........... Ucapan Tahun Baru - Antara PM dan TPM | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ucapan Tahun Baru - Antara PM dan TPM

Wednesday, January 1, 201414comments


Agak lega juga hari pertama di tahun 2013 2014 ini selepas membaca kenyataan dari TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kerajaan akan prihatin dengan masalah rakyat ( mengkaji dan meneliti semula kadar2 tertentu ).

"Saya akan berbincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk melihat situasi terkini dan mendapat maklum balas lebih terperinci selain keputusan dibuat dalam mengkaji semula beberapa kadar tertentu dan juga kos perlu ditanggung pengguna yang dikenakan oleh sektor awam atau institusi kerajaan lain."

Muhyiddin berkata, beliau juga akan memanggil menteri dan agensi berkaitan yang bertanggungjawab termasuk membekalkan utiliti sama ada elektrik, air dan sebagainya serta pihak berkuasa tempatan dalam mengkaji semula cukai dikenakan terhadap pengguna.

"Langkah diambil membuktikan kerajaan prihatin tentang masalah rakyat dan tentu tidak mahu melihat bebanan mereka itu bertambah dengan pihak yang melakukan kenaikan sehingga menimbulkan masalah," katanya


Menurut beliau, kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah rakyat dan akan memastikan setiap dasar dan pelaksanaannya tidak menjejaskan kualiti kehidupan rakyat. - UTUSAN.


Point Utama yang saya ingin nyatakan di sini adalah - Tidakkah itu menunjukkan bahawa segala protes yang kita laungkan sejak akhir2 ini ADA memberi kesan / impak  ?

Bayangkan kalau rakyat tidak bersuara, protes dalam senyap dan cuma menelas bodoh jer apa yang dilakukan oleh kerajaan walaupun ianya perit, apakah TPM akan keluarkan kenyataan seperti di atas ?


Cuba baca pula kenyataan dari PM Datuk Seri Najib Tun Razak -

"Kerajaan akan memastikan kadar kenaikan adalah adil. Sebagai contoh kenaikan harga petrol dan tarif elektrik akan memberi kesan kepada kuasa membeli rakyat. Namun walaupun ada peningkatan, kerajaan masih memberi subsidi petrol dan bil elektrik.

"Kita tidak akan melaksanakan kenaikan kos tanpa memberi bantuan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Sejak minggu lepas, seramai 7.9 juta isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan telah layak untuk memohon pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang terkini," katanya seperti dipetik dalam blognya, www.1Malaysia.com.my hari ini.


Najib dalam pada itu memberitahu, kerajaan tidak akan menandatangani atau menyetujui sebarang pemotongan subsidi termasuk kenaikan-kenaikan kadar tertentu dengan sewenang-wenangnya.

Malah jelas beliau, dalam melaksanakan rasionalisasi subsidi, kerajaan turut memotong kos perbelanjaan dengan pengumuman 11 langkah penjimatan sektor awam termasuk mengurangkan kos elektrik di setiap jabatan selain komitmen untuk menangani rasuah dan mengurangkan pembaziran.

"Ini mungkin tidak popular dalam jangka masa pendek, jadi lebih mudah untuk kita mengekalkan status quo. Rakyat akan berkata terlalu banyak kos meningkat yang mana polisi populis pasti kelihatan lebih menarik. Tetapi kerajaan perlu mengambil tindakan dari sekarang." - UTUSAN.


Siapa yang menulis ucapan mereka ini, ek ? Dari sumber yang sama ? Siapa pula yang menentukan siapa cakap yang mana ? Atau mereka ( atau penasihat mereka ) sendiri yang tulis ikut kemahuan masing2 ?

Bukan apa.... sepintas lalu baca, terasa satu perbezaan antara kedua ucapan pemimpin tertinggi negara di atas.

PM sepertinya tidak mahu mengubah apa2 dan meminta rakyat bersabar dalam mengharungi isu Barang Naik sementara TPM pula memberi harapan kearah penilaian semula kadar2 kenaikan yang menyebabkan Barang Naik.

Mungkin persepsi saya saja kot .... yalah, mereka berdua kan satu team.  Main wayang jer tuh .... Apapun kita tunggu perkembangan seterusnya.

Oya, menarik bila kedua2nya langsung tidak sebut perkataan Makmal / Lab Mengkaji Kos Hdup Rakyat !  Cuba perhatikan tulisan asal PM di blog 1Malaysia nya .

Cuma bagian ni jer yang tak boleh blah -

PEMANDU akan turut mengemukakan idea-idea baru untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup.
Potong stim betullah .... Entah kenapa, bagi saya bila Najib sebut jer Pemandu,  terus hilang kredibiliti ucapan beliau !

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 1, 2014 at 1:35 PM

Bro
Tak payah buka lab nak tahu kesan kenaikan harga barang. Juga dengar cadangan pemandu2 sesat di PMO.
Isu naik harga bukan satu isu baru atau unik.
Ini adalah isu kemerosotan kuasa membeli dan jatuhnya nilai ringgit. Juga kenaikan hrg barang2 secara menyeluruh.
Susah ke Nsjib nak faham teori ekonomi ni.

