........... Syed Hassan - Perkasa Beri Amaran Kepada Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Syed Hassan - Perkasa Beri Amaran Kepada Najib !

Sunday, January 5, 201428comments




Perkasa sudah marah, sudah tak boleh tahan lagi dah bersabar memanjang dengan cara Najib ....

- "Kita beri amaran kepada Datuk Seri Najib Razak untuk mengubah pentadbirannya dalam meningkatkan ekonomi kaum Melayu kerana kita sudah beri tempoh lima tahun namun tiada perubahan malah situasi kini bertambah teruk.

"Sekiranya Umno/BN masih di tahap sama, maka ia akan menyebabkan ahli kita berubah hati," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insider.

- "Sekarang ini kepimpinan Perkasa  mula menampakkan perubahan. Kalau dulu dalam mana-mana mesyuarat kita boleh sebut mengenai Umno namun kini tidak lagi. Ahli kita begitu sensitif dan lebih senang melihat Perkasa sebagai pertubuhan ‘neutral’ kerana majoritinya sudah tidak berparti lagi,"

- Perkasa melihat pentadbiran Najib jauh berbeza dengan pentadbiran Umno sebelum ini.

"Ia berbeza dengan pentadbiran  terdahulu  iaitu ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan buat apa sahaja rakyat boleh terima," 

- "Kita memang sedia maklum mana-mana parti di dunia ini pun tidak ada yang berkuasa selama-lamanya begitu juga dengan Umno.

"Dalam masa 50 tahun atau lebih, pasti akan jatuh juga namun dengan keadaan sekarang kita boleh jangkakan detik kejatuhan parti itu sudah mula berlaku," katanya.

- "Dengan rasuah, penyelewengan dan kemewahan melampau yang ditunjukkan sesetengah pemimpin BN dari bawah sampai ke peringkat atasan.

"Di kala rakyat terpaksa mengikat perut untuk berjimat namun cara hidup mewah mereka. Ia tidak sama seperti pemimpin dahulu yang turut bersusah-payah bersama rakyat," 

Tapi Syed Hassan tidak pula nyatakan apakah tindakan Perkasa seterusnya jika masih tidak ada perubahan pada cara Najib ? Beliau juga tidak ada nyatakan berapa lama lagi tempoh masa yang mahu diberikan untuk melihat perubahan itu ?

Takkan setakat - "Sekiranya Umno/BN masih di tahap sama, maka ia akan menyebabkan ahli kita berubah hati," Apa maksud berubah hati itu ?

Biar terang dan jelas, bro !


Buat pengetahuan Syed Hassan, kalau Perkasa sudah mula muak dengan cara Najib, beliau juga kena sedar yang orang Melayu juga sudah mula muak dengan Perkasa yang dilihat terlalu kuat membodek Najib ! ( KLiK )

Bagi saya, baguslah kalau Perkasa sudah mahu sedar kembali akan peranannya. Masih belum terlambat untuk berubah kembali. Perkasa kena kembali dapatkan sokongan orang Melayu sebagaimana waktu mula2 ditubuhkan dulu.

Bukan saja telah hilang respek kebanyakan orang Melayu malah kepimpinan Umno sendiri memperlekehkan anda !

Perkasa kena jadi suara orang Melayu atas pagar.

Berubah lah dan saya akan SOKONG !

PS - Apakah kenyataan Syed Hassan itu diatas kapasiti beliau selaku Setiausaha Agung Perkasa atau sekadar kenyataan peribadi ?

Anda mungkin berminat hendak baca satu perkara mengenai Syed Hassan dan Perkasa di SINI.

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2014 at 11:43 PM

Salam
tu pandangan pribadi kot. Tak dpt restu presiden perkasa lagi. Tu nak cari modal utk jd calon. Dah kena mula besarkan suara tunjuk kuat tp tin kosong. Kalu kuat dah lama ckp dan tunjuk contoh. Ni ckp masa ah jib gor pi bercuti. Apa kes bro. Macam kentut busuk ditengah org ramai tp tak mengaku. Ckp la apa yg melayu lemah dlm ekonomi bkn ckp umum.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2014 at 11:59 PM

Perkasa perlu mendaftar sebagai parti politik, tidak hanya kekal sebagai NGO. Berikan Melayu parti alternatif, barulah parti politik Melayu yang lain terhegeh-hegeh.

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2014 at 12:26 AM

Elok kenalkan nama sdr kalau berani menyuarakan hal Perkasa seperti mana kami berani bersuara.

