........... Benarkah Nilai RM Kita Jatuh ? ( satu pertanyaan ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Benarkah Nilai RM Kita Jatuh ? ( satu pertanyaan )

Monday, February 3, 201422comments


Ada rakan yang kirimkan imej di atas ..... tak boleh tahan beb, hahahahahaha .......


Kena ada sense of humor lah sikit, gurau2 sindir sikit jer hehehehe ...

Imei itu buat saya teringat artikel Tun Mahathir yang terbaru - Ringgit is weakening badly, atau terjemahannya nilai RM semakin jatuh ( dengan teruk ). Tun cuma menyalin semula satu emel yang dikirim oleh seorang pembaca yang mendakwa nilai RM kita telah jatuh berbanding matawang utama dunia lain. Kemudian Tun meminta pandangan pembaca samada setuju atau tidak dengan dakwaan itu ...... pelik juga dengan cara Tun itu.

Pasti ada mesej yang tersirat, tapi wallahualam, saya tak pandai bab2 ni. Tapi saya tahu yang nilai matawang berkait rapat dengan kemajuan sesebuah negara dan kenyakinan pelabur luar.


Mungkin anda punya pandangan juga ?

Dibawah adalah kadar tukaran matawang asing yang terbaru -


KLiK

PS - Mungkin ada yang mahir bab ni dapat berikan pandangan untuk dikongsi bersama ..

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2014 at 4:30 AM

Nilai RM jatuh kerana ramai yg JUAL RM berbanding nilai matawang asing yg lain. Sebab2nya adalah pelabur2 mengeluarkan pelaburan drpd Malaysia, impot bertambah, melarikan wang keluar Negara(samada halal/haram), musim melancong(raya Cina), ketidakstabilan ekonomi & politik Malaysia, pengaliran keluar matawang RM(pekerja asing), permintaan domestik yg lemah, pembayaran hutang yg banyak, pembaziran perbelanjaan yg besar, spekulasi matawang dan yg terpenting adalah rejim PM KangkonG Najib "screwed up" big time.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2014 at 7:33 AM

Najib adalah menteri kewangan yg boros dan kurang cekap mengatur perbelanjaan negara. Tapi katalah kot mana pun kat dia,dia tetap akan membacking pemandu2 mabuk di PMO. Masa telah tiba portfolio ini di serahkan kembali ke Tun Daim atau Tun Mahathir. Mereka mempunyai otak yg cukup pintar untuk mengembalikan Malaysia ke right track.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2014 at 9:34 AM

dah lah nilai ringgit jatuh..kerajaan pula dah tak berduit..camne nak bayar konsetan bilion2 lagi lepas ni?

patut pun agensi kerajaan sibuk dan berusaha mengempiskan poket rakyat.. sehingga pegawai2 lhdn pun tersilap nak saman orang..bila dibuat aduan tentang ketidakcekapan mereka, dan apabila mereka tersentak sebab dah kantoi, mereka beri alasan kononnya ada dua fail..padahal itu hanya alasan semata2. malu beb..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2014 at 9:49 AM

dia bukan menteri kewangan yang boros bro..

dia menteri kewangan yang bodoh. bila dah bodoh, maka terpaksa bergantung kepada konsultan. bila konsultan kelentong, dia ikuuuuuut je. maka terjadilah pembaziran dan pemborosan yang melampau2..

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2014 at 10:18 AM

Din
Impak pd rm yg lemah menjadi double wammy (org putih kata) kpd rskyat malaysia yg mengalami kenaikan hrga barang. Contohnya
1. Oil is traded in USD. Walau pun hrga pasaran minyak dunia tidak naik, kita terpaksa membayar lebih dgn rm.
2. Tengok aja harga susu bayi. Sentiasa aja naik tak mau turun. Ini bukan lembu2 Australia tak mau keluar susu tapi kita terpaksa mengeluar lebih rm utk membeli susu dgn qty yg sama. Begitu juga dgn daging2 impot. Dulu boleh dpt rm10 sekilo tapi seksrang dah tak boleh dpt.
3. Harga2 kereta ckd juga tak akan dpt diturunkan harga kerana kita terpaksa membayar lebih.

