........... 3 DiTangkap Cuba Mengedar alKitab Kepada Pelajar Penang - Nak Bukti Apa Lagi ? ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

3 DiTangkap Cuba Mengedar alKitab Kepada Pelajar Penang - Nak Bukti Apa Lagi ? !

Sunday, February 16, 20147comments

Nah ....  BUKTI terdapat gerakan yang cuba menyampaikan dakwah agama Kristian kepada umat Islam terutamanya kepada murid2 sekolah ......dan menggunakan alKitab berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah sebagai perangkap !


GEORGETOWN - Seorang guru menangkap tiga lelaki yang cuba mengedar beberapa Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di sini.

“Tajuk kitab itu ialah Kenalilah Al Kitab dan di bahagian bawahnya mereka cuba menarik pembaca dengan menulis ‘Sebuah panorama Firman ALLAH dalam 366 bacaan dan renungan harian'.

“Kenapa kitab sedemikian cuba diedarkan kepada pelajar? Lebih mengelirukan kerana ia dalam bahasa Melayu. Jadi memang (jelas) matlamatnya untuk memesongkan akidah pelajar Melayu Islam,”  - Sinar.


Masih nak pertahankan hak gereja menggunakan kalimah Allah ?

Masih nak bermain politik dengan isu agama ?

Kepada PM Najib - BERTEGASLAH ! 

Kalau Allah masih berkehendakkan Najib Razak sebagai PM, takkan larinya kuasa itu ... walaupun tuan bertegas dalam mempertahankan agamaNya di bumi Malaysia !

Bagaimana jika anda temui alkitab dan risalah2 gereja dalam beg sekolah anak anda ?



Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 16, 2014 at 10:52 AM

Komen2 yang menyalahkan Umno atau Pas TIDAK akan saya siarkan.

Jadi tak perlu buang masa nak politikkan isu ini di sini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2014 at 11:30 AM

persiapkanlah diri.. masanya akan sampai juga..

-Demi Bangsa & Agamaku-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2014 at 1:55 PM

In Singapore it common. Bila gua kat sana depa panggil gua dan bacakan ayat ayat bible tapi of course in English. Gua cakap Gua Muslim tapi dia tegas juga nak baca lalu gua dengar je la masuk telinga kanan keluar telinga kira sebab gua tak percaya konsep ketuhanan depa. Point here Jika setiap muslims mempunyai iman yang kuat bacalah, edarlah apa apa pun keimanan tetap teguh, MAka educate la anak anak kamu semua bagi depa faham makna makna Alquran bukan asyik pentingkan tajwid dan bacaan berlau. Baca tak lancer tak pe boleh training tapi memahami nya lah yang paling penting. Jika betul apa yang jadi di Penang maka perlulah ada gerakan menangkis propaganda Christian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2014 at 3:30 PM

Sebelum PRU 13 perkara ni pernah di beritakan berlaku di PP. Peguam Negara kena ambil tahu perkara ni dan nasihatkan kerajaan tentang peruntukan undang-undang yang membolehkan tindakan diambil oleh KDN. Ini bukan lagi soal politik. Ini adalah usaha merosakkan akidah.

Kalau dulu ada ISA. Sekarang ni, aku sendiri tak tahu apa jenis undang-undang yang boleh diguna pakai. Cuma PM jangan cuba cuci tangan macam isu rampasan kitab dengan meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan negeri Selangor untuk selesaikan atau berselindung disebalik 10 point resolution. Mainan politik Najib dengan Anwar menjadikan agama bahan taruhan. Aku lebih rela DYMM Agong ambil alih kuasa dan istiharkan darurat. Bagi ATM kuasa mentadbir. Campakkan kedua-dua manusia ni ke dalam penjara atas dasar mencemar kesucian Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2014 at 8:06 PM

Agaknye PM tunggu depa edar Alkitab depan PMO kot baru nak ambik tindakan. Takpa Najib hang tidoq puas2, lepas ni dengan hang2 depa jual....baru ada akai!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2014 at 9:32 AM

Untuk menyelesaikan perkara ini,semua pihak bertanggungjawab dalam hal ini.
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dalam hal mentauhidkan ALLAH S.W.T supaya apabila wujudnya anasir dari luar,dapatlah ibu bapa menerangkannya dengan mudah. Oleh itu,ibu bapa sendiri juga perlu memahami soal agama dengan lebih baik.
Pihak sekolah juga perlu menukarkan cara mengajar pendidikkan islam seperti menggabungkan semua kelas semasa mengajar pendidikan islam dalam dewan yang selesa.Faedahmya ialah supaya dapat mengeratkan hubungan pelajar muslim,mengajar pendidikan islam(tidak berpolitik dan mengekang masalah seperti syiah dan kristian),apabila wujud masalah dalam pendidikan islam maka mereka boleh berbincang dan menjawab persoalan yang berlegar-legar dalam pemikiran pelajar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2014 at 10:28 AM

Anon 155 pm.

Saya pun setuju dengan anda.
Memang betul iman itu penentu segalanya.

Tetapi kita kena faham juga yang iman itu akan datang dengan kefahaman ilmu (sebab itu wahyu pertama datang dengan penekanan ilmu).
Dan kefahaman ilmu itu datang dengan maklumat. DUKACITANYA maklumat itu boleh dipesongkan.

Strategi dakwah yang paling berkesan adalah menetapkan foundation daripada awal, sebelum apa-apa asas lain datang.
Dakwah kristian sekrang sangat preamtif. Mereka tidak berdakwah kepada yang berusia tetapi kepada anak muda yang masih lagi belum punya foundation yang kukuh.
Bila kita jelaskan kepada mereka Qul huwallahu ahad, mereka akan temui banyak juga kalimah Allah di gereja-gereja. Ianya akan mendatangkan kekeliruan ringkas. Kekeliruan ringkas ini juga yang akan menimbulkan syak, was-was, syubhah, yang mana dah kita ketahui ianya adalah mainan syaitan, dan akan menimbulkan kesulitan yang lebih kompleks. Mainan sekecil ini, bila timbul persoalan-persoalan tidak sepatutnya akan merosakkan aqidah.
Jika kita hidup di zaman yang tidak ada kecelaruan maklumat, di era yang sangat sedikit mainan fitnah, insyaAllah tak ada masalah.

*Mereka boleh gunakan kalimah ALlah, hanya selepas mereka mengucap syahadah kedua - Muhammad itu pesuruh Allah. Sudah pasti mereka takkan mengucap kalimah kedua, kerana jika ya, mereka sudah tiada orang hendak dipersenda.

Ini pandangan saya.

KK

Post a Comment