........... Sekolah Cina Bukti Najib dan Orang Cina Adalah Hipokrit Bila Membicarakan Soal Perpaduan Kaum ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sekolah Cina Bukti Najib dan Orang Cina Adalah Hipokrit Bila Membicarakan Soal Perpaduan Kaum !

Friday, January 3, 201423comments

Petang tadi saya tak sempat nak komen artikel Utusan yang menterjemah sebuah artikel dari China Press, jadi saya postkan saja sepenuhnya dan menanti respon pembaca. Jom kita layan balik .... KLiK.

Saya baca 2-3 kali artikel itu dan cuba memahami pendirian sipenulis asalnya ...  bagi saya ia satu artikel yang penuh dengan semangat perjuangan kaum, menyeru kepada pembacanya supaya sama2 bangkit dan mempertahankan institusi Sekolah Cina, supaya jangan ada walau satu pun sekolah cina yang ditutup atas alasan kekurangan murid. 

Ditambahkan bilangan - OK, diperbesarkan - OK, tapi ditutup - PANTANG TUK NENEK !

Jadi bagi mengatasi kemungkinan sekolah2 cina yang kekurangan murid ditutup, penulis menyeru kaumnya supaya berkorban dan bersusah payah agar sanggup menghantar anak2 mereka ke sana walaupun jaraknya jauh dari rumah  ! Naikkan semula bilangan murid cina supaya masalah kekurangan murid itu tidak dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menutup sekolah itu.

- Sebab itu jika mahu memastikan semua SJKC kekal dan sebuah pun tidak ditutup, masyarakat Cina harus memberi sokongan dan bantuan.

- Masyarakat Cina janganlah berkira sangat penat lelah mereka untuk menghantar anak-anak ke SJKC yang jauh bagi mendapatkan pendidikan bahasa ibunda sendiri.


Walau apapun, jangan sekali-kali dibiarkan walau satu pun sekolah cina di tutup ! Pertahankan !

Benarlah seperti apa yang didedahkan oleh Dr Ridhuan Tee  hampir 3 tahun lalu, sekolah cina adalah salah satu dari tiga rukun / tiang kaum cina yang harus dipertahankan ( KLiK ) .... jika mahu terus dikekalkan identiti bangsa cina di negara ini. Dua lagi adalah Paper cina dan Ngo Cina.


Alasan yang diberikan penulis untuk mempertahankan sekolah cina disamping mempermainkan sentimen perkauman amatlah dangkal -

Apabila diteliti secara lebih halus, jika SJKC perlu mengharapkan murid bukan Cina untuk terus kekal, mungkin kualitinya akan menjadi seperti sekolah kebangsaan dan ia bukanlah lagi sekolah rendah Cina dalam erti kata yang sebenar.


Apakah maksud disebalik kata2 penghinaan penulis terhadap Sekolah Kebangsaan  dan murid BUKAN CINA ? Apakah ia yang dikatakan sebagai sebuah sekolah cina dalam ertikata yang sebenar ? Tapi bukan isu itu yang saya mahu timbulkan di sini.

Perhatikan balik artikel itu ..... tidakkah semuanya bermotifkan CINA, CINA, CINA dan tidak ada selain dari CINA semata2 ? !

Di mana hujah PERPADUAN ANTARA KAUM sipenulis ? - Tidak ada. 

Sebab kewujudan sekolah cina langsung tidak menyumbangkan apapun kepada usaha integrasi antara kaum malahan ia menjadi punca utama masalah polarisasi kaum yang semakin hari semakin menjadi2 dalam masyarakat kita.

Sebabnya setiap tahun semakin ramai produk yang berfikiran sempit dalam soal perkauman dikeluarkan oleh kilang yang bernama sekolah cina ini. Semakin ramai mereka maka semakin ketaralah masalah hubungan antara kaum di negara ini.

Jawapannya jelas didepan mata kita semua tapi sengaja dibuat tidak nampak oleh mereka. Dan begitu juga oleh penaung utama sekolah cina iaitu Bapa Vernakular Malaysia - PM Najib.


Najib sedar masalah ini tapi beliau juga buat2 tidak nampak. Maka ditubuhnya MKPN bagi mengkaji masalah perkauman yang semakin serius ..... dan diberikan syarat supaya Majlis itu tidak menyentuh konsep 1Malaysia yang beliau sendiri jual.

Dengan katalain - carilah apajua alasan SELAIN dari menyalahkan kewujudan sekolah cina sebagai penyebab masalah perkauman. Jangan salahkan 1Malaysia kerana itu akan hanya memalukan diri Najib sendiri.

