........... Prk Kajang - Biar Pkr Tanggung Kos ! Ingat Mak Bapak Dia Punya Kerusi Sesuka Hati Nak Kosongkan ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Prk Kajang - Biar Pkr Tanggung Kos ! Ingat Mak Bapak Dia Punya Kerusi Sesuka Hati Nak Kosongkan ? ?

Tuesday, January 28, 201414comments


Ramai yang dah memperkatakan mengenai perletakan jawatan Adun Kajang dari Pkr Lee Chin Cheh yang mengosongkan kerusi untuk diadakan satu PRK bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding ( Mkini )

Saya bukan nak mengulas strategi Anwar tapi saya nak mempersoalkan integriti dan kebertanggungjawaban seorang wakil rakyat terhadap pengundi yang telah memilihnya. 

Alasan yang diberikan oleh apek itu adalah -

"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor,"

Pemimpin Pkr Azmin Ali juga menyokong tindakan itu dan menyifatkannya sebagai satu langkah taktikal politik ( Mkini )


Dan menyedari sebuah PRK bakal menelan belanja yang terpaksa ditanggung oleh rakyat, Anwar berkata -


"Kalau boleh, kawasan (ini sudah) dimenangi oleh PKR, Pakatan, (jadi) bagi laluan, tak payah ada pertandingan," kata Anwar ketika ditanya kemungkinan ia membebankan pengundi. ( Mkini )


Pemimpin2 PR ini ingat kerusi sebagai Wakil Rakyat ini MAK BAPAK DIORANG PUNYA KE ikut sesuka hati nak kosongkan ?

Langsung tidak ada disebut oleh sesiapa pun akan tugas membela kepentingan rakyat Kajang !

Hallo .... Orang Kajang tak nak buat Protes ke, dipermainkan macam bola ?

Rakyat Permatang Pauh yang diwakili oleh Anwar pula tak terasa apa-apa ke bila mahu diMADUkan dengan rakyat Kajang oleh wakil parlimen anda ?

Jelas di sini, rakyat Parlimen Permatang Pauh dan Dun Kajang telah dipermainkan oleh wakil rakyat yang telah dipilih oleh mereka semasa PRU13 yang belum setahun berlalu.


Dalam soal membebankan rakyat dari segi kos sebuah Pilihanraya Kecil, bukan saja rakyat Kajang yang terlibat tapi seluruh rakyat Malaysia terpaksa menanggung. 

Memandangkan yang keperluan PRK Kajang ini terpaksa diadakan dek sebab percaturan TAKTIKAL politik Pakatan Rakyat, yang seharusnya tidak dibebankan ke atas rakyat, maka saya mahu kos itu ditanggung oleh Apek bekas Adun Kajang dan parti Pkr !


Kenapa pula rakyat yang terpaksa menanggung kos percaturan taktikal politik Pkr / PR ?

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 6:18 PM

pertama dipermatang pauh
kedua dukajang
kedua-duanya dari PKR.
APAKAH AKAN YG KETIGA DAN SETERUSNYA!

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
January 28, 2014 at 6:54 PM

Aku nak bgtahu kat pemimpin2 BN.. TOLONG JANGAN LAYAN PKR TU. BN perlu berpegang pd prinsip..bertanding hanya jika kekosongan disebabkan perkara yg tidak dpt dielakkan spt kematian atau keuzuran. Bukannya suka hati mak bapak mereka yg kata itu strategi politik.

Kalau betul strategi politik..sepatutnya SEMUA ADUN DAN AHLI PARLIMEN PR LETAK JAWATAN SERENTAK. biar takde langsung wakil pembangkang dlm parlimen dan dun. Lepas tu desak pru 14 dijalankan secepat mgkn. Time ni la paling sesuai nak tukar kerajaan sebab dah ramai orang menyampah gila kat bijan..confirm pr blh menang punya. Hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 7:20 PM

Ha! Ha! Ha! Lawan tetap lawan mana le tau kut menang kalau kalah pun takpe sate kajang turun rege

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 7:21 PM

SPR dan kerajaan jgn jd BARUA pembangkang!! Wake up la please.. Sampai bila nk terus kena main dgm raja pembohong? Apa kerajaan tak de maruah ker???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 7:36 PM

Mungkin akan ada DUN atau Parlimen lain nak bagi laluan pada anuar lagi lepas ni.

KK

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2014 at 7:51 PM

@dontortoiseTak boleh salahkan BN kalau bertanding. Perkara ini atas kepala Pkr/PR.

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2014 at 8:37 PM

Aku sokong kau din. Semua kos PKR kna tanggung. Ini bukan sebab musabab darurat, tapi hanya mainan politik jalanan mereka.

Pasal melayu Kajang nak protes, takde telur pun. Majoriti mereka Pas dan Pkr. Melayu yang suka fitnah dan persepsi.... Lagi berpendidikan lagi bodoh jadi nya.

Umno dan BN yang sebenar memberi mereka hidup selesa (majoriti bergaji dan ada sumber pendapatan) langsung tidak di hargai.... Bukan melayu, sudah tentu sokong Dap, sekutu Anuar masa ini.

