........... BR1M Untuk Rakyat Bayar Hutang .... Najib Dapat Pahala ! Adoyai ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

BR1M Untuk Rakyat Bayar Hutang .... Najib Dapat Pahala ! Adoyai ...

Monday, February 24, 201434comments


"Saya tahu ada orang yang bayar hutang apabila mendapat bantuan BR1M ini, kita tolong orang lunas hutang, besar pahala yang kita dapat," 

Kenapa saya nak tak nak secara otomatis menggeleng2kan kepala bila baca komen Najib di atas ? Sebab saya rasa amat tak kena sekali bila Najib dalam mahu mengatakan BR1M selaras dengan syariat Islam, beliau gunakan Hadis -

"Seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada baginda, Ya Rasulullah siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah.

Jawab Rasulullah manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunas hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf selama sebulan di masjid. -
SINAR.


kemudian berakap seolah MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI !

Why ? Why Najib kena cakap macam tu ? Siapa punya idea ni yang tulis skrip begitu ? Najib memang dah blur kalau nak kata dia yang tulis sendiri, tapi dia tambah blur jika main ikut jer apa yang orang lain tulis tanpa memikirkan apakah sesuai skrip sebegitu dengan suasana yang ada.

Tahun lepas Najib bercakap tentang duit BR1M yang cukup untuk beli barang keperluan dapur selama setahun !

"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan,"


Bila dikritik maka kelam kabutlah penyokong Najib perah otak untuk  memberikan justifikasi pengiraan bajet dapur Najib itu. Namun kesan yang pasti dari bajet dapur itu - Najib tidak merasai denyut nadi rakyat.

Tahun ini Najib bercakap tentang pahala BR1M !

"Saya tahu ada orang yang bayar hutang apabila mendapat bantuan BR1M ini, kita tolong orang lunas hutang, besar pahala yang kita dapat,"
.

Konon Najib tu faham sangatlah masalah rakyat dan dalam fikirannya rakyat akan puji dirinya kerana 'bersama' rakyat dan berterimakasih kerana memahami masalah rakyat.

Saya tidak fikir Hadis itu sesuai digunakan untuk merujuk kepada BR1M dan dijadikan hujah membuktikan BR1M itu mengikut syariat Islam.  Kalau terasa nak berHadis sekalipun, kenapa tidak dicari Hadis mengenai tanggungjawab pemimpin kepada rakyat ?

Apakah Najib selama ini PERASAN duit kerajaan itu duit peribadi beliau untuk digunakan sesuka hatinya ....... bila digunakan untuk BR1M maka Najib merasakan itu sebagai sedekah jariah dari beliau yang bakal mendapat pahala ?

Bayangkan kalau pemimpin Pas, contohnya Nik Aziz yang bercakap begitu ketika menyampaikan bantuan kepada rakyat Kelantan ...... agak2 apa komen orang ? Teruk Nik Aziz kena balun !

Satu lagi, bila Najib memperakui ramai rakyatnya berhutang dan mengalami kesusahan dalam berdepan masalah kos kehidupan, beliau seharusnya berasa MALU dan BERSALAH kerana beliau adalah pemimpin tertinggi mereka ! Adalah menjadi tanggungjawab beliau selaku pemimpin mereka untuk memperbaiki keadaan secara kekal bukannya secara adhoc seperti BR1M.....  perasan seolah memberi sedekah dan meminta rakyat berterimakasih....


BR1M adalah indikasi betapa ramainya rakyat yang masih perlu dibantu atau satu indikasi yang kerajaan masih banyak kerja yang perlu dibuat dan BR1M bukannya sesuatu yang perlu dibangga2kan.


 PS - Kalau betul nak bantu rakyat yang berhutang, apakata kerajaan angkat darjat ahlong pemberi pinjam wang haram sebagai musuh nombor satu negara dan kemudian wujudkan satu dana khas bagi memberi pinjaman mudah kepada mereka yang menjadi mangsa ahlong supaya dapat mereka ini bebas dari terus menjadi hamba kepada ahlong. Berpuluh ribu peminjam juga tuh rasanya .....