Kita perlu puji jika ada yg elok dilakukan oleh kerajaan. Dan kita perlu berani tegur jika ada yg tak kena.

Sebelum pru13 kita memang silap terlalu awal menyokong BN. Tapi ada sebabnya. Kita tiada pilihan lain ketika itu. Mana mungkin kita mahu sokong Pakatan yg DAP bersama.

Masalah Pakatan sbb ada DAP. Jika tidak lama dah umno tergolek.

Moderator perlu lepaskan komen jika nama diberi.

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2014 at 12:28 AM

Pandangan saya pandangan Perkasa. Jika pandangan peribadi akan maklumkan kpd pemberita.

Interview khas dgn MI. Byk perkara disebut tetapi MI tahulah.

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2014 at 12:41 AM

@Syed Hassan Syed AliTerimaKasih kerana sudi menjejak disini !

saya tidak punya masalah jika saudara ingin menjawab sebarang persoalan yang ditimbulkan, saya akan siarkan.

Saya hanya tapis komen yang mencarut dan yang lari topik saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 5, 2014 at 12:54 AM

@Syed Hassan Syed Ali
PERKASA tak berminat nak menDAFTAR sbg parti politik jika DS Ah Jib Gor tak mahu berubah???....maklumlah ada di kalangan pemimpin UMNO SUDAH memandang LEKEH pd PERKASA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2014 at 12:57 AM

PERKASA jangan pandai cakap dan komplain aje pasai kerajaan Ah Jib Gor tak pandai buat kerja. Sekarang mereka kena BERANI berdiri SENDIRIAN tanpa di bawah payung UMNO. Bila mereka kutuk Ah Jib Gor punya kerja ini bermakna mereka ini lebih bijak mentakbir negera ini, so pertanding lah sebagai political party. Ingat kalau mereka boleh dapat control 5% kerusi di parliment dan kata kita dapat 'HUNG' government antara BN dengan PAKATAN,mereka boleh jadi penentu untuk siapa jadi ruling party. Kecuali Ibrahim Ali masih mahu jadi barua untuk UMNO and don't see life outside UMNO!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 5, 2014 at 12:59 AM

@Syed Hassan Syed Ali
Bagi saya, masalah PAKATAN bukan setakat DAP.....tetapi juga PAS n PKR...PAS n PKR masing2 ada RAMAI siKITOL Melayu yg mempunyai PELUANG CERAH menghancurkan BUMI MALAYSIA ini.

Kita jgn lupa....walaupun PAS n PKR ramai Melayu, ttp mereka JIJIK utk mengaku diri Melayu sehingga menggunakan dalil agama utk menggambarkan betapa JIJIK BANGSA MELAYU itu....mcm mana rakyat bawahan mcm saya nak percaya dgn mereka?

UMNO pula dipimpin oleh pemimpin yg diPANDU ke gaung sambil syok sendiri....apa lagi yg org Melayu nak harapkan?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 5, 2014 at 1:01 AM

@Syed Hassan Syed Ali
kalau BENAR BAGAI dikata...maksudnya sudah ada kata sepakat oleh MAJORITI ahli PERKASA utk melakukan sesuatu jika PM masih statik.....saya akan menunggu n insyaAllah menyokong

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2014 at 1:17 AM

Ya memang sah itu adalah Saudara Sted Hassan sendiri yang menjawab.

Hmmm ... saudara Syed Hassan kena cuba selami apa yang tersirat disebalk komen2 negatif terhadap Perkasa. Ia bukan marah tapi kecewa.... dan disebalik kekecewaan itu sebenarnya terselit satu pengharapan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2014 at 1:42 AM