Adakah ini boleh membawa pelabur masuk? Yes and no.

No bagi mereka yg dah lama melabur di malaysia. Dgn ringgit yg lemah mereka ini akan cabut lari to protect their investment.

Yes bagi pelabur baru yg nampak peluang melabur kerana matawang mereka yg kukuh vs rm yg lemah.

Mengikut berita terbaru us growth is about 3.2 %. Jadi fund mgr dari us mungkin kurang minat melabur di malaysia.

Jadi nett FDI mungkin berada pd tahap negatif.

Ini pendapat aku seorg rskyat biasa.
Detailnya kenalah Wahid fikirkan.

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2014 at 10:28 AM

@Esa Adamsaya hairan dengan artikel Tun Mahathir itu ..... mengikut pembacaan saya, Tun sendiri mahir dalam isu matawang ini ( sepertimana yang beliau telah buktikan tahun 98 dulu )jadi Tun seharusnya lebih tahu apakah RM sedang mengalami kejatuhan yang teruk atau tidak.

Jadi kenapa Tun jadikan emel pembaca itu sebagai artikel ?

Satu mesej ?

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2014 at 12:40 PM

TDM mahukan kita berfikir bahawa samada jatuh atau naiknya matawang bukan semestinya satu perkara yg baik atau buruk. Ia bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara. seperti contoh china yg terkenal dengan cheap labor dan cheap product. Apa akan jadi pada ekonominya jika matawangnya meningkat? Apa akan terjadi kepada eksportnya jika, competitive price dia jatuh dan produknya lebih mahak dari India atau vietnam? Sebab itu persoalan ekonomi ialah mencari the right balance and drastic action would only result knee-jerk reaction.

Masa currency speculator 1998 dulu, TDM pakai orthodox method yg tidak ada dalam mana2 solution yg diutarakan oleh PAKAR2 ekonomi dunia pada ketika itu. Tetapi jika kita hanya mengenakan levy utk capital flight tanpa ada supporting action utk pelan pemulihan domestik, kita sudah lama bangkrup dan meminjam dari IMF selepas itu. Dengan penurunan interest rate, menaikkan tempoh non performing loan, dan khazanah membeli bad loans maka ekonomi kita survive satu sebabnya kerana asas ekonomi kita kukuh. Kita berdagang dan mendagang pada tangible produk bukan pada kadar dan shadow asset.

Tetapi yg pasti jika kita ditakdirkan terpaksa meminjam dari IMF sebagaimana yg dipujuk oleh TPM ketika itu pada 1998, maka anwar ibrahimlah dan bukan najib adalah PM Malaysia ke-7.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2014 at 12:50 PM

Elok elok Tun M fix RM 3.80, pandai pandai pulak Badawi pi defix to market rate. Ringgit jatuh pasai bangyah Bangla.Nepal.Mynmar, Indo dah jadi Tauke, hantar duit balik kampong. Ni lagi nak bawak masuk Foreignes walau pun Ramai orang Malaysia tak de kerja. Now tengah tunggu bila nak bawak orang Korea Utara,. Chad mai mai kerja kat malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2014 at 1:14 PM

Mungkin ada BIG BOYS transfer duit berbillion ringgit ke luar negara?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2014 at 1:26 PM

Masalahnya Bilamana Kedudukan Nilai Ringgit TERUS MELEMAH, jatuh teruk.. (mencecah RM3.50 ke atas terus ke RM3.80 ke RM4.20, seperti suatu ketika dulu, sewaktu matawang kita diserang oleh George Soros) Malaysia tidak lagi MAMPU untuk Melakukan Currency Pegging...

