu "hang". Dan ini kekadang hingga tgh malam sehingga guru2 nak mengeyam pun tak dpt.

Cadangan aku ialah. Decentralise server ni kpd daerah2 pejabat pelajaran atau lebih kecil lagi supaya bilangan guru yg online tidak terlalu banyak.
Central server dari pusat bolehlah upload data2 ni dari daerah dan negeri.
Jadi server2 yg lebih kecil boleh beroperasi secara optimum.
Uploading kpd pusat boleh dibuat pd waktu malam atau dinihari.
Dalam hal ini kerajaan kena menambah aset dan kakitangan. Jika semua perbelanjaan dibuat secara transparent dgn tender terbuka tak da siapa yg akan komplen.
Yg rskyat marah tu ialah kontrek diberi kpd menantu, anak, abang atau ketua bahagian yg tak tahu menahu pasal komputer.
Ini berlaku kpd kontrek security disekolah2.
Disekolah aku bila guru besar talipon kontrektor yg dpt kontrek guru besar diarah contact sebuah syarikat. Rupanya kontrek telah dijual kpd syarikat security yg lain.
Akibatnya sekolah dpt pak guard yg telah berumur, gaji lambat bayar dan kadang2 tu sepatutnya 2 org yg dtg cuma 1 org.
Kontrek ni mcm easy money kpd kroni.
Satu syarikat dpt 10 sekolah. Aku dah kira jika dia ambil 10% pun dah lumayan. Kerana lepas tu dia hya goyang kaki.

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2014 at 12:51 PM

@Anonymoussaya tidak boleh bercakap bagi pihak guru2 .... mereka yang menanggung dan mereka lebih tahu ...

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2014 at 12:52 PM

@Esa AdamCadangan yang baik !

Soal kontrek kroni ....hmmmm ....

tender kantin belum cerita lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2014 at 1:08 PM

Din
Tender kantin adalah dibuat oleh pihak sekolah. Biasanya ada committeenya. Ini bergantung kpd guru besar. Kalau dia favour kpd seseorang maka adalah tu. Tapi ini boleh dihidu oleh guru lain dan pibg.
Satu lagi kontrek islah membekal pekerja am kpd sekolah. Yg ni dari kementerisn. Setiap sekolah ada lebih kurang 10 org membuat kerja2 tukang kebun dan pemberisihan. Yg ni pun tak telus.
Aku ada lihat kontrek gaji pekerja2 ni boleh tahan tapi apa yg pekerja dpt tak sama dlm kontrek.
Ini juga sumber income kroni.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
February 14, 2014 at 1:41 PM

Apa saja sistem penilaian yang dilakukan semua nya pasti ada pro dan kontra nya. Bergantung disebelah mana kita berdiri. Tujuan asal aku hantar anak ke sekolah adalah supaya dia dapat ilmu yang bakal dipelajari dari para guru yang berkhidmat. Asasnya adalah guru mendidik dan murid belajar.

Biarkan guru dengan tugasan mendidik. Penilaian, waima apa sekali jenis sistem yang hendak di gunakan, hendaklah dilakukan oleh pihak yang lain. Penilaian adalah bidang kerja pengurusan dan tak seharusnya dibebankan kepada guru-guru.

Persoalan yang lebih besar adalah berkesankah ilmu yang diterima oleh anak-anak kita setelah mereka menamatkan persekolahan mereka. Sekiranya anak aku tergolong didalam golongan pelajar yang lemah dari segi pembelajaran matematik, aku akan rasa lebih selasa jika pihak sekolah dapat mengenal pasti bidang yang sesuai untuk dia diterapkan. Penilaian pencapaian dia dalam subjek tersebut hanya sekadar mengesahkan kelemahannya.

Jumlah lepasan universiti yang masih menanam anggur sudah terlampau ramai tetapi kita masih lagi menumpukan kepada sistem penilaian. Adakah kita akan berpuas hati dengan sistem penilaian bertaraf dunia sedangkan ilmu yang diajar tidak memberi sebarang manafaat kepada anak-anak kita dikemudian hari? Kekalkan guru dengan kerja mendidik. Sediakan bahan didikan yang benar-benar berkesan. Buatlah sistem peniaian apa sekali pun asalkan bukan guru yang melakukannya. Mereka kadang-kadang lebih kenal siapa anak kita. Mereka lebih tahu kelebihan dan kelemahan anak kita. Mereka telah sediakala ada sistem penilaian sendiri. Bantu mereka membantu anak kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 1:23 PM

