........... Isu Kalimah Allah / alKitab - Hanya 1.5% Rakyat Jer Yang Baca alKitab ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Kalimah Allah / alKitab - Hanya 1.5% Rakyat Jer Yang Baca alKitab !

Sunday, February 9, 201414comments


Dalam isu kalimah Allah / alKitab, saya tertanya2 juga apa perkembangannya atau kataputus kerajaan, jika ada. Selepas Najib tampil menyatakan pendirian kerajaan bahawa 10 Point Solutionnya itu tertakluk kepada Enakmen Syariah, pada 24 Januari lalu kerajaan terus senyap balik...... Tidak ada sebarang arahan atau ketetapan tegas dalam isu yang menjadi polemik itu, sekadar menyatakan pendirian.

Jika Najib berhasrat menanti keputusan akhir Mahkamah Rayuan dalam isu Herald @ kalimah Allah, saya rasa ia bukanlah satu keputusan yang bijak kerana apapun keputusan Mahkamah kelak, ia hanya tertakluk kepada penerbitan Herald saja. Jadi Najib masih perlu menyatakan pendirian akhir kerajaan dalam isu ini. ( itu lah ..... gatal sangat nak perkenalkan 10 Point.... )

Kenyataan dari Menteri beragama Kristian, Idris Jala yang merupakan orang kuat Najib dalam menyelesaikan isu ini memberi sedikit pencerahan ..... rupanya kerajaan masih BLUR untuk mencari jalan penyelesaian. - Putrajaya masih cari jalan penyelesaian isu kalimah Allah, kata Idris Jala. ( artikelnya panjang tapi sekadar baca tajuk saja sudah cukup untuk dapatkan point utamanya )

OK, sementara kerajaan masih tercari2 formula baru dalam menyelesaikan kemelut ini, suka saya timbulkan satu pertanyaan yang penting supaya kita dapat melihat isu kalimah Allah @ alkitab ini dalam satu perspektif baru -

Yang sebenarnya ..... BERAPA RAMAI penganut Kristian yang menggunakan alkitab atau Bible versi Melayu yang mengandungi kalimah Allah itu ?

Maksud saya, isu yang panas ini didebatkan seolah2 yang terkesan daripada larangan itu begitu ramai. 

Penduduk negara kita berjumlah 28 juta orang dan 9.2% adalah beragama Kristian atau seramai 2.6 juta orang. TAPI bukan semuanya membaca alkitab !

Dikatakan hanya mereka yang di Sabah dan Sarawak saja yang menggunakan bible berbahasa Melayu cetakan Indonesia itu.

Penduduk Sarawak yang beragama Kristian di Sarawak adalah kira2 1,052,706 dan di Sabah seramai 852,993 orang jadi jumlahnya lebihkurang 1.9 juta.

TAPI bukan semuanya menggunakan alkitab ! Dan bukan semuanya orang pribumi. Ramai juga yang berbangsa cina, dan lain2 bangsa yang saya pasti mereka lebih selesa dengan bahasa selain dari Bahasa Melayu.

Ambikira juga terdapat Bible versi Iban dan Bible versi Kadazan ..... jadi yang sebenarnya - berapa ramai yang benar2 menggunakan alkitab bahasa Melayu ni ?

Mengikut perkiraan kasar yang dibuat oleh blogger Helenang dari SINI, secara kasarnya hanya 425,000 penganut Kristian saja yang menggunakan alkitab !

425k atau hanya sekadar 1.5% dari 28 juta rakyat Malaysia !

Umat Islam pula lebih dari 60%  tapi pemimpinnya terpaksa tunduk demi kepentingan 1.5% dan kesan polemik ini terpaksa ditanggung oleh 100% rakyat !

Mungkin pihak gereja dapat berikan angka mereka bagi membuktikan betapa BESARnya bilangan penganut Kristian yang terkesan dengan isu alkitab ini.


Cadangan saya  - Utamakan yang MAJORITI. Pihak yang minoriti haruslah mengalah dan dalam soal ini bukannya pihak minoriti tidak boleh berkompromi.

Maksud saya, kalimah Allah yang digunakan oleh 1.5% itu bagi merujuk kepada Tuhan mereka digunakan oleh beratus juta penganut Kristian lain didunia dengan nama lain. Ini membuktikan yang penganut Kristian  tidak punya masalah jika nama Tuhan mereka ditukar. 

Bukanlah ditukar serta merta tapi berikanlah masa .... tapi tidak boleh dibenarkan pengimportan atau pencetakan baru alkitab yang menggunakan kalimah Allah. Bawa masuk alkitab yang menggunakan gantinama GOD dan secara perlahan2 GOD akan mula diterima sebagai gantinama Tuhan Kristian oleh mereka yang menggunakan Allah selama ini.

Join the majority of your fellow Christians all around the world by using GOD !

Kenapa yang 1.5% penduduk Malaysia ini berdegil nak jadi pelik dan waktu sama menyusahkan 60% penduduk Malaysia yang lain ?

