BR1M Sudah Menjadi Gajah Putih Kepada Kerajaan Najib

Tuesday, February 18, 201429comments

BR1M ...... Perlukah diteruskan ?

Soalan ni dah lama saya nak sebut sebagai topik perbincangan. Sebenarnya tujuan asal BR1M ni apa ?  Kalau tak silap, tujuan asalnya nak meringankan beban rakyat berpendapatan rendah.

Dan asalnya juga berbentuk one-off, iaitu sekali itu jer. Sekarang dah jadi macam satu beban pulak pada kerajaan untuk terus bayar BR1M setiap tahun. Dan siapa yang kena tanggung beban itu ? Balik kepada rakyat juga.....

Bukan semua rakyat terima BR1M tapi beban BR1M terpaksa ditanggung oleh semua rakyat. Contohnya, bila harga petrol dinaikkan tahun lepas, mulut pemimpin tak lepas dari duk sebut BR1M ..... BR1M ...  

Kalau dah jadi satu beban pula. tak perlulah diteruskan !

Satu lagi, perlukah diulang2 sebut yang rakyat harus berterimakasih kepada kerajaan kerana beri BR1M ? Duk ulang2 sebut benda tu ..... Perlu ke ?

Umpama orang beri hadiah tapi sipemberi duk ulang2 minta pemberiannya dihargai .... ikhlas ke ? 

Tidakkah BR1M ini juga merupakan satu bentuk subsidi ? Kata kerajaan nak kurangkan kebergantungan rakyat kepada subsidi ? 

Kalau tujuan BR1M adalah kerana mengharapkan sokongan politik rakyat, percayalah .... dah takde kesannya !

Rata2 pengundi tidak mengambilkira faktor BR1M dalam membuat pilihan. Terima tetap terima tapi undi tetap tidak berubah. 


Tambah meluat adalah kalau isu pemberian BR1M terus menerus diungkit pemimpin2 kerajaan supaya rakyat berasa terhutang budi. 

Saya sekadar menyatakan yang benar ... pemberian BR1M tidak memberi sebarang kelebihan politik kepada kerajaan. BR1M kini sudah menjadi umpama gajah putih kepada kerajaan.

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 7:25 AM

brim bukan untuk pancing atau tujuan tak baik, tapi untuk beri bantuan terus kepada sesiapa yang layak, orang yang bergaji besar, boleh ada kereta mewah, motosikal mewah, rumah dua tiga,..tak perlu dibantu... jadi BRIM adalah untuk mereka yang susah, subsidi barangan di tarik supaya yang kaya kena bayar tapi yang miskin di bantu dengan dengan BRIM..biasa dengar kan ... 50 rgt pun sapa nak bagi... tapi pada orang kaya dengan angkuh... 50 rgt saja?... mana tax yang aku bayar.... sombong dan angkuh..so fikirlah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 7:59 AM

Salam Din,

Isi perbincangan yang saya ketengahkan mungkin agak tipikal.
Kerajaan sekarang membuat pemotongan subsidi kerana ingin mengimbangi hak pengagihan subsidi secara adil - bukan samarata. Penarikan subsidi petrol dan gula diterjemahkan dalam bentuk BR1M.

Selain mengagihkan subsidi kepada mereka yang benar-benar berhak, saya lihat kadar pendapatan penerima BR1M juga kerana kerajaan ingin meningkatkan bantuan kepada urban poor.

Berkenaan kenaikan harga barang, saya secara peribadi tidak meletakkan kesalahan mutlak kepada kerajaan, akan tetapi kepada peniaga-peniaga. Mereka ini ingin mengurangkan beban dan sara hidup mereka (tambahan pula selepas implementasi gaji minimum), maka ada kenaikan gaji. Ini menyebabkan kenaikan harga barang secara pukal. Pengguna akhir yang menerima kesan.

Dalam hal ini, jika peniaga bersabar, tidak tamak dan turut sama dalam aspirasi kerajaan melalui ETP, tak ambil untung banyak tapi lebih kepada untung istiqamah, insyaAllah kesan yang kita lihat sekarang tidak akan berlaku. Dukacitanya peniaga-peniaga ini yang saya faham tidak mampu menerima keuntungan kecil daripada sebelum-sebelum ini (kos operasi meningkat). Tak rugi pun tapi untung jadi susut.

Bila dinaikkan harga barang, sebenarnya ianya lebih bahaya kerana telah secara langsung mengurangkan kuasa membeli rakyat.