PS2 - Tambahan dari Utusan pula -

''Memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain atau melunasi hutang orang yang tak mampu membayarnya atau memberi makan kepada orang yang sedang dalam kelaparan dan jika seorang itu berjalan untuk menolong orang dalam kesusahan lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid ku, kata baginda.


''Cuba hayati makna hadis ini, beriktikaf di masjid pun berbanding kalau kita tolong orang dalam kesusahan, Rasulullah kata menolong orang dalam kesusahan lebih besar pahalanya. Ini hadis sahih yang mana bila kita tolong orang dalam kesusahan seperti mana kita beri BR1M banyak kesannya di dunia dan akhirat," katanya.

Share this article :

+ comments + 34 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 9:48 AM

kalau tiada brim motor aku tersadai.. nasib baik brim dapat time motor aku rosak.. cayalah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 10:03 AM

bro din,saya ada hutang lebih kurang RM100,000 , bolih mintak ajib tolong lunaskan ke..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 10:43 AM

Oh puji lah aku
Ampulah aku
Senang hidup mu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu di lelong
Suruh angguk angguk
Suruh geleng geleng...

Buatlah..buatlah tak tahu...
Tepuklah..tepuklah tanganmu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 10:57 AM

Org yg dpt dan dah terima, bersyukurlah, ucaplah terimakasih dan jgn ngutuk org yg memberi walaupun tak suka, tak berkat rezeki.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 11:38 AM

Sepatutnya Najib mengajar rakyatnya supaya jangan terus-menerus meminta atau menagih simpati. Najib seharusnya memberi bantuan untuk rakyat menceburi bidang perniagaan dan diharapkan suatu hari nanti bilangan penerima BR1M akan berkurangan. Namun, apa yang berlaku sekarang ini bilangan penerima BR1M bukannya berkurangan, malah semakin bertambah daripada tahun lepas. Secara tak langsung, perbelanjaan kerajaan semakin bertambah selaras dengan pertambahan penduduk setiap tahun. Jika itulah keadaannya, bagaimana kerajaan nak berjimat ?

Oleh kerana itulah, kerajaan disarankan agar tidak hanya memberi ikan. Tapi kerajaan juga sepatutnya memberi joran atau jala supaya rakyat tidak perlu lagi mengemis kepada kerajaan. Kerajaan sewajarnya mengajar rakyat agar berusaha untuk melepaskan diri dari kepompong kemiskinan melalui bantuan perniagaan dan bukannya dengan menghulur sedikit wang yang boleh habis tak sampai sehari pun. Rasullullah sendiri tak suka umatnya meminta-minta dan Baginda menggalakkan umatnya supaya berniaga kerana 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 12:49 PM

Buat malu je. Ckp bnyk pun tak guna yg benar dan jitu ialah sebenarnye, najib ni bodoh sngt. Ksian malaysia dpt pemimpin mcm najib. Masa pak lah dulu pun bodoh jugak tapi takdela syok sendiri masuk bakul pastu terbang pegi dhakka.

Bodohnye kau ni najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 12:52 PM

walaupun aku ni penyokong kerajaan..tapi nampak sangat bijan ni makin hari makin memalukan. aku tak heran jika kerajaan bertukar pru akan datang nanti..biar bijan tetap berkhayal dengan pemandu2 dia..

