........... Akta Hasutan DiHapuskan ..... Kenapa Senyap Jer ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Akta Hasutan DiHapuskan ..... Kenapa Senyap Jer ?

Saturday, February 8, 201410comments

Saya mendapat maklum bahawa Ketua Pengarah , Ketua Setiausaha Kementerian sekarang tak bebas membuat keputusan. Semuanya diarah oleh PEMANDU yg setahun jagung. 


Sedangkan dalam saat getir pentadbiran Negara seperti  Krisis Kewangan 1998 yang memaju ekonomi Malaysia ke arah kesejahteraan dan membuat solution out of the box adalah pegawai kerajaan yang amanah dan tak berhenti solat tahajud di waktu malam.



Gempak bunyi intro artikel Anakbukitgantang ! Pendek jer tapi impaknya BESAR ! Setahu saya bukan calang2 juga kabel blogger ni jadi bila dia kata ada 'mendapat maklum', rasanya maklumat itu tidak boleh ditolak tepi begitu saja.

Najib sikit tak layan suara2 rakyat yang bising tentang Pemandu.... masih ditatang sepenuhnya. Soooo ..... masih nak balun Pemandu juga ? Najib tak salah, kan ? Najib TAK PERNAH SALAH... kan ?

Najib ni pakai mandrem ke apa, ek ?

Satu lagi berita pengesahan Akta Hasutan telah dimansuhkan oleh Najib juga tidak mendapat liputan media ..... hairan .

Kecuali artikel dari Paneh ada sebut tentang ini dan bila saya google, dapatlah sumber info dari pmr.penerangan

Akta Hasutan Dimansuh: Bukti Kerajaan Komited Melakukan Perubahan


Berita lama atau baru ni ? Kalau diikut, tarikh kemaskini artikel itu adalah Jumaat 7/2/14 jam 16:11.

Tapi kenapa tidak ada laporan media ?

Sesiapa boleh tolong berikan pencerahan ...

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2014 at 11:37 AM

Kalo betul la benda ni, baik la mansuhkan jugak polis,askar, AG, mahkamah, KDN dan semua undang2 yg ada supaya negara ni tak payah ada undang langsung. Biarlah kita hidup ikut aturan rimba.
Yg kerajaan seronok sgt hapus mcm2 ni nk buktikan kt siapa? Kt PR ker? Siapa ketua yg memerintah negara skrg nih? BN ker PR?
p/s:mmg saat kehancuran da semakin dekat... Bertaubatlah kita segera...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2014 at 1:33 PM

Lepas ni makin beranilah diaorang jolok sarang tebuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2014 at 1:55 PM

salam,
terfikir juga macam bro, dah malas nak baca pasal politik dan kerajaan. nak amik tau bab lain pulak. tapi bila keluar sesuatu perkara, kepala tak boleh nak jauhkan diri daripada benda ni pasal terfikir perkara yg tak elok berlaku pada negara di masa akan datang. ramai yg bertindak tak fikir di masa hadapan. mereka hanya fikir di masa sekarang ajer.pemimpin dahulu banyak berfikir untuk masa hadapan tak macam sekarang.

kita tak boleh tolak pemikiran orang dahulu dan fikir kita lebih bijak kerana maklumat kita tak serupa dulu. tapi apa yg mereka lupa ialah, apa yang ada sekarang adalah hasil dari yg dulu. cuma sesuatu yang lama perlu dikemaskini untuk masa semasa bukannya dihapuskan. sains dahulu tetap sama tetapi perubahan mengikut persedaran masa dan tetap menggunakan asas yang sama. tapi kita cuba merubah tanpa berfikir kenapa sesuatu itu dibuat dan diadakan. setakat hapus dan tiada pengganti. patutnya buat dulu, dah boleh ikut baru hapus yang lama.

selagi cara pemimpin bertindak dan mentadbir cara yang salah ikut pandangan rakyat bawah, mereka memang silap kerana pemimpin hanya pandang dari atas dan tempat tinggi. semuanya cantik. tapi rakyat yang berada di bawah sentiasa terjumpa lubang, tahi dan pelbagai lagi di bawah. harap pemimpin mahu mendengar suara rakyat dan bertindak ikut peraturan. bukannya membuat sesuatu dengan cara arahan sahaja.