Bab nilai ringgit rendah, itu pakar ekonomi yang patut ketengahkan isi perbincangan mereka kot. Sebab saya rasa nilai ringgit antara penyebab apa yang berlaku sekarang. Di beberapa negara maju seperti Jepun dan Belanda, kenaikan cukai berlaku jugak, bahkan siap pakej pemotongan gaji dan tiada bonus tapi masih boleh sustain sebab nilai matawang mereka tinggi.

KK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 8:01 AM

Daripada bagi BRIM, baik turunkan kos hidup termasuk pengurangan PEMBOROSAN kerajaan dengan cara menyelaraskan sistem pencukaian, kawalan terhadap kewangan (Ahjib DIWAJIBKAN menyerah jawatan menteri kewangan kepada orang lain), penstrukturan semula subsidi dan AUDIT BEBAS luaran kepada sistem kewangan kerajaan. Kerajaan juga disyorkan menguatkuasakan (bukan MELEMBUTKUASAKAN) mekanisma kawalan harga runcit semasa, bukan hanya KANKONG sahaja!

Secara jujur, bagi saya, Ahjib tidak mempunyai karisma sebagai pemimpin! Ekonomi lemah dan terlalu bergantung kepada penasihat menyebabkan beliau dipandang seperti kucing Garfield yang bod*h, lembut dan hanya tahu populis sahaja. Apatah lagi dalam membela Melayu! Apabila terjadi masalah akibat kerja-kerja tangan sendiri, pandai pula mengadakan sembahyang hajat! Tiada bezanya dengan PR, sendiri buat onar pada agama, tunjuk-tunjuk alim pula...

Pemberian BRIM sebenarnya TIDAK mencapai objektifnya kepada golongan sasar. Bagi sesetengah kes, seperti di Sabah, ramai yang menerima terdiri dari mereka yang mendapat PR atau KP Ekpress. Bukti2 sangat jelas bilamana anda ke Sabah, anda akan mendengar bahasa dan loghat yang pelik-pelik berbaris mengambil BRIM! Syarat yang paling penting ialah anda pengundi UMNO!

Kadar taksiran cukai untuk penggajian individu pula secara tiba-tiba meningkat (PCB) selepas program BRIM dilaksanakan (tidak mengikut kadar yang telah diumumkan oleh LHDN sendiri). Apabila diajukan pertanyaan kepada LHDN, jawapan mudah diberikan... "nanti kalau terlebih bayar, kita orang bayar balik jugak..." Masalahnya, kita akan kehilangan kecairan tunai setiap bulan berkadaran dengan masa disebabkan program bod*h Ahjib Ngok nih!

Bagi saya, RUGI mengundi UMNO nih! (Pembangkang lagilah teruk!) Lebih baik bawa anak-anak berkelah pada PRU akan datang!

Orang Sabah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 8:05 AM

BR1M dari satu sudut pandang memang gajah putih.
Saya dari dulu tidak bersetuju kaedah BR1M digunapakai.
Walaubagaimanapun hasrat kerajaan itu saya lihat amat murni.
Makanya yang perlu ditambahbaik adalah pengagihan subsidi.

Alangkah baiknya kesungguhan kerajaan seperti beras dah tak perlu orang tengah juga diaplikasi dalam bentuk bantuan lain, lebih efisien. Tetapi biasalah manusia ini tidak pernah puas dan tidak sabar. Semuanya nak segera, nak cepat, tak mahu rugi.

KK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 8:13 AM

Perbelanjaan efisien amat perlu era sekarang.
Bencana alam semakin banyak.
Bukan alang kepalang nak menguruskannya, bahkan orang awam yang terjejas amat perlukan bantuan.
Krisis alam sekitar ini juga ada kesan tidak langsung kepada industri utama pertanian. Sayur, padi, sawit, getah, hasil semua terjejas kerana cuaca tidak menentu. Sedangkan antara ekonomi utama negara kita adalah pertanian.

Serentak nak padam api kebakaran, air di empangan pula makin tiada. Nak ambil air direct dari sungai, sungai pula makin kering kerana pembukaan tanah kerana pembangunan & pembukaan tanah secara meluas.
Api tak dapat dipadam, kena pula hulur bantuan kepada mangsa.
Semua tu kos.