Sepatutnya memang dah tergolek PRU 13.Dah jatuh hukum.Umno bangun atas kesedaran pelbagai polimek terutamanya isu kalimah Allah dan lain2. Umno bertahan sebanyak 88 kerusi di parlimen orang melayu berbanding 133 kerusi yang sediada.Kemenangan BN di sokong oleh jumlah kerusi di sabah dan serawak di bawah mejeroti 2/3 kerusi.Iniadalah kelemahan yang besar,bila di ukur dengan situasi politik sekarang yang berkaitan kos hidup yang tinggi dengan paras pendapatan yang rendah yang melata.Suasana yang sangat merbahaya,menjelang PRU 14.Zaman Pak Lah dah buat penjimatan subsidi RM4 billion.Perbelanjaan hanya RM 800 juta utk pengangkutan awam yang tidak keselurhan.Malah bakinya di pulangkan kepada subsidi petrol dan diesel semula.Penjimatan subsidi yang amat besar yang di war2kan oleh kerajaan,sangat besar jumlah.Persoalannya,berapa jumlah keseluruhan atas penjimatan subsidi?.Apa alasan yang kukuh utk di belanjakan dan mengembalikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dlm tempoh 3 tahun akan datang.Bagaimana dengan nasib rakyat yang berpendapatan rendah yang di anggap mejeroti ,mengalami masa suram atau di berhentikan kerja atas alasan keuntungan yang kian mengecil atau rugi oleh pemilik kilang dll.

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2014 at 1:44 AM

Perkasa perlu menjadi parti politik untuk mengimbangi kerakusan dan kesombongan UMNO.PRU 13 lalu perkasa juga banyak membantu UMNO.Lepas dah menang dan berkuasa mereka perlekehkan PERKASA.Orang Melayu kini sudah buntu untuk memilih siapa pada PRU14.PERKASA perlu isi kekosongan,kebuntuan dan harapan baru orang Melayu kini.Masanya telah tiba.

Sekian

Terima Kasih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2014 at 2:27 AM

Kepada Tuan Syed Hassan tahniah sebab singgah dan beri jawapan dalam blog ni. Kami orang Melayu yang sependapat dengan DT memang mengharapkan Perkasa membuat sesuatu untuk survival kita.

Pendapat saya sebagai orang Melayu yang mengundi BN PRU13 lepas, UMNO sekarang sudah terlalu jauh dari UMNO yang memerdekakan Tanah Melayu. Saya mengundi BN disebabkan tiada pilihan lain.

Doa dan harapan saya Perkasa boleh bergabung dengan NGO-NGO pro Melayu dan Islam seperti Pembela, ISMA, JATI dll untuk membentuk satu kesatuan Melayu Islam yang baru. Saya percaya dengan sokongan tokoh-tokoh Melayu konservatif seperti Tun M dan Ku Li, profesional, ahli akademik seperti Dr. Ridhuan Tee dan ilmuwan Islam yang lain kita mampu menjadi kuasa penentu yang berpengaruh.

Kesatuan umat Melayu Islam perlu digerakkan secepat mungkin. Perkasa boleh menjadi penggeraknya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2014 at 5:44 AM

saya tiada masalah pun kalau perkasa ingin berjuang bersama dalam arena politik melayu .kita akan punyai 4 parti yang mewakili pandangan dan cermin perjuangan bangsa melayu .cuma saya harapkan , perkasa kelak tidak menjadi UMNO ke 2 atau parti melayu semangat 46 . S46 dulu pun pernah keluarkan kenyataan yang sama macam perkasa sekarang , tetapi akhirnya berkubur tanpa nisan . UMNO cuma wadah . yang mengurus tadbir umno yang bermasalah . itulah fitrah manusia , kita tidak sempurna setiap masa. sebagai ahli umno , kami pun sedar keadaan ini . bangsa melayu dan agama kita sedang diserang dari pelbagai pihak sekarang . kalau golongan atas pagar melayu mula menuntut hak-hak masing-masing di dalam keadaan sebegini , bagaimana dengan nasib bangsa melayu kelak. takkan kerana beberapa isu seperti kehidupan segelintir pemimpin umno yang mewah terus dijadikan alat untuk menyalah umno setiap masa. seburuk-buruk umno pun , ingatlah wahai saundara-saudara sekelian , banyak jasa parti tua ini kepada bangsa melayu dan agama kita . kenang dan ingati lah apa yang umno telah lakukan sejak negara kita bebas dari belenggu british dahulu. saya minta agar , kita semua bersatu dibawah nama melayu islam . kalau pun ada kalangan saudara yang tidak suka umno , kenangilah tentang bangsa dan agama kita .