Jadi apa tujuan sebenar ditubuhkan MKPN ? Wallahualam .... kalau itu bukan satu tindakan POPULIS, saya tak tahulah nak kata apalagi kerana MKPN diwujudkan bukan untuk mencari kebenaran tapi untuk terus membodek kaum cina !

Satu persoalan yang sehingga kini masih belum disambut oleh mana2 pro sekolah cina termasuk Najib - soal PERPADUAN DAN SEKOLAH CINA.

Apakah sumbangan sekolah cina kepada memupuk perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia ?

Silalah jawab .....

Sering soalan itu akan dijawab mereka dalam bentuk alih topik, iaitu - Sekolah cina tidak menyebabkan masalah polarisasi kaum tapi ketidakadilan dalam pengagihan ekonomi ( yakni dasar2 affrmatif kerajaan ) yang menjadi puncanya.

Makanya soalan yang ditanya kepada mereka harus dalam bentuk - Apakah sumbangan sekolah cina kepada usaha Perpaduan antara kaum.... jika ada ?


Serius, Najib tidak pernah nak sentuh soal itu selama ini. Najib hanya berbangga dengan kewujudan sekolah cina dan sumbangannya sering diulang sebut supaya orang cina tidak lupa. Najib juga mahu kita berbangga sebagai satu2nya negara didunia yang mempunyai sekolah vernakular yang wujud bersama2 sekolah kebangsaan .... seolah semua negara lain didunia itu tidak secerdik beliau kerana mereka tidak punya sekolah vernakular.

Makanya saya katakan Najib adalah HIPOKRIT apabila membicarakan soal perpaduan antara kaum tapi waktu sama mempertahankan sekolah cina.

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 4:52 AM

Najib Razak telah sekian lama BerMaharajalela Menghancurkan Kaum Melayu Bumiputera di dalam apa jua program yang di laksanankannya.

Telah terbukti dan jelas semau Projek 1.. BR1M, Pemandu, dan sewaktu dengannya tidak akan mengubah Nasib Orang Melayu...malah keadaan orang melayu makin TERUK di zaman pemerintahan Najib Yang Celik Tidor..Malas Pikir

Najib Celik Tidor dan Malsa Pikir nie sepatutnya sudah Letak Jawatan, Undur Diri, Berhenti drp jadi PM Malaysia..

Tak payah Nak Tanya, kalau tanya kat mana2 pon, tanya 100 Orang, sebanyak 101 akan jawab Menyampah dgn Najib, Letak Jawatan, Undur Diri, Berhenti..

Melayu dah Menyampah, Cina Tidak Sokong langsung, India dah Buang Najib... Siapa sebenarnya penyokong Najib? Hanya Rosemah sorang jea KOT???

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2014 at 5:09 AM

Din, aku semakin risau bilamana melihat orang2 melayu sendiri tidak lagi mementingkan bangsa dan masa depan mereka. Bagi mereka ini adalah perkara remeh dan jangan diambil pusing. Mereka tidak nampak akan impak yang akan berlaku 10 hingga 20 tahun lagi apabila cina sudah menguasai ekonomi, hartanah, penempatan baru (new township), dan akhir sekali kuasa politik. Aku nampak orang cina ni semacam PENJAJAH BARU di bumi malaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 6:38 AM

Saya percaya Najib takkan membodek cina seandainya ekonomi negara dipegang oleh kaum bukan cina. Oleh itu, untuk memastikan supaya Najib bodek melayu, orang melayu mesti menguasai ekonomi negara terlebih dahulu.

Apa gunanya jutaan ringgit dileburkan untuk sjkc tetapi semasa pru mereka mengundi dap. Bijaknya mereka bersandiwara apabila sebelum pru mereka datang beramai-ramai dalam setiap majlis anjuran BN sambil membawa sepanduk "I Love PM". Tapi hakikatnya itu cuma wayang opera cina.

Satu lagi, Najib mudah dipengaruhi oleh penasihat-penasihat di sekeliling beliau yang pro-cina. Omar Ong dan PEMANDU amat jelas sekali condong dan cenderung kepada memberi idea untuk memanjakan orang cina. Sehinggakan mereka anggap kerajaan seolah-olah mesti kena tunduk kepada permintaan orang cina jika mau sokongan. Tapi, sudah tentu ia bukan free.