KK

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2014 at 8:27 AM

Jadi tidak ada motif politik disebalik BR1M ? Ikhlas nak tolong rakyat ?
:)
artikel ini bersandar persepsi br1m itu bermotifkan politik, kalau ikhlas ...... well, teruskanlah. Tapi kalau politik, baik lupakan saja . Itu point saya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 8:36 AM

Hehehe secara peribadi rasuah cara halusssss....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 8:41 AM

Masalahnya BRIM tidak menyeluruh kepada yg perlukan.....yg banyak dapat bukan melayu/bumiputera tetapi org cina yg tak ada pay sheet padahal income mereka ribu-ribu. Ada yg datang pakai merc, estima...etc. Ada yg dapat tu anak-anak gaji ribu-ribu dah...ada nakan engineer, doktor....jutawan...tapi p ambik juga. Rasanya elok BRIM yg berjumlah berbilion tu disalurkan kepada lain yang lebih perlu seperti...pembangunan usahawan kecilan. Bantu anak-anak muda jadi usahawan. Tak nafikan memang dah ada badan khas...tapi berbilion BRIM tu akan lebih bermakna.

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2014 at 8:51 AM

kami orang kampung amat menghargai bantuan kerajaan seperti br1m, kami menerima dgn ikhlas hati.. sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban sara hidup. oleh itu kami berharap agar br1m dapat diteruskan lagi.. 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 9:15 AM

Tanya pulak pembangkang samada apa yang mereka buat tu ikhlas atau tidak atau hanya untuk mengejar cita-cita kuasa politik dengan menjadikan rakyat sebagai alasan.

Setiap apa yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan sudah pasti ada pro kontranya. Cuma cara kita berpolitik di Malaysia ni adalah sepanjang masa dan setiap detik adalah kempen. Bukan hanya pada musim PRU sahaja.

Komitmen Kerajaan adalah jelas untuk memberikan subsidi hanya kepada yang benar-benar perlu dan warganegara Malaysia sahaja. Mekanismanya masih dalam percubaan namun ianya lebih baik dari meneruskan sistem subsidi yang ada sekarang yang membolehkan yang kaya raya juga dapat kemudahan subsidi ini yang mungkin lebih banyak penggunaannya daripada rakyat biasa seperti kita ini. Gajah putih atau tidak biarlah rakyat yang menentukannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 9:18 AM

@AnonymousMasaalahnya ialah pemilihan penerima br1m telah menafikan ramai kakitangan kerajaan dan swasta yang mempunyai slip gaji... sedangkan mereka yang bergaji RM3200.00 juga susah. Tapi kepada peniaga-2 (terutama simata sepet) yang tidak ada slip gaji, hampir semua mereka menerima br1m sedangkan pendapatan bulanan melebihi 5 angka... inilah yang menjadikan br1m tidak mencapai sasaran, sedangkan simata sepet 95% adalah penentang dasar kerajaan, setiap hari mencerca kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 10:01 AM

Ade undi umno ke? Tak tau pulak saya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 10:33 AM

BR1M sememangnya bermotifkan politik cuma ianya menggunakan alasan kononnya utk meringankan beban rakyat. Itu adalah fakta.
Nk bantu rakyat jgnlah sampai kantung kerajaan sendiri pn sesak..

NIAT yg baik WAJIB disertai dgn CARA yg betul.
Cara perlaksanaan mencerminkan niat kita.
Cara/mekanisma yg tidak betul biasanya ditafsirkan sbg mempunyai niat yg tidak betul juga.
Contoh: lelaki yg duduk sebilik dgn perempuan yg bukan mahram biasanya ditafsirkan sbg berkhalwat utk meakukan maksiat walaupun niatnya mungkin betul (utk berehat ats pelbagai sebab) dan mereka tidak melakukan apa2.

Contoh lain ialah tindakan Anwar bertanding di Dun Kajang. Yg tu mmg jelas..tak payah nk kona-kona.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 10:43 AM

"Era dan zaman kerajaan tahu segalanya telah pn berlalu.. Sbb itu kita inginkan respond dan maklumbalas dari rakyat sblm kerajaan melakukan sesuatu perkara kerana keutamaan kita adalah rakyat..."
Najib mungkin tak lupa kata2 diatas, tapi sbb ego yg tinggi dan sikap "perasan betul" maka kerajaan takkan mengaku salah walaupun semua org nampak.
Tgk je la contoh PBS, dh berapa tahun br kerajaan nk mengaku salah?
Kes kena kencing dgn pengundi cina, dh berapa banyak kena tegur tp still degil dn masih mahu sumbat mereka dgn duit?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 11:09 AM