....................
Reply To This Comment ...................
January 1, 2014 at 1:56 PM

@Esa AdamLevel pemikiran dan intelek tidak sama antara manusia :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 1:59 PM

Apasal aku rasa seolah-olah Ah Jib Gor menjadi boneka PEMANDU. Seolah-olah PEMANDU telah mengambilalih tugas PM. Wahai Ah Jib Gor, kalau tak sebut PEMANDU dalam sehari tak boleh ke. Siapa yang sebenarnya membuat keputusan demi kepentingan rakyat, PM atau PEMANDU ? Atau Ah Jib Gor sekadar nak playsafe. Andaikata berlaku sebarang risiko akibat keputusan yang tidak tepat, bolehlah PEMANDU dikambinghitamkan. Meskipun banyak idea PEMANDU yang boleh menjahanamkan rakyat, Ah Jib Gor tetap melindungi PEMANDU walau dalam keadaan apa sekalipun. Saya cabar Jabatan Audit Negara dan SPRM agar melawat pejabat PEMANDU lebih kerap bagi membuktikan bahawa kerajaan telus berbelanja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 4:13 PM

PM patut lantik TMM sebagai CEO PEMANDU.

Siapa SOKONG ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 5:00 PM

Sebenarnya kerajaan telah berjaya mengurangkan beban rakyat. Cuma rakyat sahaja yang tidak berapa perasan sebab sibuk sangat hentam kerajaan.

Cuba kita imbau balik. Dulu dulu kalau kita pergi pasar bawa RM100 macam macam barang kita boleh beli sampai terbeban kita nak bawa balik rumah.

Tapi sekarang tidak lagi. Dengan RM100 yang sama kita sekarang tak akan terbeban lagi kerana dengan RM100 itu tak banyak barang yang boleh kita beli.

Terbukti dengan jelas dan fakta bahawa kerajaan telah berjaya meringankan beban kita rakyat Malaysia hendak mengangkat barang yang dibeli.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 5:01 PM

Tun M tak layak jadi CEO PEMANDU. Cadangan aku PEMANDU dibubarkan dan kesemua penasihat dipecat serta-merta. Sebagai ganti, kita lantik Tun M sebagai penasihat bebas kepada PM. Penasihat bebas bermaksud Tun M tidak terikat dengan protokol PMO kerana beliau diberi direct acess kepada PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 5:04 PM

Bagusla..PEMANDU boleh drive Malaysia masuk ke longkang teros! Syabass

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 6:00 PM

Salam Pok Din,

Sabar, Sabar, Ini mesti Hati Bergelora Marah lagi nie.. sampai Tahun 2014 ditulus 2013..

"Agak lega juga hari pertama di tahun 2013 ini selepas membaca kenyataan dari TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin"

Hari Pertama 1 hb Januari 2014, Kemenangan Rakyat melalui pelbagai Bentuk Protes, semoga Kerajaan lebih Peka dan Mengambil Berat Masalah Rakyat dan Jangan Terlalu Kerap MemBuat Keputusan Tidak Popular yg menjahanamkan Rakyat..

Mesej Rakyat kpd Pemandu, PM Najib.. Ada Otak Pikir Dulu, sebelum Buat Keputusan yang boleh menyusahkan rakyat jelata..

....................
Reply To This Comment ...................
January 1, 2014 at 6:34 PM

@Anonymoushehehe ... dah diperbetulkan. Terima Kasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 7:00 PM

Salam,
Agaknya masa ah jib gor belajar dulu, ada yg tukang buat assignment . Jd pm ada tukang fikir. Teringat kisah lama, razak dikatakan salah sorang think tank najib. Tu masa jd menteri biasa dah ada think tank. Bila pm, no hal nak gi bercuti bila pun, pasal dah ada think pool.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 10:23 PM

Din, selama in TPM selalu ada dengan Najib takkan tiba tiba nada berlainan pulak? Ada apa apa ke ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2014 at 10:51 PM

Assalam Bro Din,

Samalah kita. Potong stim betul kalau mamat ni sebut perkataan DRIVER sekarang ni.Meluat yang amat. Tadi baca NST mukasurat pertama mamat tu cakap 'The DRIVER is coming up with new ideas to this end'.Uwekkk.Terus termuntah.Mamat ni kenapa?Mana idea2 dia sendiri ek?Haishhhh.Sangat Sedih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2014 at 11:50 PM

@AnonymousOrang angkat dia jadi PM untuk pikir masaalah negara, dia pulak pegi sub kerja memikir kpd pemandu... Baik pemandu jadi PM.
Pemandu ni tak layak jadi think tank untuk kerajaan malaysia... Banyak idea yg menjahanamkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 12:40 AM

@AnonymousWa caya sama Lu, lah!

Post a Comment