....................
Reply To This Comment ...................
earl grey
February 24, 2014 at 12:53 PM

Yang harus dipikirkan oleh Najib adalah mengapa rakyat berhutang (atau amaun hutang per/isirumah) meningkat in the first place. Pikirkan how can Gomen tingkatkan disposable income rakyat (satu caranya, mansuh AP pasai over-inflated car prices kat Malaysia ni eat up a huge portion of an average Mamat's income). Kat sinilah PEMANDU yg bajetnya berbillion setahun tu kena buat kerja. Bukannya huloq a few hundreds then claim pahala konon tolong settlekan hutang rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 1:11 PM

Salam,

Saya pun blur bila dengar ah jib gor berucap. Tambah pulak guna hadis. Lagi blur. Dah pasti itu ucapan dan idea penulis bkn idea dan fikiran pm ah jib gor. Baca aje apa yg ditulis. Blur kita serupa pm gak. Guna duit org dakwa harta sendiri utk dpt pahala. Dah macam pas pulak sbb dah tau dpt pahala

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 1:27 PM

betul la dia cakap tuh bukan sahaj dapat meringankan sedikit beban isi rumah ..tp boleh jugak bayar hutang pinjaman ..macam aku ada hutang mara..selain guna duit gaji boleh jugak guna duit tuh bayar hutang...berkurang sikit ..hutang nya..alhamdullilah

....................
Reply To This Comment ...................
February 24, 2014 at 1:42 PM

kalau dah bodoh...cakap apa pun jadi bodoh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 3:32 PM

Najib menegaskan bahawa BR1M adalah contoh manifestasi kesungguhan kerajaan dalam mendahulukan rakyat.

Selain itu BR1M juga merupakan contoh subsidi berfokus kerajaan utk memastikan hanya golongan yg layak shj menerima bantuan seterusnya mengelakkan subsidi berbilion ringgit dinikmati oleh golongan yg tidak sepatutnya.

Dan tempoh lima tahun mendatang, najib memberi jaminan nilai BR1M akan ditingkatkan sehingga RM1200.

Terima kasih PM. We love Our PM. We support You.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 3:46 PM

Ok la tu..br nk belajar2 guna hadis dn ayat2 alquran sbg persediaan menjadi pembangkang..
PAS pn da tak sabar2 nk ganti ummo kan.. Lps PRU-14 nnt najib boleh la ganti tempat hadi awang. Jgn lupa train pencacai utk kutip derma guna tin milo utk meneruskan legasi pas...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 5:00 PM

2 juta banyak tu, mesti nak pakai banyak tin milo , ada tender supply tin milo ke, oohhh lupa milo suam mesti bolih tolong , tak gitu milo suam...

....................
Reply To This Comment ...................
February 24, 2014 at 5:10 PM

Bro
Apa pun Din bagi orang yg susah rm650 sangat bermakna untuk menyambung kehidupan anak beranak.

Bagi yang mendapat rezeki lebih bershukurlah. Biarlah apa Najib nak kata, ikut nabi ke apa pun janji duit itu dapat dimanafaatkan oleh rakyat.

Jika tidak 2 billion akan dihabiskan juga dengan projek2 yang membazir. Setidak-tidaknya duit itu akan pergi keceruk-ceruk kampung hulu dan hilir. Peniaga-peniaga kecilan juga akan dapat manafaatnya.

Yang hidup selesa tu janganlah pula irihati dengan mereka yang memerlukannya.

....................
Reply To This Comment ...................
February 24, 2014 at 5:17 PM

@Esa Adam"Jika tidak 2 billion akan dihabiskan juga dengan projek2 yang membazir. Setidak-tidaknya duit itu akan pergi keceruk-ceruk kampung hulu dan hilir. Peniaga-peniaga kecilan juga akan dapat manafaatnya."

Hahaha ... part ni saya setuju ! Kalau tak diberi BR1M, apakah jaminan duit itu digunakan ke arah yang betul ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 6:32 PM

@Anonymouspenerima BR1M semakin bertambah?

Kenapa akhbar arus perdana tulis 17,000 bekas penerima BR1M MENOLAK untuk menerima bantuan BR1M tahun ni?

