........... Bangsa Malaysia DiCapai Bila Rakyat Sendiri Mengutamakan Kepentingan Kebangsaan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bangsa Malaysia DiCapai Bila Rakyat Sendiri Mengutamakan Kepentingan Kebangsaan

Sunday, February 23, 201414comments

Tidak ada satu pun blogger Melayu Islam lain yang mempertikaikan saranan Menteri JPM supaya perkataan 'Bangsa' dibuang dalam semua borang resmi. Kalau dulu waktu saranan ini dilontar oleh pihak Dap, gegak gempita dunia media sosial membelasah Dap kerana didakwa sebagai satu cubaan mencabar Hak orang Melayu Pribumi.

Tapi bila seorang Menteri yang berkementerian dibawah PM yang sebut, semua senyap ..... apakah semua akur ? Mungkin diorang berhati2 sdikit nak belasah memandangkan Prk Kajang yang hampir tiba, tapi saya tidak menolak kemungkinan sikap berdiam diri kita akan saranan ini akan di manipulasikan sebagai AKUR. 

Hmmm .... apakah menjadi trend kerajaan Najib mengumumkan perkara yang sensitif sebegini ketika berdepan dengan Pilihanraya Kecil ? Yalah, kalau tidak ada Prk maka kita pun agak bebas nak kritik. Tapi sebab nak jaga sokongan segmen2 tertentu para pengundi, maka didiamkan saja perkara ini ..... 

Orang Melayu lebih utamakan politik partisan daripada nasib bangsanya sendiri.

Takperlah, nak buat macamana lagi... bukannya boleh dipaksa2, semuanya dah besar panjang. Apapun saya harap rakan2 yang ada kesedaran dapat memainkan isu ini selepas Pilihanraya nanti, ya.



OK, balik pada cadangan Menteri nak buang pengenalan bangsa ni ....Kenapa hanya dalam bentuk PENGENALAN pada borang resmi saja ? Borang Resmi itu pula seperti apa ? Apakah Surat Beranak dan Mykad dikira sebagai sebahagian dari Borang Resmi ? 

Mungkin ada yang kata, itu Dokumen Resmi bukan Borang Resmi ! Tapi untuk mengisi satu2 dokumen, bukankah perlukan Borang ? Dari borang diambil maklumat sebelum diisikan dalam dokumen. 

Cuba fikirkan antara tujuan utama pengenalan bangsa seseorang  adalah untuk apa ?

Dasar2 affirmatif yang bertujuan membantu kaum Bumiputera bagi menaikkan taraf ekonomi dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum adalah berasaskan BANGSA. Sebarang bantuan bertujuan membantu kaum Bumiputera seperti dana pinjaman, BIASISWA, sebarang KUOTA khas dan sebagainya  ..... bagaimana mahu disalurkan tanpa wujudnya pengenalan bangsa ?

Bagaimana mahu dipertahankan Hak Keistimewaan Bumiputera kalau pengenalan bangsa dihapuskan ? ( KLiK ) - "Menghapuskan perkataan bangsa dalam apa jua borang bererti menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan, terutamanya hak istimewa Melayu".

Sementara itu dalam aktiviti harian di mana peranan sektor swasta lebih memainkan peranan, pengenalan bangsa seseorang itu tidak dapat dielakkan ! Apakah jaminan yang kaum Bumiputera tidak dianaktirikan oleh pihak swasta ?

SIAPA YANG BAKAL RUGI ?

Apakah keadaan sosio budaya masyarakat kita sudah setaraf dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia di mana perbezaan bangsa sukar dibuat secara mata kasar ? Rakyat Indonesia bangsa cina hampir tidak dapat dibezakan dengan yang berbangsa Melayu kerana mereka lebih berbangga dengan Bangsa Indonesia dan perkara ini berlaku bukan sekadar TEMPELAN tapi dibuktikan melalui perlakuan dan budaya mereka.

Ini samasekali berlawanan dengan rakyat di negara kita !


Malah cadangan mahu dibuang perkataan atau pengenalan Bangsa itu sendiri berlawanan dengan konsep Unity in Diversity 1Malaysia !

Saya tidak nafikan pengenalan rakyat mengikut bangsa tidak selari dengan konsep perpaduan sebenar. Tapi perkara ini tidak boleh dipaksa2 melainkan ianya datang secara melalui kesedaran rakyat sendiri. Bila rakyat sendiri lebih suka dikenali sebagai Bangsa Malaysia bukan melalui kaum masing2, dengan sendirinya pengenalan bangsa menjadi tidak lagi relevan.

Tapi seperti yang kerajaan sendiri akui dan banggakan - Kita Berbeza dengan negara2 lain ! Kerajaan sendiri mahukan setiap bangsa diraikan mengikut identiti bangsa mereka. Nah .... sekarang Joseph Kurup mahu sabotaj usaha kerajaan sendiri ....

Dan keperluan untuk bangsa mereka dikenali bukan saja terhad kepada bangsa Melayu, malah bangsa cina juga mahu kecinaan mereka diiktiraf.