(Ahli Umno Johor)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2014 at 8:32 AM

@AnonymousMasaalah rakyat terhimpit, masaalah kekangan kos sara hidup rakyat adalah isu yang baru, ianya hanyalah penambah kpd isu sebenar yang lebih besar iaitu isu kelemahan pentadbiran Najib dan kabinet pondan serta masalah salah tadbir urus negara melalui perlantikan pemandu, penasihat dan agensi lain dibawah PMO yang dilihat seolah 'pandu masuk gaung'. Isu Rasuah, pembaziran dan kemewahan luar biasa golongan pemimpin dan pegawai kanan kerajaan juga salah satu isu besar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2014 at 8:39 AM

@AnonymousAmat setuju dengan cadangan tuan... Ramai melayu penyokong kerajaan diluar sana termasuk saya sedang menunggu "umno baru" yang dibarisi pemimpin melayu sejati seperti TDM. Mulakan segera usaha kearah itu selepas dua perkara diusahakan ... Pertama desak PM kembali kelandasan (pecat semua penasihat a.k.a pemandu) atau desak PM letak jawatan. Jika dua usaha ini tidak berjalan, maka kami seluruh penyokong umno (yang tidak berkepentingan) akan menyokong dan mewar-warkan sokongan kpd saudara dlm pas dan pkr.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2014 at 9:10 AM

Salam
sbb tu kita kat sini ckp jer. Kita nak org yg ngaku pemimpin melayu sejati bkn setakat ckp jer. Ramai dah pemimpin melayu pandai ckp. Yg praktikal mcm ckp kurang. Kalu setakat ayat power tp praktikal tak ada serupa yg ada la. Kalu betul ingin melayu dibela jgn ckp jer buktikan la. Kita ada tak sampai 5 tahun jer lagi utk kuatkan diri. Yg jd anon tak semestinya pemimpin tp pemimpin kena la ada nama. Anon ni raktat bwh. Kalu takut dgn anon tak tahu la cam mana nak jd pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2014 at 9:16 AM

perkasa harus menjadi suara alternative bagi orang2 melayu kerana kita tahu UMNO amat behati hati dalam segala tindakan...mereka takut undi hilang.. manakala jika perkasa terus lantang tiada apa yang perlu perkasa risau kan

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2014 at 9:53 AM

@AnonymousKerana sayangkan Umnolah maka kami di sini duk balun Najib !

Nasihat saudara itu sepatutnya ditujukan kepada Najib supaya beliau berundur demi masa depan orang2 Melayu. Jangan pentingkan diri sendiri dan isteri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2014 at 12:55 PM

dalam ribut2 desak pm undur siapakah yang lebih layak memimpin..adakah ia lebih baik atau sebaliknya..memperkasakan ekonomi melayu memang satu agenda..tapi sukar untuk kembalikan keyakinan kaum cina..undi cina hampir 100 % hilang..undi melayu sudah berpecah..apa lagi yang tinggal..kalau yang undi bn pun nak beralih elok pru15 kita bersedia berpayung di bawah pas/pkr/dap..mungkin itu yang semua mahu..

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 5, 2014 at 1:57 PM

@dinturtle
Kepada saudara, sbg generasi Y saya sgt SAYANG n BERTERIMA KASIH dgn jasa yg UMNO telah lakukan

tapi itu BUKANLAH alasan utk saya menjadi LEMBU/KERBAU melihatkan betapa LEMBAM pemimpin UMNO kini.....LEMAH, LONGLAI, PONDAN, PENGECUT, LEMBAP dlm mempertahankan isu BANGSA MELAYU n ISLAM.

Walaupun UMNO hanya wadah, tp WADAH inilah yg diperGUNAkan oleh segelintir pemimpin berkepentingan dlm UMNO utk diri sendiri, kroni n keluarga mereka

bg saya, SAYANG UMNO kena bertempat, mmg UMNO tidak bersalah, ttp wakil2 UMNO ttp BUTA MATA HATI memilih kepimpinan yg serba serbi LONGLAI utk memimpin Malaysia.

keputusan saya MUKTAMAD, saya TERPAKSA Mengundi UMNO kerana PAS/PKR n DAP akan bawa BENCANA pd Malaysia....ingat, saya TERPAKSA....TP APA PEMIMPIN DAYUS UMNO fikir???....RAKYAT SAYANG UMNO...memang betul2 BUTA PERUT

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2014 at 2:02 PM

Andaikata Perkasa mahu mendaftar sebagai parti politik,perlu ada satu usul dan kertas kerja yang menyeluruh berkaitan agama islam dan ekonomi islam melayu.Di anggotai oleh mereka dari golongan profesional dan ulamak yang dahagakan pembangunan ummah yang lebih terkesan dan yakin akan usaha mereka tanpa mengikut kehendak pada mana2 pehakpun atas acuan kepentingan peribadi.Biar ia bergerak dalam bentuk bersepadu dan di yakini oleh orang melayu yang menguasai 133 kawasan parlimen dan di sokong oleh bangsa lain,yang lebih mengutamakan kesejahteraan ekonomi bersama.Akar perjuangan PERKASA utama, adalah menjaga kepentingan ummah islam sehingga berjaya.Kalau pehak jualan langsung boleh bergerak dengan jayanya ,kenapa PERKASA tidak dalam ertikata kepentingan ummah bukan atas kepentingan laba semata2 untuk menampilkan perjuangan yang ikhlas demi agama ,bangsa dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2014 at 11:44 PM

Therimakasih atas komen2 yg diberi.