Anggaplah sebagai satu usaha menyamakan atau menyeragamkan panggilan Tuhan sesama penganut agama Kristian lain di Malaysia. Hmmmm .... seharusnya usaha ini disokong oleh pihak gereja, kan ?


Saya harap Menteri beragama Kristian kesayangan Najib, Idris Jala dapat mempertimbangkan cadangan saya ini.

Kepada semua, fikirkanlah ...... isu ini jadi besar disebabkan kedegilan 1.5% penduduk negara ATAU sebenarnya ia sengaja dibesarkan oleh segelintir saja mereka dari pihak gereja dan ahli politik dengan tujuan untuk mencetuskan huruhara dalam negara ?

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2014 at 3:09 PM

bible bahasa iban pun ada perkataan ALLAH

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2014 at 3:31 PM

@AnonymousPelan2 tukarkanlah juga kepada GOD.

Saya yakin orang Kritian satu dunia termasuk Pope tidak akan bantah jika kaum pribumi Sabah Sarawak memanggil Tuhan mereka dengan nama GOD

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2014 at 4:48 PM

Dalam keadaan Malaysia ini din, bukan melayu terutama cina dan india, tidak akan memilih al kitab mereka versi melayu. Suruh belajar dan cakap bahasa melayu pun mereka tentang, apa lagi hendak di baca ! Ini semua lakonan biadab yang mesti Najib hentikan.

Jika di Sabah dan Serawak, mereka boleh terbit dalam bahasa daerah dan keturunan sana, boleh saja guna God, bukan kah lebih berkesan cara penyampaian kristian seperti bahasa-bahasa penganut yang lain. Bahasa Inggeris di guna menyeluruh, maka tidak perlu kepada pengertian God mereka kepada "Allah" !

Niat mereka serong, itu lah kebenaran nya. Jika Najib tidak nampak, sesungguh nya hati nya kian malap dan gelap. End of story....

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2014 at 5:02 PM

@maaesekadar melayan rentak 'mereka' :)berhujah, berdebat mengikut fakta dan logik.

Sebab itu cara yang mereka gunakan, menggambarkan umat Islam kita sebagai tiada toleransi, menindas mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2014 at 9:42 PM

Ini sudah mengikut demokrasi 'ala Amerika' di mana puak2 yang minority jika tidak mendapat hak yang mereka tuntut,mereka menganggap mereka 'tertindas' dan kerajaan akan memberi hak kepada apa yang mereka minta walau pun tidak di setujui oleh majority. Demokrasi BARAT sekarang sudah songsang dan pincing kerana 'Because a some minority rights to avoid being suppress,the majority MUST accept it,like it or not!!! Pelik kan logik Barat sekarang.

Dalam kegairahan Ahjibgor mahu 'transformasi' negara kita segala cara 'lock,stock and barrel' idealogi barat diterima. Cuba tengok sekarang MINORITY Cina menghina MAJORITY Islam dan Melayu tapi si SIAL Ah jibgor senyap aje kerana itu HAK orang CINA bersuara dan jika kerajaan mengambil tindakan mereka di anggap menindas minority population Cina di Malaysia. Maklum lah nak ampu Amerika supaya Barrack Obama MAHU melawat Malaysia,kerana sudah bertahun2 JJ duk lobby untuk America 'recognise' si sial Ahjibgor sebagai salah satu demokratic 'world leader' dalam dunia.

Dalam kesibukan si sial Ahjibgor mengejar 'global recognition' domestic issue nya sudah di ketepikan. Contoh isu macam Anwar seorang yang korup,seorang yang menyalah guna kuasa dan seorang biseksual TIDAK di 'tekan' kuat sangat oleh kerajaan si sial Ahjibgor di media2 semasa dia jadi PM. Kerana sifat complacency dan BODOH si sial Ahjibgor ini,Anwar sudah 'turn the table' balik kepada UMNO,dan sekarang UMNO di anggap korup,menyalah guna kuasa dan kelakuan HOMOSEXUAL sudah menjadi tidak salah yang besar lagi. Sekarang jikalau Anwar di dapati memang seorang 'kaki buntut' oleh mahkamah pun,rakyat SUDAH tak kisah dan boleh TERIMA gaya hidup ini. Kempen pertolongan dari Barat dan local NGO SUDAH berjaya untuk membuat public terima segala sifat buruk Anwar. The man has managed to 'turnaround' dia punya negative image dan sekarang kerajaan si sial Ahjibgor pulak yang nampak korup,abuse of power and suppression of human rights! And now do you believe me yang si sial Ahjibgor seorang PM yang tidur dengan mata terbuka!!!

alfie-its also my human rights to call him 'si sial'!

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2014 at 10:48 PM

Tak payah tanya, sebab pm najib macam biasa, buat diam supaya semua org lupa. Sebab sekarang ni dia tgh kira duit berapa nak derma ke sekolah cina dan tamil, serta tokong, kuil dan gereja. Dia tgh merancang nak buat makan malam bersama dorang, sambil ketuk gendang dan gaul yee sang.