Pemerintahan Najib tidak akan membawa Malaysia kemana2 pon, di peringkat international Najib masih dipersoalkan.. HAIRAN DAH SEBULAN NAJIB jadi HERO Kampong, TAK BERANI KE LUAR NEGARA KE? Apa sebab dan apa pasal? Najib telah Menghancurkan negara dengan mengambil langkah2 yang silap dalam mentadbir negara.

Wahid Endut APA tahu pasal kewangan dan pasaran matawang dunia? Setakat CEO MayBank? Berapa Banyak Produk Kewangan Maybank di bawah Kendalian Wahid diperkenalkan di Malaysia oleh Maybank? Adakah Maybank peneraju Kewangan di Malaysia? Seorang BEKAS CEO yang LEMAH + Seorang Menteri Kewangan Yg Tak Cekap + Seorang Perdana Menteri yg Lembik lagi LEMBAP... Manak Ekonomi Lembap, Nilai Ringgit juga akan terus melemah..

Matawang kita akan terus jatuh merudum tak kira Tun M ke, Tun Daim ke, jadi PM atau Menteri Kewangan..Kita sudah tidak akan dapat Melakukan Kedua Kalinya.. kerana Kita sudah TIADA ASSET utk dipegkan bersamaan dgn nilai usd tersebut....

Salammun'alaikum Tun M dan Tun Daim - I know how and what you did during your time.. period!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2014 at 4:41 PM

Selagi Anwar tak dapat menjadi PM,dia telah mengerak satu 'gerakan' nya secara besar besaran ialah mengguna kuasa orang perniaga Cina untuk menaikkan harga barang2.

Satu lagi cara orang2 cina sebanyak 97% yang anti kerajaan menolong Anwar dan pembangkang ialah menjual mata wang Malaysia kepada 'money changer' ini hari hari.

Website yang bertajuk 'FOREX' yang 'tersangkut' di Facebook kita banyak memberi nasihat dan cara membuat duit dengan bila masanya yang paling baik untuk jual ringgit. Ini ada lah SATU lagi senjata Barat yang menyokong Anwar bergerak secara halus yang mengguna social media untuk hancurkan negara ini.

Bayang kan kuasa 'semut' berjuta juta orang cina menjual ringgit dan membeli matawang asing hari hari.kalau tak percaya pergi sahaja mana2 shopping complex dimana ada 'money changer' tiap tiap hari ada beratus ratus orang cina sedang beratur untuk menjual ringgit.
Nasihat website 'FOREX' minggu ini adalah untuk menjual ringgit dan beli Australia Dollar yang bernilai AUD$2.95 dari harga AUD$3.20,dan orang2 Cina ini akan membuat untung AUD$0.30 bila harga Australia naik balik. Mata wang yang di tukar oleh beratus ribu orang2 cina di ' Money changer' BUKAN nya untuk pergi melancong!!!

Tapi biasa lah PEMANDU tak peduli hal2 politik sabotage kerana kerja mereka hanya untuk buat proposal business aje dan KPI,dan si Ahjibgor Kangkong masih dalam' Denial MODE' negara nya di serang melalui kuasa EKONOMI menggunakan harga barang dan mata wang!!!

Ahjibgor Kangkong-PM BODH yang tidur dengan mata terbuka!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2014 at 6:25 PM

@Anonymous
Nih misti Anwar ker, Lim Kid Siyal ker ato nik ajis yg terbail kan...

ato ko sendiri jadi menteri kewangan... misti mantap kan bro!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 8:55 AM

kebijaksanaan pahlawan perang adalah menewaskan musuh at all cost
kebijaksanaan pemimpin adalah menyelamatkan negara walau apa cabaran mendatang sekalipun ... bukannya membiarkan negara hanyut tanpa kawalan ...
pertahankanlah ah jib gong ... jika itu yang terbaik yang anda rasakan ...
butakan mata untuk melihat peminpin lain dalam umno ... jika iti yang terhebat anda rasakan ...
salahkan konsetan semuanya ... pembuat keputusan si ah jib gong tidak salah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 9:36 AM

Ringgit jatuh atau naik adalah perkara biasa didalm sistem ekonomi dunia.Itu semua hanya persepsi.