Yang bagus nya, pastikan BN menang .. he..he..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2014 at 10:13 PM

errr nak bagi cadangan boleh dok....

errr.... mintak SPR set tarikh last sekali... hari ke 60...

biar kemaruk meroyang tu banyak sikit...

kah kah kah...

cadangan no 2.... pakat mintok Sultan Selangor dok perkenan ngan calon MB baru... tu jika dia menang.... hahahhaha

minta MB pilih Yb Pas pulok... hehehhehehe..

alamak kempunan besor lah telor tembakooo tuuu

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 28, 2014 at 11:41 PM

game plan AI mmg LICIK sbb dgn hanya SATU BATU, 7 BURUNG dah berjaya dia dpt....hehe
apa yg AI dpt jika menang PRK?
1)TAMATkan isu Azmin n Khalid
2)TENGGELAMkan isu Izzah
3)BLURkan isu JEPANG
4)Uji POPULARiti diri
5)Jd MB Selangor
6)Gaji MB S'ngor lg BESAR dr PM
7)Scr tak langsung lepas juga KEMPUNAN jd PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 2:33 AM

Nak merasa duit RS utk di adakan pertandingan PRK dun yang akan berlarutan di taja oleh SPR di bawah tanggungan kerajaan pusat.Penyaluran wang utk membiayai kos PRK akan menguntngkan rakyat setempat dan political mileage di samping menyediakan data utk melihat arah pengundi yang di ketegorikan sebagai undi protes,% keluar mengundi,peringkat umur pengundi,corak pengundian,kesesuaian isu politik dan ekonomi semasa dll.Maknanya, di pecahkan isu nasional ke peringkat dun.Mainan politik sebegini akan berterusan sehingga ke puncak PRU 14.Calon yang menang akan bertukar2 tangan utk keperluan wakil rakyat baru utk merasa jawatan YB atau exco negeri secara bergilir2.Yang penting pencen dun akan terus belaku dengan melata utk muka2 baru.Serampang ntah berapa mata,agaknya.Ini,hanya pandangan serkap jarang aku sahaja atas nama konsesus bersama.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
January 29, 2014 at 8:35 AM

takkan nak burn lagi juta2 atau paling cikai pun ratus ribu untuk kos PRK bro din? duit tu gunakan utk cover subsidi lagi canteeek..sepatutnya BN toksah layan.

tapi jika PKR yang diarahkan tanggung 100% kos PRK tersebut..why not? BN just go ahead and contest lah.. menag kalah belakang kira. tapi TOLONG JANGAN HAMBUR JUTA2 KAT SANA SEBAB KAT SANA MAJORITI PENGUNDI KAUM...SO SAPE UNTUNG?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 9:39 AM

Nuar Berahi Kata..."PKR Nie Parti Aku... PKR Ditubuhkan Kerana dan Untuk Aku"...

Jadi..Lantak Pie Lah Apa yang Aku Nak Buat.. Yang UMNO/BN dok sebok2 apa pasal? Ada Aku Kesah...

Yang Paling Malang..Yang Paling Kesian ialah Nik Ajiz dan Hadi Awang... Ulamak Jenis Apalah Kamu Orang Berdua Nie...Berapa Banyak lagi Umat Islam - Melayu Yang Kamu Berdua Nak Sesatkan..

Allah Azzawajalla Maha Adil dan Maha Bijaksana..., Yang Benar Lagi Haq telah keluar ...Lihatlah sendiri Apa dan Siapa Awar Ibrahim yang Kau Berdua Dok BELA, TATANG, PUJI, BerBahahlul Syaitanisasi selama Ini..

Ingatlah.. Harun Taib mati doh.. Dok Lama lagi time Kamu Berdua akan Sampai.. Bertaubatlah, Mohon Maaflah Kepada Semua Umat Islam - Melayu PAs, PKR dan Khususnya UMNO..(kalau salah pon pemimpin UMNO yang terlibat rasuah) - bukannya UMNO secara Keseluruhan yang Kamu telah Kafirkan khususnya Pejuang2 UMNO yang Ikhlas berjuang demi Islam, Melayu dan Tanahair.

Anwar nie EGO dan Hipokrit Depan Tibai.. Belakang pon Tibai... .. Apa Pegangan Agama si Anwar nie, Dia dan Allah saja yang Tahu.. Kita ada mata lihat, tengok, dengor..

Tapi hadi Awang susoh sikitlah.. TV Besi, Handphone Besi... Jadi semuanya TAK BOLEH PAKAI... Hadi Awang Nie ada PAKAI HANDPHONE BESI KE DOK?

MasyaAllah.. Hee Hee Heee Macam mana ornag macam nie pon orang boleh Percaya..

Tapi INGAT.. Nik Ajiz dan Hadi Awang.. APA2 PON yang kamu berdua Nak Buat.. Mestilah Bersyarat.. Pastikan NAJIB RAZAK @ Ah Jib Gor Letak Jawtan dan Undur Diri..

AWDA...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 10:32 AM

Salam DT,

Rasanya SPR kena buat ketetapan lain; jika ada ADUN yang melepaskan jawatan secara sengaja dalam tempoh 18 bulan dari tarikh pilihan raya umum sebelumnya dan bukan atas sebab keuzuran atau kematian, pencabar yang mendapat undi kedua tertinggi semasa pilihan raya lalu akan secara automatik menjadi Adun pengganti.

Baru la lepas ni tak de yang berani nak main main lepaskan jawatan. Ingat ni jawatan ketua darjah ke???

-zam-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2014 at 12:19 PM

Anonymous January 29, 2014 at 10:32 AM

Ini komen drp Tan Sri Zainuddin Maidin ke?

Apa2 pon cadangan yang bagus tuuh.. tapi sampai Masanya nanti Pok Din kena buat Usul pasai SPR pulak.. tengok apa pandangan dan pendapat pembaca dan pegomen2 sekalian.. Kita tunggu...

Post a Comment