bro din, BR1M hanya untuk pancing undi , tapi sayang duit dia orang kebas undi pergi ke lain , lagi satu pemberian tak adil pun , ada tu datang dgn merc , datang dgn BMW lagi , orang sepatut dapat tak dapat , siapa ada buat check gaji penerima tu kurang dari RM3000, banyak peniaga cina dia orang mana ada pay slip ,orang duduk bandar gaji RM3100 , patut dapat le , bandar semuanya mahal , tolak rumah , kereta anak sekolah berapa tingal , tapi pay slip RM 3100 dia tak dapat , tokey yang pakai BMW dapat pasal dia tak ada pay slip , dan boleh istihar pendapatan bawah RM3000 siapa tahu, bagi saya bro din , mansuhkan aja brim ni , najib pegi minta nasihat dari TDM , tanya orang2 lama , jangan bodoh sombong , kalau dah tau PEMADU tak berkesan , pecat je , kalau memandu bawa ke gaung buat apa, nanti dengan najib sekali tumpur kata orang perak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 11:31 AM

Penjelasan terbaik rasanya yg datang dari seorg menteri bab ni.:

https://www.youtube.com/watch?v=glxq_DGH_U4&feature=youtube_gdata_player

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 12:05 PM

Br1m kdng2 dia amat diperlukan untuk keluarga susah mcm aku ni yang tengah sengkek ni: (...cuma br1m ni perlu bg pada yg betul2 memerlukannya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 1:02 PM

Buat baik pasti dibalas baik. Bgmn bentuk balasan, terpulang kpd Yg Membalasnya.

....................
Reply To This Comment ...................
rakab
February 18, 2014 at 1:09 PM

Apa pun yang kerajaan buat sudah pasti dikaitkan dengan motif politik, walau parti mana sekali pun yang memerintah.

Itu lumrah dalam sistem demokrasi.

Brim patut diteruskan kerana ia dapat menggerakkan ekonomi dan semua peringkat akan mendapat faedahnya. Akhirnya wang akan kembali semula kepada kerajaan dalam bentuk cukai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 2:21 PM

Anak buah saya di KL dapat Brim beli mesin dryer baju....hu,hu,hu....hebat kerajaan tolong rakyat miskin..?!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 2:32 PM

Bro berapa lama duit BR1M tu blh bertahan..1 atau 2 hari..tp nak hadap kos hidup mahal sepanjang tahun. Baik hapuskan BR1M..gunakan budget to bg subsidi kt barang keperluan..baru lah rakyat marhaen dpt faedah berterusan. Bukan bg RM10 tapi sedut balik RM9.50

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2014 at 3:04 PM

Cuba bayangkan .... antara Br1m dengan kos hidup 3 tahun dulu sebelum Br1m diperkenalkan .... anda pilih mana ?

Anda terima dakwaan yg kata kerajaan terlalu boros sebelum ini ? Jika ya, tidakkah itu salah satu punca kos hidup naik ketika ini ? Tidakkah itu bermakna br1m digunakan untuk menutup kesalahan boros kerajaan sebelum ini dan rakyat diminta berterimakasih pula ?

pasti ada cara lain yang lebih efektif untuk menolong rakyat yang memerlukan dan waktu sama mendapat laba politik selain dari Br1m. Maksud saya bila cadang Br1m dimansuhkan, bukanlah mansuh bodoh begitu saja.. gantikan dengan mekanisma laim yang lebih efektif.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 4:05 PM

Sori off topic jap....

Din, ko dah baca ke entry terbaru kat mahaguru58 pasal akibat pemansuhan ISA oleh Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2014 at 4:44 PM

tuan,mohon pautkan link http://www.utaranews.com di blog tuan..untuk makluman tuan,pihak kami telah pautkan link blog tuan di portal utaranews.com

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2014 at 5:25 PM

@Admin UtaraNewssudah saya linkkan di bloglist saya, TerimaKasih!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 9:46 PM

nk tnya jg bro din ada jaminan ke jk tk ada brim ni kos hdp tk akn mnngkt ? sya pn nk tnya mn yg rakyt plh kos hdp mnngkt tanpa brim dan tduh kerajaan mmbzr atau ada brim dgn kos hdp mnngkt tp ttp jg kt kerajaanmbzr ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 10:12 PM

dari awal lagi mmg aku tak setuju dgn brim dan slogan 1Malaysia tu. itu semua idea bodoh pemandu si bijan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2014 at 10:19 PM

jgn byk songeh..tu prk kajang tu dah burn berapa juta? duit tu boleh cover brim brrapa orang? sepatutnya korang semua pegi kutuk atau demo kat kajang tu..

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2014 at 11:46 PM

aku tgh tunggu duit brim ni~ xdpt lg. Nak kata xlayak gaji da ckup syarat , kne tanggung mak & adik² lg ==!

Post a Comment