Sebelum pengenalan bangsa dihapuskan dan digantikan dengan pengenalan Kebangsaan atau Nasional, rakyat kena buktikan terlebih dahulu yang mereka meletakkan kepentingan Kebangsaan atau Nasional di depan.

Jika keadaan itu dapat dicapai, percayalah, Menteri tidak perlu berikan cadangan seumpama itu lagi kerana rakyat sendiri akan melihat diri sebagai Bangsa Malaysia.

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 11:02 AM

kita nak tunggu apa ajib go komen...agak2 nak buka makmal baru ke...

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2014 at 11:09 AM

@Anonymoussatu kemungkinan yang tidak boleh ditolak begitu saja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 11:57 AM

Untk wujudkn satu bangsa ianya harus bermula dari peringkat sekolah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 12:25 PM

Salam Tuan,

Saya TIDAK SETUJU sama sekali ruangan untuk Bangsa dihapuskan dalam sebarang borang resmi ataupun tidak resmi sebab kita tidak harus malu dengan asal-usul akar kita. Cuba kita belajar dari apa yang berlaku di Negara-Negara lain sebagai teladan.

1) Di Amerika Syarikat, warganegaranya dengan bangga akan memperkenalkan diri mereka kepada rakyat luar, "I'm an American." Tetapi di Negara mereka sendiri, mereka tetap perlu menandakan 'race' mereka di dalam borang sama ada mereka ialah Caucasian, African, Latin, Native American, Asian atau Others. Bangsa adalah identiti budaya kita yang merangkumi makanan, pakaian, adat resam dan bahasa ibunda.

2) Di Indonesia, Kerajaannya cuba menghapuskan identiti bangsa dengan memperkenalkan Rukun Negaranya yang dipanggil Pancasila. Penduduknya dilarang dari mempunyai nama yang melambangkan bangsa mereka justeru kaum Cina dan India di sana terpaksa mempunyai nama bercirikan Bahasa Utama Indonesia (yg saya pun tak tahu bahasa apa...hihihi... yg pasti, nama rakyat Indon memang caca marba). Bukan setakat itu, nak merayakan perayaan bangsa pun terpaksa buat sembunyi2 (sebelum SBY membenarkannya semula akibat dari permusuhan kaum suatu waktu dahulu).

3) Di Thailand, perkara yang sama berlaku. Demi nak mewujudkan 'bangsa Thai', rakyat Thai yang berbangsa Melayu di Selatan Thailand dikehendaki mempunyai nama Siam dan nama inilah yang mesti digunakan dalam semua dokumen resmi. Tempat2 yang mempunyai nama dalam bahasa Melayu juga diubah kepada nama Siam. Malah ditahun2 90'an bermula pergerakan halus untuk menghapuskan bahasa Melayu secara perlahan-lahan (saya tahu sebab rakan2 saya yang berasal dari sana beritahu hal ini, mereka akan dihukum di sekolah jika mereka di dapati bertutur dalam bahasa Melayu).

Bahasa melambangkan bangsa. Mula-mula kita disuruh mengakui bahawa kita berbangsa Malaysia. Tak mustahil, selepas itu kita akan disuruh melupakan bahasa ibunda, adat resam, pakaian tradisi dan sebagainya yang melambangkan identiti bangsa.

Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa supaya kita saling mengenali dan menghargai kepelbagaian bangsa tersebut. Allah tidak pernah menyuruh kita untuk menidakkan akar kita. Malu dengan akar kita sama lah seperti kita malu dengan anugerah Allah kepada kita.

Bangsa yang ditekan dengan menafikan akar bangsa mereka seperti bangsa Melayu di Thailand, bangsa Cina dan India di Indonesia dan bangsa Afrika di Amerika Syarikat akan memberontak dan hidup dalam keadaan tertekan. Apakah itu yang kita mahukan berlaku di Malaysia? Negara2 lain tertanya-tanya bagaimana kita boleh hidup harmoni dengan jumlah etnik yang begitu ramai di Negara kita tetapi sekarang kita nak ubah resepi tersebut dan nak meniru resepi mereka yang telah gagal?

Bangsa negro atau Black di Amerika Syarikat, akhirnya selepas lebih 200 tahun ditindas dan dinafikan identiti akar mereka, akhirnya sekarang dengan bangga memperkenalkan diri mereka sebagai African-American.

Fikir-fikirlah!

p/s: Saya juga ingin menyeru pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negara agar berhati-hati apabila menulis identiti bangsa di surat-surat beranak bayi yang baru didaftarkan. Saya rasa jelik mendapat tahu ada budak-budak yang lahir dari perut ibubapa berbangsa berbangsa India, diklasifikasikan sebagai berbangsa Melayu hanya kerana nama budak2 tu nama Islam. Jika salah seorang dari ibubapa berbangsa Melayu lainlah sebab sekurang-kurang sudah pasti mereka akan bertutur dalam bahasa Melayu di rumah dan faham budaya dan adat resam Melayu. Tapi kalau dah ibubapa berbangsa lain, tentulah ketupat rendang pun tak kenal, adat resam Melayu jauh sekali. Bahasa ibunda sudah tentulah bahasa lain. Inilah yang merosakkan bangsa Melayu .