17,000 tu ramai tuhhh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 8:14 PM

bro din.... bila kasim ahmad cakap, ramai yang kata dia anti hadis.... tapi bila najib cakap dia menggunakan hadis untuk menghalalkan cara dia..... dulu ramai puak umno kata pas guna quran untuk politik mereka.... sekarang takde ke jakim nak larang najib sesuka hati guna hadis untuk tujuan politik dia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 8:10 AM

Hai, abang. Tahun ini papa saya tak dpt br1m. Padahal 2 tahun lepas ada. Check punya check, baru tahu pemohon yang memiliki lebih dari satu kereta atas namanya tidal layak memohon. WHAT T** F***!!! .
Padahal salah satu tu milik saya. Loan tu saya yang bayar . Tapi masih dibawah nama papa saya. Tak adil lah macam ni. Kepada sesiapa yang masih tak dpt br1m, mungkin kes anda macam kes papa saya . Najib bohong rakyat.. pandai kelentong. Bencii...*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 8:17 AM

Sebenarnya bukan MENOLAK. Salah tu. Yang betulnya 17,000 DITOLAK
pemohonannya. Kerana memiliki lebih dari satu kereta. *!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2014 at 8:37 AM

@AnonymousOooooh.... lepas nama kena tolak baru nak marah2 ya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 8:47 AM

Sapa tak marah. Tak pasal pasal papa saya tak dapat br1m tahun ni. Kesian tau.. kalau tahu, saya register nama saya sendiri..abis cerita. Tak gitu? *!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
February 25, 2014 at 10:15 AM

sekarang ni..rakyat sedang terhimpit dengan kos sara hidup. nak tanya je. ADA ATAU TIDAK PEMIMPIN DI NEGARA INI YANG TERHIMPIT DENGAN KOS SARA HIDUP? walau SEORANG SAHAJA? ada atau tidak?

saya yakin tiada seorang pun.. jadi usahlah asyik nak menipu rakyat bahawa anda semua faham keperitan hidup rakyat di bawah ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 10:19 AM

Hai, abang. Tahun ini papa saya tak dpt br1m. Padahal 2 tahun lepas ada. Check punya check, baru tahu pemohon yang memiliki lebih dari satu kereta atas namanya tidal layak memohon. WHAT T** F***!!! .

PCP84 - Pa ke Bendalah yang kau mengomel... Yang Kau Cerdik sangat pie bubuh nama Bapak Kau ambik loan kereta tu apsal? Kau tak layak ke memohon kereta?

Apa status kau? Bujang Terlajak? Dah Kahwin.. Napper Kau sendiri tak mohon bahagian kau sendiri?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 11:01 AM

Sodara,
Bukan saya tak layak. Memandangkan saya ni masih muda dan baru bekerja, saya takut saya tak mampu bayar atau tetiba je beehenti kerja..so saya minta lah papa saya tolong dulu. Saya tak reti bab beli kereta tu. Lagipun saya tak sure gaji berapa masa tu.. kalau tak mampu bayar, masih boleh jual kat org lain. Tu lah suruh papa saya guna nama dia dulu. Salahkah saya suruh papa sendiri? Bukannya saya minta bapakk awak beli. Tentang status saya, kalau lah saya lelaki lebih baik saya beli bike. Lebih senang pergi kerja. Lebih murah dari kereta. Dan kalau saya berkahwin, kan kah lebih baik saya suruh laki saya beli untuk saya?...tak gitu bang Din? *!*
PCP84



....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2014 at 11:15 AM

@AnonymousTulah lama sangat tak komen, tak ramai yang kenal status saudari :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 2:50 PM

@Anonymous

standard la kjaan tetapkan syarat permohonan. dan kalau kamu tak tergolong dalam golongan yg boleh dpt berdasar syarat2nya anggaplah bukan rezeki mu. tapi kalau nak try, boleh aja dan ada kes yg dpt. yg ko tu pun satu tak baca dulu syarat2nya ngape? bila kena rejek mula la tantrum. pemikiran srupa budak2 tadika.