....................
Reply To This Comment ...................
February 10, 2014 at 12:32 AM

@Anonymousingat nak padam dah komen tadi tapi ...errr.... satira politik, saya lepaskanlah juga.

....................
Reply To This Comment ...................
February 10, 2014 at 12:54 AM

Din, saya rasa sepatutnya bukan berapa peratus orang yg guna. Walaupun saya dah kata sebelum ni, biarlah kristian sini tukar apa2 yg buleh guna kalo betul2 diharamkan. Guna bible ingris pun takpa, boleh practice English lagi..hehe. Tapi masalah ni bukan selesai dgn alasan "kerana mereka minority, sebab tu pernah ikut apa yg majority kata"
Cuba fikir, kalau satu hari, seorang American bawa isu yg sama ni ke buplik, "The issue with using word GOD by non Christian in all western country".
Contohnya Macam ni:
" Islam and non-Christian cannot use the word “GOD” and “Prophet” in any western or christian majority country. like US, UK and most of the European Countries, Aus, NZ, Can, and south America,"….I think it must be a disaster for Muslim around the world.
Then Muslim cant even say and write "Allah is GOD" there or "Prophet Muhammad" in any western country??!!.....orz~~~ Saya seorang kristian pun takleh terima if this shit really happen.

The ridiculous reason should be “bc Allah is not the GOD they recognized and they dont accept Nabi Muhammad as Prophet in Christianity use, so Islam who using word “Prophet” or “GOD” is prohibited there……to avoid confusing with Christian “GOD” and “Prophet”…. muslim can only use Nabi and Allah on any related media, but not GOD and Prophet.” Whats a joke….

krna mereka Majority Christian sebab tu mereka boleh minta apa2 dari minority?
Then I think you are with me here, give them my middle finger…..whats the Fxxx.

Saya boleh pasti apa2 argument yg dibawa oleh Kristian sini akan terus jadi argument Muslim sana untuk lawan isu ini.......Whats a funny world we live in.

....................
Reply To This Comment ...................
February 10, 2014 at 1:55 AM

@阿信Hujah minoriti-majoriti ini hanya untuk menyedarkan betapa lemahnya umat Islam ketika ini...

Baca hujah dari Zulkulim -

http://zul4kulim.blogspot.com/2014/02/kalimah-allah-dan-kebebasan-beragama.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2014 at 3:03 AM

Din

Saya sarankan jika mereka terus berdegil nak guna baik suruh semua bible tukar God ke Allah. Yang bahasa Inggeris pun tukar. Lepas
Tu kita tengok je reaksi dia orang. Kalau setuju kita tingkatkan dakwah kita orang. Biar mereka panas sikit. Lepas tu cakap Kalau nak berniaga Dan berurus dengan kerajaan, orang Islam diberi keutamaan. Cam mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Tino
February 10, 2014 at 8:57 AM

@阿信

Betui tu. kalo negara2 barat buat sama pd org islam dn agama x kristian tentunya ramai orang yg menyokong haramkan khalimah allah bg org kristian bumi akan melompat2.

lagupun anggaran bhwa kurang 20% kristian di sabah srwk yg guna alkitab perlu rujukan dari statistik. iban pun guna khalimah tersebut. npaknya ada org yg coba melompat2 dr alasan ke alasan utk mengharamkan kaum bumi kristian menggunakan amalan mreka

....................
Reply To This Comment ...................
February 10, 2014 at 9:19 AM

@TinoTidak semua negara mesti ikut satu set undang2 yang sama, masing2 punya sejarah dan ciri2 tersendiri yang mencorakkan keadaan mereka sekarang. Begitu juga Malaysia. Harus dikaji kenapa wujud undang2 unik sebegitu.

Soal statistik, makanya saya sarankan pihak gereja sendiri keluarkan angka mereka sendiri bagi menguatkan hujah

....................
Reply To This Comment ...................
February 10, 2014 at 5:03 PM

hehe, Kawan....it is not working..because if you go to find the word in English Dictionary like Oxford Dictionary.. Definasi kalimah Allah dalam Ingris betul2 "Name of God among Islam", dah betul2 beza dgn maksud Allah dlm bahasa Arab "God of universe." So, English bible pasti tak boleh guna kalimah Allah jadi terjemahanya...Krn orang western tak mau orangnya terima the idea "Allah is God of All". Tapi sini tak sama, dlm kamus kito, Allah definisi "Tuhan yg maha esa". Kalo Cik rasa nak tukar dlm "God only for Islam"...then Cik dah fall into western idea and abolish the effort of some Muslim missionary did like Ahmed Deedat.
@Anonymous

....................
Reply To This Comment ...................
February 10, 2014 at 5:07 PM

@阿信Isunya bukan kegunaan kalimah Allah itu hanya untuk Islam tapi definasi Allah harus mengikut apa yang dipercayai oleh orang Islam.

Post a Comment