Tapi dengan orang melayu, Najib terlalu berkira pulak. Mentang-mentanglah orang melayu ni dah takde pilihan lain. Sama ada nak pilih setan yang dikenali atau setan yang tak dikenali. Masalahnya, kedua-duanya adalah setan. Kedua-duanya tetap juga akan menghisap darah rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2014 at 7:39 AM

Din, semasa kita menuduh orang lain, pernahkah terfikir bahawa kita pun serupa dengan depa tu? Kekadang kita membuat kenyataan yang kita sendiri melakukannya.
Pertahankan pendidikan Cina, salahkah? Adakah ianya dianggap isu perkauman? Adakah sebilangan besar Melayu tak maju, salah Cina jugakah? Ekonomi orang Melayu tak kembang, salah Cinakah? Selama ni siapa yang memerintah Malaysia ni?
Kita harus ingat bahawa orang yang kita tuduh perkauman tu lebih baik daripada kita. Kenapa di waktu kebanyakan Cina menolak BN, Melayu masih lagi berpaut dengan BN? Bukankah bodohnya kita ni? Sejak akhir-akhir ni, sifat munafik dah banyak terserlah dalam diri Melayu itu sendiri TAPI asyik dok menyalahkan orang lain. Pasal Ridhuan Tee tu, lupakah saja sebab dia tak pernah bersekolah di sekolah aliran Cina. Kalaulah Ridhuan Tee tu Melayu dan bercakap sebegitu kepada Melayu, adakah hangpa akan suka pada dia? Fikirlah secara waras dengan otak yang terletak dalam kepala di atas bahu dan bukan dalam kepala di atas lutut. Setan sentiasa mempermainkan kita. Kalau kita dah jadi setan, mana mungkin kita boleh membezakan yang mana setan dan yang mana malaikat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 7:46 AM

Secara dasarnya, NAJIB SEORANG YANG PENAKU! Tersangat tidak layak jadi pemimipin! Bukti? Senang sahaja, ada apa-apa masalah, dia lah orang pertama yang angkat kaki! Apa boleh buat, kebanyakkan perwakilan UMNO adalah pondan-pondan belaka!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 8:33 AM

Ah Jib Gor adalah seorang Perdana Menteri yang kurang bijak. Tak kan consultant2 dia tidak memberi 'feedback' kepada dia bahawa orang cina sedang menggunakan kuasa ekonomi untuk menghancur kerajaan dia dengan menaikkan harga barang2 agar rakyat merasa hidup susah.
Tindakan balas ini oleh kerana UMNO masih berkuasa selepas PRU13 tapi the long term impact kebencian terhadap UMNO adalah sangat dalam. Secara halus orang Cina merosak kan ekonomi agar bila tiba PRU14 rakyat akan UBAH kerajaan.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2014 at 8:45 AM

@Andre IrwanInilah contoh 'alih topik' yang saya katakan di atas.

Cuba saudara jawab persoalan yang saya kemukakan di atas

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 9:02 AM

bijan memang lemah. itu hakikat yang kita semua kena terima. dan adalah sebaik2nya beliau berundur demi agama bangsa dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 9:10 AM


Andre Irwan January 3, 2014 at 7:39 AM - Inilah jawapan nya:-

Pertahankan pendidikan Cina, salahkah?

Memang Salah, suatu Dasar yang benar2 salah. Ianya boleh menyebabkan pertembungan, perkelahian dan permasalahan di masa akan datang.. Lihat di Indonesia.. Ada terdengar pertembungan perkauman?

Adakah ianya dianggap isu perkauman?

Benar, ianya akan membawa kepada masalahan perkauman di masa akan datang.

Adakah sebilangan besar Melayu tak maju, salah Cina jugakah?

Soal kemajuan sesuatu bangsa di ukukur melalui pencapain ekonomi mereka, dan Melayu dari dulu hingga kini masih lagi ditakut paras kemiskinan.

Ekonomi orang Melayu tak kembang, salah Cinakah?

Orang2 Cina sebenarnya mengamalkan monopoli perniagaan - contoh seperti sparepart - kereta motor, dsbnya - Ada pernah dengar orang melayu berjaya memonopoli perniagaan sapre part?

Selama ni siapa yang memerintah Malaysia ni?

Kerajaan Malaysia yg dinaungi oleh Kepimpinan Melayu didlm BN tidak dapat mengekang pemonopolian Kaum Cina di dalam industri atau perniagaan tertentu kerana Kerajaan BN adalah Kerajaan Melayu Yg Terbaik Di Dunia... Kerajaan Melayu BN tidak mengambil pendekatan pilih kasih keterlaluan dengan menyekat dan menghalang pemonopolian Kaum Cina di dalam industri tertentu. Kalau Kerajaan ini di pegang oleh orang Cina - kesemua perniagaan dan Industri akan dimonopoli oleh seluruh orang2 Cina.