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2014 at 4:26 PM

Naik letih chek duit kat bank br1m tak masuk2 gak gaji aku bru rm1000 nk tanggung mak aku lgi ayah aku da la takda hutang bill da la bnyak nk kene bayar tkkan ak tk layak ape msalah sbnarnya jgn buat rkyat jd mengharap kalu blh slesaikn cepat kes ni cz masih ramai pemohon brim di luar sana yg kurang kemampuan tk dpat brim lg...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 4:44 PM

PCP84

Daripada cerita saudari nie, nampaknya PAPA awak nie bukan sembarangan orang.. Kalau dalam masyarakat melayu boleh dikategorikan orang berada jugaklah,..tentut gajinya mahal..kecuali dia berniaga jadi almaklomlah..

Untuk PAPA saudari membeli dua kereta atas nama beliau, dan say rasa loan rumah pon atas nama beliau, kalau betul tekaan saya.. maka apa kategori PAPA saudari nie?

Saya rasa, amat tepat sekali pasukan BR1M MENOLAK permohonan PAPA awak.. suatu keputusan yang TEPAT,... saya sokong 100% bahawa Kerajaan ada membuat pemeriksaan dan penelitian sebelum meluluskan BR1M dalam kes PAPA awak nie.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 6:52 PM

minta tolong...... saya apply BR1M 3 secara online, tapi tak dapat. atas alasan tiada data ditemui. BR1M 1 dan BR1M 2 saya tak pernah apply..... macam mana nak buat aduan? pekara ini turut berlaku kepada kawan saya juga.....

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2014 at 7:21 PM

@Anonymoushttp://www.beritasemasa.com.my/permohonan-rayuan-br1m-3-0-2014

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 9:13 PM

Papa saya cuma goverment servant yang tak lama lagi akan pencen. Rumah? Sorry , tak main loan lah. Kami duduk rumah milik sendiri.*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2014 at 9:55 PM

PCP84 entahlah.. Gomen Servant..susah den nak cayyoo.. sorry I dont buy your story.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2014 at 11:51 AM

Salam,

Hebat betul ye! Orang miskin kat Malaysia rata-rata ramai yang ada kereta..in fact some with new cars..yang ada rumah sendiri (tanpa 'loan') pun nakkan BR1M..Hebat!

Semalam saya ke LHDN sebab dia orang mahu saya bayar lagi cukai pendapatan walaupun setiap tahun saya bayar berpuluh ribu RM..ada lagi tunggakan katanya.

Bila tengok ledger sebenarnya masih ada lagi 'kredit' dalam akaun saya (lebihan beribu ringgit). Jadi, sia-sialah usaha saya ke sana, dan sia-sia juga kerisauan saya kerana dapat surat amaran ‘tanpa prejudis’…

Kerana geram/marah, saya sempat lagi 'sound' pegawai tersebut berkenaan BR1M; LHDN patut siasat pendapatan dan juga HARTA pemohon/penerima BR1M. Saya tanya duit BR1M tu datang dari mana (jawapan nya agak jelas – duit cukai)? Sikit sebanyak datang dari duit cukai pendapatan yang saya bayar setiap tahun. Ada yang TIDAK LAYAK pun mohon BR1M dan diluluskan. Yang layak saya tidak persoalkan, walaupun saya sebenarnya tidak menyokong pemberian BR1M; cara ini tidak efektif untuk membasmi kemiskinan. Saya juga pernah miskin.

I was in a taxi several months ago from KLIA and the taxi driver told me about his friends (pembangkang) who earn RM6,000 to 8,000 per month but received BR1M, and they were boasting about it Sudahlah bayar cukai pendapatan pun liat (mungkin juga tak pernah bayar), BR1M pun sebat juga..yang lagi sakit hati, sikit-sikit kata duit tersebut 'duit/hak rakyat' atau 'duit mereka' sedangkan yang menyumbang orang lain.

Sesungguhnya “tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima…”

Dr. J

Post a Comment