Utk Perkasa menjadi Parti Politik saya rasa jauh sekali. Kalau ini berlaku sudah ada 4 party mewakili org Melayu. PKR bekerja samadgn Pas. Jadi ianya akan menjadi 3 penjuru disetiap kawasan melayu. Dikala cina bersatu dgn DAP, saya bimbang cina akan diam2 letak calun bebas. DAP buat tak tahu dan begitu juga MCA dan Gerakan.

Mereka MCA dan Gerakan ni mana ada penyokong tegar. Ahli party pun sokong Pakatan. Bayangkan ada lebih 3000 ahli MCA yg layak mengundi di kawasan MCA bertanding, calun MCA hanya dpt kurang 100 undi Cina. Apa maksud tu.

Jadi jika di kawasan 70% pengundi Melayu ada 3 calun Melayu bertanding UMNO, Pas dan Perkasa terpaksa berkongsi 60% pengundi Melayu yg keluar mengundi krn biasanya paling pasti 10% tak keluar, peluang cakun bebas Cina dpt undi 30% bersih noleh menang. Tak pasal kawasan Melayu kerusi jatuh ke kaum Cina.

Sebenarnya Perkasa mahu jadi sekuat Dong Zong yg boleh pengaruhi pengundi Cina. Jika 60% pengundi Melayu menyokong Perkasa walau tidak jadi ahli tetapi mengikut arahan Perkasa calun mana perlu dipilih pun sudah mencukupi.

Maknanya suara Perkasa digeruni mana party. Pas mahu sokong Perkasa dan Umno juga mahu sokongan Perkasa. Kita boleh tentukan Pas atau umno. Pastinya dua2 party melayu itu akan berlumba2 bersuara lantang pejuangkan agenda Melayu utk tarik perhatian Perkasa.

Malah calun Cina juga perlukan sokongan Perkasa jika mereka bertanding sesama bangsa mereka. Selain mengejar sebahagian undi kaum cina, undi Melayu juga penting.

Jika mana2 kawasan yg bukan melayu lwn bukan melayu bertanding kita boleh celah dgn calun bebas yg di endose oleh Perkasa ssecara terang2an. Dgn ada 40% undi Melayu kawasan itu dan undi bukan melayu berpecah dua, harapan cerah utk calun bebas Melayu tajaan Perkasa menang.

Sebab itulah Perkasa berusaha menyakinkan org Melayu tidak perlu berparti. Cukuplah hanya menyokong sahaja semasa PRU.




....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 6, 2014 at 12:04 AM

@Syed Hassan Syed Ali
terima kasih atas maklum balas Tuan....jika itu kehendak PERKASA, saya tiada masalah.....cuma harap PERKASA buat sesuatu secepat mungkin utk SEDARkan PM n menteri2 kita ttg PERKARA SEBENAR yg berlaku di bawah ni.

daripada tindak tanduk PM, seperti beliau BLUR, tak tau apa2....hanya terima perkhabaran "SEMUA OK BOS"...."MAJORITI RAKYAT SAYANG PM"...pendek kata semua yg keluar dr "MULUT MEREKA" indah2 belaka

seperkara lg....harap PERKASA dekati generasi baru yg akan mengundi pd PRU14 nnt sbb JARI2 HANTU pembangkang dah lama merayap meracun minda2 mereka di sekolah2 termasuklah adik saya sendiri.....tp Alhamdulillah, sejak saya brainwash dgn video2 keBENARan, sokongan dia pd PKR boleh dikatakan HANCUR, n sifat ANTI CINAbeng DAPnya semakin tinggi...masalahnya budak2 lain bagaimana?...nak harapkan UMNO?..serba serbi lembap

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2014 at 12:08 AM

Umno tenat sekarang kerana pemimpin lain tak berani menegur PM tidak seperti zaman TARahman.