Jangan ada lagi Nurul Huda Abdullah (ratu renang Negara tu).... nama islam tapi beragama lain, bangsa pun lain.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 12:34 PM

Najib dh suruh deris jala buat draf 13 point solutions utk perkara ini. Nnt kalo benda ni jd panas sbb byk ngo yg bantah, time tu la Najib akn umumkan benda ni.. Hahaha..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 12:41 PM

Diam tanda setuju..
DAP senyap.
PAS bisu.
UMNO tggu KJ brsuara.
PERKASA tgh sibuk dok kumpul ngo nk tubuhkan Barisan Perpaduan Nasional nk lawan MPPN.
JATI tido.
ISMA (bunyi cengkerik....)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 12:53 PM

Betul la din.. Setakat ni tak de satu pn bloggers yg tulis, ulas atau pn yg menunjukkan rs bantahan terhadap isu ni melainkan Blog Dinturtle sahaja!!!

Mustahil mereka semua tak tahu kn...
Apakah mereka semua sedang memberikan isyarat?

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2014 at 1:04 PM

@AnonymousIsyarat apa ? - Dont worry... Kami bersama Najib biar tergadai maruah agama dan bangsa?

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
February 23, 2014 at 4:40 PM

@Anonymous

Saya rasa terpanggil untuk mencelah sedikit dalam komentar tuan.

Pada dasarnya saya amat bersetuju dengan luahan tuan. Cuma apa yang ingin saya tonjolkan adalah didalam kesemua contoh-contoh yang tuan berikan terdapat satu persamaan yang sangat ketara:

Bangsa Minoriti akan di asimilasi ke dalam satu bangsa yang dominan.

Di Indonesia, bangsa cina serta lain-lain diserapkan menjadi bangsa Indonesia. Yang kita semua tahu didominasikan oleh Melayu Indonesia.
Begitu juga keadaannya dengan Thailand, bangsa minoriti baik Cina mahupun Melayu di asmilasi kan menjadi bangsa Thai yang mana di dominasi oleh bangsa Siam.
Sama juga dengan Amerika dan mana-mana negara saja dalam dunia ini kecuali Malaysia.

Di Malaysia keadaan kita terlalu unik. Hanya di Malaysia, kerajaannya yang diterjui oleh bangsa MAJORITI tanpa sebarang rasa malu atau harga diri dan dengan penuh rela lagi patuh tunduk kepada bangsa MINORITI dan membiarkan sahaja rakyatnya yang berbangsa MAJORITI menjadi pengemis kepada si MINORITI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2014 at 5:59 PM

Sori, off topic jap.....

Din, kenapa dalam sehari dua ni media perdana asyik citer pasal brim jer ?

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2014 at 6:41 PM

Bagi saya org Melayu dh lama di ajar utk supaya jangan melawan kerajaan, utk mengkritik pun tidak boleh terlalu lantang dan menonjol kecuali jika ianya mendatangkan 'political milage' kpd BN, jadi sy x hairan dgn perkara ini, jika pihak BN x menonjolkan isu maka tiada isu ini akan dikeluarkan di media massa

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
February 23, 2014 at 10:17 PM

Aku dah letih nak komen dalam hal ini , pada Aku kalau kepala kereta-api yang ada dah terglinchir wajib diganti dengan kepala baru agar perjalanan dapat diteruskan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2014 at 12:01 AM

Org melayu dh terlalu byk beralah dn berkorban.
1. Kita sanggup berkorban dn berkogsi tanah air kita dgn pendatang tanpa sebarang prtumpahan darah.
2. Kita sanggup menukar nama asal negara dr Tanah Melayu kepada Malaysia sedangkan ia merupakan IDENTITI negara yg melambangkan Jatidiri org Melayu di rantau ini.
3. Kita rela nama bahasa Melayu si tukar kepada bahasa Malaysia dgn harapan org dr kaum pendatang ini akan hormat, insaf dn menggunakan bahasa kebangsaan negara ini sbg bahasa utama pertuturan dlm kehidupan mereka. Akhirnya mereka mengkhianati kepercayaan org Melayu.

Cukup la 3 walaupun ada banyak lg yg boleh ditulis.
Cuba senaraikan pulak apa pengorbanan org cina dn india utk org melayu?? Ade? Ade??
Mmg tak de nyer... Semua jd parasit jer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2014 at 4:16 PM

Salam semua..dalam surat beranak versi baru..takde tulis pun status anak sebagai bumiputra..zaman sy lahir tahun 80an ade tulis..kenapa x dibangkitkan isu ini..sy google pon xde blog ceta pasal benda ni..hmm..

Post a Comment