........... Buat Tatapan Pemimpin2 BN Yang Berhati Kering ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Buat Tatapan Pemimpin2 BN Yang Berhati Kering !

Tuesday, February 25, 20147comments

Buat pemimpin2 BN yang berhati kering, artikel dari Malaysiagazette ini wajar menjadi tatapan anda !

Program Bersama Rakyat di Bukit Dukong yang dihadiri pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak mencerminkan kemesraan seperti yang diharapkan rakyat.

"Mana tidaknya, nama sahaja proram bersama rakyat tetapi tidak ada satu minit pun masa yang ada untuk pemimpin datang berbual dengan rakyat pada program tersebut pagi tadi.

"Datang hanya memberi ucapan beberapa minit kemudian makan tengahari. Paling tak sedap, pemimpin makan sesama mereka di meja khas yang disediakan. Tak ada seorang pemimpin pun yang datang duduk makan dengan rakyat,” kata seorang penduduk dari Sunagi Sekamat, Ruslan Akhbar.

Jelas Ruslan, sebagai penyokong BN, keadaan sama pada program yang dinamakan bersama rakyat memang tidak pernah berubah sejak dulu lagi.

"Kami datang sekadar tengok pemimpin sahaja dari jauh. Langsung tak ada peluang nak berbual dengan pemimpin apa lagi nak bergambar dengan mereka.

"Kawalan keselamatan terlalu ketat sampaikan nak salam pemimpin pun tak diberi peluang. Jadi apa sebenarnya program yang dikatakan bersama rakyat?

"Saya pernah ke majlis pakatan pembangkang bersama rakyat dan saya perhatikan, pemimpin mereka berpecah di semua meja untuk duduk sambil makan dengan rakyat. Ini tidak pernah berlaku dalam majlis bersama rakyat anjuran BN,” jelasnya.

Ujar Ruslan, barisan kepimpinan BN perlu jujur dan ikhlas ketika berkempen pada PRK Kajang demi mendapatkan undi.

"Tak susah mana pun. Cuma keluarlah daripada kepompong kemewahan dan berdampinglah dengan rakyat tanpa mengira waktu. Kalau boleh, duduk minum di kedai kopi dan dengar sendiri permasalahan rakyat,” katanya. - MalaysiaGazette


Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 11:03 AM

patut "program bersama rakyat" di tular kepada program "melihat pemimpin berucap dan makan"

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
February 25, 2014 at 11:05 AM

rasanya aku dah komen dah dulu2 pasal sikap2 pemimpin BN yang tak mesra rakyat langsung. dah ramai dah yang luahkan tapi ada pemimpin2 BN dengar? kalau nak bersalam atau nak duduk makan dgn dorang, kena tunggu WAKTU KEMPEN PILIHANRAYA je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 12:42 PM

Diaorg sebenarnya takut kena tembak..tu yg bodyguard kena dok keliling tu..

Ego kena besar..Taste kena tinggi..
Tu ciri2 asas kena ada kalo nk jd pemimpin BN...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 12:55 PM

Amik contoh kt selangor je la.. UMNO dn BN walaupun dh kalah teruk dn diberi peluang oleh rakyat menjadi pembangkang, ada mereka semua nk berubah??

Ingatkan bila dh merasa jd pembangkang, insaf la sikit dan mula la amik inisiatif utk jd lebih baik tp harammmm...

Masing2 dgn ego dn besar kepala. Masing gila nk tunjuk kuasa. Masing2 sibuk dgn politik, golf dn lifestyle.. Berape kerat je yg betul2 jg kawasan dn buat kerja??

PRU 14 ni rs nk rosakkan undi jer.. Frust giler..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 1:23 PM

Benda-benda mcm nih dah jadi perkara biasa. Sapa tak kenal pe-el pemimpin-pemimpin UMNO nih! Saya bukan penyokong pembangkang tetapi bukan juga ahli UMNO. Tapi, apa yang saya perhatikan, gerak gempur pembangkang memang aktif! Cina, India... suma diorang sapu! Kalu Ahjib... merry chap goh mei ajer!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 1:56 PM

oooiiii pemimpin2 BN kalau nak duduk sesama sendiri kau orang lepak kat hotel aje le, kita orang mata tak sakit , telinga tak sakit , mulut pun tak sakit . ata pun tak sakit , memang kebanyakan pemimpin BN ni , bodoh sombong , bodoh tak bolih di ajar , dia punya bodoh lagi tak bolih di ikut, bila le kau orang nak sedar, betul le kata TM kebanyakan pemimpin UMNO ni bodoh2 belaka ...

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
February 25, 2014 at 10:09 PM

Cuba kita tanya pada Encik Roslan, pemimpin peringkat bagagian dan cawangan buat apa masa tu. Aku cukup percaya mereka inilah yang lebih sudu dari kuah. Jari telunjuk mereka lah yang paling kerap menunding suruh kita buat itu ini. Mereka terlampau "sibuk" melayan VIP. Mereka ni jugaklah yang jadi batu penghalang orang ramai nak berjumpa dengan pemimpin masa tu. Kudis UMNO bukan hanya ada pada pemimpin tertinggi sahaja tetapi dah bersepah pada peringkat bahagian dan cawangan. Mereka ni lah yang tergolong sebagai "little Napoleon". Mereka akan tapis segala keluhan kita terlebih dahulu. Itulah sebabnya yang duduk diatas tidak banyak mengetahui masalah rakyat. Semuanya disorokkan oleh pemimpin bawahan. Suatu hari nanti, PR pon akan jadi begitu sekiranya mereka berjaya mentadbir negara. Budaya politik negara kita memang sejak azali dah begitu. Apa yang kita harapkan adalah pemimpin yang berani bertemu "face to face" dengan kita tanpa ada orang tengah @ little Napoleon. Barulah mereka akan dapat gambaran sebenar permasalahan rakyat.

Post a Comment