Kita harus ingat bahawa orang yang kita tuduh perkauman tu lebih baik daripada kita.

Sudah tentulah Mereka bukannya lebih baik daripada kita, Orang Melayu kebanyakkannya orang Islam, mereka tidak mengamalkan penipuan dan penyelewengan di dalam perniagaan yang mana lumrah orang2 Cina Duit adalah Tuhan Mereka dan mereka mampu melakukan apa saja sdemi mencapai matlamat mereka.

Kenapa di waktu kebanyakan Cina menolak BN, Melayu masih lagi berpaut dengan BN? Bukankah bodohnya kita ni? Inilah namanya Perjuangan yg Bangsa Cina Kiatsu, Cavanis ini tak kan paham, Melayu Islam yang berfikiran jauh yang mampu melihat masa hadapan akan terus menyokong BN kerana Perjuagan BN adalah untuk memakmurkan Negara berbilang kaum - Kerajaan BN bukannya 100% mengamalkan pilih kasih semata2 kpd Melayu, malah Kaum Cina dan India juga diberikan peluang.. Perkara ini tidak akan berlaku di mana2 negara berbilang kaum di dunia ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 9:18 AM

SKJC di Sg Limau Kedah sudah dipenuhi oleh anak-anak Melayu hingga dalam satu kelas terdapat 8 Melayu 2 cina. Tak lama lagi boleh diIslamkan sekolah tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 10:40 AM

salam bro.

pertamanya jangan marah kat mohd najib tun abd razak...dia bukan lagi PM...PM berkuasa penuh..tapi bila kita marah kat mohd najib tun razak,kita akan kaitkan dengan omar ong,penasihat Pemandu n bermacam2 punasihat lagi yang sekeliling najib...adakah ini bermakna najib berkuasa penuh...tidak wahai kawanku...dia hanya bercakap balik apa yang idris jala,omar ong n semua punasihat dia mahukan..dia bukan lagi PM...

secara perbandingan,tun memerintah selama 22 tahun..sekali pun kita tak pernah tahu siapa penasihat dia sbb semua keputusan yang d abik adalah solid dari tangan tun sendiri atau keputusan kabinet...tun berkuasa penuh..sbb tun adalah PM...mohd najib bukan PM wahai kawanku...

apa yang d putuskan oleh pemandu,idris jala,punasihat2,omar ong,mohd najib cuma akan ulang balik...seperti kakak tua sahaja ulang apa yang tuan dia cakap...kalau ada tuan,adakah mohd najib adalah seorang PM yang sebenar?

jangan nak marah kat dia ok kawan2..sedarlah siapa sebenarnya mohd najib tun razak sebelum kita nak marahkan dia...siapalah sangat mohd najib tun razak

gie7

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 12:37 PM

Andre Irwan,

Bak kata DT, lain ditanya lain dijawab. Isu yang tak ada kena mengena ditimbulkan. Soalnya di sini orang cina hanya berpura-pura bila menyebut perpaduan kaum. Tapi bila diajak oleh orang Melayu supaya bersama-sama dalam membangunkan negara dari segi sosial, pendidikan, ekonomi dan politik, maka terserlah muka rasis sebenar puak sepet ni.

Dalam Malaysia, penduduk majoriti adalah Melayu. Tapi yang peliknya takde Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu di sini. Yang ada hanya sekolah kebangsaan. Orang cina ada sekolah sendiri, SJKC. Siapa yang bertoleransi? Siapa yang rasis?

Orang cina perlu ingat datuk nenek mereka menjadi warganegara di Tanah Melayu dalam masa satu malam sahaja. Orang Melayu bermurah hati dengan menerima mereka sebagai warganegara dengan harapan sifat ultra kiasu, chauvinis, rasis mereka dibuang jauh-jauh. Kontrak sosial yang dipersetujui oleh pengasas2 negara kita perlu diletak baik-baik dalam kepala otak orang cina.

Bro Din, selagi kerajaan takde political will untuk membetulkan perkara ni, selagi ada bulan bintang la jawabnya.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 12:40 PM

Kenapa najib HIPOKRIT? sbb najib tak ada pendirian yg jelas dalam perjuangan dia. Semua dia nak, semua dia rs sayang tp najib sebenarnya masih belum buat keputusan tuntas apa priority perjuangan dia. najib masih teragak agak dan takut dgn byk perkara. Ternyata najib sebenarnya keliru antara perjuangannya dalam UMNO dan tugasnya sbg PM. Hr ini tggjwb dan keutamaan presiden UMNO sama sperti keutamaan PM. tiada sempadan dan najib telah pn tersesat diantara garis hitam dan putih dalam realiti perjuangan demi kelangsungan hidup bangsa dan agama di bumi bertuah MELAYU..

