........... YDSM Nafi Anjur Trip Antartika MatSaid ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

YDSM Nafi Anjur Trip Antartika MatSaid !

Saturday, January 25, 201410comments


Mulanya agak teruja jugalah bila baca penafian dari Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) yang lawatan eksplorasi saintifik selama 15 hari ke Antartika yang disertai oleh MB MatSaid dianjurkan oleh mereka -

KLiK

Biar betul Mat Said ni ...... rupanya ada satu lagi Yayasan yang menggunakan nama Sultan Mizan iaitu Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) ! ( KLiK )

Hmmmm ... Setiausaha Kerja YDSM tidak tahu ke kewujudan YPASM ? Kenapa tidak dinyatakan pembetulan itu dalam artikel diatas atau Bernama terlupa nak tulis ? Bukan apa, tak pasal2 orang ramai bising kutuk Mat Said bila baca YDSM menafikan kaitan dengan trip Antartika itu.

Manalah orang tahu ada berapa Yayasan yang guna nama Sultan lagipun agensi2 kerajaan Negeri sendiri yang sebelum ini sebut YDSM.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengetuai lawatan ke Antartika anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) mulai Sabtu ini - Sinar 15/1.

Juga dari Teganukita -

Pengarang Teganukita: Maknanya pemergian Menteri Besar Terengganu mengetuai deligasi Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar melalui inisiatif Yayasan DiRaja Sultan Mizan itu amatlah penting.



 Khabarnya dua hari lepas MatSaid telah menjadi SAKSI dalam Majlis MOU antara National Antartic Research Center of Malaysia (NARC) dengan Institut Antartico Chileno (NACH) - (KLiK)

Menurut salah seorang yang menyertai lawatan kerja ke Antartika itu,Prof Datuk Dr Aziz Deraman sekurang-kurangnya terdapat 4 fokus utama persefahaman itu:

I) Kerjasama dalam kajian sains dan alam sekitar Antartika.

II) Berkongsi dan saling bertukar sumber penyelidikan untuk kepentingan bersama.

III) Bekerjasama mempromosio pembangunan sumber manusia berkaitan kajian di Antartika.

IV) Mencari peluang untuk kerjasama kedua dua pihak untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan di Antartika.

Katanya .......... Kesemua ini menolak tohman dan tuduhan liar pemimpin pembangkang terhadap pemergian Menteri Besar Terengganu itu ke Antartika


Hanya untuk jadi SAKSI Mou, MatSaid kena pergi Antartika selama 15 hari .....

PS - Apa agaknya Mat Said buat seminggu lagi nih ek ?

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
January 25, 2014 at 3:53 PM

laaa..jika benar YPASM kira ok la jugak. sekurang2nya terbukti mat said tak kantoi..orang awam cam kita ni mana tahu..yang peliknya, apesal dorang2 semua tu tak reti2 nak perbetulkan apa yang silap?

tapi MB mat said duduk lama2 kat sana apehal jika sekadar nak jadi saksi mou?

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2014 at 4:09 PM

@dontortoiseMengadakan siri perbincangan dengan masyarakat Penguin kot ...

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 25, 2014 at 4:12 PM

mungkin ikut sekali tgk apa yg penyelidik buat kat sana sambil2 try sekali, byk tu kajian kat sana....seriusli mmg mengujakan sungguh.....tuah ayam nampak di kaki, tuah MB bila dpt pi sana

takkan MB Ganu nak buat org salji, main snow ball atau buat ABC kat sana...tp kalau ada apa salahnya, bukan selalu

nnt balik Ganu, kongsi2 la gambar2, video2 dgn kami kat Ganu ni MB....teringin juga nak tgk.....:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2014 at 5:14 PM

Xpe la din..bg la chance kt mat said pegi ke sana. Lg pun peluang mcm tu bukannya dtg selalu. Org jawa kata once in a life time memory.. Kalo aku jd mat said pun, aku rembat peluang tu. Hehe..

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2014 at 7:35 PM

Salam Din,
Ada kalanya negara kecil dan sedang membangun menjadi mangsa badan2 penyelidikan luar negara. Ini kerana negara2 kecil ingin menjadi popular. Yang sebenarnya kita tak tahu apa yg kita hendak dan tak pandai meletakkan priority.
Banyak bidang kajian yg belum kita terokai yg boleh memberikan manafaat kepada rakyat. Kalau kajian hanya setakat kajian yg disimpan dalam library buat apa.

Trengganu kaya hasil bumi dan hutan. Buatlah kajian kearah itu. Tak da yg akan pertikaian. Kalau nak rasa musim sejuk pergi aja ke Kuala Krai yg dikatakan suhunya menurun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2014 at 8:18 PM

Din, ko pun kata Mat Said ni MB yang kekampungan. Kasar orangnya. Biarlah dia luaskan pandangan nya dia Antartika tu. Mana la tau dia beh jadi pemimpin yang lebih baik. Support laa dia sikit sekali sekala. Kalau tak jadi MB bukanya senang nak ke Antartika foc. Lepas ni kita tanya laa macam mana penguin kat situ. Ada belajar menari dengan penguin Happy Feet ke tidak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2014 at 8:23 PM

din ...
aku bangga sungguh bila mat said pegi ke antartika ...
semenjak dia pergi kat sana suhu di Terengganu kini telah menurun ...
mungkin dia telah menolak suhu ke sana mari ke terengganu ...
dan khabarnya salji akan turun di trrengganu pada minggu depan ...
hebat sungguh mat said ni ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2014 at 11:59 PM

@AnonymousDia juga nak bawa balik iceberg untuk sejukkan ikan, daging, telor, dan sayur-sayuran bagi membantu Kerajaan Pusat menyediakan stockpile membenteras kenaikan harga barangan yang tidak berpatutan.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
January 26, 2014 at 2:59 PM

bukan itu isunya bro.. kita pun confirm rembat jugak jika dapat peluang camtu.

cuma isunya skrg..dalam masa kerajaan dan para pemimpin MENGGALAKKAN rakyat BERJIMAT, kerajaan dan pemimpin TIDAK PULA MENUNJUKKAN MEREKA BERJIMAT. itu yang jadi isu di kalangan rakyat. rakyat cuma nak KERAJAAN DAN PEMIMPIN TAK KIRALAH BN KE PR BERSAMA2 BERJIMAT..seperti yang Tun M kata, kurangkan kos bukannya kurangkan subsidi. naik jet dah juta2, celebrate birthday kat hotel dah ratus ribu, pegi antartika agak2 berapa kos? come on lah..tunjukkan dan buktikan DEMI RAKYAT. takkan sebelum pilihanraya je demi rakyat demi rakyat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2014 at 4:12 PM

Alaa..kat sana bukan ada tempat nak shopping bagai pun..takdenye nak belek2 cincin ke apa ke..so takde hal laa..

Post a Comment