Semua tahu Najib ambil alih tugas sebagai PM dari Pak Lah dlm keadaan UMNO dan BN tiada 2/3 kerusi Perlimen. Bermakna Najib ambil alih kerajaan yg lemah dan dlm keadaan ekonomi dunia tak menentu.

Tambahan pula keterbukaan pak lah adakan meberi ruang kpd bukan melayu berani bersuara.

Bertambah malang bila Najib pula terus melayan kaum bukan Melayu kerana terlalu mengharap PRU13 cina kembali menyokong BN setelah menggagalkan BN dot 2/3 pd PRU 12.

Haru biru terus Najib terlalu percaya penasihat2nya yg liberal dan Najib pula tidak bijak membuat keputusan sendiri dgn tepat.

Selain dari membuat keputusan2 yg tidak tepat berkaitan politik ditambah pula gagal mengurus ekonomi negara dgn baik serta kelemahan menerangkan walau dasar yg baik sekali pun telah memberi ruang kpd pembangkang memutar belitkan dasar yg baik.

Semuanya berpunca bila dasar sedia ada yg telah disusun dgn baik oleh Tun M cuba diubah utk tidak nampak mengikut legasi Tun M. Cuba utk membuat legasi sendiri.

Kita amat rugi sejak 2003 Tun M sudah 11 tahun negara tiada perubahan dari segi fizikal cuma penambahan bangunan2 baru pencakar langit sekitar ibu kota yg pemaju mengambil kesempatan kesan penjanaan ekonomi yg Tun M buat.

Masalah skrg kita boleh lihat turn point najib akan ke track yg betul. Sehari ke sehari makin tersasar.

Salah satu contoh bila Petronas dibawah Shamsul membuat beberapa keputusan yg merugikan Petronas dan Negara. Saya akan huraikan kemudian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 2:39 PM

saya mohon PERKASA betul2 menjadi Melayu Bumi yang Perkasa. Jadi entiti yang punya suara yang KUAT dan DIGERUNI oleh rasis2 yang lain. Peduli apa jika PERKASA digelas rasis. Yang penting gunakan platform PERKASA untuk JAGA DAN LINDUNGI HAK2 MELAYU BUMIPUTERA.

PERKASA pun kena bijak 'main politik'. Jika anda digelar rasis atau yang seumpamanya..teruskan juga menyerang persatuan2 seperti dong zhong sebagai persatuan rasis chauvinis..ini tidak..bila diserang..dok terkemut2 mengharapkan umno. umno is dead. saya yang mengundi BN ni pun dah tak percaya umno lagi..sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 3:43 PM

tuan syed hassan..saya sebagai ahli perkasa amat berharap agar pucuk pimpinan perkasa akan terus menjadi satu suara yang lantang dan sentiasa meletakan masa depan islam dan bangsa Melayu sebagai paksi utama perjuangan....sebulat suaralah dalam membuat keputusan dan sentiasalah berada di saf hadapan apabila timbul sebarang isu melibatkan Islam dan masa depan orang melayu..saya bermohon agar setiap ketua perkasa negeri mengerakan ahli perkasa untuk hadir setiap kali perkasa membuat bantahan atau demotrasi agar kehadiran ahli yang ramai dapat menunjukan kekuatan sebenar perkasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2014 at 5:48 PM

tuan syed.

sebenarnya bukan saja penasihat malah pm sendiri pn lagaknya liberal. seperti bukan bertunjangkan agama bangsa dan Negara.

byk ucapan dia reaksi dan tindakan dia menjurus ke arah saya sebut td. sekiranya penasihat ditukar pn kalau pm sendiri mcm tu belum tentu hak2 islam dan bumiputera terjamin. malah hal2 berkaitan masyarakat majkmuk pn dia gagal apatah lagi pembangunan Negara.

kalau x silap perkasa pernah mengugut umno akan bertanding pru sekiranya kerajaan tidak mengubah hala tuju ke landasan yg betul. benarkan kata2 perkasa atau hanya ugut kosong.

lagipn kalau perkasa tidak mahu bertanding apa lagi pilihan org melayu majority yg menolak pembangkang? kami tiada leverage dan umno sgt memahami hakikat ini maka x mungkin mereka akan berubah.

kalaupn mahu membuang undi kami mahu org2 melayu tetap untung maknanya sebuah parti baru harus bertanding.

melayu hampa

Post a Comment