moga Allah SWT terus melindungi, merahmati, memberkati, memberi hidayah kepada umat Islam di Malaysia dan dunia. moga terbuka pintu hati pemimpin Islam untuk melihat sesuatu dengan lebih jelas dan bersatu padu demi agama, bangsa melayu dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2014 at 3:07 PM

lepas ni pakat ramai2 menghasut sini sana..tak salah agaknya..jika orang bising..cakap je itu bukan menghasut..itu hanya SATIRA RAKYAT..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2014 at 3:43 PM

dia orang jolok sarang tebuan.. kita jolok bijan lak bagi jatuh macam nanka busuk ,jadik.....din,bijan ni lebih terok dari pak mentua si kitol tu .. tapi yang herannya apa dia buat tak ada pun ahli malis tertinggi UMNO yang berbunyi , kuat betul manderem dia din, jangan2 dia dengan al jub satu guru tak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2014 at 6:12 PM

Memang Najib sedang membunuh dirinya sedikit demi sedikit. Semua senjata ampu dibuangnya. Terjunlah Najib dengan labu labunya. TERJUNLAH masuk lubuk!

....................
Reply To This Comment ...................
February 8, 2014 at 7:12 PM

Nah, saya sambung kritikan all-out saya diartikel seterusnya - http://dinturtle.blogspot.com/2014/02/najib-lembik-dan-terus-lembik.html

Betul2 fed-up dengan cara Najib ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2014 at 9:05 AM

salam bro .....
akau rasa memang najib dan puak umpon dah hilang arah.... mereka ingat dengan buang akta hasutan pembangkang akan sokong dia.... rakyat akan sokong dia.... dia tak paham ke dulu rakyat undi bn supaya teruskan dengan usaha dan perlembagaan yang ada.... kalau tujuan rakyat sokong bn supaya boleh hapus segala macam baik sokong pembangkang.... mereka dah janji nak hapuskan semua yang bn buat.... jadi kesimpulan aku malaysia memang ditadbir oleh sekumpulan orang yang nak mentekedarah harta saja dan bodoh nak cari sokongan rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2014 at 10:19 PM

Najib ni saya perasan suka org cina dan melayu yg westernized. Susah nak tukar mentaliti org. Najib ingat org yg tunjuk confidence masa bercakap ni reti buat kerja. Kebanyakan melayu yg bijak lebih suka diam-diam ubi tapi berisi. Mereka yg bising dan selalu tunjuk pandai ni selalunya tak pandai pun

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2014 at 9:19 AM

aku selalu bg tau din, najib ni dr dulu western oriented@freemason, dr sekolah di england dulu lagi, nwar ni oppurtunis zaman, dulu islamic skrng more western, multiskill yg ada pada anwar menaikkan rating dia dimata freemason@zionis "mata sebeleh", neocon. Multiskil ni tiada pd najib.. cth multiskill ayat quran boleh baca dan hurai, liberalisme pun boleh di tarjih dgn fasih, lalu lahirlah demokrat islam dan islam liberal, yg nilah pemodal yg berfalsafah spt soros dan ngo2 barat yg dimodalkan oleh kapitalis zionis meletakkan anwar sbg number one sbg wakilnya dajal didunia islam.
So najib hanyalah agent kepada tokeynya dinusantara ni, 'pemimpin anugerah', pemandu hanyalah wasilah kepada agenda yg lebih besar lagi , lebih besar lg dr kepala otak najib dan anwar, malah lebih besar lg dari apa yg difikirkan oleh pejuang menntang bashar disuria, lebih besar lg dari jeneral al sisi, hanya hadis2 yg mampu menerangkan lebih jelas apakah sebenar fenomena yg melanda msia dan seluruh dunia islam.

marilah kita tingkat keikhlasan beribadat kepada Allah swt, bukan kerana maukan selain drpNYA, semoga rahmat Allah diraih oleh kita setiap masa. Amin

bdr jengka

Post a Comment