isu pbs bukan berkaitan guru tidak tahu bersyukur....kami juga bersyukur dengan WANG RINGGIT KAMI SENDIRI menyediakan bahan-bahan belajar/hadiah untuk murid-murid walau ada segelintir murid-murid atau ibubapa tidak tahu bersyukur/menilai pemberian guru......bahan-bahan untuk sekolah juga ada yang menggunakan duit poket guru sendiri....kami BERSYUKUR kerana dapat membantu sekolah.... isu mengenai pbs adalah mengenai kelemahan kaedah pentaksiran/penilaian yang tidak bersesuaian dengan tahap sekolah di malaysia dan akan memberi impak bukan sahaja pada guru, malah pada generasi yang membentuk bangsa dan negara kita....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2014 at 1:29 PM

As salam Bro Din dan semua,

Para guru sekarang dibebankan dengan bermacam-macam tugas seperti yang diluahkan oleh pelbagai pihak..dengan sistem fail, dengan program peningkatan prestasi, guru dihantar berkursus saban bulan dan saban tahun, dan macam-macam lagi. I really have no problem with that JIKA anak-anak kita menjadi semakin pandai atau semakin baik dari segala segi, seiring dengan beban guru yang semakin bertambah..persoalannya: Adakah itu yang berlaku or our students are getting worse? Much worse????

Sharifah

....................
Reply To This Comment ...................
February 15, 2014 at 2:57 PM

Jika kita amati prasarana pendidikan di negara lain, Thailand umpamanya, keadaan sekolahnya kelihatan jauh lebih dhaif dari sekolah-sekolah di Malaysia. Mengikut kajian, Malaysia melaburkan jauh lebih banyak di dalam pendidikan berbanding dengan Thailand. Tetapi, Malaysia kalah, ketinggalan jauh dengan Thailand dalam ujian PISA dan TIMSS bagi tahun 2013...berdasarkan ujian2 ini, kelihatannya pelajar Thailand lebih bijak dari pelajar Malaysia walaupun berbillion-billion ringgit dilaburkan di dalam pendidikan...mcm mana tu???

Sharifah

....................
Reply To This Comment ...................
February 15, 2014 at 3:24 PM

@Sharifah Rashidah bt. Syed AhmadKerajaan mereka tumbang kan ? kan ? kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
February 15, 2014 at 3:37 PM

Yes..Bro Din...sebab tu saya hairan kenapa prestasi pelajar mereka lebih baik dari pelajar kita...apa yang tak kena ni....

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2014 at 6:15 PM

waktu ppsmi dulu, anak-anak ramai yang sudah hazam bahasa inggeris dalam subjek sains dan matematik..tiba-tiba mansuh sebab pembangkang..kita tak sempat melihat hasilnya walaupun dah mula nampak hasil yang positif pada anak-anak..ganti pula dengan pbs..memang kerja guru berganda sebab tiada murid yang terabai sebab semua akan dinilai..kini tak sempat nak apa-apapun lagi dah mula bangkang lagi..saya rasa ini bukan masalah pelajar tetapi mereka yang ada maksud di sebaliknya..sabar dulu dan elakkan huru-hara.

....................
Reply To This Comment ...................
March 28, 2014 at 11:13 PM

bro.,gua respect luu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 10:39 PM

Bukan sengaja guru-guru ingin membesar2kan isu PBS. Guru bukanlah dari golongan yang seperti anda maksudkan. Pihak kesihatan atau keselamatan memang la kerja shift tetapi apabila pulang anda boleh tidur berdengkur.Tetapi bagi guru, kami terpaksa menunggu hingga waktu tengah malam barulah boleh online. Itupun sekiranya bernasib baik..Namun syukur Alhamdullilah isu ini mendapat perhatian dari pihak yang berwajib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2014 at 11:58 AM

maaf nak tanya, bagaimana band dan tahap, hendak ditukar semula ke gred?? lebih mengelirukan ada topik pada sebahagian subjek tidak mencapai tahap atau band 6, bagaimana untuk mendapatkan puratanya.. kemudian hendak di tukar pula ke gred.. sekiranya pelajar hanya faham sahaja.. maksudnya semua subjek dapat "F", bagaimana pula perasaan ibu bapa?? "GURU DI LEMA"

Post a Comment