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2014 at 12:50 PM

@AnonymousSepatutnya keputusan PRU13 sudah menyediakan satu platform bagi membina political will itu tapi sayang ...... keLIBERALan Najib lebih kuat.

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2014 at 12:50 PM

@AnonymousGood point !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 1:35 PM

Anonymous January 3, 2014 at 12:40 PM

Ingatkan PAS saja Yang SESAT, rupa-rupanya Mohd Najib @ Ah JIB Gor jugak SESAT...

Kesimpulannya... PECAT

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 1:44 PM

Dah Banyak dah Artikel Bro Din yang terbitkan, setakat hari ini TIDAK ADA Satu pon artikel yang membolehkan Kita Semua pro-Kerajaan Mendabik Dada dan Berbangga dengan PM- Mohd Najib @ Ah Jib Gor nie.

Mungkin perlu lebih banyak lagi artikel tentang kejengkelan, ketidak pandain pengurusan, KeBOROSAN dan nmacam-macam lagi Ke baru semau Pengomen Nak paham yang Najib Razak @ Ah Jib Gor nie sebenarnya BEBAN yang Sangat2 MEMBEBANKAN Orang2 Melayu buat masa ini.

Tak kan Nak tunggu Artikel demi Artikel sampailah ke PRU-14 selepas Kerajaan BN kalah teruk jadi Pembangkang Minoriti baru Pengomen dan Penyokong Najib @ Ah Jib Gor Nak sedar?

Aishhh Aishhhh Keterlaluan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 3:28 PM

@Andre IrwanAndre irwan ni mungkin cina, sebab itu dia menyalahkan melayu yang komplen cina. Dan satu lagi, dia takkan menjawab soalan DT sebab nak menjawabnya kena lah seseorang itu adil, bijak dan tidak jumud... Kan semua tu tiada dalam diri puak2 PR?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2014 at 8:30 PM

Din rehatkan minda sekejap ...
Cerita pasai kerusi semalam yg hangat diperkatakan. Ini respond beberapa pihak

Kalau tak suka kerusi..keluar dr sekolah. - Hasan Malek

Kita akan tangkap pengeluar kerusi. - Zahid Hamidi

Kita akan berdemo depan kilang kerusi sampai kerusi dah tak boleh sangkut kepala lagi. - Mat Sabu

Kerusi? Kerusi apa? Fitnah semua ni. Ohh kerusi tu. Kita saman! - Anwar Ibrahim

Kerajaan akan beri bantuan syelek kerusi kepada rakyat supaya nanti kepala tak sakit kalau tersangkut. - Najib Razak

Kepala sangkut di kerusi ke? Ooo. Boleh ye. (Termenung kejap muka tak pasti). - Abdullah Badawi

Sampai bila kita nak tengok anak melayu terus tersepit di celah kerusi buatan kaum cina yg rasis ni.- Ibrahim Ali

Bahana kerusi seksi-Harian Metro

Jangan biar cina duduk atas kerusi- Utusan Malaysia.

Roh kerusi mengganas-Mastika.

Kerusi najib milik rosmah-Harakah

Yenna kerusi ilek shakti kunaiyya malkudel- Tamil Nesan

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2014 at 11:09 PM

Tahniah kepada jawapan yang diberi oleh sahabat-sahabat. Ini baru dikatakan percambahan minda. Berbincang dalam keadaan baik dengan hujah-hujah yang bernas. Terima kasih di atas maklum balas sahabat-sahabat. Inshaallah, dengan cara berfikir sebegini dan penuh kesabaran, bukan sahaja Melayu akan jadi lebih baik malahan Islam akan dipandang lebih relevan. Moga-moga Allah swt bersama-sama dengan orang yang mukmin dan penuh dengan sifat keadilan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2014 at 6:03 PM

abg din..mohon paut link http://hablulyuzi.blogspot.com/
terima kasih

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2014 at 11:49 PM

@hablul yuziSudah saya masukkan dalam lis Pelbagai. TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2015 at 10:42 AM

@dinturtle
Bila benda tu tak ada jawapan. Jadi masuk lis minda sahaja lebih baik.
Oleh itu tak boleh dibahaskan. Sebab dibahaskan akan menjejaskan perpaduan diatara kaum. Ertinya politiking lah sebenarnya yang memecah belahkan kita. Itu lah persetutujuan yang dicapai. Maaf Abang din.

Post a Comment