Nak tanya ya Najib dah serahkan report card jawab je la. Habis cerita tapi kenapa takda?

Nak tanya ya Jepun bila PM Abe naik apa dia buat? Bukan ke dia turunkan nilai yen?
Kenapa nak turun nilai Yen bukan rosakkan ekonomi jepun ke?

Bagi mereka yg hidup dari zaman Tun Razak tentu memahami persolan nilai ringgit tidak menjadi polemik besar yg penting berusaha dan terus berusaha.

Kepada pengkritik Dasar ekonomi Najib sabar la brader bg masa sikit je lagi 2-3 tahun nampaklah hasilnya.....sedangkan isu kangkung taksampai 4 hari clear beb....Malaysia bukan hingusan la...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 12:07 PM

bukan ringgit malaysia saja.. semua matawang asia tenggara (kecuali singapore) jatuh berbanding USD.. USD sekarang memang tengah mengukuh akibat dari fed tapering... benda ni mmg kita tak boleh kawal..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 12:29 PM

apa kaedah untuk stabilkan nilai RInggit ? selain dgn cara TDM buat 1998...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 4:42 PM

Apa yang TDM buat masih mengunapakai instrumen subsidi dan menambat matawang ringgit dan memperkenalkan kad kredit utk meningkatkan kuasa membeli.Meriwayatkan note 20,100 dan 1000.Nilai ringgit di ikat ketika suasana ekonomi dunia sedang rancak di eropah.Ia memberi kelebihan kepada nilai eksport negara.Amat bertentangan dengan pentakbiran kerajaan sekarang.Ibarat tiang seri dah hilang.Nilai ringgit merudum,kuasa membeli makin susut,bebanan rakyat tinggi,RS berperingkat2,pelabur mengambil langkah berhati2 dan mengintai peluang ke negara lain serta negara kehilangan daya saing.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 5:15 PM

Dasar penjimatan RS di sebabkan tiada kebijakan dan boros serta membebankan rakyat tidak ada maknanya di kala wang bertimbun2 kerana alasan negara bengkrap.Nilai matawang jatuh,inflasi meningkat.kuasa membeli mengecil.Pemain industri fikir 2 kali duk fikir keuntungan yang menyusut dan kos operasi yang meningkat.Duit penjimatan banyak2 tu nak buat apa dengan nilainya yang jatuh.Takut jadi macam duit pokok pisang aje.Semua sektor ekonomi dah terencat akal.Ekonomi akan merudum.Nak buat projek apa?Berapa tahun boleh siap?.Kos projek berapa billion?.Kalau projek siap,rakyat boleh jilat ker,utk kurangkan beban hidup mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2014 at 5:21 PM

Orang tamak,rakyat yang rugi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2014 at 12:01 AM

Ekonomi Jepun compare dgn Malaysia macam gigi dgn taik gigi. Tak payah nak cerita pasal good-governance lagi. Bagi PM KangkonG 2-3 tahun lagi, lagi banyak dia sebat. Itu baru buat filem Hollywood dan beli apt. berates juta, yg tak diketahu? PRK Kajang akan jadi referendum rakyat pada rejim KangkonG. Kalah dah pasti, cuma boleh tak, hilangkan wang pertaruhan calon lawan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2014 at 11:19 AM

@Anonymous

Mimpi la nak hilang wang pertaruhan.

lepas ini search kat abang google perbandingan UMNO dengan PAS dan UMNO dengan PKR atau bandingkan dengan semua parti.

Amacam ada berani.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 2:08 PM

Hanya Adam smith jer yang tahu..

Post a Comment