........... AES - Itulah Dia Rupa Bentuk Kerajaan Pada Pandangan Rakyat ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

AES - Itulah Dia Rupa Bentuk Kerajaan Pada Pandangan Rakyat !

Thursday, February 6, 201410comments

Sistem Penguatkuasaan Automatik atau atau lebih dikenali dengan akronim omputeh AES sudah semakin menghampiri pusingan akhir jangkahayatnya ..... 


Kementerian Kewangan tentukan harga ambil alih AES

Pendek dan cantik jer laporannya .... AES akan diambilalih oleh kerajaan. 

The Star ada laporan yang lebih menarik dan blogger Syed Outsidethebox turut tertarik untuk menjadikannya The Bomb ! 

( ingat lagu tu ? Cantik, menarik, tertarik ....kau memang the bomb ! )


Klik dan bacalah apa Tuan Syed kita tulis .... samada anda suka atau tidak kepada Tuan Syed, artikel beliau ada ummmph. Jangan pula kerana anda percaya beliau dibayar oleh seseorang untuk menulis maka penulisan beliau tidak lagi relevan. 

KALAUPUN dibayar .... so ? Namakan berapa ramai blogger yang TIDAK DIBAYAR atau yang menulis tanpa MENGHARAPkan untuk diberi bayaran ? Apa yang sepatutnya ditumpukan adalah apa yang ditulisnya, point2nya ...

Oya, saya ada mesej kepada Tuan Syed bertanyakan hal dakwaan beliau dibayar .... jawapan beliau ringkas jer ...- I wish ! Hahahahaha ... How i wished too ! !


Ada ditulis tentang kaitan Omar Ong dengan Ethos Consulting yang dikaitkan dengan AES, tentang juta-juta yang diminta oleh pemegang konsesi AES jika kerajaan nak ambil alih bla bla bla ....

Point yang saya nak tulis adalah ini - Rakyat tidak terkejut pun malah sudah jangkakan pun yang kerajaan akan ambilalih AES dengan bayaran ratusan juta-juta RM yang pastinya menberi keuntungan atas angin bernilai ratusan juta-juta RM kepada pemilik konsesi .......

Satu lagi yang rakyat jangkakan juga - Semua mesin2 kamera AES itu akan berkarat begitu saja .....  tapi sebelum itu, akan timbul satu lagi pengumuman untuk menaiktaraf sistem AES atau ganti kamera baru ( yang harganya berkali2 ganda dibanding dengan harga pasaran tapi diluluskan juga atas alasan mesin2 itu perlu diubahsuai untuk kegunaan tempatan ) sebelum keseluruhan projek akhirnya mati berkarat .....

AES ........ ITULAH DIA KERAJAAN.  

Muncul mamat bagi usul projek juta2 yang tidak perlukan sebarang marketing ( maknanya dipaksakan bebannya ke atas rakyat ), kerajaan luluskan tanpa mengambilkira bantahan rakyat konon kerajaan LEBIH TAHU, akhirnya kerajaan juga kena bayar gantirugi bila pelaksanaan projek dibantah besar2an oleh rakyat. 

Skrip sama yang diulang2 ......

Saya harap sangat kerajaan kali ini dapat buktikan ketelusan melalui kes AES. Bentangkan kepada rakyat setiap kos yang terpaksa kerajaan bayar bagi tujuan pengambilalihan. 

Setiap mesin berapa yang AES minta ? Berapa pula harga pasaran ? Berapa pula untung atas angin yang AES minta ?

DUIT RAKYAT tuh ! Kata tak mahu dah PEMBAZIRAN .... BUKTIKAN !

Dan buktikan tidak ada sebarang penglibatan PENASIHAT KERAJAAN NAJIB dalam urusniaga juta-juta ini.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2014 at 9:00 AM

suruh isytihar harta masing2 pun takut, apatah lagi nak buat camtu. kerajaan memang tak guna. kayakan hanya beberapa orang dengan mencekik juta2 rakyat yang cari rezeki halal. dah nampak dah..BN akan tumbang PRU14.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2014 at 9:42 AM

Some people are smart to grab the opportunity but many people are dumb.... so what is the issue? Ohh blame gomen is the best..is it. Huhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2014 at 9:44 AM

Itulah kerajaan.
Apapun, saya tetap sokong AES.

KK

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2014 at 9:51 AM

@Anonymousya... halal haram tolak tepi. winner gets all. - Mat Liberal !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2014 at 10:10 AM

what do you mean? smart in terms of what actually? smart-ass? have you read OSTB?

the issu is..it is ACTUALLY THE GOMEN IS DUMB and you are dumber i guess. dont you get it?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2014 at 10:48 AM

what on earth are you saying bro? the issue is the moronic government is sooooo damn stupid. and they used taxpayers money to cover their stupidity. you get it?

and now i give you a situation, a young minister's son is working with his father in his ministry and able to go holiday2 oversea so frequently, able to buy million worth bungalow with 7% bumi discount? bla bla bla.. is he a smart guy or you are the one who is so dumb? you pick it bro..lol

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2014 at 10:50 AM

munkin kerajaan dah nampak dia tak bolih nak bertahan pru 14 nanti , jadi sebelum tumbang rembat le mana yang bolih , buat bekalaaaannnn....

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2014 at 11:26 AM

Din,
Yg paling aku tak setuju dalam kontrek konsesi ni ialah klaus "loss of future earning" yg harus dibayar kpd konsesi jika kerajaan ambil alih. Ianya boleh mengambil kira keuntungan untuk puluhan tahun yg akan datang walau pun pemegang konsesi tu dah tak payah buat kerja satu apa pun.

Disinilah aku harap Krismuddin akan lebih tranparent. Kos pegambilalihan mesti diumum kpd rakyat, termasuk pembelian aset2 yg ada. Biasanya aset2 ini over inflated. Sudahlah apabila buat procurement dapat komisen dari pembekal, bila kerajaan ambil alih rakyat kena bayar lagi aset yg over inflated tu.

Odit aset2 ni mesti dibuat oleh kerajaan bukan syarikat odit swasta kerana syarikat odit swasta biasanya boleh dikautim jika ada habuannya.

Ini classic case untung atas angin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2014 at 4:25 PM

salam,
bayar berjuta, pru 14 lambattttttttt lagi. melayu mudah lupa. no hal. bayar jangan tak bayar. kalu bukan membazir dan fikir flip flop bukan pemimpin sekarang. sekarang zaman buat dahulu kemudian cerita. dah pakai konsultan dan kpi transformasi, mesti dah kaji abis sebelum beri cadangan dan setuju buat. kajian bertingket2, duit masuk pun bertingket2 pasal hanya satu cadangan mega dan hebat ketika ditunjukkan depan menteri dan pengarah, serta tiada persoalan timbul kerana power point yang begitu power. meleleh air liur orang yg mendengar begitu hebat fakta-fakta bernombor, kira ok dan buat. sakit kapla bila lihat nombor kecuali nombor RM yang masuk besar sangat. ini la cara kerajaan malaysia masa kini merancang untuk rakyat. gunakan konsultan untuk kajian internet google, kemudian cadang, beri fakta bernombor, dah sah tak ada yg tanya, gunakan perkataan hebat dan huraikan berbelit, maka pak menteri akan nampak bodoh kalu tak setuju. kemudian rakyat pun fening bila dengar pak menteri menerangkan transformasi kementeriannya.

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2014 at 4:51 PM

@AnonymousDari segi tindakan, apa yang UBAHnya ? Bila kita kata semua itu cuma slogan jer, ada yang marah tapi ternyata .....sama saja.

Post a Comment